Thursday, December 19, 2013

Aku masih disini..tak kemana2

Kawan, jangan risau. Aku masih di sini. Cuma penat dengan urusan dunia yg cecah nak angka 40 ni. Transisi dari melihat dunia semata, sedikit demi sedikit melihat yang tiada di mata.

Kawan, jangan jelak. Aku sentiasa ada di sini. Tulis kongsi cerita muda Rock n Roll yang tiada batas nikmatnya.

Kawan, jangan gelak. Aku belum lagi penat apalagi tenat. Ada rezeki tiap kali memberi. Ada kasih diterima dari kamu serta famili. Janji kita sama2 rasa....cuma miskin masa.


Tuesday, December 17, 2013

Jalan-Jalan : Convoy Mega Kelab Honda CRV Cherating Family Day


Dari bulan September 2013, aku join kelab Honda CRV Malaysia. Mulanya suka-suka, tapi bila lama kelamaan, kelab ni makin aktif, ahlinya makin tertambah. Jadi sebagai "test power", kami anjurkan Family Day ke Cherating, Pahang pada 15 dan 16 Disember. Walaupun baru lepas banjir besar, lokasi yang kami booking tu alhamdulillah selamat. Kira-kira 15 buah Honda CRV pelbagai model join convoy ke Family Day ini. 
Macam-macam aktiviti dalam trip 2H1M ini, disertai juga keluarga bersama. Ada meeting AGM, ada senaman pagi, ada telematch dan juga cabutan bertuah (standard). Agak tak puas la family day 2H1M aja..lain kali bikin 3H2M.
Tapi apa yang paling best, ialah wujudnya silaturahim antara kami semua..pendek kata kami makin rapat. Insyallah, 2014 ini KHCRVM makin aktif dengan aktiviti yang sempoi.

Owhh..lupa. Checkout FB KHCRVM.



Wednesday, November 20, 2013

Sekitar Hammersonic Metal Festival 2013

Agak lambat aku tulis tentang Hammersonic ini. Semenjak balik dari Jakarta ni, macam-macam hal dalam schedule aku. Hal kerja, family dan kawan-kawan menjadikan hari aku 24 jam tu agak sekejap..ok kita mula.Aku dah beli tiket hammersonic ni bila diaorg mula buka online sale. Tak mahal, dalam duit RM125.00 sahaja, tiket Airasia pula kira-kira RM320.00 seorang untuk pegi balik. Kononnya nak set pergi rombongan ramai-ramai, tapi last sekali ramai yang "gugur". Jadi aku, wife dan seorang member ni dah confirm dan beli tiket awal bulan Mac 2013. Agak excited, kerana dah lama tak pergi ke Jakarta, apalagi ini pertama kali aku pergi ke Jakarta Utara. Sebelum ini biasanya ke Jakarta Tengah & Selatan saja. Khabarnya Ancol ini tempat tourist, pantai-pantai dan shopping. Mood kali ni bukan utk nak buat kerja, tapi more to jalan-jalan..nak relaxs. Lagipun, diberitahu pro camera tak dibenarkan, rugilah shot shot yang best..jadi pergi bawak hanphone BB dan galaxy note2 10.1 saja..memang santailah.

Kami bertolak 25 April, dengan pesawat Airasia petang jam 3.50 (biasala flight tunda) dan sampai di Soekarno Hatta Airport jam 5.00 petang. Siap kena tahan dengan kastam kerana bersama kami ada kawan dari Jakarta yang bawak balik barangan shopping terlampau banyak, apalagi kastam tahan dan bocorlah wang pampasan dia tu. Aku tak buat apa-apa booking hotel pun, kira main redah aja. Jadi member Jakarta ini pun rela hati nak bawa makan dan cari-cari hotel yang available. Meriah betul makan di Sederhana Nasi Padang, macam-macam lauk ada dan best jugak masakan dia dan harganya berpatutan. Malam tu kami pusing-pusing dari satu hotel ke satu hotel, mostly penuh, bilik ngeri dan tak sesuai (port ayam). Jadi kitaorg settle dengan Trans Hotel Mangga Dua. Harga kira oklah dengan extra bed, hotel budget ala-ala zaman perang. Lepas mandi manda terus tido...zzzz

