Monday, April 14, 2014

Adrian Vandenberg - Moonkings & The Best Of

Salam semua..

Lama tak jumpa..dengar berita. Aku agak busy dengan ketibaan cahaya mata (yg pertama insyallah) dan juga belum selesai dengan Blues Buat Teman Tour. Namun ada berita baik. Tempohari aku join meeting bersama Deezer (nanti google), provider content muzik antarabangsa. Nampaknya banyak program-program berteknologi tinggi yang akan melibatkan industri muzik kita, sekiranya bersedia.



Ok, aku teruja. Kembalinya hero gitar anak didik favourite David Coverdale setelah sekian lama menyepi setelah keluar dari Whitesnake. Adrian Vandenberg telah merilis album barunya bersama lineup fresh Vandenberg's Moonkings. Konsep hard rock 80an masih lagi relevan dengan Adrian dalam album ni. Aku agak berkenan dengan mamat Belanda ni kerana dia punya gitar playing yang baik, dan solo yang bermelodi. Aku mula discover Vandenberg ni dulu beli kaset The Best Of yang mulanya aku rasa lagu-lagunya tak cukup gempak. Tapi bila lama-lama dengar sedap pulak, dan aku masih simpan kaset Best Of ni dari tahun 1987 hingga sekarang. Sekarang misi aku yang terdekat ni pegi cari kalau2 ada jual CD Moonkings ni kat kedai....




Apa pun cuba dengar album lama Vandenberg The Best Of di sini.Perhatikan lagu seperti Alibi, Burning Heart & Different World kat Deezer player ni.