Tuesday, April 17, 2012

Cromok 25th Year Anniversary Reunion - Part 2


Selepas berehat selama 15 minit, kira-kira jam 6 petang cromok mengambil tempat di pentas. Kelihatan wajah Sam tersenyum, senyum puas apalagi bangga dengan penantian penuh harapan audiens.  Mulai dengan intro Ulek Mayang amat kena untuk menaikkan semangat penonton kembali ke era Cromok.  Cromok tampil gah di pentas, Sam, Karl dan Miji dengan wajah ceria dan dibantu oleh guitarist session dari band Nrocinu, Shah.

Cromok menyajikan lagu-lagu dari album klasik mereka terawal dan nyata ini yang di nantikan penonton. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu ialah Journey, Misty, Metalurgical, Memories, Little One, The Siblings, Obsessed dan banyak lagi. Kebanyakan seleksi mereka nyata dari album Image Of Purity, forever In time dan Yours Truly lebih-lebih lagi pada zaman era Karl sebagai gitaris. Cromok menampilkan kelainan dengan memainkan lagu Another You versi akustik. Ternyata ianya amat berkesan bagi “menyejukan” suasana dengan alunan syahdu akustik Karl.  Sam amat selesa di pentas dan bijak berinteraksi dengan penonton dan ini merupakan plus point bagi band yang berpengalaman ini.


Apa yang special tentang konsert ini? Semangat! Walaupun sudah lebih 15 tahun tidak bersama beraksi tetapi kredit patut di berikan kepada Cromok. Mereka tidak menghampakan kesetiaan Cromers dan juga generasi baru dalam mempersembahkan muzik metal berkualiti. Jentera drum mereka Miji, patut di beri pujian kerana konsistensi dan juga permainan yang baik dalam memandu jentera rythm Cromok dengan dentuman double pedal yang padu. Keterujaan dan juga perasaan bangga di wajah Cromok jelas terbayang seribu kenangan manis mereka dalam perjuangan muzik keras. Ini adalah sesuatu yang hanya dicapai dengan melalui pengalaman.  Definetely, undistiputed local metal act so far dan juga konsert terbaik bagi 2012 ini.




Tahniah Clockworks Event dan Uncang Tiga. Amat mengalu alukan projek seterusnya dari Cromok!






Cromok 25th Year Anniversary Reunion - Part 1

Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, aksi reunion/comeback band tempatan menjadi pilihan utama bagi penggemar muzik, khususnya muzik keras tempatan. Tahun lepas, kita menyaksikan Search dan Wings melebarkan sayap dengan konsert besar-besaran dengan kehadiran peminat yang amat memberangsangkan.
Kemelut industri muzik yang sentiasa berubah rubah dan tidak menjanjikan progres seperti yang diharapkan oleh pemuzik terutamanya muzik berat, sering menjadi elemen negatif terhadap penganjur keputusan penganjur untuk menyajikan pementasan yang berskala besar dan berkualiti bagi pengemar muzik tempatan. Sekaligus, membantutkan perjuangan pengkarya muzik lalu memberi ruang untuk artis luar beraksi di pentas tempatan. Ini hakikat yang masih kita kena telan dan harus bersetuju. Sebagai salah satu daripada series Konsert Rock Legends, Clockwork Events telah menampilkan Cromok Reunion selepas kejayaan konsert Loudness yang lalu.
Mengapa Cromok?
Mengangkat local music act sebagai idola juga lagenda adalah sesuatu yang sepatutnya telah lama disemat didalam minda rakyat kita. Selain Search, Wings, May dan Lefthanded, Cromok merupakan lagenda di kelasnya yang tersendiri. Ini terbukti dengan berjayanya konsert Cromok Reunion: 25th Years Anniversary anjuran Clockwork Events dan Uncang Tiga. Konsert ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri, dan bagi yang menyaksikannya, hanya anda tahu apa maksud yang saya perkatakan!
Dengan tagline “Trashing Kuala Lumpur”, Karl, Miji dan Sam kembali bersama di pentas KL Live pada 8 April 2012. Jam 2.30 petang, ruang parkir KL Live mula dibanjiri dengan “soldadu metal hitam” dari pelbagai peringkat umur. Ada juga yang berbaju kemeja pejabat dan tak kurang juga geng remaja rasanya baru mengenali Cromok menerusi era MP3. Ada yang dari Perlis, Kelantan dan juga sejauh Borneo. “Excitement “jelas kelihatan di wajah mereka, teruja untuk menyaksikan Cromok. Usahawan di Marchandise booth sibuk menjual t-shirt Cromok reunion, dan kualitinya agak baik dengan harga yang patut. T-shirt Cromok ini perlu dibeli, ia akan jadi rare item akan datang!
Jam 4 petang, saya sempat menjenguk sessi soundcek Langsuyr dan juga Nuclear Strikes sebelum penonton dibenarkan masuk. Kelihatan juga beberapa “familiar faces” sedang bertungkus lumus untuk menyediakan system bunyi dan menyediakan pentas, busy-busy. Keadaan agak santai sebelum konsert dimulakan, dan penonton beratur masuk dengan teratur tanpa kecoh-kecoh, Ini attitude yang terbaik dari Metalheads tempatan, syabas!
 Opening Act 1 : Nuclear Strikes
 
