Thursday, November 23, 2017

Search - Katharsis (Review)

Masuk yg kali ini, dah 4 kali aku rotate album terbaru ke 12 Search, Katharsis. Satu album yang  “berat” pengisiannya, penuh emosi dan ghairah. Secara peribadi, Search sudah melepasi zaman rock n roll darah muda, penuh keriangan ala Kepala Angin mahupun Mat Rock. Katharsis menyingkap lembaran Search yang  sudah melalui pelbagai rintangan dunia, patah hati, tanggungjawab cinta dewasa juga persahabatan yang tulus. Mungkin aku meletakkan “high expectation” terhadap album kali ini, sebagai peluru terakhir  Search yang penuh lagu-lagu rok n roll “bikin goyang”, senang dihadam ataupun singalong, namun ternyata meleset.


Khatarsis sememangnya album yang agak “dark”, dan perlu penelitian yang extra untuk dinikmati. Jangan bandingkan dengan  album sebelum ini “Gothik Malam Edan” kerana Katharsis lebih isian baladnya juga lebih moden rock beratnya yang punya “chungging riff”juga susunan stringnya yang lebih nusantara. Jangan ditunggu lagi lagu-lagu seperti Search era Polygram, ianya tiada dalam album ini.  Kid, guitarwork dalam Katharsis mengembalikan kemerduan solo Search era Kid menyentap whammy bar dan juga komplemen untuk setiap lagu, tidak gopoh untuk membuktikan scale-scale apregios laju terpercik. Rhythm Din memang garang dalam album ni, saya  secara peribadi menumpukan untuk mendengar rhythm part  "low tuned" especially lagu-lagu heavy seperti  Sidang Kangaroo, Henjut, Salatus Salatin juga Bebas Liar. Jika diperhalusi, lagu-lagu heavy kali punyai elemen industrial, metalcore (ada sikit breakdown), juga elemen nu-metal. Search moden ini bebas bereksperimen dengan citarasa muzik kini dalam Khatarsis, kerana muzik mereka sudah berevolusi agak jauh dari era Gema Timur Jauh juga album sebelumnya, bukan lagi rock kapak atau pun rock kangkang. Tiada lagi rock n roll honky tonk ala Pinball Superhero mahupun Kereta Mewah. Kali ini Search kasi full blown heavy, bukan suka-suka. Bass, dalam Katharsis kita boleh dengar Nasir punya playing, line yang menyerlah bukan lagi sebagai low end rhythm part supplier, kali ini bassnya punya tone, twang sikit, clarity yang sesuai melengkapkan setiap lagu. Two thumbs up Nasir, you make your mark in this album. Meletakan Pae di posisi drum, bagi aku satu percaturan yang tepat bagi Search, setiap lagu peranannya berbaloi juga terkawal, cukup-cukup fill innya. Double pedal yang lazat juga blast beat (Salatus Salatin) yang belum pernah ada dalam katalog Search.



Dalam album ini, tiada lagi Steven Tyler, Stephen Pearcy mahupun kenakalan David Lee Roth, semua ini sudah sebati dalam nyanyian Amy. Amy serius kali ini dengan lontaran vokal yang agak berbeza dari album-album sebelumnya. Keupayaan vokalnya teruji dalam album ini lebih-lebih lagi pada lagu-lagu ballad. Amy di Katharsis sudah meningkat umur, lebih matang dan lebih “soul” dalam nyanyiannya. High pitch screaming ada di beberapa lagu, tepat pada tempatnya dan melengkapkan member rasa lagu tersebut.  Amy telah membuktikan pengorbanan masa dan keringat dalam menjayakan album ini bersama saudaranya sangat berbaloi bagi album ini..


Keseluruhan album ini sangat baik. Namun, pada mulanya aku rasa ada sesuatu yang buatkan aku tak puas bila mendengarnya. Aku cuba dengar  di speaker pc, hifi, headphone juga monitor speaker. Masih ada yang kurang puas. Jujurnya aku bukan audio perfectionist apalagi sound engineer. Tetapi aku cuba bandingkan dengan beberapa album lewat mereka, bunyinya lebih “cerah” dan “besar”. Aku curious dan cuba lagi di streaming platform, juga sama outputnya. Harap-harap aku silap. Namun kualiti rakaman dan juga artwork packaging yang bervariasi, terbaik. Konsep steam punk memang kena dengan isi kandungan album ini. Good photo and credit notes too..

Syabas Search, M Nasir, para penulis lirik (gempak) Pawana Music & tenaga produksi Katharsis. Jika ini yang terakhir, biarlah pengakhiran yang paling manis bagi Search.

