Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, aksi reunion/comeback band
tempatan menjadi pilihan utama bagi penggemar muzik, khususnya muzik
keras tempatan. Tahun lepas, kita menyaksikan Search dan Wings
melebarkan sayap dengan konsert besar-besaran dengan kehadiran peminat
yang amat memberangsangkan.
Kemelut industri muzik yang sentiasa berubah rubah dan tidak
menjanjikan progres seperti yang diharapkan oleh pemuzik terutamanya
muzik berat, sering menjadi elemen negatif terhadap penganjur keputusan
penganjur untuk menyajikan pementasan yang berskala besar dan berkualiti
bagi pengemar muzik tempatan. Sekaligus, membantutkan perjuangan
pengkarya muzik lalu memberi ruang untuk artis luar beraksi di pentas
tempatan. Ini hakikat yang masih kita kena telan dan harus bersetuju.
Sebagai salah satu daripada series Konsert Rock Legends, Clockwork
Events telah menampilkan Cromok Reunion selepas kejayaan konsert
Loudness yang lalu.
Mengapa Cromok?
Mengangkat local music act sebagai idola juga lagenda adalah sesuatu
yang sepatutnya telah lama disemat didalam minda rakyat kita. Selain
Search, Wings, May dan Lefthanded, Cromok merupakan lagenda di kelasnya
yang tersendiri. Ini terbukti dengan berjayanya konsert Cromok Reunion:
25
th Years Anniversary anjuran Clockwork Events dan Uncang
Tiga. Konsert ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri, dan bagi
yang menyaksikannya, hanya anda tahu apa maksud yang saya perkatakan!
Dengan tagline “Trashing Kuala Lumpur”, Karl, Miji dan Sam kembali
bersama di pentas KL Live pada 8 April 2012. Jam 2.30 petang, ruang
parkir KL Live mula dibanjiri dengan “soldadu metal hitam” dari pelbagai
peringkat umur. Ada juga yang berbaju kemeja pejabat dan tak kurang
juga geng remaja rasanya baru mengenali Cromok menerusi era MP3. Ada
yang dari Perlis, Kelantan dan juga sejauh Borneo. “Excitement “jelas
kelihatan di wajah mereka, teruja untuk menyaksikan Cromok. Usahawan di
Marchandise booth sibuk menjual t-shirt Cromok reunion, dan kualitinya
agak baik dengan harga yang patut. T-shirt Cromok ini perlu dibeli, ia
akan jadi rare item akan datang!
Jam 4 petang, saya sempat menjenguk sessi soundcek Langsuyr dan juga
Nuclear Strikes sebelum penonton dibenarkan masuk. Kelihatan juga
beberapa “familiar faces” sedang bertungkus lumus untuk menyediakan
system bunyi dan menyediakan pentas, busy-busy. Keadaan agak santai
sebelum konsert dimulakan, dan penonton beratur masuk dengan teratur
tanpa kecoh-kecoh, Ini attitude yang terbaik dari Metalheads tempatan,
syabas!
Opening Act 1 : Nuclear Strikes
Kira-kira jam 4.30 petang, sebelum persembahan dimulakan, MC telah
mengajak penonton untuk menghormati dan menyanyikan lagu Negaraku dan
seterusnya memulakan persembahan dari opening act pertama, Nuclear
Strikes.
Metal Kajang ini memulakan setnya dengan begitu bertenaga. Dengan
permainan double lead gitar, mereka memulakan dengan lagu pertama World
At War dari EP mereka “Megastrom Eye”. Pada awal persembahan, sedikit
kepincangan teknikal berlaku apabila suara penyanyi utama Ladyana
ditengelami dentuman dram dan juga bunyi gitar. Suara Ladyana seakan
bersembunyi dibelakang muzik mereka. Masalah ini semakin berkurangan
apabila mereka tampil dengan lagu cover dari Scorpions, Blackout.
Penonton kembali memberi respons yang baik setelah bermulanya Blackout.