Kira-kira jam 4.30 petang, sebelum persembahan dimulakan, MC telah mengajak penonton untuk menghormati dan menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya memulakan persembahan dari opening act pertama, Nuclear Strikes.
Metal Kajang ini memulakan setnya dengan begitu bertenaga. Dengan permainan double lead gitar, mereka memulakan dengan lagu pertama World At War dari EP mereka “Megastrom Eye”. Pada awal persembahan, sedikit kepincangan teknikal berlaku apabila suara penyanyi utama Ladyana ditengelami dentuman dram dan juga bunyi gitar. Suara Ladyana seakan bersembunyi dibelakang muzik mereka. Masalah ini semakin berkurangan apabila mereka tampil dengan lagu cover dari Scorpions, Blackout. Penonton kembali memberi respons yang baik setelah bermulanya  Blackout. Gandingan mantap dua gitar One Two Kill dan Rex sememangnya serasi dan menampakkan kombinasi yang cukup persefahaman.

Kredit juga perlu diberikan kepada Ladyana, sebagai vokalis wanita dalam arena musik metal tempatan adalah sesuatu yang agak “rare”, namun dengan kesungguhan dan juga aksi yang agresif, beliau mampu menarik minat penggemar muzik berat. Sebagai vokalis, beliau perlu memperbaiki sebutan (pronunciation) semasa persembahan dan juga komunikasi. Aura Doro Pesch juga Lita Ford ada pada Ladyana, cuma perlu lebih banyak beraksi, pasti namanya akan terus bersinar. Beri sedikit masa lagi, Nuclear Strikes bakal menjadi antara band berpotensi di arena metal tempatan sekiranya mereka berusaha. Nuclear Strikes mengakhiri setlistnya dengan lagu self title dari EP mereka Megastorm Eye.


Opening Act 2: Langsuyr


Kemunculan Azmaniac di pentas mendapat sorakan gemuruh dari penonton. Sesungguhnya Langsuyr merupakan band yang mereka nantikan kemunculannya. Band senior Death Metal Ipoh ini sudah agak lama menyepi, mengumpul tenaga dan juga material. Sejurus Azlanthor memulakan persembahan, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bunyi gitar yang agak kurang memuaskan dan juga humming menganggu persembahan mereka. Solo-solo yang dimainkan tengelam dan suara vokalisnya juga agak kurang memuaskan. Namun, Langsuyr tetap meneruskan aksi dengan lagu Malam, Mata Ayer dan beberapa lagu inggeris. Sunut merupakan hits Langsuyr yang paling ditunggu, namun masih dicemari masalah gangguan sistem bunyi. Aksi ala-ala Zombie Azlanthor merupakan trademark Langsuyr, telah menyelamatkan keadaan. Sebagai vokalis death metal, beliau merupakan satu asset yang berharga bagi Langsuyr dan mampu membikin penonton teruja dan memberi feedback yang baik. Seperti kehilangan sesuatu yang istemewa dalam persembahan langsuyr pada malam itu, mungkin disebabkan masalah bunyi,  kurang keserasian atau kekosongan di bahagian tertentu dalam rhythm section, tidak pasti. Walaubagaimanapun, material terbaru mereka adalah sesuatu yang dinanti.

