Tuesday, June 30, 2015

Bon Jovi Live in KL


Ini kali ke 2 Jon Bon Jovi datang beraksi di Malaysia. Saya sempat menikmati konsertnya di zaman kegemilangan Bon Jovi ketika pertama kali beraksi di Shah Alam. Masa tu punyalah seksa nak kumpul duit, beli tiket dan merchandise. Sempat jugak beli T Shirt Bon Jovi, tapi hilang di penyidai. Semoga si pencuri mendapat.


Untuk meraikan kepulangan Jon dan gengnya, aku akan tulis sikit pasal beberapa album pilihan personal dari diskografi Bon Jovi. Bon Jovi, secara peribadinya aku amat "adore" ketika mereka rilis VHS Slippery When Wet. Dlm VHS tu ada satu scene diaorg naik flight ke Jepun, dan Bon Jovi ada pakai kasut hi cut yg berlainan warna pada dua belah kaki, Lifestyle & imej diorg pada zaman Slippery dan New Jersey memang aku suka. Kalau pegi jamming masa tu, mesti cuba main lagu Bon Jovi, walaupun tak mampu. Yang mampu main sampai habis ialah Never Say Good Bye. Maklumlah masa Slippery tu baru form 1. 

Aku sangat kagum dengan Bon Jovi masa tu, dengan muziknya apalagi muzik video Livin on A Prayer yg ada aksi terbang-terbang. Kaset Bon Jovi pertama aku beli ialah Slippery, dan kemudian aku reverse beli Bon Jovi 1st album dan 7800 Farenheit. Since then tak pernah stop support diorg sehingga album Crush, pasal aku rasa muzik Bon Jovi sudah berubah arah kepada target audiens yang lebih berumur dan mellow. Bagi aku Bon Jovi sentiasa muda dan segar!
Jadi apa tunggu lagi, konsert ni aku bakal hadir tapi tiket paling murah aja yg mampu. 
Bakal singalong kecuali lagu-lagu yang baru aku tak fasih. So jumpa sana ya!!
Apa pun layan track pilihan aku dlm album 1st diaorg.



Thursday, January 22, 2015

Selamat Tahun Baru 2015. Selamat Tinggal 2014.

Semoga kamu semua tak marah, aku memang terlambat wish Selamat Tahun Baru 2015. Tak sampai hati nak happy-happy beberapa minggu ni. Dari hal banjir, kapalterbang Airasia, financial, kesihatan dan beberapa isu lain, kita tak rasa bahang tahun baru yang bersemangat utk 2015. Rasa seriau tu agak lebih untuk tempuhinya.
Apa pun aku tetap syukur. 2014 telah mengubah landasan hidup aku ke arah yang lebih tenang dan bermakna. Awal 2014, kami hanya berdua dan kini sudah bertiga. Semakin meriah hidup ini apalagi dengan rasa syukur dengan kurnia cahayamata lelaki.

Banjir luarbiasa di kampung. Alhamdulillah, nasib kami tidaklah seteruk mereka yang ditimpa musibah yang lebih dasyat. Sesungguhnya, apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Sama-sama kita membantu dan saling eratkan silaturahim.

Bagi 2014 juga istimewanya terjalin kembali kerjasama bersama Rasamusic dalam membantu pengurusan perjalanan karier seniman Dato Ramli Sarip. Pada 2014 juga, menyaksikan kejayaan penganjuran Blues Buat teman Tour dan juga Konsert Hayat 45 Tahun Seniman Ramli Sarip Di Istana Budaya dan Esplanade Singapura. Alhamdulillah.





Ada kerjaya baru di akhir 2014. Pada bulan october 2014, bermulanya titik kerjaya baru iaitu promoter konsert atau event organizer setelah membantu dalam penganjuran konsert Superman Is Dead di Cyberjaya. Projek sebegini bakal direalisasikan lagi dalam tahun 2015.




So, just follow aku untuk tahun 2015. Banyak lagi adventure yang bakal jalani dengan cara sederhana..insyallah.


Friday, January 02, 2015

Ibanez TSa30H

Satu offer yang agak baik dalam Jamtank. Terus partner aku booking.
Tujuan beli ni hanya utk gunakan dalam recording. 
Cuma sekarang, nak cari cabinet yang sesuai utk match dengan head ni. Ada yang suggest beli cab Orange, ermmm aku ni agak kurang minat sound orange. Maybe Blackstar atau Vox jugak.



Friday, November 14, 2014

#CJ Mass Social Media - Food Journey Cyberjaya

Isnin lepas, saya cuba jaya daftar untuk #cj mass social media review. Kali ni review keenakan makanan di Shafbury Square Cyberjaya. Restoran MONJO menghidangkan menu menarik ala western. Environment yang cozy lagi menarik untuk bersantai menikmati makanan penuh enak bersama kawan. Di sini perlu kamu checkout. Saya memilih English breakfast set dan Mix Fruit Smoothies.

Ruang santai yang selesa
Highly recomended - American Breakfast

Mix Fruit Smoothies
Kemudian saya mencuba pula menu korea di restoren korea di ground floor. Menunya ialah Chilli Squid dan Brown Rice serta Hot Korean Tea.

Chilli Squid with Brown Rice
Ruang makan yang mengekalkan ciri tradisional desa di Korea

Chilli Squid

Friday, August 01, 2014

Cutting Crew - Broadcast


Jujurnya, aku tak pernah beli kaset/CD band ni. Zaman band ni keluar, aku tak mampu nak beli CD, apalagi nak tanya kedai pasal CD.


