Wednesday, November 20, 2013

Sekitar Hammersonic Metal Festival 2013

Agak lambat aku tulis tentang Hammersonic ini. Semenjak balik dari Jakarta ni, macam-macam hal dalam schedule aku. Hal kerja, family dan kawan-kawan menjadikan hari aku 24 jam tu agak sekejap..ok kita mula.Aku dah beli tiket hammersonic ni bila diaorg mula buka online sale. Tak mahal, dalam duit RM125.00 sahaja, tiket Airasia pula kira-kira RM320.00 seorang untuk pegi balik. Kononnya nak set pergi rombongan ramai-ramai, tapi last sekali ramai yang "gugur". Jadi aku, wife dan seorang member ni dah confirm dan beli tiket awal bulan Mac 2013. Agak excited, kerana dah lama tak pergi ke Jakarta, apalagi ini pertama kali aku pergi ke Jakarta Utara. Sebelum ini biasanya ke Jakarta Tengah & Selatan saja. Khabarnya Ancol ini tempat tourist, pantai-pantai dan shopping. Mood kali ni bukan utk nak buat kerja, tapi more to jalan-jalan..nak relaxs. Lagipun, diberitahu pro camera tak dibenarkan, rugilah shot shot yang best..jadi pergi bawak hanphone BB dan galaxy note2 10.1 saja..memang santailah.

Kami bertolak 25 April, dengan pesawat Airasia petang jam 3.50 (biasala flight tunda) dan sampai di Soekarno Hatta Airport jam 5.00 petang. Siap kena tahan dengan kastam kerana bersama kami ada kawan dari Jakarta yang bawak balik barangan shopping terlampau banyak, apalagi kastam tahan dan bocorlah wang pampasan dia tu. Aku tak buat apa-apa booking hotel pun, kira main redah aja. Jadi member Jakarta ini pun rela hati nak bawa makan dan cari-cari hotel yang available. Meriah betul makan di Sederhana Nasi Padang, macam-macam lauk ada dan best jugak masakan dia dan harganya berpatutan. Malam tu kami pusing-pusing dari satu hotel ke satu hotel, mostly penuh, bilik ngeri dan tak sesuai (port ayam). Jadi kitaorg settle dengan Trans Hotel Mangga Dua. Harga kira oklah dengan extra bed, hotel budget ala-ala zaman perang. Lepas mandi manda terus tido...zzzz

Esok harinya pulak, dah takda aktiviti. Pagi2 lagi kitaorg pegi jalan-jalan sekitar shopping complex area Mangga dua tu. Layan makan-makan, pantang tengok foodcourt aja, cuba apa2 yg rasa menarik..tapi balik2 makan ayam penyet. Kami ke Atrium Plaza, saja nak layan movie. Kebetulan hari tu opening Iron Man 3, apalagi layan movie la pastu sambung pulak dengan movie lokal Java Heat (agak bagus jugak kolaborasi indo dgn omputeh). Balik kenyang tido..sambil berkira2 utk pegi awal, nak rebut merchandise takut saiz habis..
DAY 1
Pagi2 lagi kita dah bangun, breakfast dan bergegas ke Ancol naik teksi. Tak jauh dari hotel, dalam 10 minit aja kalau tak jem. Ancol ni macam kawasan perlancongan taman ria utk org2 di Jakarta. Nak masuk kena tiket. Sampainya di pintu venue tu, dah nampak ramai "semut hitam" dah lepak sana.
Kita pun join sekali sambil kenal2. Ada yang dah datang sehari sebelumnya dari sekitar Indonesia. Muka2 familiar dari Malaysia pun ada sampai. Sekitar jam 12tgh, baru boleh masuk. Difahamkan jika dah masuk walaupun ada tag sekuriti bagai, kalau keluar tak boleh masuk balik..ermmm. Alasannya kerana selalu ada tiket palsu dan juga banyak penipuan..tgk konsert pun tipu jugak ka? Masuk venue aja, kami serbu booth merchandise, apalagi borong tshirt la..mcm2 org kirim la, tukar saiz la. Venue dia, stage dia..fuhh puashati. Dah ada band lokal dah mula, tapi kami terus standby di stage Hammer Stage, utk support Sil Khannaz yg bakal main kul 12.30 tgh.

Crowd makin ramai. Makin menggila bila band harcore lokal Outright main. Kadang-kadang tu penat kita berehat di booth2 yang ada. Sempat jugakla kenal2 dengan kawan2 baru. Rasa lapar aja pegi layan gerai2 yang jual macam-macam makanan dari mee gorang, hot dog sampai ke nasi bungkus. Bila dah lepak kat gerai tu mula lah lama sembang lagi2 bila dah jumpa kawan2 dari KL. Balik semula ke depan stage bila band dr Black Metal Jepun Ethereal Sin mula main. Macam janji aja, band ni punya lagu2 ada pengaruh kuat C.O.F.



Bila cuaca dah mula redup kita pun relaks aja tengok band agung Bandung, Burgerkill. Crowd memang support band ni.  Layan pulak band Powermetal yang ada influence Helloween+Primal Fear sikit. Lagu dia kalau beli CD pun sy rasa boleh layan. Leri ke Hammerstage, band Australia Voyager, memang tak penah kenal band ni tapi dia punya playing/sound memang besar lagi tight berbanding dengan beberapa band yg sebelum ni main. Ala2 Therion tapi progresif, not my preference..leri ke stage sebelah lepas habis Voyager utk layan Edane. Aku dah beli CD Edane beberapa tahun dulu, jadi boleh la layan sing along lagu2 yang aku tahu..tapi soundnya kurang sikit mungkin ada teknikal problem..

