Tuesday, September 13, 2011
Savatage - Gutter Ballet
Kalau pergi club yang ada live band, selalu sangat orang mintak lagu Steelheart - She's gone. Mungkin kerana lagu ballad tu vocalnya high pitch, guitarwork yang melodi cantik dan lagu tu ada unsur dramatik. Tetapi, aku rasa takda yang mintak lagu dari band hebat ini, Savatage. Memang band ini tak famous macam band band lain sezamannya, tapi Savatage punyai dua beradik musician/songwriter yang terbaik dalam kelas tersendiri.
Aku mula kenal band ini agak lewat, itu dari satu kompilasi lagu-lagu ballad yang aku pun dah lupa apa titlenya, maklumlah tahun 1989. Lagu Summer Rain telah menarik minat aku untuk checkout band ni. Summer Rain ni adalah salah satu track dalam album ke-6 dan terbaik Savatage pernah keluar, Gutter Ballet (1989).
Savatage ni ditubuhkan oleh dua beradik, Criss dan Jon Oliva. Gutter Ballet ini merupakan satu album yang unik bagi Savatage kerana mereka mula menghasilkan lagu-lagu yang lebih progresif, arrangement yang lebih kompleks dan lebih berkonsep opera berbanding album-album sebelumnya yang lebih straight forward metal. Bagi yang gemar teknik gitar lentok, album ini anda mesti tahu. Album ni mendapat sambutan baik dan selalulah MTV memainkan videonya sekita 1990.
Savatage rilis album Streets : Rock Opera, susulan dari Gutter Ballet tapi sambutannya agak kurang kerana mulanya demam grunge. 1993, Savatage kehilangan gitaris Criss Oliva akibat kemalangan jalan raya. Until now, Savatage ni masih ada dan bergiat aktif di sekitar US dan terajui oleh Jon Oliva bagi meneruskan cita-cita adiknya.
Ini video Hall Of mountain Kings, dari album sebelum Gutter Ballad.
Sila checkout video clipnya banyak di Youtube, diorg tak bagi aku tampal kat sini..enjoy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Assalamualaikum, Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress...
-
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Hahaha..weekend datang lagi. Hari ni aku ke Teluk Pulai, Kelang. Ada kawan "orang lama" kahwin. Tapi dalam kepala aku ni sejak pa...
4 comments:
kalau jenis nak kena campak kat pulau...antara album yang konpem aku bawak adalah ni...memang all time fav. aku...tak lupa jugak Edge of Thorns dan Hall of the Mountain King...
diorang ni memang unsung hero of hard rock la. Artistik tanpa menghilangkan edge rock tu.
album ni umpama mutiara yang dilupakan. antara band metal 'separuh masak ' yang bagus seperti crimson glory ( transcendence 1988 )
dan terbaik Savatage pernah keluar, Gutter Ballet (1989).
- setuju 100%
Post a Comment