Sunday, June 26, 2011

Loudness..Gergasi Rock Timur



Hahaha..kekadang tu aku rasa mcm dah give up nak tulis blog ni. Bukan apa, lately ni agak busy dengan acara cari makan, family dan lain-lain. Tapi lately agak menarik perjalanan hidup aku ni. Btw, studio sedang diupgrade, maka adalah sikit masa utk menulis.
Loudness datang KL! Akhirnya impian aku untuk hanya naik kapcai pegi tengok konsert Loudness bakal tercapai, pasal diorang main kat KLLive aja. Meh aku cerita apa makna Loudness bagi aku..
Masa tahun 1984, aku beli kaset Apache band Jepun Earthshaker - Midnight Flight, memang best. Jadi aku pun mula explore apalagi yang Mat Rock Jepun punya band. Masa tu jugak album Thunder In The East keluar, jadi setiap kali pegi studio jamming, brader2 otai (lebih terer) asyik main lagu Heavy Chain & Ares Lament..maka aku pun jaki lagi sakit hati. Album Loudness yang mula2 aku beli ialah Hurricane Eyes (1987), dari situ aku mula study band ni. Album ni bagi aku tetap yang terbaik dalam discografi Loudness. Lepas album ni baru aku beli Lightning Strikes (1986) dan kemudian Thunder In The East (1985), Jealousy (1988) dan seterusnya..semuanya original kaset.


Kesemua album2 ini menampilkan Minoru Nihara sebagai vokalis, bagi aku merupakan signature voice bagi Loudness kerana loghat Jepunnya masih kuat walaupun dalam lagu Inggeris semenjak dari era Earthshaker. Lineup ini juga merupakan lineup "classic" Loudness yang menampilkan Akira Takasaki, Minoru Nihara, Munetaka Higuchi dan Yamashita Masayoshi. Sayangnya pada masa tu, album2 Loudness yg terdahulu tidak dijual, especially album versi Jepun.



Selepas Jealousy, Minoru keluar dan digantikan dengan Mike Vescara untuk album Soldier Of Fortune dan seterusnya On The Prowl. Era ini merupakan era yang agak suram bagi die hard fan Loudness kerana lagu-lagunya mula beralih arah. Vescara keluar dan join Yngwie Malmsteen untuk album Seventh Sign, Masaki Yamada (EZO) pula masuk Loudness meneruskan legasi dengan beberapa album seperti Loudness (1992), Heavy Metal Hippies (1994, Ghetto Machine (1997), Dragon (1998) dan Engine (1998).



Minoru dan Akira berganding semula dalam album Spritual Canoe (2001), dan lineup Yamishita & Munetaka bergabung untuk album ini bagi mengembalikan tradisional sound Loudness. Mereka terus berkarya bersama sehingga Munetaka meniggal dunia . Album terakhir Munetaka ialah Everlasting (2009, posisinya diganti oleh Masayuki Suzuki dalam album King Of Pain (2010).



Jadi pada 24/7/2011, Akira & Minoru serta rakan-rakan akan mengegarkan KL Live dengan anthem2 metalnya. KOnsert ini merupakan salah satu dari series konsert yang dibawakan oleh Clockwork Events dan The Rock Legends Tour. Amatlah rugi bagi rocker2 kalau tak menyaksikannya..

Friday, April 01, 2011

Projek Gitar Lama

Ya, memang dah agak lama aku tak sentuh gitar ni. Bukan ada diskriminasi, tetapi jujurnya aku agak kurang bersemangat kebelakangan ini. Permainan pun dah karat.

Hari ini aku kembali dengan idea2 untuk meng"upgradekan" gitar ini. Gitar ini bukan jenama Gibson ribuan RM, tetapi ianya hanyalah copy yang agak kemas. Asalnya dari bumi Thailand, semasa aku lepak-lepak di sana satu masa dulu.



Firstly, aku mahu tukar kedua-dua pickupnya kepada yang lebih kualiti, pickup yang sedia ada sudah teruk soundnya. Aku pilih Tesla Pickup Plasma 2, kerana harganya reasonable dan berkualiti, lagipun saja nak test. Kemudian, tuning machinenya perlu ditukar dan seterusnya ianya ready utk rock kembali...kalau tak rosak terusla.


Boss DS-1, Digitech Death Metal, Boss Super Chorus, Boss GE7 EQ, Boss DD3 Delay, Ibanez Tubescreamer TS7, Ibanez Weeping Demon Wah..Apalagi yg tak cukup ni..?


Line6 PodX3 untuk kerja rakaman saja..too fragile utk pegi gig

Ada la pulak nak buat projek custom gitar..next projek kot..hahahah

Saturday, March 19, 2011

Kunjungan Mawar Biru dan Wajah

Apa khabar semua? Maaf, aku ke luar bandar. Aku ke Pulau Perhentian terus ke Pasir Mas dan merentasi banjaran ke Alor Setar. Urusan famili.



