Thursday, August 24, 2023

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

 Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah" terbitan di bawah Luncai Emas Sdn Bhd. Penerbitan single ini adalah satu projek rakaman khas Jinbara bersama Luncai Emas bagi terus mengukir nama di dalam industri muzik rock.


Seperti yang diungkapkan oleh komposer single ini, "Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’- Ujar M.Nasir . Single "Kurniaku Terindah," yang dicipta oleh Dato' M.Nasir, membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya.


Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti "Kasihnya Laila," "Farhana, "Cinta Pandai Merdeka," dan "Patri," Jinbara merasakan bahawa "Kurniaku Terindah" adalah pencapaian baru buat mereka. ‘’Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir. Single baru ini memberikan satu erti apabila kita masih lagi bernafas hingga hari ini , diberikan kesihatan yang baik , maka itulah kurnia terindah dari Maha Esa’’ - Kata Jinbara



A group of people sitting on stairs

Description automatically generated



Jinbara adalah : Dari kiri Cepot (Gitar), Ahtan (Drum), Along (Vokalis) & Lan (Gitar)


Bagi proses rakaman single ini, semuanya telah berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider). Allahyarham merupakan pencetus utama dalam penerbitan single ‘Kurniaku Terindah’ ini dan tugas sebagai Produser lagu diambil alih oleh Hanafi Spider.


‘’Sewaktu rakaman awal, Allahyarham Tony Iskandar sememangnya berhasrat untuk menyiapkan projek lagu baru ini hingga siap. Arwah pernah juga berkata ‘’Kita Bikin Kasi Jadi’’. Namun, Allah S.W.T lebih menyayanginya. Arwah adalah Sahabat Dunia Akhirat ‘’ - Jelas Jinbara


Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase "Rock Untuk Rakyat" pada 30 Ogos 2023 jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station. Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.


Sebuah video lirik "Kurniaku Terindah" telah dilancarkan pada 18 Ogos 2023 melalui saluran YouTube Luncai Emas. Anda juga boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store


Tuesday, June 27, 2023

NUSAFEST- 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN






23 JUN 2023 – Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd

kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang

menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan

kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di

Bandar Malaysia, Sungai Besi.





Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini

kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya,

angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini

bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.






NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH,

WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan

Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan

oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah

hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.



Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali

ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan

setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini

di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti

serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.



“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan

meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan

pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di

NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan

sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke

hari persembahan.


Berikut merupakan senarai akhir dan muktamad:

Malaysia

Wings

Search

Butterfingers

Kugiran Masdo

Salammusik

Forceparkbois

Iqbal M.

White Percussion Unit

Jemson

Budak Nakal Hujung Simpang

Gerhana Skacinta

Monoloque

Indonesia

Fourtwnty

Barasuara

Pusakata

Efek Rumah Kaca

Kelompok Penerbang Roket

The Changcuters

Burgerkill

Seringai

Diskoria

Dipha Barus

Ras Muhamad

Singapore

The Pinholes


Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas

bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan

Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang

makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di

www.myticket.asia.





"NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan

lagi industri muzik nusantara.

NUSA FEST 2023

Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023

Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am

Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person)

RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)

Tiket: www.myticket.asia

Tiket Hotline: 03 8605 0196

Info Hotline: 012 2560082

Instagram: @nusafest, @shirazprojects

Tiktok: @shirazprojects

Facebook: @nusafest @shirazprojects

Laman Web: www.nusafest.com

www.shirazprojects.com

Tuesday, June 20, 2023

Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK



 Legenda metal Cromok adalah sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Peminat muzik

underground cukup mengagumi bunyi pantas riff gitar, kekuatan vokal dan solo gitar

harmonik mereka. Istilah 'THRASHDITIONAL' yang dipopularkan oleh band ini

menggabungkan pengaruh heavy metal dengan unsur Melayu tradisional yang jelas

ditonjolkan dalam lagu-lagu seperti Ulek-Metallurgical dan Siblings yang amat digemari ramai.

Band perintis thrash metal tempatan ini ditubuhkan pada 1987 oleh Karl (gitaris), Din

(vokalis/gitaris), Sam (vokalis/pemain bass) dan Miji (pemain dram) di New South Wales,

Australia ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Wollongong. Terpengaruh dengan

kemunculan era thrash metal barat, mereka memulakan perjalanan muzik mereka bermain

gig dan konsert kecil, seterusnya memiliki kumpulan peminat tegar dan berjaya menempa

nama dalam kancah metal Sydney, malah muncul sebagai band terbaik Sydney berdasarkan

undian oleh Hot Metal Megazine.

Namun selepas itu mereka berpecah dengan Din mengikuti haluannya sendiri dan

menubuhkan D’cromok manakala Karl, Sam dan Miji pulang ke Malaysia dan kekal sebagai

trio.

