Thursday, November 23, 2017

Search - Katharsis (Review)

Masuk yg kali ini, dah 4 kali aku rotate album terbaru ke 12 Search, Katharsis. Satu album yang  “berat” pengisiannya, penuh emosi dan ghairah. Secara peribadi, Search sudah melepasi zaman rock n roll darah muda, penuh keriangan ala Kepala Angin mahupun Mat Rock. Katharsis menyingkap lembaran Search yang  sudah melalui pelbagai rintangan dunia, patah hati, tanggungjawab cinta dewasa juga persahabatan yang tulus. Mungkin aku meletakkan “high expectation” terhadap album kali ini, sebagai peluru terakhir  Search yang penuh lagu-lagu rok n roll “bikin goyang”, senang dihadam ataupun singalong, namun ternyata meleset.


Khatarsis sememangnya album yang agak “dark”, dan perlu penelitian yang extra untuk dinikmati. Jangan bandingkan dengan  album sebelum ini “Gothik Malam Edan” kerana Katharsis lebih isian baladnya juga lebih moden rock beratnya yang punya “chungging riff”juga susunan stringnya yang lebih nusantara. Jangan ditunggu lagi lagu-lagu seperti Search era Polygram, ianya tiada dalam album ini.  Kid, guitarwork dalam Katharsis mengembalikan kemerduan solo Search era Kid menyentap whammy bar dan juga komplemen untuk setiap lagu, tidak gopoh untuk membuktikan scale-scale apregios laju terpercik. Rhythm Din memang garang dalam album ni, saya  secara peribadi menumpukan untuk mendengar rhythm part  "low tuned" especially lagu-lagu heavy seperti  Sidang Kangaroo, Henjut, Salatus Salatin juga Bebas Liar. Jika diperhalusi, lagu-lagu heavy kali punyai elemen industrial, metalcore (ada sikit breakdown), juga elemen nu-metal. Search moden ini bebas bereksperimen dengan citarasa muzik kini dalam Khatarsis, kerana muzik mereka sudah berevolusi agak jauh dari era Gema Timur Jauh juga album sebelumnya, bukan lagi rock kapak atau pun rock kangkang. Tiada lagi rock n roll honky tonk ala Pinball Superhero mahupun Kereta Mewah. Kali ini Search kasi full blown heavy, bukan suka-suka. Bass, dalam Katharsis kita boleh dengar Nasir punya playing, line yang menyerlah bukan lagi sebagai low end rhythm part supplier, kali ini bassnya punya tone, twang sikit, clarity yang sesuai melengkapkan setiap lagu. Two thumbs up Nasir, you make your mark in this album. Meletakan Pae di posisi drum, bagi aku satu percaturan yang tepat bagi Search, setiap lagu peranannya berbaloi juga terkawal, cukup-cukup fill innya. Double pedal yang lazat juga blast beat (Salatus Salatin) yang belum pernah ada dalam katalog Search.



Dalam album ini, tiada lagi Steven Tyler, Stephen Pearcy mahupun kenakalan David Lee Roth, semua ini sudah sebati dalam nyanyian Amy. Amy serius kali ini dengan lontaran vokal yang agak berbeza dari album-album sebelumnya. Keupayaan vokalnya teruji dalam album ini lebih-lebih lagi pada lagu-lagu ballad. Amy di Katharsis sudah meningkat umur, lebih matang dan lebih “soul” dalam nyanyiannya. High pitch screaming ada di beberapa lagu, tepat pada tempatnya dan melengkapkan member rasa lagu tersebut.  Amy telah membuktikan pengorbanan masa dan keringat dalam menjayakan album ini bersama saudaranya sangat berbaloi bagi album ini..


Keseluruhan album ini sangat baik. Namun, pada mulanya aku rasa ada sesuatu yang buatkan aku tak puas bila mendengarnya. Aku cuba dengar  di speaker pc, hifi, headphone juga monitor speaker. Masih ada yang kurang puas. Jujurnya aku bukan audio perfectionist apalagi sound engineer. Tetapi aku cuba bandingkan dengan beberapa album lewat mereka, bunyinya lebih “cerah” dan “besar”. Aku curious dan cuba lagi di streaming platform, juga sama outputnya. Harap-harap aku silap. Namun kualiti rakaman dan juga artwork packaging yang bervariasi, terbaik. Konsep steam punk memang kena dengan isi kandungan album ini. Good photo and credit notes too..

Syabas Search, M Nasir, para penulis lirik (gempak) Pawana Music & tenaga produksi Katharsis. Jika ini yang terakhir, biarlah pengakhiran yang paling manis bagi Search.

Buat masa ini favourite track aku :
1) Henjut – Led Zep ada Khasmirnya, Purple ada Perfect Stranger, Rainbow ada Gate Of Babylon. Search ada Henjut. Headbanging berhemah.
2) Jubah Pengantin – this one reminds me Amy punya solo album juga album mereka sebelum ini. Very nice chorus.
3) Nama Yang Kau Lupa – satu album perlu ada ballad yang mampu menempelak perhatian pendengar mainstream. Ballad yang sedap setelah sekian lama M.Nasir tidak berkolaborasi dengan Search.
4) Embun – Symphonic Metal? Bukan. Symphonic ballad punya elemen timur. Mungkin pertaruhan Search untuk persembahan bersama orkes/simfoni. String arrangement yang cukup manis, boleh rasa mood yang di hidangkan.
5) Sidang Kangaroo – 1st single dari Katharsis. Nama ini lebih sesuai utk tajuk album ini, lebih satira juga sinikal.
6) Bebas Liar – straight forward rock, kembali memandu nafsu dari sekatan jalan menjadi persoalan..masih ingat?
7) Apologia – ballad standard Search era Bersalah Atau Tidak. Chorus yang senang dihadam walaupun bagi yang bukan fan tegar Search.
8) Salatus Salatin – Intro yang aku tunggu, tapi bukan chorusnya. Lain orang lain citarasanya kan.
9) Mitos Atau Nyata – Lagu ini aku menjangkakan satu visual yang sangat gah. Simfoni yang cantik dan sedap. Chorus yang boleh singalong, cuma tak sabar nak tunggu lepas 1 minit ke klimaksnya. Solo gitar lemak berkrim.
10) Gagalista – Lirik yang kritis. Aku memang tak setuju jika Amy cuba rap (dan seangkatan dengannya), boleh bagi kepada artis realiti. Period.

Tunggu apalagi, beli yang original satu-satunya album 10 lagu yang sangat berbaloi rilisan artis lagenda tanahair 2017. (artis lain takut2 rilis 10 lagu, hanya beberapa sahaja yang yakin..)

*sorry takda pic, hp camera buat hal..

2 comments:

www777 said...

Thanks 4 info broo...keep rokinnggg...

eddie73 said...

Nama yang Kau Lupa adalah Ballad yang terbaik dari Search setelah sekian lama...intro yang syahdu dan yang amat lain dari ballad2 Search sebelum ni, unik & mysterious. Melodi yang boleh di kategorikan berhantu...mungkin juga akan menjadi evergreen. Jika ini adalah hasil karya album Search yang terbaik..ia mungkin akan menjadi album farewell yang lagenda.

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...