Thursday, August 25, 2011

Vinnie Vincent Invasion



Vinnie Vincent Invasion (VVI) merupakan band yang ditubuhkan oleh ex gitaris Kiss, Vinnie Vincent. Vinnie menggantikan Ace Frehley dalam album 2 album Kiss, Creature Of The Night 1982 dan Lick it Up 1983. VVI dianggotai Dana Strum(basist), Boby Rock (drum)dan juga Mark Slaughter (vokal).



VVI pernah rilis 2 album iaitu Vinnie Vincent Invasion 1986 dan juga All System Go 1988.Dalam album Vinnie Vincent Invasion (1986), memang boleh dengar yang album ini lebih guitar oriented pasal banyak guitarwork yang agak melampau dari Vinnie, maklumlah gitaris hebat. "Boyz Are Gonna Rock" merupakan hits MTV pasa masa tu, tapi aku lebih prefer "Shoot U Full of Love" dan "Baby-O".


Album ke 2, All System Go lebih menarik. Lagu hits album ini "Lovekill" jadi sountrack untuk filem Freddy Krueger "Nightmare Of Elm Street4: the Dream Master". Antara lagu lain yang best (perlu checkout) ialah "Ecstasy", "That Time of Year", "Naughty Naughty" dan "Deeper and Deeper" . Album ini a must bagi yang ingin tahu 80's hair metal. Kedua-dua album ini ada dalam simpanan aku dalam format kaset dan CD.


Lepas dua album keluaran Chrysalis ini, band ini berpecah. Slaughter dan Strum dah form band baru, Slaughter dan Bobby rock pula join band kembar adik beradik, Nelson.

Personally, aku minat VVI ni masa 1988 kerana melody lagu best, suara Mark Slaughter memang terbaik dan juga kedua2 gitaris dan basist ni guna V shape guitar. Sampai sekarang, aku masih dengar CD All System Go ni at least sekali dalam 3 bulan.


Post a Comment