Album pertama, Image of Purity diterbitkan pada 1991 dengan lagu-lagu seperti Misty,

Journey, Metallurgical dan Prophecy berjaya mendapat sambutan hangat peminat dan

meraih Anugerah Emas. Ini diikuti dengan album-album hebat seterusnya iaitu Forever in

Time (1993), Yours Truly (1996), Mean, Meaner, Meanest (1999), What's Left (2000),

Deafening Silence (2002), Untitled (2003) dan beberapa album kompilasi.

Forever In Time, album kedua yang merangkul platinum berganda pada tahun 1994

menjadikan mereka ternama di puncak arena metal. Lagu-lagu seperti Memories, I Don't

Belong Here, Misery, Obsessed dan Another You terkenal di kalangan peminat serta

pengkritik. Lagu-lagu klasik inilah yang menjadi kegemaran dan siulan ramai, acap kali

menggegarkan persembahan yang pastinya penuh peminat yang mengenali lagu tersebut dari

hati.

Dari persembahan pembukaan mereka untuk konsert Metallica "Live In Kuala Lumpur" di

Stadium Merdeka pada tahun 2013, menjadi bintang utama pelbagai jenis festival muzik dan

penghias muka depan majalah muzik terkemuka, Cromok sentiasa membawakan sesuatu

yang unik, kekal teguh dengan legasi mereka yang didambakan peminat. Band legenda ini

terus hidup bersinar bak obor yang terang, pastinya amat menggembirakan para peminat

mereka.



Cromok akan menemui peminat setia mereka yang turut dikenali sebagai Cromers, bagi

meraikan ulang tahun album Forever in Time mereka dengan Konsert Ulang Tahun ke-30

‘Forever In Time’ CROMOK pada 14 Oktober 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Acara Ulang Tahun ke-30 nanti bakal menjanjikan persembahan mantap yang pasti tidak

dapat dilupakan berserta rakaman di belakang tabir yang belum pernah ditayangkan, konsep

produksi yang hebat dan juga ‘Wall of Fame’ eksklusif yang menyimpan kenangan indah

Cromok – tentunya sesuatu istimewa yang tidak harus dilepaskan peminat!





BUTIRAN ACARA:

Acara: Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK

Tarikh: 14Oktober 2023, Sabtu

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang

Pintu dibuka: 18:00

Acara bermula: 20:30

Penganjur: Digent Media

Wakil Penganjur: Norwafiz Bin Nordin – Pengarah Urusan

Media Sosial Penganjur:

https://www.instagram.com/digentmedia/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Promoter: Lampuneon Entertainment

Media Sosial Promoter: https://www.instagram.com/lampuneonent/

Ejen Rasmi Tiket: Ticket Empire

Laman Web Tiket: https://www.myticketempire.com/cromok30thanniversaryconcert

Jualan Tiket: 20 Jun 2023, 10:00

Harga Tiket - Jualan Atas Talian: RM179, RM239, RM279, VIP RM669

Harga Tiket - Kaunter jualan: RM229, RM289, RM329, NA

Tuesday, June 06, 2023

Mr. Big - The Big Finish 2023/2024 Live In Zepp Kuala Lumpur


Setelah ketiadaan Pat Torpey, supergroup Mr.Big seperti sudah sampai ke penghujung perjuangan mereka bersama. Paul, Eric dan Billy sepertinya sukar untuk berkarya bersama drummer gantian dan ternyata hasil karya mereka tidak sepadu seperti bersama Torpey. Faktor usia dan juga projek personal mereka juga menjadikan tour " The Big Finish" kali ini mungkin yang terakhir dan farewell buat peminat mereka.

Terima kasih Mr.Big..mewarnai dunia muzik aku 

So gais..apalagi kita kasi yang terbaik utk mereka di Zepp KL.

Info tiket : MyTicket.Asia




 

Salam Perkenalan Kembali..ke Blog Tahun 2023.

 Assalamualaikum,

Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). 

Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress lama aku. Masih ada orang nak baca ke blog..atau semua busy dengan medsos like Tiktok, instagram, Facebook..etc etc?

Mohon maaf sangat-sangat. Dah banyak tahun aku tak menulis, even praktikan menulis blog. Content aku buat banyak ke arah video Youtube, FB posting..dan TikTok tu aku masih baru.

Banyak yang aku belajar selama "Hiatus" ni. Tak semua orang suka membaca, apalagi content sedikit ilmiah. Mass audien sukakan content light, ringkas santai, gossip yg boleh dibicarakan..sensasi.


Namun, aku rasa perlu ada keseimbangan. new posting coming soon..aku akan cuba beautify balik posting2 lama.. so apa kata kalau aku mula balik menulis kt Blog ni?


