Wednesday, January 12, 2011

Pulang Menonton AJL

Hari itu aku pulang awal. makan siap siap sebelum rehat di rumah. Hanya kerana mahu keep updated dengan AJL 25. ya, aku akui semenjak 5-6 tahun kebelakangan ini aku kurang minat dengan AJL bukan kerana apa, hanya kerana balik-balik muka yang sama menang. Namun dari tahun 2008, aku mula kembali mengambil tahu tentang AJL kerana keterbukaan terhadap lagu-lagu dari generasi baru pengkarya.

Kemenangan Ana Rafali jadi bualan cerdik pandai sampai ke budak-budak yang kononnya pandai. Ada yang terus terusan tak berpuas hati. Pasti ada kriteria yang melayakkan Ana menang. Penjurian dan pengadilan adalah bukan sesuatu yang mudah, perlu ada kredibiliti dan alasan yang logik kepada keputusan. Bagi aku kredibiliti ketua juri tidak perlu dipertikaikan, namun setiap usaha itu ada ruang tambahbaikan. Hanya sedikit buah fikiran, apalah kiranya di beri peluang bagi generasi baru untuk berkongsi pengalaman di meja juri?

"Tolong Ingatkan aku" merupakan antara lagu yang mengadungi lirik yang hebat, lari dari norma hidangan cinta biasa. Mungkin kurangnya populariti Ana menjadikan beliau di perkotak katikan apabila beliau menang. Aku akui populariti itu membantu artis, tetapi bukan dalam konteks penghasilan karya. Dalam konteks Ana, perlu ditimbal perjuangan dalam penulisan dan juga bakat baru. Lagu yang baik "sometimes" tak perlu gimik yang hebat. Jujurnya bagi aku, persembahan beliau sedikit nyaris diganggu dengan gimiknya. Ada gimik yang memerangkap, ada pula yang membantu menarik extra attention bagi menampal kepincangan vokal dan performance. Ada juga yang terlampau bergantung kepada gimik sahaja, sedangkan senilagu dan nyanyian tersasar. Ada juga gimik yang tidak digunakan sewajarnya.

Aku personally excited menonton AJL25 kerana featuring muka-muka baru, bukan bertujuan menilai. Kemenangan di AJL merupakan pembuktian pendominasian dalam arena lagu-lagu semasa, jadi ada yang berspekulasi dengan konfidennya terhadap pilihan mereka. Namun apabila kecewa dengan keputusan, mereka tidak mahu terima bahawasanya AJL itu berformat pertandingan yang bahwasanya sesuatu yang tidak diduga bakal terjadi. Bagi aku menang kalah itu tidak timbul, yang penting perjuangan dan karya yang baik. Apa perlu takut kiranya mereka konfiden dengan karya mereka. Pendek kata, ini merupakan titik tolak bahawasanya, perlu ada perubahan mentaliti dalam "so called industri muzik". Cara kerja yang baru, idea idea kreatif segar dan attitude self inovation perlu dipertimbangkan khasnya kepada pengiat seni senior.

Yang paling penting bagi 2011 ini ialah mengetengahkan bakat-bakat baru yang "genuine" sekaligus memberi nafas segar untuk santapan naluri rakyat. Pemikiran bahawasanya hasil karya yang bagus itu perlu dinikmati dengan adanya kos, bukan percuma. Sebagai penikmat muzik, perlu menyokong karya mereka ini dengan hadir di show mereka yang berbayar, membeli CD/ringtone mereka. Bukan hanya menunggu show-show yang percuma dan CD ciplak. Hidangan yang baik pastinya memberi manfaat. Dan aku pasti menunggu karya-karya yang lebih bagus dari mereka ini di 2011 dan seterusnya.

Keseluruhan AJL 25 bagus. Penampilan Francesca dan Nash amat berkesan.

Bagi individu seperti aku ini, persepsi aku menilai memang asing. Tiada kompromi dalam unsur politik mahupun reputasi. Yang bagus tetap bagus kerana aku ini bukan selebriti apalagi politician. Aku cuma lakukan apa yang aku suka, dengan terbaik..

Sorry teramat kepada acara selingan oleh 3 diva, aku kepenatan dan terus tertidur tanpa menonton kamu.
Post a Comment