Esok harinya pulak, dah takda aktiviti. Pagi2 lagi kitaorg pegi jalan-jalan sekitar shopping complex area Mangga dua tu. Layan makan-makan, pantang tengok foodcourt aja, cuba apa2 yg rasa menarik..tapi balik2 makan ayam penyet. Kami ke Atrium Plaza, saja nak layan movie. Kebetulan hari tu opening Iron Man 3, apalagi layan movie la pastu sambung pulak dengan movie lokal Java Heat (agak bagus jugak kolaborasi indo dgn omputeh). Balik kenyang tido..sambil berkira2 utk pegi awal, nak rebut merchandise takut saiz habis..
DAY 1
Pagi2 lagi kita dah bangun, breakfast dan bergegas ke Ancol naik teksi. Tak jauh dari hotel, dalam 10 minit aja kalau tak jem. Ancol ni macam kawasan perlancongan taman ria utk org2 di Jakarta. Nak masuk kena tiket. Sampainya di pintu venue tu, dah nampak ramai "semut hitam" dah lepak sana.
Kita pun join sekali sambil kenal2. Ada yang dah datang sehari sebelumnya dari sekitar Indonesia. Muka2 familiar dari Malaysia pun ada sampai. Sekitar jam 12tgh, baru boleh masuk. Difahamkan jika dah masuk walaupun ada tag sekuriti bagai, kalau keluar tak boleh masuk balik..ermmm. Alasannya kerana selalu ada tiket palsu dan juga banyak penipuan..tgk konsert pun tipu jugak ka? Masuk venue aja, kami serbu booth merchandise, apalagi borong tshirt la..mcm2 org kirim la, tukar saiz la. Venue dia, stage dia..fuhh puashati. Dah ada band lokal dah mula, tapi kami terus standby di stage Hammer Stage, utk support Sil Khannaz yg bakal main kul 12.30 tgh.

Crowd makin ramai. Makin menggila bila band harcore lokal Outright main. Kadang-kadang tu penat kita berehat di booth2 yang ada. Sempat jugakla kenal2 dengan kawan2 baru. Rasa lapar aja pegi layan gerai2 yang jual macam-macam makanan dari mee gorang, hot dog sampai ke nasi bungkus. Bila dah lepak kat gerai tu mula lah lama sembang lagi2 bila dah jumpa kawan2 dari KL. Balik semula ke depan stage bila band dr Black Metal Jepun Ethereal Sin mula main. Macam janji aja, band ni punya lagu2 ada pengaruh kuat C.O.F.



Bila cuaca dah mula redup kita pun relaks aja tengok band agung Bandung, Burgerkill. Crowd memang support band ni.  Layan pulak band Powermetal yang ada influence Helloween+Primal Fear sikit. Lagu dia kalau beli CD pun sy rasa boleh layan. Leri ke Hammerstage, band Australia Voyager, memang tak penah kenal band ni tapi dia punya playing/sound memang besar lagi tight berbanding dengan beberapa band yg sebelum ni main. Ala2 Therion tapi progresif, not my preference..leri ke stage sebelah lepas habis Voyager utk layan Edane. Aku dah beli CD Edane beberapa tahun dulu, jadi boleh la layan sing along lagu2 yang aku tahu..tapi soundnya kurang sikit mungkin ada teknikal problem..

Lepas maghrib, makan lagi...Dyscarnate punya set aku skip. Rehatkan badan. Dalam kul 8 malam kita ke stage utk tengok Hour Of Penance. Band ini hebat, drumming gila energetik lagi progesif metalnya cuba cari lagunya di internet. Dying Fetus tak menghampakan, ramai yang muda-muda datang utk support band death metal Amerika ni. DF membuatkan aku teruja nak checkout back catalog mereka bila aku balik KL. Lockup baru saja selesai shownya di KL, terus ke Hammersonic. Band yang di anggotai oleh personil lagenda metal Napalm Death ini juga menarik perhatian aku utk study lebih pasal mereka ni. Aku merupakan antara peminat tegar Nightwish (Tarja Era), dan EPICA juga merupakan band lama yang berjuang dlm genre yang sama. Tapi muziknya tak melekat di telinga aku dan aku tak pernah beli stuff mereka. Tapi setelah tengok aksi Epica, pasti aku checkout balik apa yang telah aku miss tentang mereka. Persembahan Epica secara personal,  merupakan terbaik pada 1st day festival itu dengan soundnya yang balance sedap, crowd interaction, setlist dan juga musikaliti. Suara Simone Simone memang baik lagi jelas pada mlm tu. Orbituary, band otai yang antara aku tunggu-tunggu. Mula dengar album mereka lewat 80an Slowly We Rot, namun aku terlepas pandang Orbituary agak lama apabila album last aku dengar ialah Cause of Death. Kualiti Orbituary nak dinafikan terbaik. Bagi aku Orbituary tetap ada elemen trash/death dengan vokal John Tardy dan permainan strat Trevor Perez. Puashati!
Penat, balik tido naik teksi..susah nak lelap sambil sembang metal telinga berdengung dengan Shahrin..tengok sinetron tengah malam..zzzzzzz