Wednesday, April 04, 2018

Gig Report : Arch Enemy Live In Singapore



30 March 2018 -  Ini bukan pertama kali saya menyaksikan Arch Enemy beraksi di pentas. Pertama kali di Tennis Indoor Stadium Jakarta pada Oktober 2009. Ketika itu Angela Gossow dan Chris Amott masih lagi bersama Arch Enemy dalam rangka tour Rise Of The Tyrant/The Root Of All Evil. Amat hebat band melodic death metal ini cukup bertenaga. Konsert tersebut turut dibantu oleh band pembukaan Psycroptic (Australia).

 Setelah agak lama tak bertandang ke Kota Temasik, kali ini kita meredah traffic jam yang agak meletihkan semata-mata untuk menyaksikan Alissa White-Gluz dan kuncu-kuncunya beraksi.  Sampai di Beach Road sekitar jam 2.30 petang terus kami checkin di hostel. Rehat sekejap sebelum ke Viva Club yang jaraknya kira-kira 10km dari penginapan kami.  Sepanjang perjalanan, saya cuba menghayati album terbaru  Arch Enemy  “Will To Power” yang dirilis pada September 2017. Agak skeptical kerana saya masih belum yakin Alissa ini mampu mengambil tempat Angela. Album “War Eternal” bagi saya belum dapat  membuktikan kemampuan Alissa diposisi peninggalan Angela walaupun ada beberapa track yang menarik perhatian seperti  War Eternal, As Pages Burn dan You Will Know My Name.  Mungkin saya sikit trauma seperti perginya Tarja Turunen dari Nightwish lalu digantikan dengan Anette Olzon.

 Jam 6.15 petang dilokasi Viva Club sudah agak ramai peminat Arch Enemy menunggu diluar sambil membelek-belek merchandise Arch Enemy. Saya pun beli CD terbaru Will To Power sebagai tanda kenangan, bila lagi nak kumpul. Rata-rata audien yang datang petang itu adalah metalhead Singapura, cuma beberapa orang dari Malaysia dan Indonesia. Saya dimaklumkan show malam ini tiketnya “sold out” dan kira-kira 660 penonton memenuhi setiap ruang kelab tersebut.


Jam 8.00 malam, lampu dipadamkan. Arch Enemy muncul di pentas dengan “The World Is Yours”, single dari album terbaru Will To Power. Hebat aura Alissa rupanya. Riffing dari Ammott dan Loomis sangat padu dan di pacu oleh detuman bertenaga Erlandsson. Set terus disambung dengan lagu Ravenous, Stolen Life dan The Race. Alissa sempat menyatakan beliau berbesar  hati buat pertama kali ke Asia Tenggara dan Singapura juga tentang album terbaru mereka. Persembahan diteruskan dengan lagu War Eternal, My Apocalypse, Blood On Your Hands dan beberapa lagu lagi.


Ok Jeff Loomis ex Nevermore! Kali ini tugas bagi kebanyakan solo gitar Arch Enemy di jayakan olehnya dengan baik. Arch Enemy telah maju lebih bertenaga dan lebih kejam dengan adanya Loomis di posisi gitar, lebih baik dari sebelumnya. Gandingan dual gitar solo serta gabungan bersama Amott  amat serasi. Limelight tetap kepada Micheal Amott apabila bergitar solo dalam Intermezzo Liberté diiringi Loomis. Sesuatu yang perlu dinikmati sekiranya anda peminat Arch Enemy juga guitar shredder.

Seterusnya Arch Enemy meneruskan setlisnya dengan lagu "Dead Eyes See No Future" dan juga single dari album terbaru "The Eagle Flies Alone" terus disambung ke beberapa lagu dari album lama mereka seperti As The Pages Burn, Dead Bury Their Dead dan juga anthem singalong mereka "We Will Rise".


Alissa muncul kembali di pentas dengan bendera hitam Arch Enemy di tangan sambil mendendangkan lagu Avalanche seterus disambung dengan gitar solo oleh Jeff Loomis. Arch Enemy menamatkan persembahan dengan lagu Nemesis dan Fields Of Desolation. Rata-rata audien sangat berpuas hati dengan konsert malam itu. Saya rasakan venue tersebut sesuai dengan jumlah crowd yang hadir. Sistem bunyi,pencahayaan dan juga ambience dalam venue sangat baik bagi jumlah audien yang tak begitu ramai.


