Tuesday, December 14, 2010

White Wedding Episode 1

Hahaha..dah berhari-hari aku bertapa kat office. Maklumlah, cari rezeki halal. Hujung minggu yang baru lepas, adalah yang di nanti-nanti di bulan Krismas ini. Apa taknya, ada wedding special. Special dari segi apa? Nanti aku cerita. Pasangan ini amatlah special laluan hidupnya. Penuh dengan emosi, kasih sayang, putus asa bangun balik, semai balik rasa kasih. Namun, pejam mata dan mereka ini akhirnya bersatu.

Aku sepatutnya ke Port Dickson pada 9 Disember, namun akibat badan terlalu letih maka pagi-pagi Jumaat aku ke Springhill PD bersama isteri. Planningnya, untuk membantu dan meraikan majlis perkahwinan pasangan ini. Maka, sibuklah semua saudara mara, ada yang memasak asam pedas, ada yang melepak, ada yang baru sampai dan mencari tempat tidur dan macam2 kerenah lagi. FYI, aku berada di rumah pengantin perempuan, oleh itu aku tak boleh lari dari jadi pembantu dalam hal2 pelamin dan sapu sampah sampai ke hal andam mengandam..fuyoo. Aku handle bab komen aja.



Selepas solat Jumaat, situasi mula kalut. Apa taknya, jam 5 pengantin lelaki akan sampai untuk majlis akad nikah.Majlis ini merupakan perkahwinan anak pertama dalam keluarga ini, maka semuanya "grand". Rombongan pengantin lelaki sampai dengan konfidennya. Kadi pun duduk bersedia bersama saksi-saksinya. Apabila mulanya khutbah nikah kahwin, pengantin tak senang duduk. Ini kerana khutbah sudah jadi ala-ala ucapan hari Merdeka selama 40 minit diselang dengan lawak-lawak rempit Kadi tersebut. Namun, akhirnya, semuanya selesai akad nikah dengan sekali lafaz. Syukurlah pengantin tersebut kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar.



Pada malamnya pula, ada majlis santai-santai berkaraoke. Dari lagu L Ramlee sampai ke Mas Idayu mereka hentam. Oleh kerana rumah sudah penuh , maka kami di beri ruang di hotel 3 bilik untuk bermalam. Tapi, di hotel pun agak penuh, pandai-pandailah cari ruang untuk tidur. Maka ruang itu menjadi seperti kapal pecah. Esok ada lagi majlis bersanding dan makan-makan.

Sunday, December 05, 2010

Minyak Dan Badai Hijrah

Agak lama jugak aku ambik mood nak tulis ni. Dah beberapa hari dah, pegang keyboard pun rasa menyampah. Tapi hari ni Maal Hijrah. Menghidari sifat malas dan banyak alasan juga satu hijrah ke arah kebaikan. Aku masih lagi menunggu umat2 yang so called religious ni melunaskan hak rakan seagamanya. Namun, bagi aku mereka tidak peka akan sifat menunaikan janji. Mungkin baginya, akan masuk syurga sekiranya memijak saudaranya. Persilakan.



Adegan di atas berlaku ketika aku cuba merempit tanpa sedar minyak sudah habis. Jadi terpaksalah aku tunggu geng datang hulur minyak.Ini tidak ada kena mengena dengan kenaikan secara selamba petrol. Apa akan berlaku kiranya rakyat marhain seperti aku yang hanya perlu makan makanan berzat, sedangkan yang bagus itu tentu mahal harganya. Esok paginya aku pula mengamuk dengan kerenah mamak hantar tong gas dengan selambanya menaikan harga RM26 setong ke RM29. Katanya " Bang, semalam minyak naik, gas pun naikla RM3..ini tong biru apa?"

Friday, November 26, 2010

Rock The World datang lagi..yang ke 10?


Lineup:

  1. Massacre Conspiracy - pemenang ROTTW soundstage/ aktif di metal gig
  2. Skudap Skudip - aktif di gig2 ska/merilis album 2009.
  3. Dichi Michi - rilis EP 2009/ aktif pada Q4 2009-Q2-2010
  4. Couple - aktif diserata malaysia/ rilis album 2010
  5. One Buck Short - aktif/radio airplay
  6. Azlan & Typewriter - rilis EP 2009/radio airplay
  7. Sevencollar T-Shirt - aktif/rilis album 2009
  8. Bleeding Mascara - aktif di gig metal
  9. Bunkface - rilis album 2010/radio & TV airplay
  10. Republic Of Brickfields - a must for RTW
  11. Dragon Read - rilis album/CD Q3 2010/a comeback
  12. They Will Kill Us All - album rilis 2009/single 2010
  13. Love Me Butch - single rilis/ a must for RTW
  14. Pop Shuvit - radio airplay/a must for RTW
  15. Bittersweet - single rilis 2010/aktif di show & gig
  16. Disagree - album rilis 2009
  17. LO - a comeback..perhaps?
  18. The Pilgrims - a must for RTW
  19. Gerhana Ska Cinta - album bakal rilis/ a comeback

Kalau ditanya aku, apa pendapat tentang lineup ni. Jawapnya, ini macam soalan spot kertas kesihatan tingkatan 2. RTW setakat ini mengekalkan kabinet2 selesa mereka sekali lagi, syabas. Suka atau tidak, tepul dada sendiri. Sekiranya kamu mencari apa2 lagi selain popular, mungkin disini salah tempatnya. Apa jua kriteria, hanya mereka yang tahu. Apa2 pun, RTW sekali lagi bakal menjadi medan injakan anak-anak "bebas?".

