Tuesday, December 14, 2010

White Wedding Episode 1

Hahaha..dah berhari-hari aku bertapa kat office. Maklumlah, cari rezeki halal. Hujung minggu yang baru lepas, adalah yang di nanti-nanti di bulan Krismas ini. Apa taknya, ada wedding special. Special dari segi apa? Nanti aku cerita. Pasangan ini amatlah special laluan hidupnya. Penuh dengan emosi, kasih sayang, putus asa bangun balik, semai balik rasa kasih. Namun, pejam mata dan mereka ini akhirnya bersatu.

Aku sepatutnya ke Port Dickson pada 9 Disember, namun akibat badan terlalu letih maka pagi-pagi Jumaat aku ke Springhill PD bersama isteri. Planningnya, untuk membantu dan meraikan majlis perkahwinan pasangan ini. Maka, sibuklah semua saudara mara, ada yang memasak asam pedas, ada yang melepak, ada yang baru sampai dan mencari tempat tidur dan macam2 kerenah lagi. FYI, aku berada di rumah pengantin perempuan, oleh itu aku tak boleh lari dari jadi pembantu dalam hal2 pelamin dan sapu sampah sampai ke hal andam mengandam..fuyoo. Aku handle bab komen aja.



Selepas solat Jumaat, situasi mula kalut. Apa taknya, jam 5 pengantin lelaki akan sampai untuk majlis akad nikah.Majlis ini merupakan perkahwinan anak pertama dalam keluarga ini, maka semuanya "grand". Rombongan pengantin lelaki sampai dengan konfidennya. Kadi pun duduk bersedia bersama saksi-saksinya. Apabila mulanya khutbah nikah kahwin, pengantin tak senang duduk. Ini kerana khutbah sudah jadi ala-ala ucapan hari Merdeka selama 40 minit diselang dengan lawak-lawak rempit Kadi tersebut. Namun, akhirnya, semuanya selesai akad nikah dengan sekali lafaz. Syukurlah pengantin tersebut kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar.



Pada malamnya pula, ada majlis santai-santai berkaraoke. Dari lagu L Ramlee sampai ke Mas Idayu mereka hentam. Oleh kerana rumah sudah penuh , maka kami di beri ruang di hotel 3 bilik untuk bermalam. Tapi, di hotel pun agak penuh, pandai-pandailah cari ruang untuk tidur. Maka ruang itu menjadi seperti kapal pecah. Esok ada lagi majlis bersanding dan makan-makan.

Sunday, December 05, 2010

Minyak Dan Badai Hijrah

Agak lama jugak aku ambik mood nak tulis ni. Dah beberapa hari dah, pegang keyboard pun rasa menyampah. Tapi hari ni Maal Hijrah. Menghidari sifat malas dan banyak alasan juga satu hijrah ke arah kebaikan. Aku masih lagi menunggu umat2 yang so called religious ni melunaskan hak rakan seagamanya. Namun, bagi aku mereka tidak peka akan sifat menunaikan janji. Mungkin baginya, akan masuk syurga sekiranya memijak saudaranya. Persilakan.



Adegan di atas berlaku ketika aku cuba merempit tanpa sedar minyak sudah habis. Jadi terpaksalah aku tunggu geng datang hulur minyak.Ini tidak ada kena mengena dengan kenaikan secara selamba petrol. Apa akan berlaku kiranya rakyat marhain seperti aku yang hanya perlu makan makanan berzat, sedangkan yang bagus itu tentu mahal harganya. Esok paginya aku pula mengamuk dengan kerenah mamak hantar tong gas dengan selambanya menaikan harga RM26 setong ke RM29. Katanya " Bang, semalam minyak naik, gas pun naikla RM3..ini tong biru apa?"