Setinggi penghargaan kepada organiser Inokii kerana menjemput kami. Satu showcase yang sangat sukses. Looking forward for more quality metal shows.
Setlist:
• 'The World Is Yours'
• 'Ravenous'
• 'Stolen Life'
• 'The Race
• 'War Eternal'• 'My Apocalypse'
• 'Blood On Your Hands'
• 'You Will Know My Name'
• 'Bloodstained Cross'
• 'Intermezzo Liberté'
• 'Dead Eyes See No Future'
• 'The Eagle Flies Alone'
• 'As The Pages Burn'
• 'Dead Bury Their Dead'
• 'We Will Rise
Encore

Thursday, November 23, 2017

Search - Katharsis (Review)

Masuk yg kali ini, dah 4 kali aku rotate album terbaru ke 12 Search, Katharsis. Satu album yang  “berat” pengisiannya, penuh emosi dan ghairah. Secara peribadi, Search sudah melepasi zaman rock n roll darah muda, penuh keriangan ala Kepala Angin mahupun Mat Rock. Katharsis menyingkap lembaran Search yang  sudah melalui pelbagai rintangan dunia, patah hati, tanggungjawab cinta dewasa juga persahabatan yang tulus. Mungkin aku meletakkan “high expectation” terhadap album kali ini, sebagai peluru terakhir  Search yang penuh lagu-lagu rok n roll “bikin goyang”, senang dihadam ataupun singalong, namun ternyata meleset.


Khatarsis sememangnya album yang agak “dark”, dan perlu penelitian yang extra untuk dinikmati. Jangan bandingkan dengan  album sebelum ini “Gothik Malam Edan” kerana Katharsis lebih isian baladnya juga lebih moden rock beratnya yang punya “chungging riff”juga susunan stringnya yang lebih nusantara. Jangan ditunggu lagi lagu-lagu seperti Search era Polygram, ianya tiada dalam album ini.  Kid, guitarwork dalam Katharsis mengembalikan kemerduan solo Search era Kid menyentap whammy bar dan juga komplemen untuk setiap lagu, tidak gopoh untuk membuktikan scale-scale apregios laju terpercik. Rhythm Din memang garang dalam album ni, saya  secara peribadi menumpukan untuk mendengar rhythm part  "low tuned" especially lagu-lagu heavy seperti  Sidang Kangaroo, Henjut, Salatus Salatin juga Bebas Liar. Jika diperhalusi, lagu-lagu heavy kali punyai elemen industrial, metalcore (ada sikit breakdown), juga elemen nu-metal. Search moden ini bebas bereksperimen dengan citarasa muzik kini dalam Khatarsis, kerana muzik mereka sudah berevolusi agak jauh dari era Gema Timur Jauh juga album sebelumnya, bukan lagi rock kapak atau pun rock kangkang. Tiada lagi rock n roll honky tonk ala Pinball Superhero mahupun Kereta Mewah. Kali ini Search kasi full blown heavy, bukan suka-suka. Bass, dalam Katharsis kita boleh dengar Nasir punya playing, line yang menyerlah bukan lagi sebagai low end rhythm part supplier, kali ini bassnya punya tone, twang sikit, clarity yang sesuai melengkapkan setiap lagu. Two thumbs up Nasir, you make your mark in this album. Meletakan Pae di posisi drum, bagi aku satu percaturan yang tepat bagi Search, setiap lagu peranannya berbaloi juga terkawal, cukup-cukup fill innya. Double pedal yang lazat juga blast beat (Salatus Salatin) yang belum pernah ada dalam katalog Search.



Dalam album ini, tiada lagi Steven Tyler, Stephen Pearcy mahupun kenakalan David Lee Roth, semua ini sudah sebati dalam nyanyian Amy. Amy serius kali ini dengan lontaran vokal yang agak berbeza dari album-album sebelumnya. Keupayaan vokalnya teruji dalam album ini lebih-lebih lagi pada lagu-lagu ballad. Amy di Katharsis sudah meningkat umur, lebih matang dan lebih “soul” dalam nyanyiannya. High pitch screaming ada di beberapa lagu, tepat pada tempatnya dan melengkapkan member rasa lagu tersebut.  Amy telah membuktikan pengorbanan masa dan keringat dalam menjayakan album ini bersama saudaranya sangat berbaloi bagi album ini..


Keseluruhan album ini sangat baik. Namun, pada mulanya aku rasa ada sesuatu yang buatkan aku tak puas bila mendengarnya. Aku cuba dengar  di speaker pc, hifi, headphone juga monitor speaker. Masih ada yang kurang puas. Jujurnya aku bukan audio perfectionist apalagi sound engineer. Tetapi aku cuba bandingkan dengan beberapa album lewat mereka, bunyinya lebih “cerah” dan “besar”. Aku curious dan cuba lagi di streaming platform, juga sama outputnya. Harap-harap aku silap. Namun kualiti rakaman dan juga artwork packaging yang bervariasi, terbaik. Konsep steam punk memang kena dengan isi kandungan album ini. Good photo and credit notes too..

Syabas Search, M Nasir, para penulis lirik (gempak) Pawana Music & tenaga produksi Katharsis. Jika ini yang terakhir, biarlah pengakhiran yang paling manis bagi Search.

