DIABLO OPEN AIR 2012 26th April 2012 Doors Open at 4:00 PM Venue: West Coast Park
Bands: SUFFOCATION NILE PSYCROPTIC ARCH ENEMY
More info : http://www.diabloopenair.com Ticket Prices: Early Bird - $140 [1st 100 tickets] Advance - $165 Witness History with your own eyes as the 1st ever International Metal Festival in Singapore commences!!! Mark you calendars. Take a day off. Be There or Be DEAD!!!!
Masih ingat dengan album klasik Helloween era Kiske/Hansen seperti
Keepers Of Seven Keys Part 1 & 2?Atau pengikut setia Gammaray dan
Masterplan?
Setelah sekian lamanya kedua-dua ex-Helloween ini membawa haluan
masing-masing semenjak 1989, dengan projek Unisonic ini Michael Kiske
& Kai Hansen kembali bergabung dalam satu unit. Bagi peminat
Gammaray, ini bukan band tetap Kai Hansen, beliau tetap bersama Gammaray
kerana Unisonic merupakan projek kolaborasi bersama Kiske.
Semenjak kemasukan Hansen diawal 2011, Unisonic mula menulis lagu
bersama Hansen dan menerapkan “elemen” Kai Hensen dalam album baru
Unisonic. Uniconic juga dianggotai oleh Dennis Ward (bass) dan Kosta
Zafiriou (drums) dari Pink Cream69 dan gitaris Mandy Meyer (ex-ASIA,
GOTTHARD dan KROKUS).
Album Unisonic bakal dirilis sekitar 30 March 2012 melalui label
earMUSIC/Edel dan telah di rakam di ICP studios,Brussels, Belgium. Jadi
peminat Power Metal apa tunggu lagi!
Traclisting:
01. Unisonic
02. Souls Alive
03. Never Too Late
04. I’ve Tried
05. Star Rider
06. Never Change Me
07. Renegade
08. My Sanctuary
09. King For A Day
10. We Rise
11. No One Ever Sees Me
12. Over The Rainbow (limited-edition bonus track)
Geng, maaf sesangat kerna memang lama aku tak update blog ni. Bukan merajuk cuma amat busy dengan tugasan harian dan kerja last minit.
Ada 10 hari lagi untuk aku ke Kota Singa untuk bersama witness kehebatan Judas Priest dan Lamb Of God. Memangla kalau nak di compare Priest dan LOG ni jauhla bezanya, tapi masing2 ada uniknya dan show kali ini kira berbaloi. Btw, Album LOG yang baru best..bagi aku la!
Ini lebih excited, Arch Enemy akan gegarkan Dewan Chin Woo. Aku pernah ke konsertnya Arch Enemy di Jakarta last 2 years, ianya hebat. Kali ini pasti lebih hebat dengan kemnuculan albumnya yang tak berapa baru..Dawn Of Khaos. A must untuk metalhead..jangan sesal kemudian.
Album ke 3 dari band eksport terbaik British, Duran Duran merupakan
album terakhir yang dianggotai lineup asal berlima sebelum berpecah ke
Arcadia dan Power Station. Kemuncak karieer Duran Duran terletak pada
album ini. Imej yang mantap dan juga musik yang berkualiti, semuanya di
salurkan ke dalam album ke 3 ini. Tahun 1983 merupakan tahun kejayaan
Duran Duran, mereka telah berjaya memenangi 2 anugerah Grammy bagi
kategori Best Video untuk album terdahulu.
Dalam Seven And The Ragged Tiger, Duran Duran telah beralih kepada
muzik yang lebih ke arah dance dan juga bereksperimentasi dengan
synthesizer dan juga bass line yang lebih kompleks. The Reflex berjaya
di nombor 1 carta US Hit 100 dan juga merupakan single terakhir Duran
Duran di kedudukan no 1 di Carta UK. New Moon On Monday pula memberi
satu rasa baru bagi pendengar dengan nyanyian Simon Le Bon yang lebih
ekspresif lagi seksi dan juga chorus yang membuatkan pendengar akan
mengulangi track tersebut. Aura kegilaan Duran Duran melanda seluruh
dunia dengan rilisan video muzik yang baik dan penyiaran berterusan di
MTV . Personel Duran Duran terus diangkat sebagai ikon fesyen pada masa
itu, dan wajah Simon Le Bon juga John Taylor terus menjadi satu
kemestian bagi semua majalah hiburan.