UPDATE:

Rock The World 10 has added a new stage known as the Tune Talk Indie Stage. The list of acts playing that stage is as follows:

An Honest Mistake - kalu tak silap dah main 2nd stage tahun lepas
Rosevelt - ermm..good luck
Deja Voodoo Spells - still surviving
Car Crash Hearts - erm..ermm..
Kyoto Protocol - should be playing few years back
Cassandra - band yg bakal menarik generasi metal baru, trylah mintak 1st stage
Free Deserters - owwhh..ermmm
Prema Yin - santai-santai
Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob - ermm..ok
Hello Is This The Band - ermm..para-para ..some more
Stonebay - ermm...aktif
Grey Sky Morning- awww..adjustla 1st stage
Restraint - adjustla 1st stage..some turbulence coming
Lab The Rat- owwhh..ermmm..seen them last year
OAG - comeback for rtw10? wat happeng to some special projek

Setelah beberapa minggu post di JUNK pasal lineup RTW10, mereka nampaknya cuba mencari penyelesaian kebuntuan. Additional stage.

Thursday, November 25, 2010

Tragedi Nasi Lemak Janggut Sotong

Pagi tadi aku menghantar life partner aku ke satu lokasi kursus perfileman menaiki RG sport clutch tangan hidup. Sampai depan pagar, nampak gerai nasi lemak yang kekadang kami beli tapau sarapan. Agak ada dalm 4 orang tunggu gilran bunkus, dan wife aku pun meng"order", nasi lemak janggut sotong.



Tiba-tiba ada satu mat pejabat ala-ala Bruce Willis mukanya bukan penampilannya menyelit depoan gerai. Adik bungkus nasi tu pun bungkuslah nasi untuk aku, tiba tiba si beruk kera ini mencelah kat adik nasi lemak tu " Hoi, awak buat saya punya dulu, saya datang dulu dari dia". Aiseyman..memang potong mood aku pagi-pagi ni. Adik tu pun buat tak layan aja. Wife aku pun bagitahu lah kat adik tu bikin monyet ni punya nasi dulu, mungkin dia agak busy atau memang perangai mak ayah dia ajar macam tu. Monyet ini pun tak habis-habis membebel, kata kampunglah, tak sedar diri dll kat kami ni. Mungkin dia tak sedar bahawasanya aku kat sebelah dia. Secara diplomasinya, aku mengoffer kat bruce willis tu. "Ko nak penampar?" Aku tengok muka dia atas bawah. Adik bungkus nasi untuk dia pun kata "3 ringgit". Bruce dgn cepatnya mengeluarkan Rm2.00 tapi kena tukar pulak Rm10. lalu dia bergegas, masuk kereta Satria ekzos besar kepala lutut ke arah MRR2.
Apa yang boleh di jadikan iktibar hari ni, jangan main-main dengan lelaki ala-ala lembut-lembut kacak, mereka ini ada yang kurang pekertinya. Apa yang dicari dalam hidup mereka ini, aku pun tak tahu? Nak kata tak beragama, pasti dia claim ada, walaupun hatinya itu punya seribu persoalan. Sesungguhnya, tiada agama yang menyuruh umatnya berlaku tidak baik terhadap makhluk lain, apalagi memandang rendah. So kami pun terus ke kantin, lalu isteriku diam..sambil makan nasi lemak janggut sotong sambil bergelak kerana geli hati dengan tingkah lakunya. Aku memang fan Bruce Willis era Mampos Keras! (Die Hard) dan aku suka bergaduh ala-ala Bruce Lee kerana masa kecik-kecik Arwah nenek aku asyik layan WWF Macho Man Randy Savage.

Tuesday, November 23, 2010

Iron Maiden .... lagi

Sedang manusia lain sibuk cari makan tengahari, aku ke pusat bandar. Lapar tu adalah jugak, apakan daya. Ada urusan sikit. dengan motor RG sport clutch tangan hidup, aku merempit sopan walaupun aku tahu roadtax mati bulan 9. Tapi aku ada urusan rezeki, ikhlas dan ianya untuk mempermudahkan kehidupan jadi aku tawakal. Ini bukan cerita religion atau susah senang hidup simplisiti aku. Ini cerita band. Maaf, aku tak boleh lari dari cerita muzik, mahupun dalam blog peribadi ini. At least aku pernah try jadi mat ber"diari" tapi aku gagal.



