Friday, January 27, 2012

Duran Duran – Seven And The Ragged Tiger (Capitol/1983)

 


Album ke 3 dari band eksport terbaik British, Duran Duran merupakan album terakhir yang dianggotai lineup asal berlima sebelum berpecah ke Arcadia dan Power Station. Kemuncak karieer Duran Duran terletak pada album ini. Imej yang mantap dan juga musik yang berkualiti, semuanya di salurkan ke dalam album ke 3 ini. Tahun 1983 merupakan tahun kejayaan Duran Duran, mereka telah berjaya memenangi 2 anugerah Grammy bagi kategori Best Video untuk album terdahulu.


Dalam Seven And The Ragged Tiger, Duran Duran telah beralih kepada muzik yang lebih ke arah dance dan juga bereksperimentasi dengan synthesizer dan juga bass line yang lebih kompleks.  The Reflex berjaya di nombor 1 carta US Hit 100 dan juga merupakan single terakhir Duran Duran di kedudukan no 1 di Carta UK.  New Moon On Monday pula memberi satu rasa baru bagi pendengar dengan nyanyian Simon Le Bon yang lebih ekspresif lagi seksi dan juga chorus yang membuatkan pendengar akan mengulangi track tersebut. Aura kegilaan Duran Duran melanda seluruh dunia dengan rilisan video muzik yang baik dan penyiaran berterusan di MTV . Personel Duran Duran terus diangkat sebagai ikon fesyen pada masa itu, dan wajah Simon Le Bon juga John Taylor terus menjadi  satu kemestian bagi semua majalah hiburan.


Lineup :

Post a Comment