Showing posts with label Cromok. Show all posts
Showing posts with label Cromok. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK



 Legenda metal Cromok adalah sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Peminat muzik

underground cukup mengagumi bunyi pantas riff gitar, kekuatan vokal dan solo gitar

harmonik mereka. Istilah 'THRASHDITIONAL' yang dipopularkan oleh band ini

menggabungkan pengaruh heavy metal dengan unsur Melayu tradisional yang jelas

ditonjolkan dalam lagu-lagu seperti Ulek-Metallurgical dan Siblings yang amat digemari ramai.

Band perintis thrash metal tempatan ini ditubuhkan pada 1987 oleh Karl (gitaris), Din

(vokalis/gitaris), Sam (vokalis/pemain bass) dan Miji (pemain dram) di New South Wales,

Australia ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Wollongong. Terpengaruh dengan

kemunculan era thrash metal barat, mereka memulakan perjalanan muzik mereka bermain

gig dan konsert kecil, seterusnya memiliki kumpulan peminat tegar dan berjaya menempa

nama dalam kancah metal Sydney, malah muncul sebagai band terbaik Sydney berdasarkan

undian oleh Hot Metal Megazine.

Namun selepas itu mereka berpecah dengan Din mengikuti haluannya sendiri dan

menubuhkan D’cromok manakala Karl, Sam dan Miji pulang ke Malaysia dan kekal sebagai

trio.

Album pertama, Image of Purity diterbitkan pada 1991 dengan lagu-lagu seperti Misty,

Journey, Metallurgical dan Prophecy berjaya mendapat sambutan hangat peminat dan

meraih Anugerah Emas. Ini diikuti dengan album-album hebat seterusnya iaitu Forever in

Time (1993), Yours Truly (1996), Mean, Meaner, Meanest (1999), What's Left (2000),

Deafening Silence (2002), Untitled (2003) dan beberapa album kompilasi.

Forever In Time, album kedua yang merangkul platinum berganda pada tahun 1994

menjadikan mereka ternama di puncak arena metal. Lagu-lagu seperti Memories, I Don't

Belong Here, Misery, Obsessed dan Another You terkenal di kalangan peminat serta

pengkritik. Lagu-lagu klasik inilah yang menjadi kegemaran dan siulan ramai, acap kali

menggegarkan persembahan yang pastinya penuh peminat yang mengenali lagu tersebut dari

hati.

Dari persembahan pembukaan mereka untuk konsert Metallica "Live In Kuala Lumpur" di

Stadium Merdeka pada tahun 2013, menjadi bintang utama pelbagai jenis festival muzik dan

penghias muka depan majalah muzik terkemuka, Cromok sentiasa membawakan sesuatu

yang unik, kekal teguh dengan legasi mereka yang didambakan peminat. Band legenda ini

terus hidup bersinar bak obor yang terang, pastinya amat menggembirakan para peminat

mereka.



Cromok akan menemui peminat setia mereka yang turut dikenali sebagai Cromers, bagi

meraikan ulang tahun album Forever in Time mereka dengan Konsert Ulang Tahun ke-30

‘Forever In Time’ CROMOK pada 14 Oktober 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Acara Ulang Tahun ke-30 nanti bakal menjanjikan persembahan mantap yang pasti tidak

dapat dilupakan berserta rakaman di belakang tabir yang belum pernah ditayangkan, konsep

produksi yang hebat dan juga ‘Wall of Fame’ eksklusif yang menyimpan kenangan indah

Cromok – tentunya sesuatu istimewa yang tidak harus dilepaskan peminat!





BUTIRAN ACARA:

Acara: Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK

Tarikh: 14Oktober 2023, Sabtu

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang

Pintu dibuka: 18:00

Acara bermula: 20:30

Penganjur: Digent Media

Wakil Penganjur: Norwafiz Bin Nordin – Pengarah Urusan

Media Sosial Penganjur:

https://www.instagram.com/digentmedia/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Promoter: Lampuneon Entertainment

Media Sosial Promoter: https://www.instagram.com/lampuneonent/

Ejen Rasmi Tiket: Ticket Empire

Laman Web Tiket: https://www.myticketempire.com/cromok30thanniversaryconcert

Jualan Tiket: 20 Jun 2023, 10:00

Harga Tiket - Jualan Atas Talian: RM179, RM239, RM279, VIP RM669

Harga Tiket - Kaunter jualan: RM229, RM289, RM329, NA

Monday, March 12, 2012

Cromok 25th Anniversary Reunion - Press Conference



Sejarah Cromok ini bagi aku ada specialnya. Way back in 1990, masa aku nak ambik SPM dulu, masa ni muzik jiwa aku trash. Apa saja barang keluar, janji trash aku layan. Sacred Reich Surf Nicaragua, Anthrax State Of Euphoria, Suicidal Tendencies..How Will I Love Tomorrow dan Act III Death Angel hari-hari aku main di walkman.



Zaman tu walkman ajalah yang mampu, maklumla tinggal dalam dorm. Tapi satu hari ada member aku anak orang KL sudah kasi aku dengar satu kaset TDK copy dengan kulit fotostat gambar kuda minum air. Cuma ada 6 lagu. "Ini band orang kita, student U kat Australia..cuba ko cari macamana nak jamming lagu dia". Maka kaset tu pun jadi lunyai akibat banyak tangan pinjam terus hilang, sampai ke bilik pengawas pun main lagu ni...hehehe. Apa yang hook pasal kaset Image Of Purity ni..ialah orang kita Malaysia, anak melayu sekolah tinggi tapi main trash metal...Ulik Mayang somemore! Beb, one day these students will follow..



Sedang dalam kekalutan bulan April yang penuh dengan showcase band hebat luar negara, ada satu showcase yang tak sepatutnya kamu lepaskan, sekiranya kamu Metalhead tempatan. Yang lain tu terserah kamu.



Lineup klasik Cromok ini adalah sesuatu yang ditunggu, kali ini sebagai 25 tahun anniversary. Lineup klasik ini juga pernah beraksi di Life Centre pada 1992, tapi pada masa tu takda pendapatan jadi tak dapatlah nak tengok. Karl, Miji dan Din kembali bersama setelah beberapa kali rumours yang Cromok akan bergabung, kali ini for real. Bersiap sedia untuk banging dengan Journey, Misty, Metallugical, Misery dan lain-lain lagi. Clockwork Events dengan bangganya membawakan konsert ini yang bakal berlansung di KL Live. Antara supporting act ialah Kajang metal master Nuclear Strikes, Sil Khannaz dan juga Langsuyr.



Pastikan kamu ada pada 8 April 2012 di KL Live. Tiket boleh didapati di www.ticketpro.com.my

More update, checkout:
http://www.facebook.com/ClockworkCrewMalaysia

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...