Opening Act 3: Metalasia

Profesionalism. Exact word yang boleh di berikan kepada Metalasia. Metalasia tampil gah dengan lineup tanpa Ritz. King Shah kelihatan seperti Witch dengan berpakaian jubah bertudung (cloak), memberi satu impresi yang berbeza dari Metalasia yang selalu kita lihat. Agak janggal rasanya muzik mereka kali ini, ketiadaan rythm gitar sedikit sebanyak memberi impak kepada muzik persembahan mereka. Pembukaan dengan lagu Silantra oleh Muix cukup bertenaga sekaligus membangkitkan semangat penonton untuk banging bersama. CD Naz muncul sebagai guest Metalasia bagi lagu Khalifah Alam Maya, sesuatu yang extra oleh Metalasia. Amat bertenaga!
Metalasia kali ini tidak lagi muncul dengan gimik-gimik api dan juga pedang satria, namun muziknya tetap bertenaga. Kemunculan Metalasia pada petang itu merupakan satu “wonderful effort” King Shah untuk peminatnya, kerana beliau telah kehilangan cahaya matanya beberapa hari sebelum berlangsungnya konsert tersebut. Beliau menitiskan airmata apabila MC mengumumkan tentang kematian anaknya, dan kami sebagai rakan dan juga peminat muzik amat bersimpati dengan keadaan tersebut. Penonton bertakafur sebentar dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah, sebelum tamatnya set Metalasia. Set Metalasia telah dipendekkan kerana mengejar masa, dan seterusnya giliran gergasi trash, Cromok!

Friday, April 06, 2012

Arch Enemy – Khaos Legion (Century Media)




Kembalinya ekspot muzik Sweden,  Arch Enemy dengan album Khaos Legion ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk di tunggu. Khaos Legion adalah lebih terarah kepada dua album klasik terhebat mereka,  Anthems Of Rebellion (2003) dan Doomsday Machine (2005).  Yang paling menarik dalam album ini ialah kombinasi jentera rhythm double pedal Daniel Erlandsson (drums) dan Sharlee D’Angelo (bass) begitu melekat, antara yang terbaik bagi album AA setakat ini. Sebaik sahaja kamu mainkan track pertama, Khaos Overture kamu akan melekat terus ke track ke 2 Yesterday Is Gone yang riffingnya memang menyengat.


Track seperti “Under Black Flags We March” dan “No Gods, No Master”  merupakan groove rythm yang memanggil kita untuk terus berheadbanging. Apa yang membezakan Arch Enemy dengan band seangkatannya? Kombinasi guitarwork Amott bersaudara. Sebagai shredder, mereka tidak gelojoh untuk meletakkan solo-solo yang laju dan ganas, sebaliknya meletakkan solo-solo yang lebih simple bermelodi klasikal dan disulami riffing yang berat, ini merupakan trademark kelebihan Arch Enemy dari dulu lagi. Ada juga unsur2 The Eagles Hotel California dalam solo “Under Black Flags We March”, tetapi dengan garapan baru yang menarik. Ada unsur-unsur progresif dalam sesetengah lagu, ini bonus point untuk Khaos Legion,
Tidak perlu dipertikaikan lagi kemampuan Angela Gossow. Sekiranya anda belum berpeluang menyaksikannya di pentas, anda perlu berbuat demikian. Aksi dan karismanya sebagai tonggak utama AA  sekaligus mampu membawa penonton turut sama bersamanya growling. Tidak ada banyak bezanya nyanyian Angela dalam album ini, dan ini yang perlu dikekalkan. Sebagai seorang vokali muzik extreme, vokal Angela telah menjadi satu trademark kepada AA dan beliau mendahului pesaingnya. Angela telah memberikan pelbagai emosi  yang sepatutnya dalam setiap lagu, secara brutal.  Miliki album ke 8 AA ini, ianya akan menjadi koleksi yang klasik suatu masa nanti.