Gandingan mantap dua gitar One Two Kill dan Rex sememangnya serasi dan
menampakkan kombinasi yang cukup persefahaman.
Kredit juga perlu diberikan kepada Ladyana, sebagai vokalis wanita
dalam arena musik metal tempatan adalah sesuatu yang agak “rare”, namun
dengan kesungguhan dan juga aksi yang agresif, beliau mampu menarik
minat penggemar muzik berat. Sebagai vokalis, beliau perlu memperbaiki
sebutan (pronunciation) semasa persembahan dan juga komunikasi. Aura
Doro Pesch juga Lita Ford ada pada Ladyana, cuma perlu lebih banyak
beraksi, pasti namanya akan terus bersinar. Beri sedikit masa lagi,
Nuclear Strikes bakal menjadi antara band berpotensi di arena metal
tempatan sekiranya mereka berusaha. Nuclear Strikes mengakhiri
setlistnya dengan lagu self title dari EP mereka Megastorm Eye.
Opening Act 2: Langsuyr
Kemunculan Azmaniac di pentas mendapat sorakan
gemuruh dari penonton. Sesungguhnya Langsuyr merupakan band yang mereka
nantikan kemunculannya. Band senior Death Metal Ipoh ini sudah agak lama
menyepi, mengumpul tenaga dan juga material. Sejurus Azlanthor
memulakan persembahan, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bunyi gitar
yang agak kurang memuaskan dan juga humming menganggu persembahan
mereka. Solo-solo yang dimainkan tengelam dan suara vokalisnya juga agak
kurang memuaskan. Namun, Langsuyr tetap meneruskan aksi dengan lagu
Malam, Mata Ayer dan beberapa lagu inggeris. Sunut merupakan hits
Langsuyr yang paling ditunggu, namun masih dicemari masalah gangguan
sistem bunyi. Aksi ala-ala Zombie Azlanthor merupakan trademark
Langsuyr, telah menyelamatkan keadaan. Sebagai vokalis death metal,
beliau merupakan satu asset yang berharga bagi Langsuyr dan mampu
membikin penonton teruja dan memberi feedback yang baik. Seperti
kehilangan sesuatu yang istemewa dalam persembahan langsuyr pada malam
itu, mungkin disebabkan masalah bunyi, kurang keserasian atau
kekosongan di bahagian tertentu dalam rhythm section, tidak pasti.
Walaubagaimanapun, material terbaru mereka adalah sesuatu yang dinanti.



Opening Act 3: Metalasia
Profesionalism. Exact word yang boleh di berikan kepada Metalasia.
Metalasia tampil gah dengan lineup tanpa Ritz. King Shah kelihatan
seperti Witch dengan berpakaian jubah bertudung (cloak), memberi satu
impresi yang berbeza dari Metalasia yang selalu kita lihat. Agak janggal
rasanya muzik mereka kali ini, ketiadaan rythm gitar sedikit sebanyak
memberi impak kepada muzik persembahan mereka. Pembukaan dengan lagu
Silantra oleh Muix cukup bertenaga sekaligus membangkitkan semangat
penonton untuk banging bersama. CD Naz muncul sebagai guest Metalasia
bagi lagu Khalifah Alam Maya, sesuatu yang extra oleh Metalasia. Amat
bertenaga!


Metalasia kali ini tidak lagi muncul dengan gimik-gimik api dan juga
pedang satria, namun muziknya tetap bertenaga. Kemunculan Metalasia pada
petang itu merupakan satu “wonderful effort” King Shah untuk
peminatnya, kerana beliau telah kehilangan cahaya matanya beberapa hari
sebelum berlangsungnya konsert tersebut. Beliau menitiskan airmata
apabila MC mengumumkan tentang kematian anaknya, dan kami sebagai rakan
dan juga peminat muzik amat bersimpati dengan keadaan tersebut. Penonton
bertakafur sebentar dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah, sebelum
tamatnya set Metalasia. Set Metalasia telah dipendekkan kerana mengejar
masa, dan seterusnya giliran gergasi trash, Cromok!
No comments:
Post a Comment