Friday, March 04, 2016

Metallica - Master Of Puppets Sudah 30 Tahun Usia.



Salam semua. Sekejapnya rasa, sudah 30 tahun usia album ini. Album yang paling mantap rilisan Metallica (bagi aku la) tapi bukan favourite album aku. Aku masih di takuk lama, masih amaze dengan Ride The Lightning yang lebih raw.
Album terakhir Cliff Burton yang mana dia menulis lebih separuh dari lagu-lagu dalam album ini memang pukul habis. Cuba dengar lagu Brutal Battery, Disposable Heroes & Things That Should Not Be. Perlu layan jugak lagu moody Welcome Home Sanitarium.
Album MOP ni mula-mula aku beli di Plaza Perdana, Kuala Terengganu kalau tak silap 1988 dalam format kaset. Pada mulanya aku beli tu pasal saja nak checkout apa follow up album selepas Ride The Lightning. album ni juga memulakan demam muzik yang lebih berat di kalangan member2 sekolah masa tu, kerana semua pakat tulis logo Metallica pakai liquid paper di beg sekolah.Kaset ni kerap jugak aku beli kerana asyik hilang bila bertukar tangan. Kalau pergi jamming, ada saja band yang mainkan part dari lagu Metallica ini dan band tu kira hebatlah pasal yang lain masih main Isi Dan Kulit.
Secara peribadinya, tak akan lagi Metallica dapat balik energy & determination dalam song writing similar atau close to Master Of Puppets ini. Aku agak disappointed dengan beberapa albumnya selepas era Black Album. Bagi aku Metallica mampu hasilkan yang lebih baik dengan acuan lamanya ini. Thank you Cliff!

Tuesday, March 01, 2016

Rakaman Single Wiramaya - Yang Satu

Agak lama aku tak menulis di blog ni. Anak yang sudah usia 1 tahun 5 bulan membuatkan aku lupa akan penulisan, tak punya masa untuk duduk mendengar cd apalagi pegang gitar. Tapi ada satu kenikmatan yang tak boleh di beli bila tengok anak itu senyum.

Wiramaya? Apa tu? Pada bulan Ogos 2015, aku berkenalan dengan seorang drummer di FB dan dia sedang form band baru bersama 1 basist dan juga 1 gitaris/vokalis. Lepas duduk meeting dan preview lagu, aku agak tertarik dgn demo Yang Satu ini. Melodi rock melayu yang ada unsur padang pasir sedikit juga ditambah dengan lirik kerohanian membina menjadikan Yang Satu ini agak istimewa.



Jadi kita workout sama-sama untuk mula merakam single "Yang Satu" ini dari October 2015. proses rakaman ni agak lama kerana ada sahaja komitmen lain yang menganggu namun telah siap sepenuhnya di mix oleh ojoe dan mastered oleh CL Toh pada Febuari 2016. Kita mula jemming sama-sama dan aku masuk sebagai session gitar bagi lengkapkan lineup trio ini untuk gig.



Mulai pertengahan Mac 2016 ini, kami akan mula mempromosikan single ini di radio-radio tempatan (kalau diorg nak support lah). Single ini boleh didengar di Spotify, Yonder Music dan Itunes. Jom support muzik tempatan dan like FB WIRAMAYABAND, like dan share kalau suka dan request single ini di radio lokal.