Sunday, September 18, 2011

Startovarius - Vision



Album vision, merupakan album ke-6 bagi band power metal tersohor dari Finland ini. Bagi aku rilisan 1997 ini adalah yang terbaik dari mereka. Dalam album ini, Stratovarius telah membuktikan mereka ini berada pada "top form" dalam menghasilkan karya speed/power metal yang mempunyai nilai-nilai klasikal jika dibandingkan dengan album-album mereka yang lain. Lagu-lagu hit dari album ini ialah "Black Diamond", "Kiss Of Judas", "Forever Free", "Paradise" dan "Legions" merupakan lagu-lagu standard speed/power metal. 




Kekuatan album ini ialah kombinasi terbaik penulisan dari gitaris Timo Tolkki dan juga keyboardist hebat Jens Johansson. Siapa Jen Johansson ni? Cuba checkout album awal Malmsteen Oddysey, beliau pernah main dalam album tu bersama bradernya, Anders Johansson sebagai drummer. Permainan mereka secukup rasa dalam album ini. Kekuatan album ini juga banyak bergantung kepada suara Timo Kotipelto yang high pitch tetapi sesuai dengan kesemua lagu.


Sekarang Timmo Tolki tidak lagi bersama Stratovarius. Tetapi, band ini masih lagi megeluarkan material baru. Mostly, di show-show live mereka, lagu-lagu dari album ini merupakan lagu wajib dalam setlist mereka seperti Black Diamond, Kiss Of Judas dan Paradise. Sekiranya kamu suka Helloweeen, Hammerfall dan juga Gamma Ray, pasti kamu suka album ini. A must for Speed/Power metal fan!!



Thursday, September 15, 2011

Red hot Chilli Peppers - I'm With You


Red hot Chilli Peppers kembali lagi dengan rilisan yang ke 10 pada 26 ogos lalu. Kali ini sekali lagi tanpa gitaris genius, John Fruciante selepas meninggalkan RHCP pada 2009. Posisi gitar diambil alih oleh Josh Klinghoffer, yang juga anak didik Fruciante. Album ini merupakan album yang ditunggu setelah rilisan terakhir RCHP Stadium Arcadium pada 2006.


I'm With You ini menampilkan Rick Rubin sebagai penerbit. Rick Rubin ni legeng yang pernah bikin album Slayer, Run DMC, Beastie Boys dan juga album terbaik RHCP, Blood Sugar Sex Magik. Rakaman di buat di East West Studio, studio yang sama bagi rakaman Californication. Single pertama dari album I'm with You ini ialah "The Adventures of Rain Dance Maggie" dan dah rilis dalam bulan Julai.


Album ini merupakan album "too look for"  sekiranya anda ingin figure out RHCP tanpa Fruciante. Ada ianya jadi seperti "One Hot Minute" ketika RHCP bersama Dave Navarro? Pastinya hujung minggu ini aku ke kedai untuk beli CD dari band legend ini. RHCP salah satu all time favourite band aku, harap-harap RHCP tour sekita SEA, boleh aku berkonsert bersama.



Btw, ini ruang menulis aku..dengan RHCP Blood Sex Sugar Magik..






Wednesday, September 14, 2011

Rod Stewart

Berlarutan dari AIM18. Aku decided nak tukar angin malam ini. Rod Stewart la pulak malam ni. Lagu feveret aku Some Guys Have All The Luck ni aku dengar dari masa aku budak-budak lagi. Sebenarnya lagu ni telah beberapa kali di cover oleh penyanyi lain seperti Robert Palmer, termasuklah Rod Stewart ni. Ada masanya aku layan jugak cover version yang dibuat raggae oleh Maxi Priest, tapi memang takleh challenge suara Rod Stewart ni. Lagu ni aku biasa pasang masa aku tackle aweks dan kena reject punya, sampai hari ni dah berfamily pun aku suka main lagi ni.

Sampai sekarang suara serak serak basah dia ni melekat kat otak aku. walaupun ramai kenal dia ni sebagai penyanyi pop, dia dulunya pernah join rock band Jeff Beck Group dan The Faces.
 



Rod Stewart ini telah diangkat sebagai legend dalam industri muzik dunia dan dia sudah aktif dekat 5 dekad. Kalau nak tahu lebih detail sila wiki.

Ada Apa Dengan AIM18

Hari ni agak lain sikit moodnya. Selalu sangat tulis hal hair metal, kita jenguk kejap kat industri muzik Malaysia. Hujung-hujung tahun ni, biasalah diaorang sibuk pasal Anugerah Industri Muzik. Siapa patut dicalonkan, siapa tak patut dan seribu satu hal di bincangkan. Apa-apa pun, yang aku akan perhati band/artis yang akan perform "live" di AIM tu nanti.




Pengemar Muzik, Sila kasi komen..anda bebas di laman saya ni.

