Album beru diaorang yang sedap, Kreator membuatkan aku teruja untuk headbanging sekali lagi di Singapore apa lagi dengan adanya Vader hero death metal Poland. Harap boleh lupakan sekejap Criss Cornell..
Info Ticketing Outlets : SINGAPORE
----------------------------------------
(S1) Roxy Records & Trading
Excelsior Shopping Centre
#02-15, 5 Coleman Street
Singapore 179805
Phone:6337 7783
(S2) Inokii
Far East Plaza
#03-30, 14 Scotts Road
Singapore 228213
Phone:6836 7657
Personnally, ini kali ke 2 saya menyaksikan Megadeth secara live. Pertama kalinya, ketika United Abomination Tour di kota Singa beberapa tahun lepas. Jujurnya, saya kembali kepada Megadeth setelah kecewa dengan album System Had Failed apabila rilisnya United Abomination.
Megadeth merupakan antara band utama yang sudah (sangat ) lama ditunggu untuk bertandang ke bumi Malaysia ini. Rata-rata fan metal tempatan agak terkilan kerana mereka sudah beberapa kali beraksi di sekitar kita (Singapore/Thailand) tetapi tidak datang ke Kuala Lumpur. Jadi pada 4 Mei 2017 bertempat di Stadium Negara, Megadeth telah membuktikan bahawa mereka merupakan satu kuasa superior di arena metal dengan persembahan mantap di hadapan kira-kira 3500 penonton Malaysia.
Kira-kira jam 4.30 petang lagi, ruang sekitar Stadium Negara sudah mula dipenuhi dengan Megadeth fan seragam hitam dari pelbagai lokasi. Ada yang datang dari Thailand, Singapura dan juga Brunei. Di tepi-tepi jalan juga menjadi tumpuan peniaga "merch bootleg" dan makanan bagi pengunjung bersantai sebelum pintu stadium dibuka. Official merchandise booth juga menjadi tumpuan utama pengunjung, hingga beratur panjang untuk membeli merch seperti T-Shirt dan juga Hoodie. Kawalan keselamatan sangat baik, dengan bantuan pihak PDRM dan juga RELA walaupun timbul pelbagai isu (politik?) sebelumnya di media sosial tetapi semuanya aman dan tenteram. Biasalah mereka kecoh dengan apa yang mereka tidak mengerti, educate them...
Jam 7.30 petang, pintu dibuka dan pengunjung masuk berdasarkan kategori tiket masing-masing seperti Dethpit, Rock Zone dan juga normal seating. Sebenarnya, inilah peluang untuk mereka berjumpa rakan-rakan lama dan juga familiar faces di dalam scene muzik berat, satu peluang yang jarang-jarang ada di konsert biasa. Satu perasaan yang "special" kelihatan di wajah para pengunjung, excited, ready to sing along. Mungkin sudah lama berharap untuk menonton Mustaine secara live di depan mata.
Jam 8.00 malam - Bintang muda generasi metal Massacre Conspiracy mula menhangatkan stage. Banyak improvement band ini dari segi bunyi, playing dan showmanship. Personally, saya sudah beberapa kali menyaksikan MC16 ini beraksi di beberapa gig, tetapi ini antara yang terbaik output metalcorenya. this band evolve. Namun, bagi "opening act" Megadeth, rasanya perlu dipertimbangkan band yang lebih senior? Tak perlu fikir lagi, terus ke Megadeth...
Pembukaan montaj dari album Risk "Prince Of Darkness" sudah membuatkan penonton bersorak riang. Setup skrin bagi montaj seperti ini mengingatkan saya kepada konsert Megadeth Countdown To Extinction Live DVD. Yang pasti visualnya sangat menarik dan jelas. Habis saja intro, Hangar 18 dimulakan dengan kemunculan Mustaine and co di pentas. Sangat energetik. Seterusnya lagu klasik 80's "Wake Up Dead" dan "In My Darkes Hour". "The Treat Is Real", "Conquer Or Die" dan "Living In State" dari album terbaru Dystopia pula menyusul. Sangat menarik solo akustik Kiko untuk intro Conquer Or Die. Single dari Countdown to Extinction, "Sweating Bullets" menampilkan Dave Mustaine mengajak penonton untuk singalong pada verse yang pertama dan respon yang sangat baik dari audien. Mustaine menukar gitar ke Dean Zero dan seterusnya memulakan "Trust" single dari album Cryptic Writings.