Buat masa ini favourite track aku :
1) Henjut – Led Zep ada Khasmirnya, Purple ada Perfect Stranger, Rainbow ada Gate Of Babylon. Search ada Henjut. Headbanging berhemah.
2) Jubah Pengantin – this one reminds me Amy punya solo album juga album mereka sebelum ini. Very nice chorus.
3) Nama Yang Kau Lupa – satu album perlu ada ballad yang mampu menempelak perhatian pendengar mainstream. Ballad yang sedap setelah sekian lama M.Nasir tidak berkolaborasi dengan Search.
4) Embun – Symphonic Metal? Bukan. Symphonic ballad punya elemen timur. Mungkin pertaruhan Search untuk persembahan bersama orkes/simfoni. String arrangement yang cukup manis, boleh rasa mood yang di hidangkan.
5) Sidang Kangaroo – 1st single dari Katharsis. Nama ini lebih sesuai utk tajuk album ini, lebih satira juga sinikal.
6) Bebas Liar – straight forward rock, kembali memandu nafsu dari sekatan jalan menjadi persoalan..masih ingat?
7) Apologia – ballad standard Search era Bersalah Atau Tidak. Chorus yang senang dihadam walaupun bagi yang bukan fan tegar Search.
8) Salatus Salatin – Intro yang aku tunggu, tapi bukan chorusnya. Lain orang lain citarasanya kan.
9) Mitos Atau Nyata – Lagu ini aku menjangkakan satu visual yang sangat gah. Simfoni yang cantik dan sedap. Chorus yang boleh singalong, cuma tak sabar nak tunggu lepas 1 minit ke klimaksnya. Solo gitar lemak berkrim.
10) Gagalista – Lirik yang kritis. Aku memang tak setuju jika Amy cuba rap (dan seangkatan dengannya), boleh bagi kepada artis realiti. Period.

Tunggu apalagi, beli yang original satu-satunya album 10 lagu yang sangat berbaloi rilisan artis lagenda tanahair 2017. (artis lain takut2 rilis 10 lagu, hanya beberapa sahaja yang yakin..)

*sorry takda pic, hp camera buat hal..

Saturday, May 27, 2017

Kreator + Vader Live Singapore 2017




Album beru diaorang yang sedap, Kreator membuatkan aku teruja untuk headbanging sekali lagi di Singapore apa lagi dengan adanya Vader hero death metal Poland. Harap boleh lupakan sekejap Criss Cornell..

Info Ticketing Outlets : SINGAPORE
----------------------------------------
(S1) Roxy Records & Trading
Excelsior Shopping Centre
#02-15, 5 Coleman Street
Singapore 179805
Phone:6337 7783

(S2) Inokii
Far East Plaza
#03-30, 14 Scotts Road
Singapore 228213
Phone:6836 7657

(S3) Online via KreatorVader.peatix.com

Ticketing Outlets : MALAYSIA
-------------------------------------
(M1) Rudy Karunguni / Karunguni (KUALA LUMPUR)
Contact Number : +60 12 906 9974

(M2) Fadzilmuzikbox Terkutok (JOHOR BAHRU)
Contact Number : +60 19 763 2115

Layan jap single baru




Tuesday, May 09, 2017

Megadeth Dystopia Tour Live in KL


Personnally, ini kali ke 2 saya menyaksikan Megadeth secara live. Pertama kalinya, ketika United Abomination Tour di kota Singa beberapa tahun lepas. Jujurnya, saya kembali kepada Megadeth setelah kecewa dengan album System Had Failed apabila rilisnya United Abomination.

Megadeth merupakan antara band utama yang sudah (sangat ) lama ditunggu untuk bertandang ke bumi Malaysia ini. Rata-rata fan metal tempatan agak terkilan kerana mereka sudah beberapa kali beraksi di sekitar kita (Singapore/Thailand) tetapi tidak datang ke Kuala Lumpur. Jadi pada 4 Mei 2017 bertempat di Stadium Negara, Megadeth telah membuktikan bahawa mereka merupakan satu kuasa superior di arena metal dengan persembahan mantap di hadapan kira-kira 3500 penonton Malaysia.



Kira-kira jam 4.30 petang lagi, ruang sekitar Stadium Negara sudah mula dipenuhi dengan Megadeth fan seragam hitam dari pelbagai lokasi. Ada yang datang dari Thailand, Singapura dan juga Brunei. Di tepi-tepi jalan juga menjadi tumpuan peniaga "merch bootleg" dan makanan bagi pengunjung bersantai sebelum pintu stadium dibuka. Official merchandise booth juga menjadi tumpuan utama pengunjung, hingga beratur panjang untuk membeli merch seperti T-Shirt dan juga Hoodie. Kawalan keselamatan sangat baik, dengan bantuan pihak PDRM dan juga RELA walaupun timbul pelbagai isu (politik?) sebelumnya di media sosial tetapi semuanya aman dan tenteram. Biasalah mereka kecoh dengan apa yang mereka tidak mengerti, educate them...