Sapa yang claim di mat rock apatah lagi mat metal, kalau dia tak tahu Steve Harris dan gengnya inim maka dialah orang yg patut dipijak-pijak dan dibuat cekodok. Ini kerana penting Iron Maiden ini dalam arena muzik dan sosiologi dunia. Band ini adalah band touring yang paling aktif dan terbesar. Tidak pernah jemu menghasilkan karya dan bukan band yang follow trend muzik. Dari 1975, Steve Harris telah menulis dan berjuang di sekitar London tanpa letih dan membentuk follower yang kuat serata dunia sehingga sekarang. Kuat itu bermaksud "really loyal fan" bak kata John McEnroe (tak tau sapa..sila cari).
Tanpa support yg kuat dari TV dan radio berbanding Justin Timberlake, band ini telah menjual lebih 80 million rekod seluruh dunia. Pendek kata, panjang cerita..band ini memang aku tunggu datang berkonsert dari zaman kecik-kecik lagi (dari 80'an la). Jadi sebagai langkah sepatutnya, aku pun mengumpul semua material muzik dari zaman kaset hingga ke CD. Tapi sampai hari ini, ada yang telah tercicir kepada mereka yang pinjam buat harta dan sewaktu dengannya. Maka ada yang tak kelihatan di mata lagi.

Dari kanan, cepat jalan..
Kat Campbell semalam aku came across poster ni. Auntie kata "Good time to buy, Warner release, stock susah nak dapat", sedangkan dia tak tahu aku ada cukup2 untuk isi minyak balik opis. Takpa-takpa, nanti siap. So sapa-sapa yang taknak kena jadi cekodok, bawak-bawaklah buat apa2 yang patut..satu koleksi yang amat berbaloi.

Aku akan bercerita ceriti lagi pasal iron maiden ini , stay tune ...

Thursday, November 11, 2010

Iron Maiden ...apalagi aku mahu



Cakap banyak tak laku..nah ambik, Iron Maiden here we come..

Al Fatihah buat cousin yang mengajar aku dengar kaset rock tahun 1983. Katanya dlm loghat Kelantan "Budak-budak kalau tak cukup jiwa, tak cukup berani..tak layak dengar ini, pasal muzik ini akan menjadikan kita manusia yang berdiri bangga di mata manusia lain, kita jadi kuat sampai mati."..Alfatihah Arwah Shukri Yusof.

Al Fatihah juga kepada sepupu aku, Zaidi Hassan (Kota Bharu). Kerana membenarkan aku main lagu Wrathchild dengan mini compomu dan gitar kapok di wakaf malam Kebun Sultan. Memang rock kita masa tu..Al fatihah.

Sunday, October 31, 2010

Marah Marah

Apa kena la hari ni. Asyik marah-marah saja. Serba tak kena. Pusing kanan, tak kena. Pusing kiri, tak selesa. Astagfirullahalazim...Apabila punya peluang rezeki, maka kita usahakan untuk yang terbaik. Tidak ada niat yang lain selain dari memberi kerjasama yang terbaik lagi menghasilkan seni yang tiada kompromi. agar sesuai dengan harganya. Namun, apabila hubungan sebagai kawan, lebih-lebih lagi "kita sudah kenal lebih 10 tahun", maka expectation untuk memahami itu ada lebih tinggi peratusannya. Sepatutnya, sifat menghormati dan juga toleransi itu bukan lagi isu yang perlu di timbang tara lagi.



Aku akur bahawasanya manusia itu juga berubah. Ia menyedut elemen2 dari sekeliling dan juga minum pengalaman hidup lalu. Ini yang menentukan tindakan, pertuturan dan juga pemikiran. Samada baik atau buruk kesannya, dia yang hanya tahu nawaitunya itu. Aku tidak pernah punya syak wasangka buruk terhadap kamu yang sekeliling aku. Selalunya berprasangka baik kerana aku dididik sebegitu.
Namun, sifat inilah yang suka diuji oleh manusia murahan opurtunis. Baik dari segi permainan lidah fitnah, sindiran, cela, umpatan dan juga seangkatan dengannya. Manusia alaf ini gemar melabelkan saudaranya melalui justifikasi kosong lagi dangkal. siapa kamu untuk mengukur tahap keagamaan aku? Siapa kamu untuk menilai bahagianya aku? Aku punya tuhan dan tuhan aku punya aku. Aku sentiasa bersyukur walau dalam keadaan sulit, mampukah kamu?
Memang sifat ego dayus itu datang dalam pelbagai format. Format yang aku alami ini yang mana manusia itu tiada keberanian untuk tawar menawar harga hasil kerja tetapi memberi alasan pelbagai agar tidak melunaskan apa yang sepatutnya. Sekiranya air muka kamu itu harganya boleh dibeli, maka akulah manusia yang sentiasa membeli maruah. Dan aku selalu membelinya tanpa menawar. So enough helping them, let's your money talks..


Tuesday, October 12, 2010

Panggilan Pulau : Satu Adventur - Part 1

Dah lama aku tak ke tempat persembunyian kami di pulau. Bagi aku tempat ni mampu buat aku berfikir dan mencari idea baru. Sorry disini bukan lima bintang. Cuma minimalis dengan layanan mesra ala-ala kampung. Mahu ikut? Jom...aku serius. So ini travelog nya ..


