Tuesday, April 17, 2012

Cromok 25th Year Anniversary Reunion - Part 2


Selepas berehat selama 15 minit, kira-kira jam 6 petang cromok mengambil tempat di pentas. Kelihatan wajah Sam tersenyum, senyum puas apalagi bangga dengan penantian penuh harapan audiens.  Mulai dengan intro Ulek Mayang amat kena untuk menaikkan semangat penonton kembali ke era Cromok.  Cromok tampil gah di pentas, Sam, Karl dan Miji dengan wajah ceria dan dibantu oleh guitarist session dari band Nrocinu, Shah.

Cromok menyajikan lagu-lagu dari album klasik mereka terawal dan nyata ini yang di nantikan penonton. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu ialah Journey, Misty, Metalurgical, Memories, Little One, The Siblings, Obsessed dan banyak lagi. Kebanyakan seleksi mereka nyata dari album Image Of Purity, forever In time dan Yours Truly lebih-lebih lagi pada zaman era Karl sebagai gitaris. Cromok menampilkan kelainan dengan memainkan lagu Another You versi akustik. Ternyata ianya amat berkesan bagi “menyejukan” suasana dengan alunan syahdu akustik Karl.  Sam amat selesa di pentas dan bijak berinteraksi dengan penonton dan ini merupakan plus point bagi band yang berpengalaman ini.


Apa yang special tentang konsert ini? Semangat! Walaupun sudah lebih 15 tahun tidak bersama beraksi tetapi kredit patut di berikan kepada Cromok. Mereka tidak menghampakan kesetiaan Cromers dan juga generasi baru dalam mempersembahkan muzik metal berkualiti. Jentera drum mereka Miji, patut di beri pujian kerana konsistensi dan juga permainan yang baik dalam memandu jentera rythm Cromok dengan dentuman double pedal yang padu. Keterujaan dan juga perasaan bangga di wajah Cromok jelas terbayang seribu kenangan manis mereka dalam perjuangan muzik keras. Ini adalah sesuatu yang hanya dicapai dengan melalui pengalaman.  Definetely, undistiputed local metal act so far dan juga konsert terbaik bagi 2012 ini.




Tahniah Clockworks Event dan Uncang Tiga. Amat mengalu alukan projek seterusnya dari Cromok!






Post a Comment