Showing posts with label Search. Show all posts
Showing posts with label Search. Show all posts

Tuesday, June 27, 2023

NUSAFEST- 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN






23 JUN 2023 – Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd

kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang

menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan

kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di

Bandar Malaysia, Sungai Besi.





Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini

kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya,

angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini

bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.






NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH,

WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan

Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan

oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah

hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.



Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali

ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan

setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini

di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti

serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.



“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan

meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan

pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di

NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan

sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke

hari persembahan.


Berikut merupakan senarai akhir dan muktamad:

Malaysia

Wings

Search

Butterfingers

Kugiran Masdo

Salammusik

Forceparkbois

Iqbal M.

White Percussion Unit

Jemson

Budak Nakal Hujung Simpang

Gerhana Skacinta

Monoloque

Indonesia

Fourtwnty

Barasuara

Pusakata

Efek Rumah Kaca

Kelompok Penerbang Roket

The Changcuters

Burgerkill

Seringai

Diskoria

Dipha Barus

Ras Muhamad

Singapore

The Pinholes


Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas

bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan

Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang

makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di

www.myticket.asia.





"NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan

lagi industri muzik nusantara.

NUSA FEST 2023

Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023

Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am

Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person)

RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)

Tiket: www.myticket.asia

Tiket Hotline: 03 8605 0196

Info Hotline: 012 2560082

Instagram: @nusafest, @shirazprojects

Tiktok: @shirazprojects

Facebook: @nusafest @shirazprojects

Laman Web: www.nusafest.com

www.shirazprojects.com

Thursday, November 23, 2017

Search - Katharsis (Review)

Masuk yg kali ini, dah 4 kali aku rotate album terbaru ke 12 Search, Katharsis. Satu album yang  “berat” pengisiannya, penuh emosi dan ghairah. Secara peribadi, Search sudah melepasi zaman rock n roll darah muda, penuh keriangan ala Kepala Angin mahupun Mat Rock. Katharsis menyingkap lembaran Search yang  sudah melalui pelbagai rintangan dunia, patah hati, tanggungjawab cinta dewasa juga persahabatan yang tulus. Mungkin aku meletakkan “high expectation” terhadap album kali ini, sebagai peluru terakhir  Search yang penuh lagu-lagu rok n roll “bikin goyang”, senang dihadam ataupun singalong, namun ternyata meleset.


Khatarsis sememangnya album yang agak “dark”, dan perlu penelitian yang extra untuk dinikmati. Jangan bandingkan dengan  album sebelum ini “Gothik Malam Edan” kerana Katharsis lebih isian baladnya juga lebih moden rock beratnya yang punya “chungging riff”juga susunan stringnya yang lebih nusantara. Jangan ditunggu lagi lagu-lagu seperti Search era Polygram, ianya tiada dalam album ini.  Kid, guitarwork dalam Katharsis mengembalikan kemerduan solo Search era Kid menyentap whammy bar dan juga komplemen untuk setiap lagu, tidak gopoh untuk membuktikan scale-scale apregios laju terpercik. Rhythm Din memang garang dalam album ni, saya  secara peribadi menumpukan untuk mendengar rhythm part  "low tuned" especially lagu-lagu heavy seperti  Sidang Kangaroo, Henjut, Salatus Salatin juga Bebas Liar. Jika diperhalusi, lagu-lagu heavy kali punyai elemen industrial, metalcore (ada sikit breakdown), juga elemen nu-metal. Search moden ini bebas bereksperimen dengan citarasa muzik kini dalam Khatarsis, kerana muzik mereka sudah berevolusi agak jauh dari era Gema Timur Jauh juga album sebelumnya, bukan lagi rock kapak atau pun rock kangkang. Tiada lagi rock n roll honky tonk ala Pinball Superhero mahupun Kereta Mewah. Kali ini Search kasi full blown heavy, bukan suka-suka. Bass, dalam Katharsis kita boleh dengar Nasir punya playing, line yang menyerlah bukan lagi sebagai low end rhythm part supplier, kali ini bassnya punya tone, twang sikit, clarity yang sesuai melengkapkan setiap lagu. Two thumbs up Nasir, you make your mark in this album. Meletakan Pae di posisi drum, bagi aku satu percaturan yang tepat bagi Search, setiap lagu peranannya berbaloi juga terkawal, cukup-cukup fill innya. Double pedal yang lazat juga blast beat (Salatus Salatin) yang belum pernah ada dalam katalog Search.