2 Oct 2010 - Jam 900 mlm, kami 8 orang semuanya berkumpul di Hentian Putra KL, menaiki bas Mahligai ke Kuala Besut. Semua muka excited, ada yang tak pernah pergi ke pulau ada yang paling jauh berjalan hanya ke Melaka. team kali ini rata-rata mat metal kental dari komplek terkemuka di KL. So, kami satu geng duduk kat tingkat bawah bas double decker, agak selesalah jugak. Bas, berhenti di gua Musang, untuk rehat dan ada yang lapar telah membaham burger jam 3 pagi.

3 Oct 2010 - Dalam pukul 5.00 pagi kita sampai di pekan ala koboi Kuala Besut. Semua dah hilang mengantuk dan kita lepak pekena kopi di gerai mamak yang berdialect Kelantan hingga jam 7.00 pagi menunggu bot sampai. Dalam jam 715, kami bertolak ke pulau Perhentian Kecil, menuju lokasi penginapan. Memang kecohlah atas bot tu, kerana too excited.



Sampai saja di lokasi, kami check in dorm yang boleh muat dalam 12 orang . Aku agak biasa dengan tempat ini jadi tak ada masalah untuk tidur dalam dorm. Kami lunch dulu dengan hidangan ikan fresh dan juga sayur2 di depan persisiran pantai. You should try pengalaman ini, memang relax. Masing-masing buat hal masing2 bila dah kenyang, ada yang membaca novel, ada yang juga membuta, maklumlah melepaskan penat kerja di kota metropolitan.
Jam 4.00 petang, maka bermulalah aktiviti pantai.





Dimulakan dengan aksi banana boat dan diakhiri dengan berendam santai sampai maghrib, waktu untuk melihat sunset..TQ God. Dinner malam kami di hidangkan dengan ikan fresh (aku pun tak tahu apa nama ikan tu, agak besar). FYI, food semua provided dalam pakej yang disediakan..to know pasal pakej ni nanti aku cerita. Habis makan kami mencari umang2 dipantai dan terus ZZZZZZ..selamat malam dunia.



Friday, October 08, 2010

Preview Video Pujaan Malaya - Adzrin Adzhar

Pagi ini saya di "recomend" by a friend to preview this VC. Knowing Adzrin & involved in the recording Pujaan Malaya, membuatkan aku agak kecewa dengan hasil kerja tuan pengarah ini. It doesn't do justice towards a good song seperti Pujaan Malaya. Bukan semua bahagian mengecewakan, ada yang masih "boleh telan" tetapi sekiranya konsep membuat sesuatu hasil seni itu, perlulah buat sehabis baik dan sepenuh hati (mungkin dengan budget yg munasabah). Namun, budget issue pun aku rasa bukan isu utama di sini. Isu utamanya ialah tiada rasa, ya tiada rasa..dan ini amatlah rugi sekiranya tiada rasa bagi tuan director dalam mencorakkan storyline. Kegigihan Adzreen dalam menjayakan kerjayanya tidak sepatutnya di perlekehkan dengan VC yang suam-suam kuku ini. Apatah lagi dengan visual-visual ala-ala siri Kisah Benar. Curahkan sedikit rasa dan juga tumpukan sedikit terhadap keteperincian agar ianya lebih nampak ekslusif, jika tidak VC Adzreen hanya akan menjadi video Karaoke Siam.



Untuk mengapungkan bakat baru dalam masa ini adalah bukan perkara yang senang. Apatah lagi bagi dalam mencari penyanyi perempuan solo yang mempunyai idea dan konsep tersendiri dalam mencari kelainan. Berjaya atau tidak itu soal lain, yang penting cuba yang terbaik. VC adalah satu "tool" bagi Adzreen dalam melancarkan kariernya dan visual yang baik amatlah penting. Saya rasa hal ini tidak sepatutnya saya beritahu kerana mereka terlibat dalam pembikinannya perlu tahu, jika tidak tahu maka..paham-paham ajalah.

Mula menonton 5 saat pertama, sudah menampakkan hasil kerja yang agak ..erm how to say "cikai". Efect tak perlu semasa drumm rolling, ianya amat mencacatkan visual. Adzreen di dalam lcd tv lebih menyakinkan. Latarbelakang " Selamat Datang" amat menyakitkan mata. Kompleks Kraf Jalan Conlay masih boleh dieksploit lagi bagi latarbelakang yang lebih cantik. Penataan lampu yang sesuai (lebih banyak) akan membantu dalam mencantikkan lagi VC.

Mungkin tuan director perlu menelaah lebih detail lagi lagu-lagu yang bakal terkandung dalam CD Adzreen bagi mendapatkan konsep yang lebih serasi. Isu-isu remeh seperti handphone motorola & iphone menampakkan kepincangan pengarahan atau lebih lagi conty. Ianya akan menjadi bahan gelakan anak-anak. Mungkin agak klise sekiranya saya katakan visual zaman ini, semua orang mahu tunjukkan handphone dll dalam pengambaran. Ianya agak biasa seperti semua cerita2 drama yang tak lari dari scene makan di restoran, angkat handphone, datuk/datin, disko dan banyak lagi yang anda juga maklum.

