Monday, October 24, 2011

Whitesnake 1987



Geng, minggu ni korang kena tahan nafas sikit, kerana aku akan tulis pasal Whitesnake sahaja. Maklumla very excited. So kalau korang nak tahu pasal hal ehwal terkini Whitesnake, boleh refer kat sini dan hal ehwal lineup lama di sini. Hari ini aku nak cerita sikit pasal salah satu album terbaik dari Coverdale dan gengnya, iaitu 1987.



Di awal 1984, Whitesnake kehilangan beberapa personel, yang mana Micky Moody keluar dari Whitesnake ketika album Slide It In rilis. Dia digantikan dengan John Sykes (ex Thin lizzy/Tyger Of Pan Tang). Line up baru era #6 ini ada David Coverdale, Cozy Powell (drum), John Sykes, Neil Murray (bass) dan juga John Lord yang join sekejap kemudian kembali ke Deep Purple. Selepas Slide It in, merupakan era transisi muzik yang hebat di mana David Coverdale perlu bersaing dengan muzik hebat yang di dominasi oleh Bon Jovi dan Guns n' Roses. Faktor umur yang mana pada tahun 1987, David sudah berumur 36 tahun dan perlu bersaing dengan Axl , Bret Micheal dll. Ini membuatkan David perlu mencari formula yang tepat bagi album 1987.



David dan Sykes mula menulis lagu-lagu baru yang lebih bertenaga dan Whitesnake perlu lebih berimej, TV friendly band dan ready untuk arena, bukan lagi di dewan kecil. Dalam masa ini, Powell digantikan dengan Ashley Dunbar ex-Journey untuk recording yang di monitor oleh Bob Rock.



Still Of The Night merupakan "key song" yang riffnya ditulis Sykes ala-ala Kashmir. Lagu ini merupakan satu vibe baru dalam muzik era baru Whitesnake. masih juga ada elemen blues dalam lagu-lagu seperti Bad Boys, Give Me All Your Love. Lagu yang agak lembut Crying in The rain masih mengekalkan mood ala Still Of The night. Bagi menguasai certa mereka menulis kembali Here I Go Again dan Is This Love. Is This Love ini pada mulanya ditulis untuk Tina Turner, tetapi David rasakan lebih sesuai dimasukkan dalam 1987. Track-track lain bagi memanaskan stage ialah Give Me All Your Love dan juga Straight From The Heart.



David kemudiannya di jangkiti sinus yang telah membuatkan album ini tertunda. Dalam pada masa yang sama Sykes menarik diri dan digantikan dengan Adrian Vandenberg dan juga ex-Dio, Vivian Campbell. Whitesnake juga memasukkan Tommy Aldridge (ex-Ozzy) di posisi drum.
1987, merupakan era MTV, dan Whitesnake telah mengekploitasikannya sebaik mungkin. Video clip "Here I go Again" telah menampilkan Tawny Kitaen (model/ex-gf Robin Crosby Ratt/ muncul di cover Ratt Out Of The Cellar) berbaring di atas bonet kereta mewah. Video ini telah menjadi instant hit bagi Whitesnake di Amerika dan seterusnya Tawny mula bercinta dengan David. Tawny muncul lagi dalam beberapa video Whitesnake seperti is this Love dan juga Still Of The Night.



Pada masa itu, David Coverdale merupakan bintang hair metal yang berwibawa kerana beliau lebih matang berbanding dengan pesaingnya dan juga dia di gambarkan sebagai penyanyi yang matang, bukannya rock star. Audien US menganggap 1987 merupa rekod yang baik pada masa yang tepat oleh band yang baik pada masa itu. 1987 telah terjual sebanyak 8 juta dan berjaya ke tangga ke 2 Billboard semasa di rilis. Selepas beberapa tahun touring, Vivian menarik diri dan Vandenberg tercedera lengan. Maka David menjemput Steve Vai sebagai partner dalam penulisan material baru.



Kombinasi penulisan Sykes dan David merupakan kombinasi terbaik dalam era Whitesnake berbanding dengan Vai yang telah membawa muzik Whistesnake kearah halatuju yang tersasar dalam Slip Of The Tongue.



ni gambar aku dgn Tommy Aldridge masa dia datang KL klinik drum Yamaha. So CD aku ada sain la..Btw, asyik menulis aja aku ni, tiket Whitesnake belum ada lagi ni.

Satu lagi berita baik utk kawan2, aku bakal jadi bapa. hehehe..

Wednesday, October 19, 2011

Whitesnake Live in KL : Update 1



Aku rasa konsert yang paling menarik tahun ini ialah yang ini, Whitesnake. Selain dari Loudness few month back, yang ini dah set satu "mark" dalam sejarah konsert di Malaysia. Kenapa aku cakap konsert ini penting? Kerana perjuangan David Coverdale yang dah lama ditunggu ke Malaysia.



Venue konsert dah bertukar ke Stadium Bukit Jalil. Ini petanda baik, kerana venue baru ini agak lebih sesuai. Aku akan tulis lebih lanjut pasal Whitesnake ini dalam next entry..apa2 pun konsert ini, a must untuk rockers2 ..jumpa di sana!