Showing posts with label Britny Fox. Show all posts
Showing posts with label Britny Fox. Show all posts
Monday, August 22, 2011
Britny Fox - Girlschool
Entah apa yang peliknya malam ni aku tetiba aja terpanggil untuk dengar lagu Girlschool dari band American glam rockers Britny Fox. Pada tahun 1988, kaset band ni aku beli hanya kerana imej glam rocknya dengan les paul. Setelah dengar lagunya, aku rasa band ini ada something to offer. Vocal frontman "Dizzy" Dean Davidson yang juga rythm gitaris agak menarik. Mungkin kerana aku memang minat gila kat Tom Keifer. Adanya unsur-unsur Cinderella dalam band ini adalah kerana ex-Cinderella, Micheal Kelly Smith sebagai gitaris.
Girlschool merupakan single yang menaikkan nama band ini dan juga disupport dengan video clip yang menarik lebih-lebih lagi pada zaman 80's MTV. Tak lama kemudian, Dean Davidson keluar dari Britny dan form band baru Blackeyed Susan. Ada juga attempt untuk reunion balik dalam 2010, tapi setakat ini belum ada material baru keluar selepas album akhir mereka sekitar awal 90'an yang aku rasa lebih berbaur grunge. Apa-apa pun, band ini adalah salah satu band yang perlu anda tahu jika minat 80's hair metal yang lebih rock n roll.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Assalamualaikum, Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress...
-
Hahaha..weekend datang lagi. Hari ni aku ke Teluk Pulai, Kelang. Ada kawan "orang lama" kahwin. Tapi dalam kepala aku ni sejak pa...
-
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...