Dalam album ini, tiada lagi Steven Tyler, Stephen Pearcy mahupun kenakalan David Lee Roth, semua ini sudah sebati dalam nyanyian Amy. Amy serius kali ini dengan lontaran vokal yang agak berbeza dari album-album sebelumnya. Keupayaan vokalnya teruji dalam album ini lebih-lebih lagi pada lagu-lagu ballad. Amy di Katharsis sudah meningkat umur, lebih matang dan lebih “soul” dalam nyanyiannya. High pitch screaming ada di beberapa lagu, tepat pada tempatnya dan melengkapkan member rasa lagu tersebut.  Amy telah membuktikan pengorbanan masa dan keringat dalam menjayakan album ini bersama saudaranya sangat berbaloi bagi album ini..


Keseluruhan album ini sangat baik. Namun, pada mulanya aku rasa ada sesuatu yang buatkan aku tak puas bila mendengarnya. Aku cuba dengar  di speaker pc, hifi, headphone juga monitor speaker. Masih ada yang kurang puas. Jujurnya aku bukan audio perfectionist apalagi sound engineer. Tetapi aku cuba bandingkan dengan beberapa album lewat mereka, bunyinya lebih “cerah” dan “besar”. Aku curious dan cuba lagi di streaming platform, juga sama outputnya. Harap-harap aku silap. Namun kualiti rakaman dan juga artwork packaging yang bervariasi, terbaik. Konsep steam punk memang kena dengan isi kandungan album ini. Good photo and credit notes too..

Syabas Search, M Nasir, para penulis lirik (gempak) Pawana Music & tenaga produksi Katharsis. Jika ini yang terakhir, biarlah pengakhiran yang paling manis bagi Search.

Buat masa ini favourite track aku :
1) Henjut – Led Zep ada Khasmirnya, Purple ada Perfect Stranger, Rainbow ada Gate Of Babylon. Search ada Henjut. Headbanging berhemah.
2) Jubah Pengantin – this one reminds me Amy punya solo album juga album mereka sebelum ini. Very nice chorus.
3) Nama Yang Kau Lupa – satu album perlu ada ballad yang mampu menempelak perhatian pendengar mainstream. Ballad yang sedap setelah sekian lama M.Nasir tidak berkolaborasi dengan Search.
4) Embun – Symphonic Metal? Bukan. Symphonic ballad punya elemen timur. Mungkin pertaruhan Search untuk persembahan bersama orkes/simfoni. String arrangement yang cukup manis, boleh rasa mood yang di hidangkan.
5) Sidang Kangaroo – 1st single dari Katharsis. Nama ini lebih sesuai utk tajuk album ini, lebih satira juga sinikal.
6) Bebas Liar – straight forward rock, kembali memandu nafsu dari sekatan jalan menjadi persoalan..masih ingat?
7) Apologia – ballad standard Search era Bersalah Atau Tidak. Chorus yang senang dihadam walaupun bagi yang bukan fan tegar Search.
8) Salatus Salatin – Intro yang aku tunggu, tapi bukan chorusnya. Lain orang lain citarasanya kan.
9) Mitos Atau Nyata – Lagu ini aku menjangkakan satu visual yang sangat gah. Simfoni yang cantik dan sedap. Chorus yang boleh singalong, cuma tak sabar nak tunggu lepas 1 minit ke klimaksnya. Solo gitar lemak berkrim.
10) Gagalista – Lirik yang kritis. Aku memang tak setuju jika Amy cuba rap (dan seangkatan dengannya), boleh bagi kepada artis realiti. Period.

Tunggu apalagi, beli yang original satu-satunya album 10 lagu yang sangat berbaloi rilisan artis lagenda tanahair 2017. (artis lain takut2 rilis 10 lagu, hanya beberapa sahaja yang yakin..)

*sorry takda pic, hp camera buat hal..

Thursday, May 23, 2013

Konsert Thunder In The East 2013 - BATAL!!!


Pastinya sesuatu yang cukup mengujakan apabila empat band lagenda rock Asia , Loudness, Search, Rusty Blade dan Slank bergabung di atas satu pentas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun 2013, jam 4 petang.
Konsert  "mega" sempena  judul album kelima Loudness ini bakal menjanjikan kehebatan muzik heavy metal dan rock & roll era 80-an yang masih relevan sehingga kini. Konsert Thunder In The East ini juga adalah kunjungan kedua Loudness ke Kuala Lumpur selepas mengegarkan KL Life Centre sempena World Tour King of Pain pada Julai 2011.