DAY 2

Hari ni kita santai-santai malas malasan. Ada jemputan makan tengahari dari rakan kerja label muzik dari Jakarta sambil diskas bisnes muzik sikit2. Makan seafood di Ancol bersama mereka, terus ke venue..terima kasih belanja kita semua makan. Masuk lambat ke venue, dah miss beberapa band lokal tapi sempat tengok sikit Hellcrust. Hari banyak lepak tepi pasal kaki pun dah sengal-sengal, dan kumpul tenaga untuk sessi malam pulak. Tak sempat tengok Down For Life.
Advent Sorrow, band black metal Australia mengambil tempat. Fuuh band ni ganas, black metal tepu. Kombinasi muzik yang padu, jarang-jarang dapat tengok band macam ni. Aku rasa patut band ni main slot malam, baru moodnya kena..dark..horrror. Band teknikal/death Ouroboros beraksi di Hammer stage. Permainan hebat tapi aku takleh nak apreciate. Mungkin bukan taste aku hidangan metal dari band Australia ni. Crowd layan aja. Eksporasi muzik metal indonesia aku ke stage Sonic dimana Sucker Head, band asal Jakarta mula ambil posisi. Putrid Pile, 1 man band  dari Amerika. Berbekalkan backing track dan Jackson V, Shaun LaCanne mampu membuat crowd moshing dengan lagu2 brutal detah metal garapannya dan disusuli dengan The Amenta dari Australia di Sonic stage.

Antara band yang ingin aku saksikan di Hammersonic ialah Seringai. Ini 2nd time aku di konsert Seringai selepas 2005, dan kualitinya masih terbaik. A very supportive crowd kelebihan bagi Seringai di Hammersonic. Setiap lagunya di sing along oleh crowd.
Langit maghrib mula muncul...semua tunaikan hal masing2. Rehat. Aku ter miss band dari France, Gorod yang meneruskan show di stage Sonic. Masa tu aku ke gerai untuk santapan malam, namun muziknya kedengaran jugak.. Malam tu kita pekena giant hot dog, nasi goreng standby utk 4 band seterusnya..

Dalam jam 8mlm, As I Lay Dying memulakan persembahan. Metalcore all the way. Layan jugakla band ni walaupun yang aku tunggu ialah band seterusnya di Sonic Stage. Teutonic Trash Metal. Band yang menjadi alasan besar utk aku ke Hammersonic 2013, Destruction. Lagenda trash Jerman ini sememangnya layak utk diberi penghormatan sebagai band penutup. Schmier dan Mike Sifinger memang power ditambah pula dengan drummer hebat yang aku pun tak tahu namanya. Memang berbaloi. Mad Butcher!! Mike's Flying V bikin trash (aku nak beli 1 la)!! Otai death metal Cannibal Corpse menyambung persembahan di Hammer Stage. Tidak dinafikan kualiti Corpse sebagai salah satu pelopor death metal dengan permainan muzik yang tight dan juga bertenaga. A must for death metal fan..
Band terakhir Hammersonic 2013, Cradle Of Filth. Expectation tinggi  bagi acara puncak malam itu terhadap COF. Namun ntah mana silapnya, kualiti soundnya agak tersasar. Danni dan rakan-rakannya terus memberikan yang terbaik hidangan metal dari katalognya seperti Nymphetamine dan lain-lain. Sekiranya kualiti bunyinya sebagus Epica, maka set COF ini akan berkesan.

Badan dah penat, sempat makan sekali lagi dan terus balik ke hotel...sembang lebih kurang terus zzzz. Keesokan harinya kami checkout dalam jam 11 pagi terus ke airport utk pulang ke KL. Hammersonic bakal jadi kunjungan tetap saya kerana kualiti penganjuran yang baik  dan juga secara profesional menyediakan asas untuk menjadi sebuah festival besar di rantau S.E.A. Jumpa lagi di 2014. Harap2 bawa lagi banyak trashh metall...

*gambar terhad. checkout fb album saya utk lebih gambar.





Friday, July 12, 2013

Metallica di Kuala Lumpur !


