Monday, January 20, 2014

Hammersonic Metal Festival 2014 Part 1

lineup as 20/1/2014

Wowowow...hari ni agak excited walau penat semalam belum reda di Hard Rock Cafe untuk Ramli Sarip Blue buat Teman Tour.

Senarai lineup bagi festival metal terbesar rantau ini sudah diumumkan. Seperti rumours yang berlegar lately, Kreator bakal menyajikan teutonic trash metal di bumi garuda. Apalagi dengan band-band tersohor Hatebreed, Bullet For My Valentine, Fleshgod Apocalypse dan banyak lagi.
Aku sudah siap-siap ambil tiket flight Airasia bulan lepas, dengan harga amat berbaloi RM414.80 dua hala..untuk 2 orang bersama dgn partner. Ini kali kedua kami ke Hammersonic (baca post terdahulu), tetapi terkilan kerana kali ini festival ini hanya 1 hari sahaja. Harap-harap diaorg buat 2 hari.

Tiket boleh didapati di kaunter/agen yang hanya tertulis di http://hammersonic.com
Jangan duk pandai2 beli yang tak tentu kerana aku dah tengok bertapa kecewanya bila tak dapat masuk akibat tiket tidak halal.


Post a Comment