Wednesday, November 09, 2011

Review : Whitesnake Live In KL (Forevermore Tour) Part 1


Ada untungnya bagi aku yang lahir awal-awal 70’an terutama sekali dalam menikmati muzik merentasi 3 era, good quality music. Muzik rock dan blues, spesifiknya amat berevolusi dalam era tersebut. Di zaman ini nama-nama seperti Phill Lynot, Led Zeppelin, The Budgies dan ramai lagi berkarya secara bebas tanpa membayangkan apa arah tuju muzik digital pada masa ini. Tidak terkecuali, penyanyi British bernama David Coverdale yang menarik minat aku pada awal-awal mengenal muzik rock, Deep Purple secara khususnya. Suaranya yang lantang, aksi lontaran mic stand dan juga bluesnya ketika bersama DP amat memberi kesan sampai hari ini. Cuba tanya mana-mana “Mat Rock”, pasti tahu lagu Burn, Stormbringer dan paling cikai pun lagu Soldier of Fortune, walaupun ada jugak yang tak tahu apa nama penyayinya sekurangnya melodi nyanyian ini lekat di jiwa mereka.

Firstly, maaf kerana agak lambat menulis. Isu kesihatan timbul selepas WS tempoh hari. 30 October hari tu aku serba salah jadinya. Isteri aku di bedah di hospital dan tiada siapa yang mahir dengan SLR Canon 350D ini dalam hal-hal gambar konsert. Apatah lagi aku di jemput kami dijemput untuk liputan penuh rehersal dan juga konsert untuk WS ini. Aku pun nekad berkursus 30 minit di wad dan terus ke Bkt Jalil jam 1 petang itu bersama seorang pembantu. Dalam kereta, sempat jugak berSMS dengan Dr. Ben, katanya dia jugak confirm turun WS, so malam tu janji meetup.

Sebagai penulis “media” blog aku redah aja awal petang tu, dan lepak dengan geng2 Ella yg dah ada di lokasi soundcek lebih awal. Rokok gulung ni takyah cerita la banyak mana aku hisap menunggu greenlight untuk WS mulakan soundcek. Jam 4.30 petang mulalah sessi soundcek dengan Dough Aldrich setup sound Marshallnya dan juga Reb Beach. Brian Tichy juga mula menguji sound setiap tom tom dengan PA system yang ada. Adalah jugak mereka jamming suka-suka part-part lagu Is This Love dan lagu Love Ain’t No Stranger. Dengar soundnya aja..aku dah mula excited ni. David takda masa soundcek tu, mungkin save tenaga untuk malam tu.

Dough Aldrich's Rig

Ella's band guitars

Kat belakang stage, catering dari Hilton KL Sentral adalah siapkan makan untuk WS ni, maklumla diaorg ni nak makan yang fresh. Dah macam setup dapur dah aku tengok kat belakang ni, Dough Aldrich pun dah 2 3 kali round ambik makannan aja.... Apa-apa pun aku mula pegi usha merchandise kerana booth mula di buka jam 6, nanti aku melepas saiz baju yang best best. Sudahnya, aku beli thirt all over print WS kt VIP lounge..terbang RM aku.

Habis WS soundcek, crew-crew Ella mula setup untuk soundcek dalam jam 6 petang. Untuk opening show WS ini, Ella menampilkan gabungan 3 gitaris, Joe Wings, Rithan Deja Voddo Spell dan juga Amir Crush. Lepas semuanya puashati dengan setup masing-masing, jam 7 malam stage manager bagi call time..Ella naik stage jam 8 malam.

Jadi dalam masa 1 jam tu sempatla berehat dan buat apa-apa patut. Thank you lah, management Ella ada belanja McD, so apalagi makan ajelah. Abis makan biasala nak pergi smoking kat loading bay, tapi management PR WS bagitau WS tak boleh ada bau asap rokok, semua puntung rokok perlu disapu kerana semua members WS anti rokok. Errm..sudahnya mereka yang merokok tu kenala pegi jauh dr area tu, dekat parking kereta.

Post a Comment