Akhirnya! Band agung yang ditunggu oleh ramai penggemar muzik berat tua dan juga muda. Dari yang tak tahu apa pasal Cliff Burton hinggakan peminat K-Pop pun kecoh pasal kunjungan Hetfield dan gengnya ni.  Ada cerita disebalik ini semua. Apa tidaknya, mereka pernah mengecewakan Malaysia dan Indonesia dengan hanya berkonsert di Singapure pada 1993. Apabila di umumkan kesahihannya utk main di Spore, aku cepat2 beli tiket , yang paling mahal pulak tu. Maka kacau bilaulah sambutan Hari Raya tahun ini. Sejurus lepas tu pulak, di umumkan main di KL. Agak kecewa dengan percaturan ini, tetapi aku ada sebab munasabah untuk hadir di kedua2 show. Aku sejujurnya agak kecewa dengan album-album mereka ini selepas era Black album. Bagi aku mereka ini sudah mula kaya dan selesa, mungkin juga mula trendy. Jangan tanya aku tentang album-album mereka berambut pendek seperti Load, Reload, Death Magnetic dan apalagi St Anger, kerana aku terus kecewa dengan Metallica.



Namun, berdasarkan setlist tour mereka, aku masih menaruh harapan yang Metallica masih mengerti akan kehendak die hard fan mereka dengan menyajikan Blackened, Whiplash, Four Horsemen, Battery dan lagu-lagu era kegemilangan mereka sebagai antara peneraju pergerakan muzik trash satu masa dahulu.


Aku agak old school. Aku masih tidak boleh menerima Hetfied beraksi dengan gitar ESP ala Les Paul. Rasanya janggal. hetfield bagi aku segak dengan Explorer shape gitar (bukan ESP yg ada sekarang) seperti Gibson/ESP era 80/90an. Tetapi apa peduli lagi, mereka di depan mata, aku buka hati, mata dan telinga untuk menikmati sesuatu yang tertunda selama 20 tahun.


Excited? yes, aku tetap excited dengan Metallica walaupun aku telah stop mengumpul material mereka sehingga Load. Aku masih looking forward agar Metallica menghasilkan material baik, walaupun aku tahu mereka ini tidak akan kembali ke zaman Ride The Lightning. Muzik mereka merupakan peneman aku di sekolah asrama, pengasah minda aku di gitar kapok dan juga penguat semangat di kala memberontak jiwa muda.

Welcome to Malaysia..

METALLICA LIVE IN MALAYSIA
DATE : 21 AUGUST 2013
VENUE : STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
TICKET : ROCK ZONE (RM680/RM550/RM450) FREE SEATING (RM380/RM350/RM195)

Beli tiket online di www.ticketcharge.com.my



Saturday, June 08, 2013

Tom Keifer - The Way Life Goes (Album)


Salam kawan2. Masih ingat dengan Cinderella? atau pun ada simpan album hebat mereka Nightsong dan Long Cold Winter? Cinderella masih lagi aktif selepas kira-kira lebih 30 tahun kemunculan di arena Glam Rock USA. Cinderella ini agak berlainan dari band glam rock yang lain kerana elemen bluesnya yang kuat, cukup kuat. Bluesnya itu datang dari penyanyi utama/gitaris/penulis kebanyakan lagu Cinderella, Tom Keifer.


Album solo Tom Keifer, The Way Life Goes baru saja dirilis sekitar bulan April 2013. Album yang ada 14 lagu ni aku download, tapi setelah mendengarnya aku perlu beli CDnya. Jangan letak high expectation pada vokal Tom Keifer, kerana suaranya sudah tidak sehebat era Nightsongs. Beliau pernah melalui zaman sukar di mana dia mengalami "paralyzed vocal cord", namun berjaya mengatasinya setelah beberapa lama berlatih dan berehat. The Way Life Goes ini  merupakan album projek solo yang tertunda dari tahun 1997 setelah Cinderella di bubarkan sementara. Pada 2007, Cinderella bergabung kembali dan touring, maka album ini mula produksi dan dengar khabarnya Cinderella jugak bakal rilis material baru.  Antara lagu aku suka Solid Ground, Cold Day in Hell, Babylon, Flower Song dan juga balad era Cinderella You Showed Me.


Album ini lebih kearah hard rock era Heartbreak Station dan Still Climbing yang lebih kepada country pop. Sekali sekali layan juga album yang kurang metal dengan sound2 tele/lespaul sekali diselitkan suara-suara gospel...rileks brader!

Thursday, May 23, 2013

Konsert Thunder In The East 2013 - BATAL!!!


