Monday, January 17, 2011

Ermm..Sooo Nice..Setan Man

Aku agak ralat nak tulis pasal hal yang satu ni. Hari ini sudah Isnin, maka sudah lebih suku tahun manusia Pokemon ini buat muka kering walaupun sudah muka tebal setebal apam balik. Nak jadi cerita lepas solat Jumaat lalu, dia datang bersama surirumah dan 2 anak nya. Satu anak lelaki 5 tahun dan satu 3 tahun pompuan..sorry aku agak2 aja. Tujuannya untuk perbincangan dari hati ke hati ataupun man to man talk dengan aku & partner. Macam biasa aku layan bincang dan dengar alasan yang pelbagai. Sampai satu tahap aku naik mual lagi muak dengan drama telenovelanya lalu aku pun mula mengeluarkan kata2 sinis kerana si Pokemon ini memang tak makan saman. Isterinya hanya mendengar dari jauh, walaupun aku diberitahu bahawa dia juga seorang yang menentukan lakonan si Pokemon ini. Anaknya seperti biasa merengek sambil memberontak, mahu pulang tanpa consider, parentsnya sedang berdiskusi mencari penyelesaian. Kalau zaman aku dulu, alamatnya dah kena penyepak atau black belt kaler biru..



Aku mengagau mencari rokok untuk di hisap, apabila selesai sessi ini. Aku juga tahu hormat, no smoking in front of children. Aku patuh itu kerana aku manusia yang berhemah tinggi. Apa bila saja nampak aku pegang rokok dan lighter, anak lelaki Pokemon mencelah " Abah, setan..setan.." sambil pointing finger ke arah aku yang masih di meja diskusi. Lalu bapanya menjawab " Ko jangan ambik hati..anak aku ni biasa di ajar, kalau orang hisap rokok tu tak baik..kita panggil rokok tu setan..alah budak-budak" sambil senyum ala2 makhluk animasi Madagascar. Dalam hati aku macam nak gelak pun ada , macam nak pijak budak pun ada, macam nak tinju Pokemon pun ada..dan macam2 lagi la..

Haaaa..part ni yang best. tengah2 rancak mendengar alasan Pokemon yang memang tak nak selesai. Anak perempuannya pula datang. " Abah..nak ehemm ehemm (buang air)". Maka maknya yang duduk kecut itu datang dan melondeh seluarnya. Tiba2 aku terdengar " Ermm..sooo niiceeee". Aku toleh-toleh aja rupanya anak lelaki 5 tahun itu yang berkata-kata kearah adik perempuannya. Patutlah ayah nya asyik bagi alasan " Ala..budak budak...". Harap ambil port tentang isu ini, kerana ianya terjadi di kalangan famili yang datang bertemu aku lengkap berjubah putih dan bertudung apalagi suka menilai pegangan agama orang lain.

Wednesday, January 12, 2011

Pulang Menonton AJL

Hari itu aku pulang awal. makan siap siap sebelum rehat di rumah. Hanya kerana mahu keep updated dengan AJL 25. ya, aku akui semenjak 5-6 tahun kebelakangan ini aku kurang minat dengan AJL bukan kerana apa, hanya kerana balik-balik muka yang sama menang. Namun dari tahun 2008, aku mula kembali mengambil tahu tentang AJL kerana keterbukaan terhadap lagu-lagu dari generasi baru pengkarya.

Kemenangan Ana Rafali jadi bualan cerdik pandai sampai ke budak-budak yang kononnya pandai. Ada yang terus terusan tak berpuas hati. Pasti ada kriteria yang melayakkan Ana menang. Penjurian dan pengadilan adalah bukan sesuatu yang mudah, perlu ada kredibiliti dan alasan yang logik kepada keputusan. Bagi aku kredibiliti ketua juri tidak perlu dipertikaikan, namun setiap usaha itu ada ruang tambahbaikan. Hanya sedikit buah fikiran, apalah kiranya di beri peluang bagi generasi baru untuk berkongsi pengalaman di meja juri?