Buat masa ini favourite track aku :
1) Henjut – Led Zep ada Khasmirnya, Purple ada Perfect Stranger, Rainbow ada Gate Of Babylon. Search ada Henjut. Headbanging berhemah.
2) Jubah Pengantin – this one reminds me Amy punya solo album juga album mereka sebelum ini. Very nice chorus.
3) Nama Yang Kau Lupa – satu album perlu ada ballad yang mampu menempelak perhatian pendengar mainstream. Ballad yang sedap setelah sekian lama M.Nasir tidak berkolaborasi dengan Search.
4) Embun – Symphonic Metal? Bukan. Symphonic ballad punya elemen timur. Mungkin pertaruhan Search untuk persembahan bersama orkes/simfoni. String arrangement yang cukup manis, boleh rasa mood yang di hidangkan.
5) Sidang Kangaroo – 1st single dari Katharsis. Nama ini lebih sesuai utk tajuk album ini, lebih satira juga sinikal.
6) Bebas Liar – straight forward rock, kembali memandu nafsu dari sekatan jalan menjadi persoalan..masih ingat?
7) Apologia – ballad standard Search era Bersalah Atau Tidak. Chorus yang senang dihadam walaupun bagi yang bukan fan tegar Search.
8) Salatus Salatin – Intro yang aku tunggu, tapi bukan chorusnya. Lain orang lain citarasanya kan.
9) Mitos Atau Nyata – Lagu ini aku menjangkakan satu visual yang sangat gah. Simfoni yang cantik dan sedap. Chorus yang boleh singalong, cuma tak sabar nak tunggu lepas 1 minit ke klimaksnya. Solo gitar lemak berkrim.
10) Gagalista – Lirik yang kritis. Aku memang tak setuju jika Amy cuba rap (dan seangkatan dengannya), boleh bagi kepada artis realiti. Period.

Tunggu apalagi, beli yang original satu-satunya album 10 lagu yang sangat berbaloi rilisan artis lagenda tanahair 2017. (artis lain takut2 rilis 10 lagu, hanya beberapa sahaja yang yakin..)

*sorry takda pic, hp camera buat hal..

Saturday, May 27, 2017

Kreator + Vader Live Singapore 2017




Album beru diaorang yang sedap, Kreator membuatkan aku teruja untuk headbanging sekali lagi di Singapore apa lagi dengan adanya Vader hero death metal Poland. Harap boleh lupakan sekejap Criss Cornell..

Info Ticketing Outlets : SINGAPORE
----------------------------------------
(S1) Roxy Records & Trading
Excelsior Shopping Centre
#02-15, 5 Coleman Street
Singapore 179805
Phone:6337 7783

(S2) Inokii
Far East Plaza
#03-30, 14 Scotts Road
Singapore 228213
Phone:6836 7657

(S3) Online via KreatorVader.peatix.com

Ticketing Outlets : MALAYSIA
-------------------------------------
(M1) Rudy Karunguni / Karunguni (KUALA LUMPUR)
Contact Number : +60 12 906 9974

(M2) Fadzilmuzikbox Terkutok (JOHOR BAHRU)
Contact Number : +60 19 763 2115

Layan jap single baru




Tuesday, May 09, 2017

Megadeth Dystopia Tour Live in KL




Personnally, ini kali ke 2 saya menyaksikan Megadeth secara live. Pertama kalinya, ketika United Abomination Tour di kota Singa beberapa tahun lepas. Jujurnya, saya kembali kepada Megadeth setelah kecewa dengan album System Had Failed apabila rilisnya United Abomination.

Megadeth merupakan antara band utama yang sudah (sangat ) lama ditunggu untuk bertandang ke bumi Malaysia ini. Rata-rata fan metal tempatan agak terkilan kerana mereka sudah beberapa kali beraksi di sekitar kita (Singapore/Thailand) tetapi tidak datang ke Kuala Lumpur. Jadi pada 4 Mei 2017 bertempat di Stadium Negara, Megadeth telah membuktikan bahawa mereka merupakan satu kuasa superior di arena metal dengan persembahan mantap di hadapan kira-kira 3500 penonton Malaysia.



Kira-kira jam 4.30 petang lagi, ruang sekitar Stadium Negara sudah mula dipenuhi dengan Megadeth fan seragam hitam dari pelbagai lokasi. Ada yang datang dari Thailand, Singapura dan juga Brunei. Di tepi-tepi jalan juga menjadi tumpuan peniaga "merch bootleg" dan makanan bagi pengunjung bersantai sebelum pintu stadium dibuka. Official merchandise booth juga menjadi tumpuan utama pengunjung, hingga beratur panjang untuk membeli merch seperti T-Shirt dan juga Hoodie. Kawalan keselamatan sangat baik, dengan bantuan pihak PDRM dan juga RELA walaupun timbul pelbagai isu (politik?) sebelumnya di media sosial tetapi semuanya aman dan tenteram. Biasalah mereka kecoh dengan apa yang mereka tidak mengerti, educate them...