Dalam menghasilkan sesuatu yang baik itu perlu ada pujian dan juga komen. Pujian yang selalunya bagus itu tak semestinya jujur, kadang dalam hati itu rasanya hendak diluah tetapi apa aku peduli...ini bukan duit aku. Tetapi komen juga perlu bukan untuk menjatuhkan, tetapi untuk mengukur adakah berbaloi hasil seni ini di gambarkan begini atau ada idea/alternatif lain bagi menjadikan hasil seni itu lebih kualiti. Raket di tangan anda, hanya tunggu anda untuk memulakan servis pertama...

Tuesday, September 28, 2010

Sudah Sebulan

Alhamdulillah..kita bertemu lagi. Selepas kelam kabut berluma-lumba nak sambut hari raya Aidilfitri. Tahun ni aku travel merentasi Banjaran Titiwangsa dengan maam untuk berhari raya. Macam nak patah pinggang aku kerana asyik drive kereta sahaja. Balik-balik raya pulak, aku terus mengecat rumah. Maklumla, nak sambut family datang berhari raya. So aktiviti muzik di bekukan seketika. Kadang-kadang tu raya macam nak sepak aja TV tu kerana balik-balik tayang cerita Sifu & Tongga, Congkak apalagi Senario yang dah tiap-tiap kali raya main. Agaknya program diaorg ni yang ganti Sarkis dan rancangan Magik kat TV, pasal aku noticed tahun ni tak program Sarkis.

Sunday, August 29, 2010

Simpang Siur

Gambar ni aku ambik 2 hari lepas. Lepas waktu solat jumaat dari celah-celah roller blind, aku snap. Apa kejadian? Satu staff car wash belakang opis aku telah berusaha untuk memuaskan pelanngannya dengan mengalihkan kereta waja yg baru lepas snow wash utk di vakum, maka dengan murah hati tertekan minyak lebih maka mangsa yg renyuk kereta spider vintage milik hartawan. Kesian pun ada jugak aku tengok, mati hidup semula pun brader tu tak mampu settle. Almaklumlah, bulan puasa, masing-masing rushing, masing-masing pikir mahu kumpul sebanyak mungkin, pikir mahu tunjuk sebaik mungkin atau sifat-sifat lain yang boleh jadi superior.

Ada yang aku kenal yang tak habis-habis mengupdate status pedas lagi pedih bagi menyatakan tidak puashati tentang kehidupan. Dengki mendengki, tunjuk-menunjuk kemampuan beli barang mahal, mengungkit jasa, mempersoalkan sumbangan orang lain dalam kejayaan apatah lagi kegagalan dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu tergelak, kadang tersenyum apabila ada pula jurutepuk dan jurusokong selaku pengulas tak bergaji dan juga pembakar perasaan yang boleh diangkat sebagai geng baik. Selamatkanlah hati kamu...
Status ini lagi manja " Kami baru sahaja menderma sebanyak RMxxxx.xx kepada rumah anak yatim bla bla bla". Aku bukan manusia alim apatah lagi ulama, tetapi sifat riak ini amalah mual lakunya. FB dijadikan saluran melunaskan rasa sekaligus membuka aroma hati yang selama ini tak terfikir akal. Syabas anda telah beroleh apa yang dihajati..

Thursday, August 19, 2010

9 Hari Puasa

Pejam celik, sudah 9 hari aku tunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah dengan izinNya, aku sihat dan mampu. Tahun 2010 ni, hari Raya ini agak special, tak tahulah kenapa hati aku ini agak excited walaupun agak risau, insyallah semuanya akan baik-baik sahaja..

Saturday, August 14, 2010

Tukang Kebun dan Lalang

Hahaha..catchy tak tajuk di atas. Saja aje nak pancing kamu semua baca. Hari ni aku ada sikit mau cerita. Suka tak suka, kita ni dah dalam bulan Ramadhan. Dah 3 hari puasa pun. Biasalah, bulan puasa ni lah yang kita boleh tengok kat pasar ramadhan berkoyan-koyan makanan dijual. Apa yang aku noticed ni mostly harga makin naik. Kalau dulu aku nak beli paru goreng seringgit, kali ni dia boleh jawab "Bang, seringgit tak boleh jual, dua ringgit baru jual". So aku trylah dua ringgit, maka dengan sempoinya aku dapat paru goreng dua sudu yang tahun lepas boleh dibeli dengan seringgit. Nak marah..nak sepak..dosa oo..bulan posa. Pendeka kata, kalau nawaitu nak balun duit bulan puasa ni, alamatnya tak berkatlah usaha kalian..

Beralih pula pasal lalang, sifatnya itu kalau ditiup angin maka ia akan ikut arah angin. Hidup pula menghisap organik di laman. kalau di padang sekolah tu, silap haribulan kenalah potong dengan tukang kebun. Ianya bukan serai yang rupanya agak similar tapi manfaatnya lebih. Lalang ini kalau dilurut, silap hari luka tangan. Maka perlu ada kempen menyembur racun, Round Up Mosanto (ini racun bendang, orang kampung aja tau!). Aku agak serba salah dalam memilih dan mudah terpengaruh, tiada pegangan, maka lalangkah aku ni..? It depends, kalau di adaptasikan kepada manusia, mungkin ya. Ermm..apa lagi yg aku nak shopping ni..