Pastinya sesuatu yang cukup mengujakan apabila empat band lagenda rock Asia , Loudness, Search, Rusty Blade dan Slank bergabung di atas satu pentas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun 2013, jam 4 petang.
Konsert  "mega" sempena  judul album kelima Loudness ini bakal menjanjikan kehebatan muzik heavy metal dan rock & roll era 80-an yang masih relevan sehingga kini. Konsert Thunder In The East ini juga adalah kunjungan kedua Loudness ke Kuala Lumpur selepas mengegarkan KL Life Centre sempena World Tour King of Pain pada Julai 2011.

"Selama 30 tahun ditubuhkan dan sejak mula menyanyi bersama Loudness pada usia 21, pengalaman mendengar jeritan Kuala Lumpur membuat saya gembira kerana tidak pernah merasainya. Kami harap dapat kembali ke sini awal tahun depan," kata vokalis yang kini mencecah usia 53 tahun dan amat menghargai sambutan padu dari audien Malaysia. Loudness  juga bakal menampilkan aksi gitaris cilik dari Jepun sebagai saguhati untuk peminat yang  hadir nanti.
Menurut pengarah projek Iman Tang,  TITE 2013  lebih hebat dan 'setlist' yang lebih besar bakal dihidangkan Loudness berbanding konsert mereka di sini dua tahun lalu.  Setiap slot persembahan legenda-lagenda rock ini bakal menampilkan tidak kurang dari 13 buah lagu, khas dari era 80'an khusus untuk para pengemar muzik rock. Tercetusnya idea bagi mengadakan konsert gabungan bersama ini adalah dari pemerhatian beliau dengan konsert Big Four, di mana ke empat- empat band diberi "highlight " dan juga pembahagian masa persembahan yang samarata .

Dalam konsert ini, Search mahu bernostalgia dengan lagu-lagu era 80-an dan hanya akan membawakan lagu-lagu dari album Cinta Buatan Malaysia,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena  dan juga Karisma.
"Kami pernah bertemu di Singapura pada 1991 dan dia masih kenal saya hingga sekarang. Saya terharu kerana Loudness memberi penghormatan untuk bersama mereka di atas pentas dan sudah tentu pengalaman ini sukar dilupakan," kata Amy.

Menambah 'panahan halilintar' dalam konsert Thunder In The East 2013 ialah Slank yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Walaupun dalam kalangan sebahagian peminat di Malaysia nama Slank tidaklah segah band-band Indonesia lain yang lebih 'radio friendly' dan 'ganteng' tetapi di Indonesia, Slank adalah fenomena.
Berbanding tiga band lain, Slank yang dibarisi Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) adalah yang paling 'junior' kerana album sulung mereka Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) diterbitkan pada 1990. Namun, kini dengan 19 album studio serta jualan keseluruhan mencecah jutaan unit, mereka adalah 'living legend' di Indonesia dan layak di letakkan sebaris  bersama Search, Rusty Bladae dan juga Loudness.

Slank pernah mengungguli Anugerah BASF bagi kategori Album Paling Laris dari tahun 1991 hingga 1995 selain memenangi minimum satu anugerah dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) mulai 1997 hingga 2004. Setiap tahun, mereka akan melakukan konsert jelajah di 60 kota seluruh Indonesia. Setiap konsert pula dihadiri minimum 10,000 penonton dan ada yang mencecah sehingga 100,000! Dan, ia adalah konsert berbayar dan bukan percuma.
Menurut Abdee (gitaris) dalam satu temubual pernah berkata, kehadiran Search ke Indonesia satu masa dulu telah memberi banyak ruang kepada muzik rock untuk bertapak kukuh di Indonesia.  “Waktu itu band rock hampir tidak ada di arena muzik mainstream Indonesia. Kalau orang tahu pun cuma Godbless. Selainnya dipenuhi dengan penyanyi solo seperti Inka Christie, Broery Marantika, Hetty Koes Endang atau Tommy J Pisa. Indonesia lebih menerima muzik pop, jazz dan dangdut.
“Search membuka mata produser album di Indonesia. Ketika itu semuanya mahu melahirkan band rock seperti Search, muzik seperti Search dan sebagainya. Slank yang ketika itu sudah pun wujud dengan rock n roll akhirnya tidak mempunyai masalah untuk mendapat kontrak rakaman. Akhirnya album sulung kami, Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) mendapat sambutan yang cukup hebat!
"Kami sebenarnya berterima kasih dengan band rock dari Malaysia terutamanya Search. Kerana merekalah muzik rock di Indonesia akhirnya berkembang hingga ke hari ini,” katanya.

