Saturday, August 27, 2011

Bruce Springsteen - Hungry Heart


Malam ni sungguh sunyi. Mungkin semua orang dah berpusu-pusu nak balik Raya. Aku aja yang masih belum balik, ada kerja sikit last minute.


Ok, Hungry Heart oleh Bruce Springsteen. Bruce Springsteen merupakan salah satu aku punya all time hero kategori songwriter rockers dan dia juga mat telecaster. Personally, aku rasa ramai yang kurang mengikuti Bruce "The Boss" Springsteen ini sekarang especially di Malaysia kerana agak lama dah dia ni menyepi.

Hungry Heart ini merupakan single pertama dari album ke 5 Springsteen, The River 1980. Lagu ini special bagi Springsteen kerana lagu ini pada mulanya ditulis untuk diberikan kepada Joey Ramones bagi rilisan bandnya. Tapi ianya disimpan. Springsteen kerap memberikan lagu-lagu ciptaannya kepada penyanyi lain macam lagu Because The Night - Patti Smith Group, kemudiannya menjadi hit bagi artis tu. Hungry Heart pernah dilabel sebagai Best Single of The Year 1981 oleh majalah Rolling Stone. Ianya juga pernah menjadi soundtrack bagi beberapa filem, seperti Adam Sandler - Wedding Singer. Hungry Heart ini menjadi hit sekali lagi apabila dirilis dalam kompilasi The Greatest Hits pada tahun 1985.

Video "Born To Run" ini merupakan tribute untuk sax player E-Street band, Clarence Clemon yang telah meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Post a Comment