Jam 7.30 petang, pintu dibuka dan pengunjung masuk berdasarkan kategori tiket masing-masing seperti Dethpit, Rock Zone dan juga normal seating. Sebenarnya, inilah peluang untuk  mereka berjumpa rakan-rakan lama dan juga familiar faces di dalam scene muzik berat, satu peluang yang jarang-jarang ada di konsert biasa.  Satu perasaan yang "special" kelihatan di wajah para pengunjung, excited, ready to sing along. Mungkin sudah lama berharap untuk menonton Mustaine secara live di depan mata. 


Jam 8.00 malam - Bintang muda generasi metal Massacre Conspiracy mula menhangatkan stage. Banyak improvement band ini dari segi bunyi, playing dan showmanship. Personally, saya sudah beberapa kali menyaksikan MC16 ini beraksi di beberapa gig, tetapi ini antara yang terbaik output metalcorenya. this band evolve. Namun, bagi "opening act" Megadeth, rasanya perlu dipertimbangkan band yang lebih senior? Tak perlu fikir lagi, terus ke Megadeth...



Pembukaan montaj dari album Risk "Prince Of Darkness" sudah membuatkan penonton bersorak riang. Setup skrin bagi montaj seperti ini mengingatkan saya kepada konsert Megadeth Countdown To Extinction Live DVD. Yang pasti visualnya sangat menarik dan jelas.  Habis saja intro, Hangar 18 dimulakan dengan kemunculan Mustaine and co di pentas. Sangat energetik. Seterusnya lagu klasik  80's  "Wake Up Dead" dan "In My Darkes Hour".  "The Treat Is Real", "Conquer Or Die" dan "Living In State" dari album terbaru Dystopia pula menyusul. Sangat menarik solo akustik Kiko untuk intro Conquer Or Die. Single dari Countdown to Extinction, "Sweating Bullets" menampilkan Dave Mustaine mengajak penonton untuk singalong pada verse yang pertama dan respon yang sangat baik dari audien. Mustaine menukar gitar ke Dean Zero dan seterusnya memulakan "Trust" single dari album Cryptic Writings.



She-wolf pula menyusul setelah Mustaine menceritakan sedikit perihal maksud lagu tersebut. Intro Kiko memulakan Poisonous Shadows dan seterusnya Fatal Illusion. Seperti yang dijangkakan, sebaik saja intro A Tout Le Monde di mainkan, audien terus singalong terutamanya ketika chorus sehingga habis.




Single dari Rust In Peace, Tornado of Soul pula mengembalikan tenaga selepas dibuai A Tout Le Monde. Crowd  kembali agresif dan ada circle pit kelihatan. di ruang tengah. Lagu seterusnya dari album Dystopia, Post American World dan Dystopia. Kiko Loureiro memainkan peranan yang terbaik sebagai gitaris terkini bagi Megadeth, nampak sangat selesa dan energetik dalam persembahan terutamanya bagi solo-solo dari album Dystopia. Seterusnya singalong lagi bagi lagu Symphony Of Destruction, nyata mereka belum puas.


Encore akhir, Peace Sells But Who's Buying dan Holy Wars mengakhiri persembahan Megadeth. Penampilan khas maskot Vic Rattlehead ketika lagu Peace Sells menarik perhatian ala-ala Eddie buat Iron Maiden. Walaupun selepas Holy Wars, crowd berteriak "we want more", konsert di sudahi dengan Megadeth berfoto bersama crowd di pentas. Konsert berakhir sekitar jam 10.45 malam dan suasana di luar stadium masih meriah dengan peminat masih bersantai.


Syabas buat penganjur IME Malaysia, satu penganjuran konsert yang baik dan sangat memorable seperti kata-kata Mustaine "Moving on is simple thing, what leave behind is hard".
Terbaik! Two Thumbs Up. 
* Untuk konsert ini, saya ditugaskan untuk menulis bagi portal bebas Backstage.my

Kepada yang tak berkesempatan, boleh tengok sini : Megadeth Dystopia KL





Wednesday, April 19, 2017

Langsuyr @ KL Live

Salam semua. Lama sangat ni tak tulis apa2 kat sini. Buka-buka page, banyak link pic/video yang missing. Ntah mcmana jadi macam ni. banyak kerja nak repair ni.

Belek punya belek, ada few video yang belum di kongsikan utk fan metal kita. cuba try test tengok, Langsuyr antara band yang lama sepi tapi bila sekali keluar, maaflah ya kalau audio kureng, kamera kokak je ni,




Thursday, April 21, 2016

Prince - Purple Rain RIP



Hi geng. Hari ni satu lagenda muzik telah meningggal dunia, Prince. Prince ni agak special sikit utk aku. Masa sekolah rendah dulu, aku minat jugak kat Prince ni. Masa tu bapak aku baru bawak bali VHS Player brand Nasional. Player ni masa tu kira trendy, tape masuk ikut atas dan remote dia pakai wayar.

