Monday, April 08, 2013

The Pinholes : Dari Kota Singa With Love

Lepas bertandang ke studio member aku di Taman Desa utk setup DAW dia, aku dgn partner ke TTDI Rasta. Ada kawan baru datang dari Singapura utk beraksi di gig ahad petang. Sambil minum santai, sembang pasal music scene yang ada sekarang. Band retro pop the Pinholes ini besar hajatnya apalagi semangatnya utk bertapak kolaborasi bersama rakan di sini. The Pinholes sedang dalam rangka promosi EP terbarunya Youth Of Gold.


Jadi semalam jam 3 petang melilau jugak aku mencari lokasi AltHQ di Farenheit 88, Bukit Bintang. Lokasi baru ini agak tersorok, apalagi semalam adalah pembukaan pertama kalinya utk audiens. So agak kelam kabut sikit. Lokasi menarik, selesa (aircond sejuk) dan cukup sesuai utk "gig kecil" dengan adanya stage paras 2 kaki, kapasiti muatan kira2 200 orang (aku agak ja) dan juga kafe untuk lepak2. Backline yang sesuai dan cukup untuk kapasiti audien disediakan. Cuma sistem audionya masih boleh di "improve" dengan sedikit audio insulation, baru soundnya lebih clear dan puas utk band dan audien.


Jam 6 petang barulah mula dengan band pertama. Mungkin kelewatan itu akibat venue masih lagi dalam renovasi tapi selesa. The Pinholes muncul di slot kedua dengan attire biru memulakan setlistnya dengan lagu Long Live Rock n Roll, Laobe (Cover The Swallows), Sunshine, Lithium (Nirvana Cover), Preferably and beberapa lagu lagi. Keserasian bersama di pentas adalah kekuatan mereka, dan ditambah lagi dengan elemen " feel the fun" bermuzik membuatkan band ini bukan calang-calang. Sayangnya, The Pinholes terkejar2 kejar kerana jadual bas balik ke Singapura dalam jam 7.30 ptg. The Pinholes perlu di beri perhatian bagi follower muzik pop tempatan. Produksi lagu yang baik, paduan suara harmoni dengan penulisan Famie yang relaks penuh attitude 60's modsnya menjadikan mereka berada dalam kelas tersendiri. Cuba dapatkan EP mereka ini dan dengar, anda akan tersenyum, silap-silap akan terus menari.



Selain selalu sangat layang muzik berat, apa kata layan muzik rock n roll ala 60'an. Mereka ini mengingatkan aku kepada Beach Boys, Cliff Richard The Shadows, The Kinks dan beberapa lagi. Favorite track aku Sunshine dan Preferably. Apalagi dapatkan EP The Pinholes, hadir ke showcase mereka (katanya bulan Mei ini di The Bee) dan follow mereka di https://www.facebook.com/thepinholes




Post a Comment