Dari bulan September 2013, aku join kelab Honda CRV Malaysia. Mulanya suka-suka, tapi bila lama kelamaan, kelab ni makin aktif, ahlinya makin tertambah. Jadi sebagai "test power", kami anjurkan Family Day ke Cherating, Pahang pada 15 dan 16 Disember. Walaupun baru lepas banjir besar, lokasi yang kami booking tu alhamdulillah selamat. Kira-kira 15 buah Honda CRV pelbagai model join convoy ke Family Day ini.
Macam-macam aktiviti dalam trip 2H1M ini, disertai juga keluarga bersama. Ada meeting AGM, ada senaman pagi, ada telematch dan juga cabutan bertuah (standard). Agak tak puas la family day 2H1M aja..lain kali bikin 3H2M.
Tapi apa yang paling best, ialah wujudnya silaturahim antara kami semua..pendek kata kami makin rapat. Insyallah, 2014 ini KHCRVM makin aktif dengan aktiviti yang sempoi.
1 comment:
Dengan Honda CRV Malaysia , anda boleh menikmati perjalanan keluarga anda bila-bila dan di mana sahaja anda mahu!
Post a Comment