Thursday, January 23, 2014

Skeletonwitch Live in Kuala Lumpur


Wabak Thrash/Metal makin mejadi-jadi. Lepas Havok, kini pula Skeletonwitch. Setelah merilis album terbaru Serpent Unleashed, band dari US ini dalam rangka tour. Tunggu update seterusnya.


Wednesday, January 22, 2014

Stryper Yellow And Black Attack

Stryper Era 2000++
Band ini punya sentimental value, personally. Bertahan kukuh sehingga sekarang dengan lineup klasik Micheal Sweet (voc/gtr), Oz Fox (gtr), Robert Sweet (drum) dan Tim Gaines (bass). Kembalinya Gaines pada 2009, Stryper terus aktif menghasilkan material-material yang baik. Mula aktif sekitar 1983, Styper telah merilis album-album klasik hair metal/christian metal bermula Soldier Under Command, To Hell With The Devil, In God We Trust dan seterusnya.
Stryper Era 80an

Aku stop follow Stryper ni bila rilisnya album Against The Law (1990) kerana aku rasa album ni dah lari dari konsep Stryper yang aku kenal, ada juga nak ke arah grunge pop akibat tempias demam grunge. Konsep colour Stryper ialah hitam kuning, agak daring bila berfoto dan setup instrumentnya juga sama colour.Bila aku terpandang robert Sweet, mesti ingat kat Heather Locklear.


Album favourite aku ialah To Hell With The Devil dan In God We Trust. To Hell With The Devil ialah anthem yang kuat bagi era 80an. Lagu itu sendiri sudah cukup kuat dan singalong sekiranya keluar di corong hifi. Kaset denagn cover yang cantik ni dah 6 kali hilang, terus aku lupa nak simpan.,Dalam album ini ada lagu-lagu terbaik pernah Stryper hasilkan seperti MTV ballad hits Honestly. Calling On You juga terus jadi hit di MTV begitu juga Free. Album ni adalah album all time yang selalu aku pasang ialah Honestly. Simple music dan aspiring untuk ingat kembali zaman awal menengah rendah ...Free.

Calling On You


Album ke 3, In God We Trust (1988). Fuhh! tajuknya agak berat, tapi isinya santai. Bagi aku, album ini tidak sebaik THWTD tetapi masih relevan dengan muzik acuan Stryper pada masa itu. Always There For You terus meledakkan nama Stryper  setanding dengan band hair metal seperti Poison dan Motley Crue pada masa itu. Single ini menjadi heavy rotation di MTV dan penjualan album ini mencapai status Gold record walaupun ianya lebih popish dan radio friendly berbanding album sebelumnya.


Monday, January 20, 2014

Hammersonic Metal Festival 2014 Part 1

lineup as 20/1/2014

Wowowow...hari ni agak excited walau penat semalam belum reda di Hard Rock Cafe untuk Ramli Sarip Blue buat Teman Tour.

Senarai lineup bagi festival metal terbesar rantau ini sudah diumumkan. Seperti rumours yang berlegar lately, Kreator bakal menyajikan teutonic trash metal di bumi garuda. Apalagi dengan band-band tersohor Hatebreed, Bullet For My Valentine, Fleshgod Apocalypse dan banyak lagi.
Aku sudah siap-siap ambil tiket flight Airasia bulan lepas, dengan harga amat berbaloi RM414.80 dua hala..untuk 2 orang bersama dgn partner. Ini kali kedua kami ke Hammersonic (baca post terdahulu), tetapi terkilan kerana kali ini festival ini hanya 1 hari sahaja. Harap-harap diaorg buat 2 hari.

Tiket boleh didapati di kaunter/agen yang hanya tertulis di http://hammersonic.com
Jangan duk pandai2 beli yang tak tentu kerana aku dah tengok bertapa kecewanya bila tak dapat masuk akibat tiket tidak halal.


Sunday, January 19, 2014

Ramli Sarip Blues Buat Teman Tour Pt 1



Salam semua. Aku agak kurang tidur lately. Currently, aku bersama rakan akan follow caravan muzik ikon muzik Ramli Sarip dalam journey tournya di12 lokasi bermula 19/1/2014. Kami akan mendokumentasikan tour ini dalam bentuk video HD bagi tayangan di TV tempatan.

Sebagai content konsultan aku akan follow ke semua lokasi, kalau badan sihatlah..insyalah. Semalam, rehersal di Hard Rock Cafe mula jam 3.30 pagi, dan habis sekitar jam 6 pagi. Apa pun syabas buat Ramli Sarip untuk perjuangan yang dah masuk 45 years, rock terus rock..jumpa nanti di lokasi...




Setakat hari ni..
  1. HRC KL - 19/1/2013
  2. HRC Penang - 23/2/2013
  3. Kuching - 1/3/2013 (Venue TBC)
  4. Miri - 2/3/2013 (Venue TBC)
  5. Tawau - 2/3/2013 (Venue TBC)
  6. Kota Kinabalu - 5/3/2013 (Venue TBC)
  7. Terengganu - 7/3/2013
  8. Kelantan - 8/3/2013 (TBC)
  9. Melaka - 15/3/2013
  10. Perak - 22/3/2013
  11. Johor - 28/3/2013
  12. KL/Selangor - 4/4/2013
Saya akan update lokasi yang sudah confirm dari masa ke semasa..stay tuned.


19/1/2013 Hard Rock Cafe KL