Sunday, December 02, 2012

Poison - Swallow This Live!

Macam mana aku nak tulis ni, buntu sekejap. Mungkin lama tak menulis.

Aku mula kenal Poison tahun 1987, semasa glam metal mula naik. Mulanya pinjam kaset  member aja, lepas tu terus kumpul duit beli kat kedai di Plaza Jalan Air Jernih, Teregganu. Punyalah susah nak simpan duit nak beli kaset ni kerana banyak kaset nak beli sedangkan duit sekolah aku masa tu RM2.00 aja. Lepas 3 minggu, duit cukup, aku terus naik basikal BMX Kuwahara sambar kaset Poison 1st album "Looks What The Cat Dragged In".

Poison era Looks What the Cat Dragged In

Poison era Flesh & Blood

Masa ni jugak aku dah mula jamming2 dengan kawan2 dan antara lagu wajib main ialah Talk Dirty To Me (sebab senang cari kord) dan juga I Wont Forget You. Jamming masa tu tak kisah apa gitar ada, bedal aja..janji sound distortion ada kira lepas dah tu. Kadang ada jugak yang hairan apa lagu yang kitaorg main kerana tempat jamming tu banyak band datang main lagu2 macam Search, Lefthanded, Sweet Charity dll.


Swallow This Live! Album live Poison dan dikira ke album ke 4 yang keluar dalam era bermulanya kejatuhan glam metal. Album ini mengandungi lagu-lagu dari 3 album terawal mereka iaitu Looks What The Cat Dragged In, Open Up And Say Ah dan juga Flesh & Blood. ianya dirakam semasa tour Flesh & Blood di Miami, Orlando dan Tampa Florida. Album ini juga ada menyelitkan 4 rakaman studio termasuk single "So tell Me Why". Album ini juga merupakan rilisan terakhir Poison bersama gitaris CC Deville apabila dia di tendang keluar dan digantikan dengan Ritchie Kotzen utk album ke 5 Native Tounge.

Jika follow Poison ini, tentu dapat melihat progres penulisan muzik Bret Micheal dan geng yang menuju ke arah lebih mature, bluesy dan folkish apabila mencecah album ke Flesh & Blood. Mereka mula lari dari imej yang fun, fashionable, hairspray dan warna warni.

Post a Comment