Dalam kebosanan industri muzik terkini, aku di kunjungi rakan lama. Individu ini merupakan "unsung hero" bagi pengemar muzik pop bawah permukaan tanah beberapa tahun dahulu. Sebelum indie itu di over used oleh banyak pihak, beliau dan rakan-rakan tanpa peduli persekitaran, telah jujur berkarya. Sifat mereka yang gemar bereksperimentasi dengan bunyi-bunyi dan melodi indah membuatkan mereka ini layak didiberi penghormatan.



Setakat ini, ramai yang cuba menulis lirik-lirik indah dengan menyelitkan kata klise, tetapi individu ini lebih original. Penghasilan liriknya tepat, indah dan mengambarkan kebebasan dalam menyusun kata-kata tanpa batas dalam melodi. Namun, beliau telah meletakkan noktah dalam berkarya 2 tahun lepas.
Kunjungan kali ini merupakan jemputan bagi acara perkahwinan. Selamat pengantin baru..Mawar Khayalan.

Wednesday, March 16, 2011

Alor Setar Oh Alor Setar

Lepas dua tiga hari di Pulau. Aku balik ke hometown, tak jauh..Pasir Mas aja.Dapatla rehat dengan keluarga beberapa hari.Lepas pasir Mas kami konvoi ke Alor Setar dua kereta. Bukan atas urusan pejabat, tapi bawak keluarga melawat keluarga yang satu lagi, maklumla kahwin dengan orang jauh..



Family check in kat hotel baru (takla baru sangat, adala dlm 2 tahun). Hotel Starcity Alor Setar, agak impressive biliknya, kebersihan & service bagus.Aku ni memang agak fussy kalau pasal hotel ni, especially toiletnya, tetapi yang ini agak impressive. Paling penting a very reasonable price..acu cuba!



Malam, tuan rumah (mertua aku dah) bawak kami semua dinner kat Perindu Seafood restaurant di Kuala Kedah. So apalagi makan la..seafood yg fresh. Kalau datang, jgn lupa order ikan bakar dan udang bakar..cicah ayaq asam...minimalis. Kalau makan angin ke Alor Setar ni, tak sempurna la kalau tak test power Mee Abu. So sebelum balik ke pasir Mas, kita layan Mee Abu..ooo patutla famous, memang sedap.



So rugila kalau jalan2 tak enjoymakan. So far aku pun tak tau apa nak jadi dgn blog ni..at least ia jadi report card utk journey aku, stay tuned!

Saturday, March 12, 2011

Perjalanan Febuari 1



Awal- awal tahun ni biasanya sibuk merancang, tetapi kali ini agak lain sikit. tahun 2011 ini, aku sibuk bergegas ke sana sini. Bagus jugak, luas permandangan banyak pengalaman. Beberapa minggu lepas aku ke Pulau Perhentian. Ada kerja seni foto untuk dibuat, sambil merehatkan fikiran..tapi yang lebihnya kerja la jugak. Semasa makan steambot di danau Kota bersama si Comot Dan Ajim, kami saja aja berbual-bual kosong. Ada plan main-main untuk ke Pulau, akhirnya si Comot ni pun ikut sama.


Inilah bagusnya bagun pagi2. Boleh tengok sunrise..


Dibawah pokok di belakang tree house..kamu mesti try!


Alangkah bestnya kalau hari2 opis aku mcm ni...

Tuesday, February 22, 2011

Iron Maiden di Kota Singa



Kalau aku cerita, mungkin korang tak percaya. Perihal band agung iaitu, Iron Maiden atau dulu kalanya di sebut I-Ron - Ma-I-Den, masa aku awal sekolah menengah. Band ini besar kontribusinya pada perjalanan hidup aku, amat besar. Walaupun aku mula pegang gitar bila mula dengar Rudolf Shenker, tetapi Iron Maidenlah yang membuatkan aku mula curi-curi copy permainan solo dengan menggunakan teknik pendengaran dan juga belasah ikut sedap dalam aktiviti mula main gitar.



Masa tu aku beli kaset Killers keluaran Apache dengan harga Rm3.00 tanpa pikir samada ianya ciplak ke ori, jujurnya aku hanya mahu dengar Maiden. Untuk aku beli kaset tu, aku simpan duit sekolah dalam 3 minggu. Mak aku bagi duit sekolah masa tu RM1.50, dah kira besar bagi tahun 1985.
Tanggal 15/2/2011, akhirnya aku dah dapat lihat secara live band British ni. Memang hebat. Cuma sound system agak kurang memuaskan, tetapi overall bagus. Lagu klasik wajib seperti Running Free, Iron Maiden, Troopers memang membuatkan brader2 metal mula lupa diri.

Saturday, February 12, 2011

Itu Biasa

Dah masuk bulan ke-2 tahun 2011, nampaknya tiada apa2 yang menarik. Kehidupan semakin membosankan. Manusia itu masih lagi sama, tidak memperdulikan orang lain apatah lagi menghargai usaha seni. Arena muzik tempatan juga makin membosankan.

Ermm..rakan dari Jakarta datang, ini ole2 dari seberang..



Autographed CD especially for me by Anggun herself ..TQ Anggun

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...