Anugerah Industi Muzik 18 akan diadakan pada Sabtu, 12hb November 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam. Ini ialah list penuh calon2:

Artis Baru Terbaik
  1. James Baum
  2. Kyoto Protocol
  3. Najwa
  4. Project Pistol
  5. Reza Salleh
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
  1. Anuar Zain – Sedetik Lebih
  2. Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
  3. Black – Sofea Jane
  4. Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
  5. Tam Spider – KitaSatu
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
  1. Anita Sarawak – Asmara
  2. Jaclyn Victor – Noel
  3. Najwa – How Long Must I Wait
  4. Yuna – Penakut
  5. Yuna – Gelora Jiwa
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu
  1. Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
  2. A.P.I – Pelita
  3. Caipifruta – Menceceh Bujang Lapuk
  4. Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
  5. In Team – Salamun Salam 2
Kulit Album Terbaik – Pereka
  1. Urusan Aizat Amdan – Aizat
  2. Lonely Boy Soldier – Hujan
  3. Bumi Akhir Usia – Mirwana
  4. Cherry Blossom Love – Pop Shuvit
  5. Decorate – Yuna
Rakaman Album Terbaik – Jururakam
  1. Urusan Aizat Amdan – Aizat
  2. Indah – Atilia
  3. Lonely Soldier Boy – Hujan
  4. Dewa – Ning Baizura
  5. Realize – Reza Salleh
Video Muzik Terbaik – Pengarah
  1. Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan
  2. DJ CZA – Kotarayaku oleh Altimet & Nuh Hujan
  3. Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
  4. Tan Chee Meng – Karma oleh Faizal Tahir
  5. Ahmad Farish – Inspector Remos oleh Hujan
Lagu Pop Etnik Terbaik
  1. Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
  2. Katakanlah – Amirah Ali
  3. Santun Berpesan – Castury feat Ayati Tasrip
  4. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy
  5. Falsafah Laksamana – Zali Redang
Lagu Nasyid Terbaik
  1. Hadirnya Cahaya SAW – Abdul Halim Ahmad – Devotees
  2. Permata Hati – Syah InTeam – Nazrey Johani
  3. Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU
  4. Bebas Palestin – Nazrey Johani – Rabbani, InTeam, Saujana & Nowseeheart
  5. Pahlawan Gaza – Frizdan – Saujana
Lagu Rock Terbaik
  1. Pelita – Loque & API
  2. Estravaganza – Sam – Bunkface
  3. Pokok – Taja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
  4. Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford – Project Pistol
  5. Kita Satu – Tam – Spider
Lagu Pop Terbaik
  1. Beribu Sesalan – Kevin Chin – Tinta – 3 Suara Ning, Jaclyn Victor & Shila Amzah
  2. Sungai Lui – Aizat & Anas – Aizat & Anas – Aizat Amdan
  3. Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
  4. Dengarkanlah – Acis & Sheila Majid – Sheila Majid
  5. Penakut – Yuna Zarai – Yuna
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  1. Years From Now – Aizat & Anas – Aizat Amdan
  2. Innocence Soul – Najwa – Najwa
  3. Got To Go – Najwa – Najwa
  4. What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh
  5. Straccialatella – Reza Salleh
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
  1. Insyaallah – Maher Zain
  2. Indahnya Cinta – Nidji
  3. Sahabat Selamanya – Padi
  4. Ku Menunggu – Rossa
  5. Bunga Mimpi – Sandy Sandoro
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
  1. Helen Yap – Asmara – Anita Sarawak
  2. Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih – Anuar Zain
  3. AG – Jeritan Batinku – Azlan & The Typewriter
  4. Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid
  5. Jenny Chin – Ku Mohon – Sheila Majid
Album Terbaik – Produser
  1. 3 Suara
  2. Urusan Aizat Amdan
  3. Dewa
  4. The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid
  5. Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah

Tuesday, September 13, 2011

Savatage - Gutter Ballet


Kalau pergi club yang ada live band, selalu sangat orang mintak lagu Steelheart - She's gone. Mungkin kerana lagu ballad tu vocalnya high pitch, guitarwork yang melodi cantik dan lagu tu ada unsur dramatik. Tetapi, aku rasa takda yang mintak lagu dari band hebat ini, Savatage. Memang band ini tak famous macam band band lain sezamannya,  tapi Savatage punyai dua beradik musician/songwriter yang terbaik dalam kelas tersendiri.



Aku mula kenal band ini agak lewat, itu dari satu kompilasi lagu-lagu ballad yang aku pun dah lupa apa titlenya, maklumlah tahun 1989. Lagu Summer Rain telah menarik minat aku untuk checkout band ni. Summer Rain ni adalah salah satu track dalam album ke-6 dan terbaik Savatage pernah keluar, Gutter Ballet (1989).