Jam 7.30 petang, pintu dibuka dan pengunjung masuk berdasarkan kategori tiket masing-masing seperti Dethpit, Rock Zone dan juga normal seating. Sebenarnya, inilah peluang untuk  mereka berjumpa rakan-rakan lama dan juga familiar faces di dalam scene muzik berat, satu peluang yang jarang-jarang ada di konsert biasa.  Satu perasaan yang "special" kelihatan di wajah para pengunjung, excited, ready to sing along. Mungkin sudah lama berharap untuk menonton Mustaine secara live di depan mata. 


Jam 8.00 malam - Bintang muda generasi metal Massacre Conspiracy mula menhangatkan stage. Banyak improvement band ini dari segi bunyi, playing dan showmanship. Personally, saya sudah beberapa kali menyaksikan MC16 ini beraksi di beberapa gig, tetapi ini antara yang terbaik output metalcorenya. this band evolve. Namun, bagi "opening act" Megadeth, rasanya perlu dipertimbangkan band yang lebih senior? Tak perlu fikir lagi, terus ke Megadeth...



Pembukaan montaj dari album Risk "Prince Of Darkness" sudah membuatkan penonton bersorak riang. Setup skrin bagi montaj seperti ini mengingatkan saya kepada konsert Megadeth Countdown To Extinction Live DVD. Yang pasti visualnya sangat menarik dan jelas.  Habis saja intro, Hangar 18 dimulakan dengan kemunculan Mustaine and co di pentas. Sangat energetik. Seterusnya lagu klasik  80's  "Wake Up Dead" dan "In My Darkes Hour".  "The Treat Is Real", "Conquer Or Die" dan "Living In State" dari album terbaru Dystopia pula menyusul. Sangat menarik solo akustik Kiko untuk intro Conquer Or Die. Single dari Countdown to Extinction, "Sweating Bullets" menampilkan Dave Mustaine mengajak penonton untuk singalong pada verse yang pertama dan respon yang sangat baik dari audien. Mustaine menukar gitar ke Dean Zero dan seterusnya memulakan "Trust" single dari album Cryptic Writings.



She-wolf pula menyusul setelah Mustaine menceritakan sedikit perihal maksud lagu tersebut. Intro Kiko memulakan Poisonous Shadows dan seterusnya Fatal Illusion. Seperti yang dijangkakan, sebaik saja intro A Tout Le Monde di mainkan, audien terus singalong terutamanya ketika chorus sehingga habis.




Single dari Rust In Peace, Tornado of Soul pula mengembalikan tenaga selepas dibuai A Tout Le Monde. Crowd  kembali agresif dan ada circle pit kelihatan. di ruang tengah. Lagu seterusnya dari album Dystopia, Post American World dan Dystopia. Kiko Loureiro memainkan peranan yang terbaik sebagai gitaris terkini bagi Megadeth, nampak sangat selesa dan energetik dalam persembahan terutamanya bagi solo-solo dari album Dystopia. Seterusnya singalong lagi bagi lagu Symphony Of Destruction, nyata mereka belum puas.


Encore akhir, Peace Sells But Who's Buying dan Holy Wars mengakhiri persembahan Megadeth. Penampilan khas maskot Vic Rattlehead ketika lagu Peace Sells menarik perhatian ala-ala Eddie buat Iron Maiden. Walaupun selepas Holy Wars, crowd berteriak "we want more", konsert di sudahi dengan Megadeth berfoto bersama crowd di pentas. Konsert berakhir sekitar jam 10.45 malam dan suasana di luar stadium masih meriah dengan peminat masih bersantai.


Syabas buat penganjur IME Malaysia, satu penganjuran konsert yang baik dan sangat memorable seperti kata-kata Mustaine "Moving on is simple thing, what leave behind is hard".
Terbaik! Two Thumbs Up. 
* Untuk konsert ini, saya ditugaskan untuk menulis bagi portal bebas Backstage.my

Kepada yang tak berkesempatan, boleh tengok sini : Megadeth Dystopia KL





Wednesday, April 19, 2017

Langsuyr @ KL Live

Salam semua. Lama sangat ni tak tulis apa2 kat sini. Buka-buka page, banyak link pic/video yang missing. Ntah mcmana jadi macam ni. banyak kerja nak repair ni.

Belek punya belek, ada few video yang belum di kongsikan utk fan metal kita. cuba try test tengok, Langsuyr antara band yang lama sepi tapi bila sekali keluar, maaflah ya kalau audio kureng, kamera kokak je ni,