Saturday, March 19, 2011

Kunjungan Mawar Biru dan Wajah

Apa khabar semua? Maaf, aku ke luar bandar. Aku ke Pulau Perhentian terus ke Pasir Mas dan merentasi banjaran ke Alor Setar. Urusan famili.



Dalam kebosanan industri muzik terkini, aku di kunjungi rakan lama. Individu ini merupakan "unsung hero" bagi pengemar muzik pop bawah permukaan tanah beberapa tahun dahulu. Sebelum indie itu di over used oleh banyak pihak, beliau dan rakan-rakan tanpa peduli persekitaran, telah jujur berkarya. Sifat mereka yang gemar bereksperimentasi dengan bunyi-bunyi dan melodi indah membuatkan mereka ini layak didiberi penghormatan.



Setakat ini, ramai yang cuba menulis lirik-lirik indah dengan menyelitkan kata klise, tetapi individu ini lebih original. Penghasilan liriknya tepat, indah dan mengambarkan kebebasan dalam menyusun kata-kata tanpa batas dalam melodi. Namun, beliau telah meletakkan noktah dalam berkarya 2 tahun lepas.
Kunjungan kali ini merupakan jemputan bagi acara perkahwinan. Selamat pengantin baru..Mawar Khayalan.
Post a Comment