Friday, April 06, 2012

Arch Enemy – Khaos Legion (Century Media)




Kembalinya ekspot muzik Sweden,  Arch Enemy dengan album Khaos Legion ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk di tunggu. Khaos Legion adalah lebih terarah kepada dua album klasik terhebat mereka,  Anthems Of Rebellion (2003) dan Doomsday Machine (2005).  Yang paling menarik dalam album ini ialah kombinasi jentera rhythm double pedal Daniel Erlandsson (drums) dan Sharlee D’Angelo (bass) begitu melekat, antara yang terbaik bagi album AA setakat ini. Sebaik sahaja kamu mainkan track pertama, Khaos Overture kamu akan melekat terus ke track ke 2 Yesterday Is Gone yang riffingnya memang menyengat.


Track seperti “Under Black Flags We March” dan “No Gods, No Master”  merupakan groove rythm yang memanggil kita untuk terus berheadbanging. Apa yang membezakan Arch Enemy dengan band seangkatannya? Kombinasi guitarwork Amott bersaudara. Sebagai shredder, mereka tidak gelojoh untuk meletakkan solo-solo yang laju dan ganas, sebaliknya meletakkan solo-solo yang lebih simple bermelodi klasikal dan disulami riffing yang berat, ini merupakan trademark kelebihan Arch Enemy dari dulu lagi. Ada juga unsur2 The Eagles Hotel California dalam solo “Under Black Flags We March”, tetapi dengan garapan baru yang menarik. Ada unsur-unsur progresif dalam sesetengah lagu, ini bonus point untuk Khaos Legion,
Tidak perlu dipertikaikan lagi kemampuan Angela Gossow. Sekiranya anda belum berpeluang menyaksikannya di pentas, anda perlu berbuat demikian. Aksi dan karismanya sebagai tonggak utama AA  sekaligus mampu membawa penonton turut sama bersamanya growling. Tidak ada banyak bezanya nyanyian Angela dalam album ini, dan ini yang perlu dikekalkan. Sebagai seorang vokali muzik extreme, vokal Angela telah menjadi satu trademark kepada AA dan beliau mendahului pesaingnya. Angela telah memberikan pelbagai emosi  yang sepatutnya dalam setiap lagu, secara brutal.  Miliki album ke 8 AA ini, ianya akan menjadi koleksi yang klasik suatu masa nanti.

Post a Comment