Thursday, August 12, 2010

Kula Shaker..Volkswagen Combi..Tomyam



Hhahahppy birthday present tahun ini, bini aku belikan tiket konsert Kula Shaker di KL Live. 5 Ogos 2010. Agak tergezut jugak kerna tak ramai sangat yang datang. Mungkin tidak tahu siapa itu Kula Shaker, apalagi perjuangan Crispian Mills. Mungkin mereka telah penat perabis di MTV Worldstage. Aku sampai di pintu Kl Live dengan Ben, sambil-sambil tunggu Bob dari Hospital Selayang melawat jenazah arwah Ozs. Muka-muka familiar brit rock musician bersidai kat depan pintu. Inilah peluang untuk jumpa-jumpa setelah lama tak bertemu muka. Selesai konsert, tiba makan time. Punyalah susah nak decide ke mana nak makan, last-last sekali kita ke Kg baru pekena tomyam di lokasi rahsia (tak boleh bgtau nama kedai, dia tak sponsor aku).



diaorg posing kt VW combi mcm diaorg punya aja..hehehe

Korporat Puasa Revisited

Hari ni 2nd day puasa. Ini mengingatkan kau pada satu masa dulu aku pernah kerja di satu company yg berurusan hal-hal teknologi. Rata-rata staff nya muslim, baik pompuan & lelaki. Aku masuk kerja di situ sebulan sebelum tibanya Ramadhan. Kerja aku ni sebagai eksekutif pemasaran, agak terhormat jugaklah posisinya tu. Kerja tak habis-habis mengejar kuota nombor, setahun 7 angka aku kena hit. Pressure tu tak payah cakaplah. Maklumlah, nak paksa orang keluarkan duit dari poketnya bukan sikit amaun, paling kecik pun 5 angka. itu pun kadang2 di pandang remeh..alasan margin kecik, tak cover.



Apa yang aku nak cerita ni, ialah attitude. Bila di dalam situasi ini, reputasi kena jaga. pendek kata, tiap-tiap hari bulan puasa, ada saja program buka puasa di hotel. Aku kenalah listkan siapa customer yg punya potensi untuk dibelanja di hotel-hotel besar. Biasanya yang dijemput itu, akan kata setuju punya, apa lagi makan free. Tapi bila sampai, satu kaum di angkatnya. Maka kad kreditlah jadi mangsa. Apa hotel aku tak pernah beratur makan buffet, tolak hotel-hotel 1,2,3 bintang aja, tu pun client tak sebut. Ini bukan apa, bulan puasalah kita nak ambik hati client, nak tunjuk reputasi dan nak pelbagai lagi.

Kehidupan zaman itu bagi aku agak kosong. Mana taknya, hari-hari pikir kuota. Rakan di opis, hanya rakan utk 12 jam. tak pernah lebih dari itu. Itu pun hanya tegur bila masuk opis, dan dengar lawak-lawak poyo. Ada juga yang bermaharajalela dengan bau kari ikan dan rokok benson di opis tanpa segan silu. Aku makin hilang.

Tekanan membuatkan aku meninggalkan manusia-manusia itu setelah tamat Ramadhan. Aku sedar kepuraan itu bukan aku cari, aku manusia yang lebih "real" dari "kuota-kuota" yang membiayai aksi-aksi golf, kereta sukan, urut spa, bini atau GF dan juga skandal-skandal kamu.

Sunday, July 25, 2010

Mona Moni Kahwin-Kahwin Di Negeri Sembilan



Semenjak dua menjak ni, aku kerap ke Port Dickson. Aku punya kenalan satu keluarga yang amat mesra lagi baik pekerti. Aku biasanya agak alergik ke majlis-majlis kenduri, bukan aku anti sosial cuma aku takut akan terlebih buat kerja. Aku suka ke dapur buat apa-apa patut, walaupun aku dijemput sebagai tetamu. tapi kali ini lain, aku dijemput sebagai tetamu dan partner aku membantu hal ehwal foto (btw, we're not photographer weiii..)



Jam 12 aku dah dipersilakan makan, selesai saja akad nikah. Oleh kerana tak ada orang, aku pun layan dulu nasi minyak ayam pedas. Orang dah jemput tak akan nak tolak, ni kampung orang. Aku tak nak lukakan hati orang kampung. Pandai pulak pakcik ais krim roti pacak di majlis tu, ramai customer dia. aku pun join la layan ais krim potong. buat pengantin, cik Mona & pasangan, jaga rumahtangga agar bahagia selalu, kalau ada hayat kita lepak2 lagi.



Gambar last ini, ialah mereka-mereka yang menghabiskan santapan terakhir. Kira acara penutup.

Friday, July 23, 2010

Minggu Yang Kalut

Kalut..kalut. Seminggu ni agak busy psal puasa dah dekat, masing-masing mula kerja keras. Ada kerja-kerja branding perlu disiapkan. Penat, pendek kata balik rumah, letak kepala terus ke pagi. Tapi syukur masih mampu cari rezeki. Moga-moga usaha ni tak sia-sia.