Savatage ni ditubuhkan oleh dua beradik, Criss dan Jon Oliva. Gutter Ballet ini merupakan satu album  yang unik bagi Savatage kerana mereka mula menghasilkan lagu-lagu yang lebih progresif, arrangement yang lebih kompleks dan lebih berkonsep opera berbanding album-album sebelumnya yang lebih straight forward metal. Bagi yang gemar teknik gitar lentok, album ini anda mesti tahu. Album ni mendapat sambutan baik dan selalulah MTV memainkan videonya sekita 1990.




Savatage rilis album Streets : Rock Opera, susulan dari Gutter Ballet tapi sambutannya agak kurang kerana mulanya demam grunge. 1993, Savatage kehilangan gitaris Criss Oliva akibat kemalangan jalan raya. Until now, Savatage ni masih ada dan bergiat aktif di sekitar US dan terajui oleh Jon Oliva bagi meneruskan cita-cita adiknya.

Ini video Hall Of mountain Kings, dari album sebelum Gutter Ballad.




Sila checkout video clipnya banyak di Youtube, diorg tak bagi aku tampal kat sini..enjoy.

Monday, September 12, 2011

Running Wild


Hari ni kita lari sikit dari glam hair metal. Kita ke Hamburg Jerman, berkenalan dengan band yang CDnya aku dengar hari ni, Running Wild - 20 Years in History. Band ni adalah antara band otai metal Jerman, selain dari Helloween, Kreator, Scorpions, Destruction dll. Running Wild menegahkan genre tersendiri yang dinamakan, Pirate Metal. Bila dengar lagu-lagu RW ni barulah faham hal Pirate Metal ni, yang mana melodinya lebih kearah zaman-zaman kekuasaan lanun-lanun dan swashbuckling kurun ke16.



Bermula dari 1976, band ini diterajui oleh vokal/gitaris Rolf Kasparek. Riffing gitar keras dan vokal power, merupakan trademark RW. RW telah split lepas Wacken open Air 2009. Cuba checkout RW ini.





Sunday, September 11, 2011

Skid Row dan Sebastian Bach


Rasanya macam belum terlambat nak ucapkan Selamat hari raya kat kawan2 semua. Busy sikit dengan macam-macam aktiviti cuti-cuti raya. Kerja jugak makin menimbun, mengejar due date. tapi rock tetap pasti...sambil mengingati 911!

 Aku ingat lagi masa dulu-dulu masa band Skid Row ni baru keluar kaset self titlednya. Masa tu aku kat sekolah menengah awal-awal sebelum SRP. Ada kawan aku ni sibuk duk layan Skid Row ni, katanya band ni ganas lebih dari band2 hair metal yang kita dengar masa tu. Lagunya agak kasar berbanding dengan Stryper dan Ratt. Vokal dia tinggi. Jadi yang duk dengar lagu-lagu Poison tu takleh geng dengan dia. habis kat meja sekolah dia conteng nama Skid Row dgn liquid paper. Yang tak bestnya, kaset aku jugak yang dia pinjam.




Skid Row ditubuhkan sekitar 1986 dan mula keluar dgn 1st albumnya Skid Row pada 1989. Untuk hari ini, aku akan cerita hanya tentang 2 album pertama, Skid Row dan Slave To The Grindi. Walaupun band ni dari New Jersey, lagu-lagunya berbeza dari Bon Jovi. Kerjasama Bon Jovi, Doc McGhee, Micheal Wegener dan Altantic Records menghasilkan album pertama self title Skid Row dan mereka tour opening untuk Bon Jovi New Jersey album. Album ini merupakan album yang berjaya dengan lagu-lagu hit "18 and life", "I Remember you" dan anthem "Youth Gone Wild". Sampai hari ini, kalau sebut saja Skid Row, mesti ingat 18 and Life kerana MTVnya yang sangat best tentang remaja bermasalah drug dan alkohol.




Album ke-2, album favourite aku, personally. Slave To the Grind lebih heavy, gitar riffing yang mengancam, vokal yang high pitch meletakkan Skid Row sebagai salah satu important band pada awal 90an. Banyak lagu-lagu yang heavy yang rabak seperti "Monkey Business" "Living On A Chain Gang" "The Treat" dll. Ballad yang mesti didengar "Wasted Time", "Quicksand Jesus" dan "In A Darkened Room", vokal Bach amat baik dalam lagu-lagu ni. Mereka tour opening untuk show besar seperti Donington Festival dan juga opening untuk Guns n Roses 1991 tour.Majalah Hit Parader, Metal Edge, Metal Hammer dll selalu sangatlah muka Sebastian Bach ni jadi cover depan . Snake Sabo, Scotti Hill dan Rachel Bolan pulak banyak masuk dalam majalah -majalah gitar mcm Guitar World dan Young Guitar.

Skid row ada rilis tribute album kemudian B-Sides, nanti insyallah aku tulis kemudian hari.