Friday, November 11, 2011

Review : Whitesnake Live In KL (Forevermore Tour) Part 2


Jam 8 malam, aku kat depan stage. Ella mula naik stage bagi salam dan mulakan dengan lagu show dengan lagu Nuri. Audiens makin ramai masuk tapi tak semeriah yang disankakan kerana hujan diluar. Tapi audiens mula bertambah bila masuk lagu ke 2. Untuk Ella, aku dibenarkan ambik gambar semua lagu, all access. Untuk WS pula, hanya dibenarkan ambik untuk 3 lagu pertama..biasalah kalau international act. Aku masih terkial-kial dengan setting DSLR ni, yang takda live view dan aku perlu teropong. Adduila..time ni la dia nak bikin fault. Ella rock on dengan lagu-lagu Dua Insan Bercinta dan Layar Impian sambil diselang seli dengan solo menyolo oleh 3 gitaris.

Lineup Ella band pada malam tu ialah Jimmy (drum), Fly (bass), Lawrence (keyboard), Amir Crush (gitar), Joe Wings (gitar) dan Rithan (gitar). Not bad, Ella deserve opening untuk WS dengan performance yang ditunjukkan pada malam tu. Aku masih terkial2 dengan kamera ni.

Selesai Ella, tirai hitam diturunkan. Lampu semua tertumpu kearah logo WS dan drumset ddrum Brian Tichy. Time ni la pulak management WS mintak semua media keluar, pastu kena ambik sticker untuk photoshot. Kenalah ikut. Sebaik masuk saja David Coverdale, audien semua excited. Apalagi, shoot ajelah. Lagu Best Years (dr album Good To Be Bad) dimulakan oleh David, dan audiens mula ke depan. Ramai jugak audiens malam tu.

Disusuli dengan lagu Give Me All Your Love Tonight dan Love Ain’t No Stanger yang membuatkan audiens singalong. Dua-dua lagu ni ialah classic track dari album 1987 dan Slide It In. David macam biasa menghayunkan mic standnya ke atas dan itulah trademarknya. Chekout Youtube kalau nak tahu. Sound Les Paul Adlrich amat baik dengan kombinasi Suhr Reb Beach dengan Marshall stack. Best..best, better dari sound semasa soundcek tadi.

Habis saja lagu ke- 3 tu media bergegas ke ruang audien. Tiba masanya aku enjoy show la pulak. David macam biasa biasa announce “ Kuala Lumpur..Is this Loveeee..”. Antara lagu yang di tunggu-tunggu. Pendek kata semua sing along dengan lagu ni. Muzik takyah ceritala..best..ada sikit improvasi, tapi feel Tawney Kitten masih ada,..hehehe. Lagu ke 5, dari album baru Forevermore, Steal Your Heart Away menyusul. Sound baru dari WS, mungkin kurang familiar bagi otai-otai di sini. Tapi audiens layan aja rocknya. Tiba masanya Aldrich tukar ke gitar akustik Gibson jumbonya untuk lagu title album, Forevermore. Lagu ini ada sikit bluesy ala-ala Sailing Ship era Vai, Slip Of the Tounge. Sound akustik yang baik,

Tiba masanya Dough Aldrich menunjukkan skillnya dengan Les Paul dan disusuli skill yang lebih moden dan permainan whammy bar oleh Reb Beach. Ternyata, gandingan Aldrich dan Beach ini merupakan kombinasi terbaik WS selepas Campbell dan Vandenberg. Selepas 10 minit gitar duel, menyusul pula Can You hear The Wind Blows (dari album Good To Be Bad) dan seterusnya single dari album Forevermore, Love Will Set You Free.

Kini giliran Brian Tichy (ex drummer Billy Idol/Foreigner) pula menunjukkan skillnya. Jujurnya aku pada awalnya masih lagi skeptical dengan drummer baru ini, aku lebih prefer Tommy Aldrich bagi WS. Tetapi aku amat silap, Tichy memang layak untuk duduk di posisinya bagi lineup generasi baru WS ini. Dia memang hebat setanding Aldridge dengan gaya pukulan tanpa stick, full of trick...awesome.

Lepas dekat 10 nint lineup lain berehat, David muncul dengan lagu ballad dari album Slip Of The Tounge, The Deeper The Love. Suaranya yang tinggi lagi husky amat baik bagi lagu ini, dan audiens pun turut sing along. Part solo lagu ini telah di improvise oleh Aldrich sehingga hilang unsure Vai. Disusuli pula dengan Fool For Your Loving dan juga lagu lagu yang paling ditunggu-tunggu dari album 1987, Here I Go Again.

Seterusnya, lagu favourite aku, Still Of The Night. Lagu ini memang menguji Coverdale dengan vokalnya memandangkan umurnya telah masuk 60 tahun pada 2011. Coverdale secara sentimentalnya memulakan Soldie Of Fortune, versi tanpa muzik. Lagu ini yang telah membuatkan audiens turut singalong. Bukan senang untuk mendengar lagu yang usianya 30 tahun dan ianya dinyanyikan oleh legenda itu sendiri. A great moment.

Lagu terakhir yang pastinya semua tahu, Burrrnnn yang selitkan Stormbringer ditengah-tengahnya. Macam biasa lagu ini, menjadi trademark Coverdale bagi memperkenalkan ahli WSnya dengan dimulakan dengan Dough”Lord Of The Les Paul” Aldrich, Reb “Pittsburgh” Beach, Micheal Devin, Brian Tichy dan juga session keyboardist Brian Ruedy.

Personally, WS Live In KL ini merupakan antara konsert yang terbaik aku pernah saksikan. Bukan dinilai dari segi kehebatan permainan, attendance atau pun sound system yang baik. Tetapi secara overall konsert ini tinggi valuenya dari segi response dan interaksi audiens terhadap lagu-lagu yang di sajikan, lebih-lebih lagi dengan perjuangan Coverdale yang semenangnya hebat. Ini dibuktikan dengan kira-kira 5000 audiens yang telah mencipta sejarah bersama. TQ JS Concert for a very good show, terima kasih daun keladi!

Next, dengar khabarnya Judas Priest!

Post a Comment