Hadiah birthday? Dengan besar hatinya, wife aku belikan tiket konsert Kula Shaker. TQ Mama. Aku ni pun sebenarnya masih mat rock tegar pasal masih tergiang-ngiang bunyi gitar Slash. Tapi apa la yang silapnya, buat dua event yang bertindih tarikhnya. Lagipun, lokasi Sunway tu agak kerang best untuk menikmati rock music (bagi aku la). Lagipun, aku agak kecewa dengan Slash's SnakePit project dan juga album terbaru Slash. Bagi aku, Slash perlu bersama Duff McKagan & Izzy Stradlin untuk menghasilkan miracle. Sampai lately ni pagi2 aku bukak la lagu-lagu lama Gn'R era Appetite mcm Rocketqueen. So sorry, Mr Slash, aku tak dapat rock n roll sama kamu, walaupun kamu idola besar aku suatu masa dulu sampai bini aku menyampah tengok aku main gitar sambil hisap rokok Malboro merah (satu masa dulula..)

Saturday, July 10, 2010

Hari Jadi Dah Dekat..Apa Hadiah Buat Kami!

Tahun ini, kalau tak ada present pun takpa. Kerana aku sudah berinjak ke dimensi lain. Aku bukan boy-boy lagi, sudah mula jadi man-man, akan ke daddy-daddy mungkin. Tapi aku ni memang dasar jenis sukakan hadiah, maka lahirlah checklist yang tak tercapai ni..

1.0 LCD HD TV 42 inci - ini bukan apa, untuk keselesaan kami bersama. Rumah sempit, rugi kalau pakai TV lama yang makan ruang.

2.0 Blu Ray Player - yang ini tidak kompulsori. Sekiranya ada dapat yang no 1 diatas, makan ini akan menyusul.

3.0 Gitar - Sorry tahun ini aku sudah cukup gitar.

4.0 Hifi - Buat masa ini, bukan priority.

5.0 Line 6 PODx3 Pro .- yang ini bakal membantu dalam menjayakan kerja-kerja. Bakal di review.

6.0 Percutian Ke Pulau - ini agak penting kerana belum honeymoon dan kurang gangguan shopping yg perabis duit. Akan di utamakan.

Apa lagi ek..?

Friday, July 02, 2010

Durian Longgok.

Dalam minggu ni pagi-pagi tugas aku ke FINAS. Adalah kerja hantar & ambil teman hidup berkursus. Satu perkembangan positif dalam membuka lembaran baru. Usaha tu yang penting. Pendek kata "It's not the destination that matters, it';s the adventure that matter most!". Waahh..ayat power hari ni.
Semalam, ntah apa peliknya. Aku nak makan durian. So kami (me & partnerlah) ke gerai durian. Jualan durian ni dah evolve, kalau dulu beli durian ikat dgn tali rafia bawak balik. Sekarang ni boleh makan di lokasi, siap ada meja kerusi dan kasi air miral dan tisu free. Bagus Bagus. Jadi selesailah 3 biji durian kampung, RM10 kira kiranya. Implikasinya, semalam aku tak boleh tidur, kepanasan.
Esok sabtu, biasanya aku lebih busy bila sabtu dan ahad ni. Ada pulak saudara nak datang, nak pegi event art, nak pegi cari lauk utk masak, nak pegi gig...nak pegi Ipohlah. ini pun masih tengah pikir-pikir ni nak ke mana...
Aku rasa bulan July ni ada special sikit. nanti aku citer..

Tentang Fullstop

Aku baru balik dari lawatan lewat bulan May. Balik dari bandar di timur Malaysia. Macam-macam hal yang ada di fikiran. Kusut, sangsi, hina, objektif, positif dan syukur. Pembelotan dan fikiran dangkal itu biasa di mana-mana. Apatah lagi dengan manusia yang tidak punya pegangan, itu teman karibnya. Anjing kalau diberi makan akan ingat siapa tuannya. Kerana dia bersyukur dan yakin bahawasanya penghormatan itu bukannya datang bergolek, perlu pengorbanan dan keberkatan dariNya.Semoga diberkati hendaknya.
Namun, bagi mencapai objektif dan rasional, perlu hati-hati. Sabar itu mengankat martabat sekaligus menghilangkan rasa sangsi.

Tuesday, June 29, 2010

June dah mari..

rasanya macam sekejap saja tahun 2010 ni. Pejam celik dah sampai setengah tahun. Dah 2 bulan jugalah aku jadi encik dan punya cik puan.. Tak banyak perubahan dari segi kehidupan harian, kerana kami sudah lama kenal. tapi dari segi kerohanian, ada yang berganjak ke arah positif. Sama-sama menjaga keharmonian..ewaah.