Ok. Prince ni aku mula kenal bila lagu Purple Rain dan When Doves Cry ada main kat radio. Masa tu kat radio ada program American's Top 40 dan juga kat TV hujung tahun ada Plaback 83, 84 dan juga Awards. Jadi kat situ aku boleh tengok visual Prince ni. Bila dah ada VHS, masa tu tape VHS boleh sewa di kedai. jadi bapak aku sewakan filem Purple Rain utk aku..aku pun tak berapa tahu pun cerita apa ni, cuma nak tengok Prince atas motor besar. Cerita tak paham sangat, cuma bila ada scene Vanity kissing dan sex..bapak aku fowardkan..
Dalam tahun 1988, Prince kelaur lagi dgn band Prince & The Revolution dan single yang aku suka 1999. Filem Batman juga ada penglibatan Prince kalau tak silap aku. Prince sebenarnya lebih kepada performar dan juga songwriter secara diam menghasilkan hits utk artis lain seperti Sinead O Connor, Bangles dan ramai lagi.

Until now, Purple Rain masih lagi tiada tandingan. Lagenda muzik tersendiri. Thank you for the music Prince and The Revolution..party like 1999.




Monday, April 04, 2016

Kembali Bergitar - Wiramaya @Garage Studio

Dalam bulan 4 hari tu, tak semena-mena aku ni dah terjebak balik dalam aktiviti bergitar. Lama sangat tak main ni agak pancit jugaklah nak catchup balik. Aku join band baru Wiramaya main gitar, session utk gig di Garage Studio, Taman Melawati. Sekali bila nak mula, pedal semua takda power tapi masa tuning ok aja..dugaan sungguh. Apalagi terus direct amp aja..


Ha ni creeping death versi barai..


Ini pulak XPDC - Selendang Merdeka


Kalau suka boleh follow : https://www.facebook.com/wiramayaband

Friday, March 04, 2016

Metallica - Master Of Puppets Sudah 30 Tahun Usia.



Salam semua. Sekejapnya rasa, sudah 30 tahun usia album ini. Album yang paling mantap rilisan Metallica (bagi aku la) tapi bukan favourite album aku. Aku masih di takuk lama, masih amaze dengan Ride The Lightning yang lebih raw.
Album terakhir Cliff Burton yang mana dia menulis lebih separuh dari lagu-lagu dalam album ini memang pukul habis. Cuba dengar lagu Brutal Battery, Disposable Heroes & Things That Should Not Be. Perlu layan jugak lagu moody Welcome Home Sanitarium.
Album MOP ni mula-mula aku beli di Plaza Perdana, Kuala Terengganu kalau tak silap 1988 dalam format kaset. Pada mulanya aku beli tu pasal saja nak checkout apa follow up album selepas Ride The Lightning. album ni juga memulakan demam muzik yang lebih berat di kalangan member2 sekolah masa tu, kerana semua pakat tulis logo Metallica pakai liquid paper di beg sekolah.Kaset ni kerap jugak aku beli kerana asyik hilang bila bertukar tangan. Kalau pergi jamming, ada saja band yang mainkan part dari lagu Metallica ini dan band tu kira hebatlah pasal yang lain masih main Isi Dan Kulit.
Secara peribadinya, tak akan lagi Metallica dapat balik energy & determination dalam song writing similar atau close to Master Of Puppets ini. Aku agak disappointed dengan beberapa albumnya selepas era Black Album. Bagi aku Metallica mampu hasilkan yang lebih baik dengan acuan lamanya ini. Thank you Cliff!


Tuesday, March 01, 2016

Rakaman Single Wiramaya - Yang Satu

Agak lama aku tak menulis di blog ni. Anak yang sudah usia 1 tahun 5 bulan membuatkan aku lupa akan penulisan, tak punya masa untuk duduk mendengar cd apalagi pegang gitar. Tapi ada satu kenikmatan yang tak boleh di beli bila tengok anak itu senyum.


Wiramaya? Apa tu? Pada bulan Ogos 2015, aku berkenalan dengan seorang drummer di FB dan dia sedang form band baru bersama 1 basist dan juga 1 gitaris/vokalis. Lepas duduk meeting dan preview lagu, aku agak tertarik dgn demo Yang Satu ini. Melodi rock melayu yang ada unsur padang pasir sedikit juga ditambah dengan lirik kerohanian membina menjadikan Yang Satu ini agak istimewa.




Jadi kita workout sama-sama untuk mula merakam single "Yang Satu" ini dari October 2015. proses rakaman ni agak lama kerana ada sahaja komitmen lain yang menganggu namun telah siap sepenuhnya di mix oleh ojoe dan mastered oleh CL Toh pada Febuari 2016. Kita mula jemming sama-sama dan aku masuk sebagai session gitar bagi lengkapkan lineup trio ini untuk gig.