Inti muzik rocknya berat dan padat, namun sentuhan seni daripada jiwa Melayu kekal melekat! Inilah dapat digambarkan mengenai Rusty Blade, band rock yang bermula di Holland Village, di tengah-tengah kota Singapura pada 1979 selain pernah dilabel sebagai 'Iron Maiden of the East'.
Walaupun Singapura juga adalah tempat kelahiran band rock legenda Melayu, Sweet Charity serta band-band hebat lain seperti The Unwanted, Rockers dan Lovehunters, tetapi Rusty Blade berbeza kerana muzik mereka lebih berat selain persembahan yang cukup energetik!  Jika orang lain selesa dengan Deep Purple, Rolling Stones atau Scorpions, Rusty Blade lebih berpaksikan Black Sabbath, Judas Priest dan Iron Maiden yang lebih berat.
Walaupun berasal dari Singapura, Rusty Blade sebenarnya dianggap sebahagian daripada pergerakan komuniti rockers yang mewarnai muzik rock/heavy metal di Malaysia pada waktu itu, seiring dengan nama-nama besar di Malaysia seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed. Rusty Blade dianggotai Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Md Noor Hendrix (gitar) dan Man Karan (bass). Mereka memiliki empat album iaitu 786 Ikrar Perwira (1986); Rintangan Hidup Dunia (1987); Berat (1988) dan Awas (1989) yang mana kesemuanya memiliki kelebihan sendiri dari segi lagu dan gubahan muziknya.
Apa yang pasti, gabungan empat band legenda dari empat negara berbeza di atas satu pentas ini adalah berita yang amat dinanti-nantikan peminat rock tempatan. Konsert ini bakal mencatat sejarah dengan gandingan lagenda muzik dan juga bakal mengembalikan nostalgia rock di Stadium Merdeka. Apa tunggu lagi, beli tiket dan kembali "study" lagu-lagu nostalgia mereka seperti Pembakar Perasaan, Melastik ke Bintang, Derap Komando dan lain lagi untuk sing along nanti. Jumpa di sana!
Info Tiket:
 RM888 (VIP Platinum)
- Menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas.
- Mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki di Bentley Music Auditorium, Kota
Damansara.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12 tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.

RM398 (VIP Gold)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12
tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.
 
RM258 (VIP Silver)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.

RM138 (Ticket Biasa)
- Hanya ticket biasa berdiri.

- Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping.
- Bagi pembelian awal (early bird) bermula 18 Mei hingga 31 Mei ini, pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket.

- Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

- Maklumat mengenai konsert di www.clockwork.my

Facebook

Twitter@ThunderInEastMY; @clockwork_crew
 Instagram@TITE2013

Wednesday, May 15, 2013

Helloween - Straight Out Of Hell

Wowoww..ketika menulis post ini, saya sedang mendengar buah tangan terbaru Andi Deris dan kuncu2nya. jujurnya saya agak sangsi dengan prestasi Helloween beberapa album sebelum ini. Bermula era tahun 2000 dengan rabbit Dont come Easy (2003), keeper Of Seven Key Legacy (2005), Unarmed: Best Of (2010) dan 7 Sinners (2010), mereka gagal meyakinkan saya untuk membeli CD apatah lagi untuk mendengar lagunya berulang2 seperti dulu. Aku amat kecewa dengan 7 Sinner, apakah mereka ini cuba jadi trendy dengan follow arus muzik metal ala metalcore atau hanya album cuba-cuba. 7 Sinners membuatkan aku sudah tak checkout apa perkembangan Helloween yang dulunya aku follow hari-hari.


Ok! Straight Out of Hell, alamak tajuknya ganas semacam aja, adakah ini penyudahnya jadi macam 7 Sinners? Aku memang total salah, amat salah. Album ini membentuk kembali formula Weikath era Time Of the Oath dan Master Of The Rings. Mesti korang dah mula seronok mendengarnya khabar gumbira ini..ahahaha. Mungkin SOOH ini tidak sebagus album Time OtO atau Master OTR tetapi sudah menampakan mereka telah kembali ke arah itu. Ianya lebih dekat dengan album Gambling With The Devil tetapi lebih melodi.


Helloween adalah "headmaster" dan Weikath adalah "guru" dalam chorus2 cantik yang menaikan semangat utk menyelak balik koleksi album power metal lama-lama. Elemen epik dan juga guitarwork yang cukup-cukup (ngam soi) adalah antara formula yang diulang kembali dalam album ini tetapi dengan perisa yang lebih moden. Aku salah lagi! Lepas album Gambling aku fikir Andi Deris ni sudah pancit dan bakal hilang dengan lagu-lagu yang biasa2 saja apatah lagi dengan banyaknya effect suaranya dalam 7 Sinners. Tetapi dalam album ini, Deris ni mcm baru mula semangatnya, vokal yang power, high pitch dan juga tenaga banyak di hidangkan dalam album ini, dia lambat lagi mau pencen kalu macam ni.