Hidup semakin busy walaupun nampak tersenyum selalu dan ala ala santai. Banyak projek yang perlu di laksanakan dalam RMK10 versi aku.
Muzik di radio dan media semakin menjengkelkan. band-band semua dah masuk bakul berjenama indie dan membikin lagu-lagu yang tak ada attitude dan permainan live yg tak layak untuk dibayar. Makin banyak juga band baru yang mencuba nasib di gig-gig, mengumpul fan, dan tak dibayar namun takut-takut untuk mengeluarkan produk kualiti.
Maka dalam senyap-senyap intipan mainstream dan "garuda" makin berhasil. Nampaknya pelaburan puluhan ribu syarikat korporat terhadap band pujaan amatlah rugi kerana, beliau bikin movie yang kita di sini tak dapat menikmati hasil seninya. Syabas!
"The family", oh ok makin happy la lately. Ada yg makin girang kerana punya blackberry dan kasut baru. Ada yang sugul kerana putus cinta dan juga yang kecut perut kerana majlis tak lama lagi. Apa-apa pun kami tetap happy!!

Tuesday, May 11, 2010

Topik Mati Kutu

Aku mati kutu. Macam tak percaya aja semenjak dari minggu lepas aku dah pegang title husband, kalau bahasa surat melayu suami. Tapi apa-apa pun aku bersyukur kepadaNya kerana memakbul doa umat yg kedil dari berbillion umatNya di bumi. Sesunguhnya dia tahu niat hati aku ni.


Bebalik kepada topik mati kutu. Kekadang tu rasa macam nak aja aku pijak-pijak manusia yang suka eksyen tak bertempat ni, di tambah pulak dengan sifat tak berterus terang. Kalau cakap tu tak pernah nak kalah, sedangkan dalam hati ada goyang kerna ilmu tak cukup. Kalau campak aja apa topik, nanti dia kasi teknik kias geografi sampai ka Jakarta dan lain2. Asyik oversea aja ceritanya, macamla aku ni tak pernah pergi Indonesia. Takpa -takpa, aku masih kasi can, saja nak pancing tengok apa lagi yang dia mahu siram. Aku positif bahawa manusia boleh berubah, dengan syarat dia ikhlas mahu berubah. Tapi yang ini, tak makan saman, saman pun dia koyak-koyak aja. Memang dia ni tak serik-serik. Fun jugak ada character macam ni dalam filem aku ni.
Lama jugak aku hilang dr blog ni. Maklumla busy, kesana sini uruskan majlis. So kalau nak tau citer majlis, tunggu aja next tulisan aku nanti.


Apa plan aku selepas ni? Erm..yelah dah berkeluarga, nak la menjalani hidup berkeluarga. Aku nak lebih dekat denganNya. Supaya Dia tahu bahawasanya aku ini syukur dengan pemberianNya.

Friday, March 19, 2010

Penat Penat

Penat-penat! Dalam minggu ni aku agak penat, dalam otak dan badan sekaligus. Apa taknya, ke hulu ke hilir melayan kerenah makhluk yang suka memberi harapan palsu. Segalanya palsu di mata aku tentang dia, cita2nya, kehidupannya Pendek kata, dia hilang dalam cahaya bila bab-bab menilai ketulusan hati orang, mana yang genuine dan mana yang nak membelitnya.Terjun lubuk lagi baik, tak menyusahkan orang lain.
Btw, aku tetap gembira. Pasal, tak lama lagi aku akan settle down. Gembiranya aku kali ni, bukan macam rasa pegi tengok konsert, dapat hadiah best dsbnya, ntah lain macam la rasa tenangnya tu..kamu akan rasa satu hari nanti. Risau? Memang risaula jugak tapi tu semua boleh diatasi. Rezeki tu Tuhan dah janjikan bagi orang yang syukur dan berusaha.
Cuma sekarang, aku perlu susun one by one. Mana yang 1st priority dan mana yang kemudian.

Sunday, February 21, 2010

Seronoknya. Part 1.

Sorry, lama aku diam dr menulis ni. Puncanya busy kejar dunia yg 24 jam berpusing, busy please kan hati orang dan kerja2 ulang alik ke studio. Tadi aku pegi majlis raikan kawan aku, baru kahwin. Hidangan ala2 Itali dan kambing panggang golek di Keramat. Jumpa balik rakan2 sekolah Kuala Kangsar yang rata2 soalannya kat aku "Ko buat apa sekarang? Keje dengan orang ka, bisnes ka?" Aku pun tak tahu apa nak jawap.Tapi melihatkan mereka, aku syukur dengan apa yang aku ada. Aku sedia untuk teruskan adventure lagi tapi bukan sebagai korporat.




Ha..!! Bila diskus pasal nak apa ni untuk hadiah , aku mula pikir, apa lagi aku mahu dlm bentuk material? Pendek kata apa yang ada cukup baik bagi aku buat masa sekarang. Cuma aku lately ni asyik mengimbas balik apa yang menyeronokkan aku masa lalu. Antaranya pasti BMX bagi aku. Dari (1985) 11 tahun hingga 19  tahun aku main BMX. Kat area rumah aku dulu ada satu kawasan lapang, ada simen bulat (JKR buat longkang), ada Ramp (betul ke ejaan aku ni?) buatan kaki BMX ni. So, petang2 kami kumpul kat lokasi tu untuk freestyle dan lain-lain. Ada juga yang tak mampu beli BMX, pakai hentam aja basikal apa saja..janji style. So tahun ni, kalau ada rezeki ...aku nak bawak keluar BMX, sebagai ganti BMX yang telah dijual oleh parents aku satu masa dulu. Tunggu!!