"Selama 30 tahun ditubuhkan dan sejak mula menyanyi bersama Loudness pada usia 21, pengalaman mendengar jeritan Kuala Lumpur membuat saya gembira kerana tidak pernah merasainya. Kami harap dapat kembali ke sini awal tahun depan," kata vokalis yang kini mencecah usia 53 tahun dan amat menghargai sambutan padu dari audien Malaysia. Loudness  juga bakal menampilkan aksi gitaris cilik dari Jepun sebagai saguhati untuk peminat yang  hadir nanti.
Menurut pengarah projek Iman Tang,  TITE 2013  lebih hebat dan 'setlist' yang lebih besar bakal dihidangkan Loudness berbanding konsert mereka di sini dua tahun lalu.  Setiap slot persembahan legenda-lagenda rock ini bakal menampilkan tidak kurang dari 13 buah lagu, khas dari era 80'an khusus untuk para pengemar muzik rock. Tercetusnya idea bagi mengadakan konsert gabungan bersama ini adalah dari pemerhatian beliau dengan konsert Big Four, di mana ke empat- empat band diberi "highlight " dan juga pembahagian masa persembahan yang samarata .

Dalam konsert ini, Search mahu bernostalgia dengan lagu-lagu era 80-an dan hanya akan membawakan lagu-lagu dari album Cinta Buatan Malaysia,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena  dan juga Karisma.
"Kami pernah bertemu di Singapura pada 1991 dan dia masih kenal saya hingga sekarang. Saya terharu kerana Loudness memberi penghormatan untuk bersama mereka di atas pentas dan sudah tentu pengalaman ini sukar dilupakan," kata Amy.

Menambah 'panahan halilintar' dalam konsert Thunder In The East 2013 ialah Slank yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Walaupun dalam kalangan sebahagian peminat di Malaysia nama Slank tidaklah segah band-band Indonesia lain yang lebih 'radio friendly' dan 'ganteng' tetapi di Indonesia, Slank adalah fenomena.
Berbanding tiga band lain, Slank yang dibarisi Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) adalah yang paling 'junior' kerana album sulung mereka Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) diterbitkan pada 1990. Namun, kini dengan 19 album studio serta jualan keseluruhan mencecah jutaan unit, mereka adalah 'living legend' di Indonesia dan layak di letakkan sebaris  bersama Search, Rusty Bladae dan juga Loudness.

Slank pernah mengungguli Anugerah BASF bagi kategori Album Paling Laris dari tahun 1991 hingga 1995 selain memenangi minimum satu anugerah dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) mulai 1997 hingga 2004. Setiap tahun, mereka akan melakukan konsert jelajah di 60 kota seluruh Indonesia. Setiap konsert pula dihadiri minimum 10,000 penonton dan ada yang mencecah sehingga 100,000! Dan, ia adalah konsert berbayar dan bukan percuma.
Menurut Abdee (gitaris) dalam satu temubual pernah berkata, kehadiran Search ke Indonesia satu masa dulu telah memberi banyak ruang kepada muzik rock untuk bertapak kukuh di Indonesia.  “Waktu itu band rock hampir tidak ada di arena muzik mainstream Indonesia. Kalau orang tahu pun cuma Godbless. Selainnya dipenuhi dengan penyanyi solo seperti Inka Christie, Broery Marantika, Hetty Koes Endang atau Tommy J Pisa. Indonesia lebih menerima muzik pop, jazz dan dangdut.
“Search membuka mata produser album di Indonesia. Ketika itu semuanya mahu melahirkan band rock seperti Search, muzik seperti Search dan sebagainya. Slank yang ketika itu sudah pun wujud dengan rock n roll akhirnya tidak mempunyai masalah untuk mendapat kontrak rakaman. Akhirnya album sulung kami, Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) mendapat sambutan yang cukup hebat!
"Kami sebenarnya berterima kasih dengan band rock dari Malaysia terutamanya Search. Kerana merekalah muzik rock di Indonesia akhirnya berkembang hingga ke hari ini,” katanya.