She-wolf pula menyusul setelah Mustaine menceritakan sedikit perihal maksud lagu tersebut. Intro Kiko memulakan Poisonous Shadows dan seterusnya Fatal Illusion. Seperti yang dijangkakan, sebaik saja intro A Tout Le Monde di mainkan, audien terus singalong terutamanya ketika chorus sehingga habis.
Single dari Rust In Peace, Tornado of Soul pula mengembalikan tenaga selepas dibuai A Tout Le Monde. Crowd kembali agresif dan ada circle pit kelihatan. di ruang tengah. Lagu seterusnya dari album Dystopia, Post American World dan Dystopia. Kiko Loureiro memainkan peranan yang terbaik sebagai gitaris terkini bagi Megadeth, nampak sangat selesa dan energetik dalam persembahan terutamanya bagi solo-solo dari album Dystopia. Seterusnya singalong lagi bagi lagu Symphony Of Destruction, nyata mereka belum puas.
Encore akhir, Peace Sells But Who's Buying dan Holy Wars mengakhiri persembahan Megadeth. Penampilan khas maskot Vic Rattlehead ketika lagu Peace Sells menarik perhatian ala-ala Eddie buat Iron Maiden. Walaupun selepas Holy Wars, crowd berteriak "we want more", konsert di sudahi dengan Megadeth berfoto bersama crowd di pentas. Konsert berakhir sekitar jam 10.45 malam dan suasana di luar stadium masih meriah dengan peminat masih bersantai.
Syabas buat penganjur IME Malaysia, satu penganjuran konsert yang baik dan sangat memorable seperti kata-kata Mustaine "Moving on is simple thing, what leave behind is hard".
Terbaik! Two Thumbs Up.
* Untuk konsert ini, saya ditugaskan untuk menulis bagi portal bebas Backstage.my
Salam semua. Lama sangat ni tak tulis apa2 kat sini. Buka-buka page, banyak link pic/video yang missing. Ntah mcmana jadi macam ni. banyak kerja nak repair ni.
Belek punya belek, ada few video yang belum di kongsikan utk fan metal kita. cuba try test tengok, Langsuyr antara band yang lama sepi tapi bila sekali keluar, maaflah ya kalau audio kureng, kamera kokak je ni,
Hi geng. Hari ni satu lagenda muzik telah meningggal dunia, Prince. Prince ni agak special sikit utk aku. Masa sekolah rendah dulu, aku minat jugak kat Prince ni. Masa tu bapak aku baru bawak bali VHS Player brand Nasional. Player ni masa tu kira trendy, tape masuk ikut atas dan remote dia pakai wayar.
Ok. Prince ni aku mula kenal bila lagu Purple Rain dan When Doves Cry ada main kat radio. Masa tu kat radio ada program American's Top 40 dan juga kat TV hujung tahun ada Plaback 83, 84 dan juga Awards. Jadi kat situ aku boleh tengok visual Prince ni. Bila dah ada VHS, masa tu tape VHS boleh sewa di kedai. jadi bapak aku sewakan filem Purple Rain utk aku..aku pun tak berapa tahu pun cerita apa ni, cuma nak tengok Prince atas motor besar. Cerita tak paham sangat, cuma bila ada scene Vanity kissing dan sex..bapak aku fowardkan..
