Holaaa kawan-kawan. Dulu sekitar 1997, aku ada cita-cita nak ada studio sendiri untuk jamming dan recording. Semenjak di U dulu, aku dah mula kumpul instrument sikit-sikit dan kemudian sekitar 2001 aku dah ada jamming studio di area Ampang. Tetapi bikin studio ni bukan semudah dengan hanya ada instrument saja. Aku pernah hangus duit kerana bereksperimen dengan buat studio guna plywood dan karpet. Kemudian guna sponge, kulit telur dan pelbagai lagi kaedah tapi soundnya tetap bocor, kadang mengganggu sekitar apalagi bila jamming sound yang kuat gila. Jadi aku perlu study betul-betul soundproofing dan juga audio untuk pastikan tak salah langkah lagi dan gunakan apa yang perlu untuk dapatkan output yang terbaik.
2007, aku sudah berhenti operasi studio jamming kerana lot yang aku sewa dulu sudah diambil balik pemiliknya. Nasib baik aku beli lot yang berdekatan dan lebih baik lagi corner lot. Mulanya aku sudah giveup, jamming studio perlukan kos maintenance yang tinggi dan aku sudah beralih arah ke bidang penerbitan dan rakaman. Aku perlu proper planning studio yang sesuai dengan keperluan produksi sendiri, dan yang penting lowest cost.
Fasa 2 : 2008-2011
Fasa 2 studio dalam pembikinan. Aku mula study-study dari buku untuk buat soundproffing. Aku tak mampu untuk ikut 100% dari panduan buku itu kerana kos dan kesesuaian penggunaan bahan dan ruang. Aku cuma menekankan sound absorbtion untuk rekod drumset, vokal dan untuk tidak bocor bunyinya keluar. Aku buat 2 bilik, 1 bilik untuk live/instument dan 1 bilik hanya utk DAW (control room).
![]() |
| fasa 1 : control room yg sempit. |
![]() |
| fasa 1: live room/cermin kaca ke control room |
Spesifikasi DAW masa tu ialah
- Intel C2Duo, Dual Monitor
- 4GB RAM, 320GB HDD, WinXp
- ESI 1010 Interface, KRK RP5 1st gen
- Behringer 222FX Mixer, M-Audio 49 Midi Controller
- Studio Project B1 Condenser Mic, Taming Sari Mic, Superlux Drum Mic Set, SM57
Antara produksi yang aku ingat pernah dihasilkan dari era studio ini ialah Sharpshooter, Matematik, Skudap Skudip, Laila Lounge dan beberapa lagi. Mulai dari sini, aku dan partner merangkap recording engineer mula planning untuk menerbitkan sendiri muzik di bawah label muzik sendiri secara DIY.
Fasa 3 : 2011 - 2014
![]() |
| control room kasi pecah. |
![]() |
| bass trap baru siap. meja masih 1 layer. |
![]() |
| guitar tracking live room |
![]() |
| basstrap punya ukuran |
![]() |
| customised rack + ikea galant. |
- Intel i7 4 Gen/16MB RAM/2 x 1TB HDD (1 OS & 1 Data)/ Dual Monitor
- KRK RP5 1st gen, Yamaha HS80M
- Focusrite Sapphire 56, Focusrite Octopre MK2.
- Novation 49 Key Controller
- Samson C-Controller, Studio Project VTB-1
- Behringer Headphone Preamp.
- Studio Project B1, Behringer C1, SE Electronic Baby Reflection Filter
![]() |
| disember 2013 |
Until now, studio ini masih beroperasi hanya untuk produksi in house dan juga by appointment.
Semoga memberi manfaat dan sama-sama kita berkongsi ilmu. Sedikit perkongsian dari pembelajaran dari kesilapan dan pemerhatian.











No comments:
Post a Comment