Saya pernah saksikan Helloween beraksi di Spore, masa itu Danni Loed ini baru join band. Drummingnya sudah bagus pada masa tu, kini lebih baik. Aku rasa adanya perisa muda sepertinya membuatkan elemen songwriting dan rhythm groove album ini lebih bertenaga dengan pattern2 drum yang bertenaga lagi kreatif berpadu cantik dengan bass Markus Grobkopf,. Album ini ada keyboard, album lain pun ada jugak tapi sederhana nya pengunaan keyboard juga adalah "success key" bagi power metal acuan Helloween di sini. Kalau nak cerita bab gitar ni, penjang ceritanya kerana ini album guitarwork acuan helloween, melodik, speedy tapi diselit dengan emosi. Double lead Sascha Gerstner dan Micheal Weikath, memang lazat dan menepati lagu dan ada juga line gitar iras-iras era Weikath dan Hensen.


Personally aku suka track Far From The Stars, Waiting for The Thunder, Straight Out Of Hell, Years ( agak kompleks lagu ni), Another Shot Of Life (ini ala2 Scorpions + Manowar) dan Church Breaks Down (old school sikit gitar gulung2 best). Hold me in Your Arm pulak satu taruhan ballad dalam album ini, tidak sebaik Forever And One tetapi memuaskan hati. Album yang boleh dibeli dalam beberapa bulan ini, dan pastunya akan ada kat rak CD aku tak lama lagi. Helloween satu band yang "fun" untuk dinikamt live, kiranya ada peluang tampil di Kuala Lumpur amatlah rugi jika dipersiakan..a must go show!

Monday, April 08, 2013

The Pinholes : Dari Kota Singa With Love

Lepas bertandang ke studio member aku di Taman Desa utk setup DAW dia, aku dgn partner ke TTDI Rasta. Ada kawan baru datang dari Singapura utk beraksi di gig ahad petang. Sambil minum santai, sembang pasal music scene yang ada sekarang. Band retro pop the Pinholes ini besar hajatnya apalagi semangatnya utk bertapak kolaborasi bersama rakan di sini. The Pinholes sedang dalam rangka promosi EP terbarunya Youth Of Gold.


Jadi semalam jam 3 petang melilau jugak aku mencari lokasi AltHQ di Farenheit 88, Bukit Bintang. Lokasi baru ini agak tersorok, apalagi semalam adalah pembukaan pertama kalinya utk audiens. So agak kelam kabut sikit. Lokasi menarik, selesa (aircond sejuk) dan cukup sesuai utk "gig kecil" dengan adanya stage paras 2 kaki, kapasiti muatan kira2 200 orang (aku agak ja) dan juga kafe untuk lepak2. Backline yang sesuai dan cukup untuk kapasiti audien disediakan. Cuma sistem audionya masih boleh di "improve" dengan sedikit audio insulation, baru soundnya lebih clear dan puas utk band dan audien.


Jam 6 petang barulah mula dengan band pertama. Mungkin kelewatan itu akibat venue masih lagi dalam renovasi tapi selesa. The Pinholes muncul di slot kedua dengan attire biru memulakan setlistnya dengan lagu Long Live Rock n Roll, Laobe (Cover The Swallows), Sunshine, Lithium (Nirvana Cover), Preferably and beberapa lagu lagi. Keserasian bersama di pentas adalah kekuatan mereka, dan ditambah lagi dengan elemen " feel the fun" bermuzik membuatkan band ini bukan calang-calang. Sayangnya, The Pinholes terkejar2 kejar kerana jadual bas balik ke Singapura dalam jam 7.30 ptg. The Pinholes perlu di beri perhatian bagi follower muzik pop tempatan. Produksi lagu yang baik, paduan suara harmoni dengan penulisan Famie yang relaks penuh attitude 60's modsnya menjadikan mereka berada dalam kelas tersendiri. Cuba dapatkan EP mereka ini dan dengar, anda akan tersenyum, silap-silap akan terus menari.



