Wednesday, December 19, 2012

Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin


Semalam aku terimbas kat youtube konsert Ozzy yang lama bersama Jake E.Lee. Jadi hari ni, aku selongkar kaset kat dalam kotak. Ini antara kaset aku yang lama dlm simpanan dari tahun 1986, dan dah ikut aku ke dalam beg sekolah rendah, asrama, dorm , rumah bujang dan sampai sekarang masih elok. Kat cover tu kesan kotoran tu adalah kesan sambal tumis ikan bilis nasi lemak bekalan mak aku, tumpah dalam beg sekolah..pastu kantoi bawak kaset ke sekolah.


Album ini sebenarnya antara album hebat Ozzy, album ke 2 kolaborasinya bersama gitaris hebat Jake E. Lee (ex. Ratt/Dio). Album ini pertama kalinya menampilkan Phil Soussan (bassist) dan Randy Castillo (drummer), yang menggantikan Bob daisley dan Jimmy DeGrasso semasa bermulanya proses rakaman. Album ke 4 ini, merupakan album terpopular Ozzy pada zaman glam rock/hair metal pada pertengahan 80'an.  Kebanyakan lagu di dalam album ini merupakan hasil kolaborasi Ozzy, Jake E.Lee dan Bob Daisley dan juga Soussan utk lagu "Shot In The Dark". Selepas tour album ini, Jake E.Lee telah di pecat dan digantikan dengan Zakk Wylde utk album seterusnya.



Keseluruhan album ini memang boleh layan, sedap dan ada nostalgianya tersendiri. Walaupun aku lagi feel dengan album Bark At The Moon (Jake.E.Lee era), album ini ada lagu-lagu yang aku suka seperti Killer Of Giants,Shot In The Dark dan Never Know Why. Honestly, aku lagi suka Jake.E.Lee dari gitarisOzzy sekarang..apa namanya? Emm Gus G, walaupun Gus memang hebat, tapi Jake E.Lee punyai kualiti tersendiri apalagi dengan Charvel Stratnya. A very underatted guitar player!




4 comments:

berteromber said...

The Ultimate Sin adalah album terakhir Ozzy yang aku betul2 follow...tak minat pun zaman Zakk...

Jake E Lee adalah penganti Randy yang paling sesuai...

deaf-angel said...

aku kureng ngan ozzy pasal isteri dia si Sharon.
ok la dia sabotaj Maiden, ok aku bias.
Tapi bila dorang rakam balik 1st two albums , jadi si bassist ngan drummer ori takkan dapat royalti, dah tu muka ni dua takde kat dalam repressings dan special releases, ah tu memang tak baik.

Last2 releases terbaru semua original musicians lagi sekali.

Apa pun, SHot In THe Dark memang gerek.. ngan lagu Ultimate Sin pun aku suka

Rafi said...

perghh..betul punya klasik kaset ni..salute la beb..kau betul2 jaga khazanah ko..heheh

gayour said...

album metal/rock klasik sepanjang zaman dari mr. prince of darkness dengan riff kejam dari gitaris hebat! PHEWW!

jangan lupa, ilustrasi bedarah lobang hidung karya boris vallejo menjadikan album ni ultimate superb!

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...