Cutting Crew, band pop rock ini mulanya aku kenal bila dengar Casey Casem Top 40 kat radio. Kemudian aku ke kedai kaset, buat beli kaset TDK kosong, bikin list mintak kedai dub masuk 2 lagu Cutting Crew dari album Broadcast ni. Zaman kuno tu kaset kosong adalah penting, untuk buat kompilasi lagu2 yang kita suka dan juga boleh digunakan beberapa kali sehingga ghaib di pinjam. Kemudian keluar pula di radio single " One For the Mockingbird" tapi tidak sehebat kedua single terdahulu.



Masa 1987 tu, aku pernah tengok sekali saja MTV dua lagu ni "I Just Died In Your Arms" dan "I've Been in Love Before". Suara vocalistnya, Nick Van Eede yang serak sedikit, ditambah pula dengan imej style Duran Duran + Limahl menjadikan aku follow sekejap band ni tahun 1987. Antara lain faktor yang buat aku tertarik ialah gitarisnya dengan Charvel dalam MV "I've Been in Love Before".Lepas tu terus tak ambil pusing dan fikir dah pasal band ni. Apalagi cari materialnya Baru-baru ni terdengar balik di radio ada main lagu "I Just Died In Your Arms", dan aku pun mula selidik Youtube balik.







Thursday, July 31, 2014

Europe - Final Countdown

Cover kaset Final Countdown yg beli dulu. 
Salam sahabat semua. Agak terkejut jugak bila tengok last post aku dah dekat 4 bulan lalu. Agak lama tak menulis, alasan biasa busy dengan kehidupan. Apa pun, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf kalau ada yg tersinggung atau terkasar bahasa..Syukur kita boleh bertemu lagi disini dengan izinNya.
Aku admit kurang masa utk duduk fokus dengar muzik lately. Cuma asyik explore muzik guna gadjet baru aku, Xperia Z1 dengan streaming Spotify & Dezzer. Memang kepuasannya tak setanding dengan fizikal rilis.
Umumnya aku masih tetap akan setia tulis material 80's/90's metal dan mungkin bakal sedikit kearah yang lebih ekstrem.

Ok, kenapa Europe Final Countdown kali ni?  Kerana album ini merupakan salah satu album anthem hair metal zaman 80an yang gah sebaris dengan album lain seperti Def Leppard Hysteria, Whitesnake 1987 dan lain-lain. Tipu sekiranya seorang mat rock tak pernah tahu atau tak pernah dengar akan single Final Countdown ini. Album ke 3 band Sweden ini memang melonjak nama Europe. Aku pertama kali beli kaset Apache saja, kemudian beli aku beli Original lepas Apache menhilangkan diri sapa pun tak mengaku ambik. Vocal yang lazat dan juga guitarwork yang menarik membuatkan album ini sekaligus menaikkan nama Joey Tempest dan John Norum. Europe agak berbeza dengan band Amerika pada masa itu kerana elemen sedikit power metal, dicampur dengan keyboard elemen yang sangat menarik. Sebagai penulis lagu Joey Tempest telah menghasilkan lagu-lagu yang istimewa dan menjadi evergreen hits seperti Final Countdown dan Carrie. Album ini menampilkan hits terhebat dalam karier Europe seperti Final Countdown, Carrie, Cherokee dan juga Rock The Night. Carrie dan Final Countdown merupakan track yang "Heavy Rotated" di MTV dan juga Billboard Chart radio. Carrie juga merupakan lagu anthem "merayu" awek zaman remaja sekolah menengah. Europe telah membuka mata dunia dan menjelajah dalam siri Final Countdown Tour pada 1986.


Keseluruhan album ini memuatkan lagu-lagu yang berkualiti seperti Ninja dan Danger On The Track. Selepas album ini, John Norum "keluar sebentar" dari Europe dan digantikan dengan Kee Marcello yang tampil dalam 2 album kemudian Europe Out of this World dan Prisoner In Paradise. Masa rilis out Of this World (late 1988), aku excited nak tahu macamana Europe tanpa Norum terus beli kaset. Sad to say, agak mengecewakan kerana aku rasa Europe dah jadi lebih pop walaupun guitarwork Marcello bagus. Bagi aku Europe tetap dengan Norum dan lineup klasik Final Countdown. Namun, bagi aku Europe telah merilis album terbaik mereka pada era Epic Records. Nanti satu hari aku cerita pulak pasal Out Of This World.




Monday, April 14, 2014

Adrian Vandenberg - Moonkings & The Best Of

Salam semua..

Lama tak jumpa..dengar berita. Aku agak busy dengan ketibaan cahaya mata (yg pertama insyallah) dan juga belum selesai dengan Blues Buat Teman Tour. Namun ada berita baik. Tempohari aku join meeting bersama Deezer (nanti google), provider content muzik antarabangsa. Nampaknya banyak program-program berteknologi tinggi yang akan melibatkan industri muzik kita, sekiranya bersedia.



Ok, aku teruja. Kembalinya hero gitar anak didik favourite David Coverdale setelah sekian lama menyepi setelah keluar dari Whitesnake. Adrian Vandenberg telah merilis album barunya bersama lineup fresh Vandenberg's Moonkings. Konsep hard rock 80an masih lagi relevan dengan Adrian dalam album ni. Aku agak berkenan dengan mamat Belanda ni kerana dia punya gitar playing yang baik, dan solo yang bermelodi. Aku mula discover Vandenberg ni dulu beli kaset The Best Of yang mulanya aku rasa lagu-lagunya tak cukup gempak. Tapi bila lama-lama dengar sedap pulak, dan aku masih simpan kaset Best Of ni dari tahun 1987 hingga sekarang. Sekarang misi aku yang terdekat ni pegi cari kalau2 ada jual CD Moonkings ni kat kedai....




Apa pun cuba dengar album lama Vandenberg The Best Of di sini.Perhatikan lagu seperti Alibi, Burning Heart & Different World kat Deezer player ni.

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...