Lepas maghrib, makan lagi...Dyscarnate punya set aku skip. Rehatkan badan. Dalam kul 8 malam kita ke stage utk tengok Hour Of Penance. Band ini hebat, drumming gila energetik lagi progesif metalnya cuba cari lagunya di internet. Dying Fetus tak menghampakan, ramai yang muda-muda datang utk support band death metal Amerika ni. DF membuatkan aku teruja nak checkout back catalog mereka bila aku balik KL. Lockup baru saja selesai shownya di KL, terus ke Hammersonic. Band yang di anggotai oleh personil lagenda metal Napalm Death ini juga menarik perhatian aku utk study lebih pasal mereka ni. Aku merupakan antara peminat tegar Nightwish (Tarja Era), dan EPICA juga merupakan band lama yang berjuang dlm genre yang sama. Tapi muziknya tak melekat di telinga aku dan aku tak pernah beli stuff mereka. Tapi setelah tengok aksi Epica, pasti aku checkout balik apa yang telah aku miss tentang mereka. Persembahan Epica secara personal,  merupakan terbaik pada 1st day festival itu dengan soundnya yang balance sedap, crowd interaction, setlist dan juga musikaliti. Suara Simone Simone memang baik lagi jelas pada mlm tu. Orbituary, band otai yang antara aku tunggu-tunggu. Mula dengar album mereka lewat 80an Slowly We Rot, namun aku terlepas pandang Orbituary agak lama apabila album last aku dengar ialah Cause of Death. Kualiti Orbituary nak dinafikan terbaik. Bagi aku Orbituary tetap ada elemen trash/death dengan vokal John Tardy dan permainan strat Trevor Perez. Puashati!
Penat, balik tido naik teksi..susah nak lelap sambil sembang metal telinga berdengung dengan Shahrin..tengok sinetron tengah malam..zzzzzzz


DAY 2

Hari ni kita santai-santai malas malasan. Ada jemputan makan tengahari dari rakan kerja label muzik dari Jakarta sambil diskas bisnes muzik sikit2. Makan seafood di Ancol bersama mereka, terus ke venue..terima kasih belanja kita semua makan. Masuk lambat ke venue, dah miss beberapa band lokal tapi sempat tengok sikit Hellcrust. Hari banyak lepak tepi pasal kaki pun dah sengal-sengal, dan kumpul tenaga untuk sessi malam pulak. Tak sempat tengok Down For Life.
Advent Sorrow, band black metal Australia mengambil tempat. Fuuh band ni ganas, black metal tepu. Kombinasi muzik yang padu, jarang-jarang dapat tengok band macam ni. Aku rasa patut band ni main slot malam, baru moodnya kena..dark..horrror. Band teknikal/death Ouroboros beraksi di Hammer stage. Permainan hebat tapi aku takleh nak apreciate. Mungkin bukan taste aku hidangan metal dari band Australia ni. Crowd layan aja. Eksporasi muzik metal indonesia aku ke stage Sonic dimana Sucker Head, band asal Jakarta mula ambil posisi. Putrid Pile, 1 man band  dari Amerika. Berbekalkan backing track dan Jackson V, Shaun LaCanne mampu membuat crowd moshing dengan lagu2 brutal detah metal garapannya dan disusuli dengan The Amenta dari Australia di Sonic stage.

Antara band yang ingin aku saksikan di Hammersonic ialah Seringai. Ini 2nd time aku di konsert Seringai selepas 2005, dan kualitinya masih terbaik. A very supportive crowd kelebihan bagi Seringai di Hammersonic. Setiap lagunya di sing along oleh crowd.
Langit maghrib mula muncul...semua tunaikan hal masing2. Rehat. Aku ter miss band dari France, Gorod yang meneruskan show di stage Sonic. Masa tu aku ke gerai untuk santapan malam, namun muziknya kedengaran jugak.. Malam tu kita pekena giant hot dog, nasi goreng standby utk 4 band seterusnya..

Dalam jam 8mlm, As I Lay Dying memulakan persembahan. Metalcore all the way. Layan jugakla band ni walaupun yang aku tunggu ialah band seterusnya di Sonic Stage. Teutonic Trash Metal. Band yang menjadi alasan besar utk aku ke Hammersonic 2013, Destruction. Lagenda trash Jerman ini sememangnya layak utk diberi penghormatan sebagai band penutup. Schmier dan Mike Sifinger memang power ditambah pula dengan drummer hebat yang aku pun tak tahu namanya. Memang berbaloi. Mad Butcher!! Mike's Flying V bikin trash (aku nak beli 1 la)!! Otai death metal Cannibal Corpse menyambung persembahan di Hammer Stage. Tidak dinafikan kualiti Corpse sebagai salah satu pelopor death metal dengan permainan muzik yang tight dan juga bertenaga. A must for death metal fan..
Band terakhir Hammersonic 2013, Cradle Of Filth. Expectation tinggi  bagi acara puncak malam itu terhadap COF. Namun ntah mana silapnya, kualiti soundnya agak tersasar. Danni dan rakan-rakannya terus memberikan yang terbaik hidangan metal dari katalognya seperti Nymphetamine dan lain-lain. Sekiranya kualiti bunyinya sebagus Epica, maka set COF ini akan berkesan.

Badan dah penat, sempat makan sekali lagi dan terus balik ke hotel...sembang lebih kurang terus zzzz. Keesokan harinya kami checkout dalam jam 11 pagi terus ke airport utk pulang ke KL. Hammersonic bakal jadi kunjungan tetap saya kerana kualiti penganjuran yang baik  dan juga secara profesional menyediakan asas untuk menjadi sebuah festival besar di rantau S.E.A. Jumpa lagi di 2014. Harap2 bawa lagi banyak trashh metall...

*gambar terhad. checkout fb album saya utk lebih gambar.





Post a Comment