"Tolong Ingatkan aku" merupakan antara lagu yang mengadungi lirik yang hebat, lari dari norma hidangan cinta biasa. Mungkin kurangnya populariti Ana menjadikan beliau di perkotak katikan apabila beliau menang. Aku akui populariti itu membantu artis, tetapi bukan dalam konteks penghasilan karya. Dalam konteks Ana, perlu ditimbal perjuangan dalam penulisan dan juga bakat baru. Lagu yang baik "sometimes" tak perlu gimik yang hebat. Jujurnya bagi aku, persembahan beliau sedikit nyaris diganggu dengan gimiknya. Ada gimik yang memerangkap, ada pula yang membantu menarik extra attention bagi menampal kepincangan vokal dan performance. Ada juga yang terlampau bergantung kepada gimik sahaja, sedangkan senilagu dan nyanyian tersasar. Ada juga gimik yang tidak digunakan sewajarnya.

Aku personally excited menonton AJL25 kerana featuring muka-muka baru, bukan bertujuan menilai. Kemenangan di AJL merupakan pembuktian pendominasian dalam arena lagu-lagu semasa, jadi ada yang berspekulasi dengan konfidennya terhadap pilihan mereka. Namun apabila kecewa dengan keputusan, mereka tidak mahu terima bahawasanya AJL itu berformat pertandingan yang bahwasanya sesuatu yang tidak diduga bakal terjadi. Bagi aku menang kalah itu tidak timbul, yang penting perjuangan dan karya yang baik. Apa perlu takut kiranya mereka konfiden dengan karya mereka. Pendek kata, ini merupakan titik tolak bahawasanya, perlu ada perubahan mentaliti dalam "so called industri muzik". Cara kerja yang baru, idea idea kreatif segar dan attitude self inovation perlu dipertimbangkan khasnya kepada pengiat seni senior.

Yang paling penting bagi 2011 ini ialah mengetengahkan bakat-bakat baru yang "genuine" sekaligus memberi nafas segar untuk santapan naluri rakyat. Pemikiran bahawasanya hasil karya yang bagus itu perlu dinikmati dengan adanya kos, bukan percuma. Sebagai penikmat muzik, perlu menyokong karya mereka ini dengan hadir di show mereka yang berbayar, membeli CD/ringtone mereka. Bukan hanya menunggu show-show yang percuma dan CD ciplak. Hidangan yang baik pastinya memberi manfaat. Dan aku pasti menunggu karya-karya yang lebih bagus dari mereka ini di 2011 dan seterusnya.

Keseluruhan AJL 25 bagus. Penampilan Francesca dan Nash amat berkesan.

Bagi individu seperti aku ini, persepsi aku menilai memang asing. Tiada kompromi dalam unsur politik mahupun reputasi. Yang bagus tetap bagus kerana aku ini bukan selebriti apalagi politician. Aku cuma lakukan apa yang aku suka, dengan terbaik..

Sorry teramat kepada acara selingan oleh 3 diva, aku kepenatan dan terus tertidur tanpa menonton kamu.

Hujan Di Kuala Lumpur

Selamat kembali rakan2. Akhir-akhir ini cuaca agak tak menentu. Agak susah untuk memikirkan bagaimana nak keringkan baju, kecuali dengan dryer elektrik. Tapi aku masih dengan cara tradisional, jemuran di penyidai. Satu rutin exercise bagi aku,
Tahun baru 2011, semangat pun perlu lebih kental. Ada yang perlu di lupakan di 2010, dan ada yang perlu di carry forward. Bagi aku, 2010 tahun yang bagus, dari aspek kerohanian. Aku sudah berkeluarga, kembali kepada keluarga dan juga paling kecil memberi sumbangan kepada negara.



Cuma ada yang tidak sedap mata memandang adanya sifat angkuh, tidak menghormati dan juga tidak tahu bersyukur di sekeliling. ini merupakan zarah2 negatif yang perlu di buang jauh2 dari kehidupan. Aku agak terpukul apabila ke sebuah bank tempoh hari. Seorang anak gadis mengherdik ibu tuanya hanya kerana kurang tahu mengisi borang, katanya menyusahkan. Ibunya itu terkebil-kebil malu. Sesungguhnya gadis itu dalam kerugian yang amat sangat...
Minggu ini semua berkejar-kejar. Mana yang mahu menghabiskan wang di kompleks, ada yang kenduri, ada yang kerjanya projek projek dan ada juga yang berpesta.