Inti muzik rocknya berat dan padat, namun sentuhan seni daripada jiwa Melayu kekal melekat! Inilah dapat digambarkan mengenai Rusty Blade, band rock yang bermula di Holland Village, di tengah-tengah kota Singapura pada 1979 selain pernah dilabel sebagai 'Iron Maiden of the East'.
Walaupun Singapura juga adalah tempat kelahiran band rock legenda Melayu, Sweet Charity serta band-band hebat lain seperti The Unwanted, Rockers dan Lovehunters, tetapi Rusty Blade berbeza kerana muzik mereka lebih berat selain persembahan yang cukup energetik!  Jika orang lain selesa dengan Deep Purple, Rolling Stones atau Scorpions, Rusty Blade lebih berpaksikan Black Sabbath, Judas Priest dan Iron Maiden yang lebih berat.
Walaupun berasal dari Singapura, Rusty Blade sebenarnya dianggap sebahagian daripada pergerakan komuniti rockers yang mewarnai muzik rock/heavy metal di Malaysia pada waktu itu, seiring dengan nama-nama besar di Malaysia seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed. Rusty Blade dianggotai Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Md Noor Hendrix (gitar) dan Man Karan (bass). Mereka memiliki empat album iaitu 786 Ikrar Perwira (1986); Rintangan Hidup Dunia (1987); Berat (1988) dan Awas (1989) yang mana kesemuanya memiliki kelebihan sendiri dari segi lagu dan gubahan muziknya.
Apa yang pasti, gabungan empat band legenda dari empat negara berbeza di atas satu pentas ini adalah berita yang amat dinanti-nantikan peminat rock tempatan. Konsert ini bakal mencatat sejarah dengan gandingan lagenda muzik dan juga bakal mengembalikan nostalgia rock di Stadium Merdeka. Apa tunggu lagi, beli tiket dan kembali "study" lagu-lagu nostalgia mereka seperti Pembakar Perasaan, Melastik ke Bintang, Derap Komando dan lain lagi untuk sing along nanti. Jumpa di sana!
Info Tiket:
 RM888 (VIP Platinum)
- Menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas.
- Mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki di Bentley Music Auditorium, Kota
Damansara.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12 tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.

RM398 (VIP Gold)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12
tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.
 
RM258 (VIP Silver)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.

RM138 (Ticket Biasa)
- Hanya ticket biasa berdiri.

- Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping.
- Bagi pembelian awal (early bird) bermula 18 Mei hingga 31 Mei ini, pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket.

- Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

- Maklumat mengenai konsert di www.clockwork.my

Facebook

Twitter@ThunderInEastMY; @clockwork_crew
 Instagram@TITE2013

Tuesday, July 19, 2011

Red Rooster Club Reunion @ Ampang Jaya

Hahaha..weekend datang lagi. Hari ni aku ke Teluk Pulai, Kelang. Ada kawan "orang lama" kahwin. Tapi dalam kepala aku ni sejak pagi lagi asyik fikir.."aku ni macam ada event yang mesti attend ni malam ni..tapi apa ya?
Petang tu, dalam perjalanan balik Zubira call. "Beb, malam ni datang atas petro station ampang jaya, aku perform!" Jadi malam tu aku pun sampai, walaupun terlepas slot mat Zubir ni..

Apa itu Red Rooster Club? Walaupun namanya agak asing bagi generasi baru penggemar muzik mahupun apa-apa jenis kelab, Club yang satu ini tiada tandingannya apalagi jasanya. Red Rooster di mulakan oleh saudara Chippy Zary pada tahun 1981. Ia merupakan satu club yang menampilkan bakat-bakat muzik tempatan dan merupakan platform bagi band baru pada masa itu untuk beraksi. Walaupun aku baru darjah 4 pada masa itu, tetapi nama ini biasa aku dengar dari brader-brader rock sekeliling aku. Amat gah sekali tempat ini. This is truly Malaysian treasure!

Berlokasi di Medan Tuanku, RRC ini merupakan tempat berekpresinya nama-nama besar muzik lokal seperti Dr. Sam, Search, Lord Lokman, Lefthanded, Poe, Strollers dan ramai lagi. Dibawah satu bumbung, RRC telah mengumpul pelbagai kaum untuk sama-sama menikmati muzik, ini satu pencapaian yang amat bermakna bagi Malaysia..secara tidak langsung.



Dah sebulan dah aku click attend utk event page ni kt FB, aku tahu event ini akan menjadi satu titik sejarah yang special dalam music journey. Lokasi yang sesuai, luas dan juga selesa. Personally, aku suka dengan setup dan vibe yang ada pada malam itu, amat positif. Clean Fun..just tambah lagi variation makanan, kami semua lapar!.Syabas geng organizer, good job done!




* cd2 diatas adalah hasil mengerudi kotak jualan Sdr Zak Off..

Event seperti ini sepatutnya diteruskan lagi, satu perkembangan sihat bagi keluarga-keluarga yang rock dan juga yang baru jinak-jinak dengan musik rock dan apa saja, yang penting kita bersatu.



Untuk pengemar Search, layan video ini. Ini antara lineup awal penubuhan Search di RRC. Sorry gambar terhad, aku hanya gunakan Nokia X6 saja pada malam itu..bukan atas urusan kerja.



PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...