Dalam tahun 1988, Prince kelaur lagi dgn band Prince & The Revolution dan single yang aku suka 1999. Filem Batman juga ada penglibatan Prince kalau tak silap aku. Prince sebenarnya lebih kepada performar dan juga songwriter secara diam menghasilkan hits utk artis lain seperti Sinead O Connor, Bangles dan ramai lagi.
Until now, Purple Rain masih lagi tiada tandingan. Lagenda muzik tersendiri. Thank you for the music Prince and The Revolution..party like 1999.
Dalam bulan 4 hari tu, tak semena-mena aku ni dah terjebak balik dalam aktiviti bergitar. Lama sangat tak main ni agak pancit jugaklah nak catchup balik. Aku join band baru Wiramaya main gitar, session utk gig di Garage Studio, Taman Melawati. Sekali bila nak mula, pedal semua takda power tapi masa tuning ok aja..dugaan sungguh. Apalagi terus direct amp aja..
Salam semua. Sekejapnya rasa, sudah 30 tahun usia album ini. Album yang paling mantap rilisan Metallica (bagi aku la) tapi bukan favourite album aku. Aku masih di takuk lama, masih amaze dengan Ride The Lightning yang lebih raw.
Album terakhir Cliff Burton yang mana dia menulis lebih separuh dari lagu-lagu dalam album ini memang pukul habis. Cuba dengar lagu Brutal Battery, Disposable Heroes & Things That Should Not Be. Perlu layan jugak lagu moody Welcome Home Sanitarium.
Album MOP ni mula-mula aku beli di Plaza Perdana, Kuala Terengganu kalau tak silap 1988 dalam format kaset. Pada mulanya aku beli tu pasal saja nak checkout apa follow up album selepas Ride The Lightning. album ni juga memulakan demam muzik yang lebih berat di kalangan member2 sekolah masa tu, kerana semua pakat tulis logo Metallica pakai liquid paper di beg sekolah.Kaset ni kerap jugak aku beli kerana asyik hilang bila bertukar tangan. Kalau pergi jamming, ada saja band yang mainkan part dari lagu Metallica ini dan band tu kira hebatlah pasal yang lain masih main Isi Dan Kulit.
Secara peribadinya, tak akan lagi Metallica dapat balik energy & determination dalam song writing similar atau close to Master Of Puppets ini. Aku agak disappointed dengan beberapa albumnya selepas era Black Album. Bagi aku Metallica mampu hasilkan yang lebih baik dengan acuan lamanya ini. Thank you Cliff!
Agak lama aku tak menulis di blog ni. Anak yang sudah usia 1 tahun 5 bulan membuatkan aku lupa akan penulisan, tak punya masa untuk duduk mendengar cd apalagi pegang gitar. Tapi ada satu kenikmatan yang tak boleh di beli bila tengok anak itu senyum.
Wiramaya? Apa tu? Pada bulan Ogos 2015, aku berkenalan dengan seorang drummer di FB dan dia sedang form band baru bersama 1 basist dan juga 1 gitaris/vokalis. Lepas duduk meeting dan preview lagu, aku agak tertarik dgn demo Yang Satu ini. Melodi rock melayu yang ada unsur padang pasir sedikit juga ditambah dengan lirik kerohanian membina menjadikan Yang Satu ini agak istimewa.
Jadi kita workout sama-sama untuk mula merakam single "Yang Satu" ini dari October 2015. proses rakaman ni agak lama kerana ada sahaja komitmen lain yang menganggu namun telah siap sepenuhnya di mix oleh ojoe dan mastered oleh CL Toh pada Febuari 2016. Kita mula jemming sama-sama dan aku masuk sebagai session gitar bagi lengkapkan lineup trio ini untuk gig.
Mulai pertengahan Mac 2016 ini, kami akan mula mempromosikan single ini di radio-radio tempatan (kalau diorg nak support lah). Single ini boleh didengar di Spotify, Yonder Music dan Itunes. Jom support muzik tempatan dan like FB WIRAMAYABAND, like dan share kalau suka dan request single ini di radio lokal.