Wednesday, September 14, 2011

Rod Stewart

Berlarutan dari AIM18. Aku decided nak tukar angin malam ini. Rod Stewart la pulak malam ni. Lagu feveret aku Some Guys Have All The Luck ni aku dengar dari masa aku budak-budak lagi. Sebenarnya lagu ni telah beberapa kali di cover oleh penyanyi lain seperti Robert Palmer, termasuklah Rod Stewart ni. Ada masanya aku layan jugak cover version yang dibuat raggae oleh Maxi Priest, tapi memang takleh challenge suara Rod Stewart ni. Lagu ni aku biasa pasang masa aku tackle aweks dan kena reject punya, sampai hari ni dah berfamily pun aku suka main lagi ni.

Sampai sekarang suara serak serak basah dia ni melekat kat otak aku. walaupun ramai kenal dia ni sebagai penyanyi pop, dia dulunya pernah join rock band Jeff Beck Group dan The Faces.
 



Rod Stewart ini telah diangkat sebagai legend dalam industri muzik dunia dan dia sudah aktif dekat 5 dekad. Kalau nak tahu lebih detail sila wiki.

Post a Comment