Sunday, October 31, 2010

Marah Marah

Apa kena la hari ni. Asyik marah-marah saja. Serba tak kena. Pusing kanan, tak kena. Pusing kiri, tak selesa. Astagfirullahalazim...Apabila punya peluang rezeki, maka kita usahakan untuk yang terbaik. Tidak ada niat yang lain selain dari memberi kerjasama yang terbaik lagi menghasilkan seni yang tiada kompromi. agar sesuai dengan harganya. Namun, apabila hubungan sebagai kawan, lebih-lebih lagi "kita sudah kenal lebih 10 tahun", maka expectation untuk memahami itu ada lebih tinggi peratusannya. Sepatutnya, sifat menghormati dan juga toleransi itu bukan lagi isu yang perlu di timbang tara lagi.



Aku akur bahawasanya manusia itu juga berubah. Ia menyedut elemen2 dari sekeliling dan juga minum pengalaman hidup lalu. Ini yang menentukan tindakan, pertuturan dan juga pemikiran. Samada baik atau buruk kesannya, dia yang hanya tahu nawaitunya itu. Aku tidak pernah punya syak wasangka buruk terhadap kamu yang sekeliling aku. Selalunya berprasangka baik kerana aku dididik sebegitu.
Namun, sifat inilah yang suka diuji oleh manusia murahan opurtunis. Baik dari segi permainan lidah fitnah, sindiran, cela, umpatan dan juga seangkatan dengannya. Manusia alaf ini gemar melabelkan saudaranya melalui justifikasi kosong lagi dangkal. siapa kamu untuk mengukur tahap keagamaan aku? Siapa kamu untuk menilai bahagianya aku? Aku punya tuhan dan tuhan aku punya aku. Aku sentiasa bersyukur walau dalam keadaan sulit, mampukah kamu?
Memang sifat ego dayus itu datang dalam pelbagai format. Format yang aku alami ini yang mana manusia itu tiada keberanian untuk tawar menawar harga hasil kerja tetapi memberi alasan pelbagai agar tidak melunaskan apa yang sepatutnya. Sekiranya air muka kamu itu harganya boleh dibeli, maka akulah manusia yang sentiasa membeli maruah. Dan aku selalu membelinya tanpa menawar. So enough helping them, let's your money talks..


Post a Comment