Selain selalu sangat layang muzik berat, apa kata layan muzik rock n roll ala 60'an. Mereka ini mengingatkan aku kepada Beach Boys, Cliff Richard The Shadows, The Kinks dan beberapa lagi. Favorite track aku Sunshine dan Preferably. Apalagi dapatkan EP The Pinholes, hadir ke showcase mereka (katanya bulan Mei ini di The Bee) dan follow mereka di https://www.facebook.com/thepinholes




Monday, February 11, 2013

Earthshaker - Midnight Flight

cover kaset yang disalotape, tapi masih terjamin kulaitinya.

Biasanya kalau sebut saja band heavy metal paling hebat dari Jepun, mesti kita terfikir Loudness. Tetapi ada satu lagi band legend dari negara matahari terbit ini yang perlu di beri tabik hormat, Earthshaker.
Antara koleksi kaset aku yang lama bertahan ialah album Earthshaker-Midnight Flight dari tahun 1985. Album ini dirilis pada tahun 1984 oleh Roadrunner Productions dan ada 8 buah lagu dalam bahasa Jepun.
Earthshaker di anggotai Masafumi Nishida- Vokal, Shinichiro Ishihara -Guitar, Takayuki Kai - Bass dan Yoshihiro Kudo - Drum.



Personally, semua lagu dalam album ini sedap. Mungkin agak klise sekiranya mengetahui Earthsker ini hanya kerana Search men"cover" lagu first track T.O.K.Y.O yang dialih bahasa menjadi Nombor dalam album Cinta Buatan Malaysia. Seharusnya explore kesemua lagu-lagunya yang lagi best dari Tokyo ini.



Lagu-lagu dari album ini banyak mempengaruhi asas permainan muzik dan pembikinan lagu-lagu band tempatan pada era 1985-1987. Lagu best yang selalu aku dengar ialah "Midnight Flight" dan "Zawameru Tokieto" tetapi fav track aku ialah "Radio Magic". guitar work yang bagus dan chorus yang catchy ada pada RadioMagic. Earthshaker masih aktif dan masih bermain di gig-gig sekitar Jepun, cuba checkout Youtube mereka!

Friday, February 08, 2013

Jalan-Jalan : Alor Setar

Memandangkan ada beberapa hal penting untuk diuruskan , minggu lepas aku drive ke Alor Setar. Aku fikir lagi baik aku ke sana sebelum musim cuti CNY, taknak bersesak dalam jem.  Walaupun A.S ini bukan tempat asal aku, aku familiar jugak kerana dulu aku biasa merempit kat sana masa zaman belajar dulu. Jadi jalan kat A.S, Jitra ni aku tak sesat la, tapi kalau luar A.S ni aku agak terkial-kial juga nak cari. Biasala kalau balik A.S ni, makan mesti best punya.

Sampai saja aku terus ke Nasi Lemak K, kat Jalan Putra. Dekat dengan masjid besar tu.



Esoknya aku diajak ke Simpang Kuala, katanya murtabak dan roti canai paling best (macam alor setar best kept secret kerana tempat ni tak ramai lagi yang tahu). Memang best, rotinya lembut, murtabaknya best especially bawangnya yang fresh dan rasa dagingnya yang kaw..highly recomended, restorennya nama Restoren Sayang. Tengok gambar di bawah!



Petangnya pula aku ada temujanji, dengan kawan baru Heavy Metal dari Alor Setar. Beliau merupakan penyanyi utama band trash Storming Steel dari A.S, juga pemilik distro/studio Trashing Fist Production. Banyak stuff yang rare. Sempat jugak aku sambar CD Tribute To Silent Death & Kreator Phantom Antichrist.


Aku stay beberapa hari dan balik KL sebelum CNY. Dalam perjalanan aku singgah di Prai untuk ziarah member lama. beliau seorang penulis/editor ruangan muzik di akhbar Inggeris tempatan sekitar 70an hingga awal 90an.

Tahun 2013 ini merupakan tahun aku banyak travel (dalam negeri aja), jadi akan banyakla post psl makan, jalan-jalan, gambar lokasi etc tetapi hal muzik pasti diutamakan..TQ

Friday, February 01, 2013

Lobotomy & Humiliation @ Athotorgh King From Hell

Hujung minggu itu aku attend gig band trash otai, Athotorgh. lama tak dengar nama diorg ni tiba2 timbul awal 2013 ni. Kehausan metal aku ke Publika..tempat org santai ala-ala high income.
Lineup agak rare dgn menampilkan band lama senyap Herriot. Mungkin tengah readykan material?Kurang bersedia dgn kamera, kerana aku nak gi enjoy aja. So, ini video Lobotomy & Humiliation aja yang ada kerana kamera pinjam kehabisan bateri. Enjoy ya ..metal terbaik anak tempatan!