Mulai pertengahan Mac 2016 ini, kami akan mula mempromosikan single ini di radio-radio tempatan (kalau diorg nak support lah). Single ini boleh didengar di Spotify, Yonder Music dan Itunes. Jom support muzik tempatan dan like FB WIRAMAYABAND, like dan share kalau suka dan request single ini di radio lokal.






Saturday, October 10, 2015

Meor Yusof Aziddin & Society

Salam semua. Sekian lama aku tak menulis, hari ni punya kelapangan sikit.


Aku revisit (kumbah balik) CD lama. Sahabat, Meor Yusuf Aziddin yang sentiasa di kenali sebagai busker senior di Kuala Lumpur. Jiwanya penuh dengan lagu-lagu rakyat. Meor pernah merilis album kolaborasi yang dikenali dengan nama Society, menampikan penyanyi Daiyan Trisha, Meor Yusof Aziddin dan Amin Iskandar.
Sekiranya kamu mengenali album Meor terdahulu seperti Itu Padang Aku Disitu, Aku & Bulan dll, pastinya hasil seninya kali ini agak berbeza dari apa yg dihidangkan oleh Meor terdahulunya. Lagu-lagunya lebih berperisa pop, radio friendly dan masih punya pengisian rasa folk gaya Meor. Society merupakan sesuatu untuk di "check out" lebih-lebih lagi live show mereka.
Ziarah dan tegur Saudara Meor ini sekiranya anda di Stesen KL Sentral. Beliau merupakan busker residen dan aktif di KL Sentral.

https://www.facebook.com/meor.aziddin




Saturday, July 11, 2015

Def Leppard Live In Singapore


Foolin, Photograph, Women, Hysteria dan banyak lagi hits yang dirilis oleh Def Leppard. Satu band besar eksport UK setakat ini.
Aku mula kenal Def Leppard ni dlm tahun 1985, masa tu TV ada tunjuk video Foolin. Album Pyromania , High N' Dry  masa tu susah nak beli, takda jual kat tempat aku. Bila keluar album Hysteria, barulah dapat dengar Def Leppard satu album. Kemudian mula beli back catalog diaorg dalam format kaset.
Aku mula follow Def Leppard ni dari 80's tapi aku mula kecewa bila muzik diorg mula berekperimentasi dalam album Slang. Jujurnya aku hanya dengar 2 kali Slang dan tak pernah dengar lagi sampai hari ni. Mungkin dengan ketiadaan Steve Clark mereka mula mengarut dalam songwriting pada masa tu.
Aku suka ballad mereka dalam album Retroactive, Adrenalize dan ultimately Hysteria. Guitarwork yang melengkapkan lagu-lagu, bukan untuk menyerlahkan guitar player. Gandingan Phill Collen dan Steve Clark amat serasi dalam album-album sebelum permergian Clark pada 1991. Produksi album mereka oleh Mutt Lange telah menghasilkan album-album yang baik dan mendominasi carta-carta sekitar lewat 80an sebelum era grunge.

Def Leppard pernah datang Singapura dalam tahun 1996 untuk tour promosi album Slang kalau tak silap. Kini hero British ni akan beraksi di Suntec Convention & Exhibition Centre pada 24 Nov 2015. Info tiket online sila rujuk SISTIC. Apalagi, aku semestinya akan hadir, jumpa November ni di Suntec!



Tuesday, June 30, 2015

Bon Jovi Live in KL


Ini kali ke 2 Jon Bon Jovi datang beraksi di Malaysia. Saya sempat menikmati konsertnya di zaman kegemilangan Bon Jovi ketika pertama kali beraksi di Shah Alam. Masa tu punyalah seksa nak kumpul duit, beli tiket dan merchandise. Sempat jugak beli T Shirt Bon Jovi, tapi hilang di penyidai. Semoga si pencuri mendapat.


Untuk meraikan kepulangan Jon dan gengnya, aku akan tulis sikit pasal beberapa album pilihan personal dari diskografi Bon Jovi. Bon Jovi, secara peribadinya aku amat "adore" ketika mereka rilis VHS Slippery When Wet. Dlm VHS tu ada satu scene diaorg naik flight ke Jepun, dan Bon Jovi ada pakai kasut hi cut yg berlainan warna pada dua belah kaki, Lifestyle & imej diorg pada zaman Slippery dan New Jersey memang aku suka. Kalau pegi jamming masa tu, mesti cuba main lagu Bon Jovi, walaupun tak mampu. Yang mampu main sampai habis ialah Never Say Good Bye. Maklumlah masa Slippery tu baru form 1. 

Aku sangat kagum dengan Bon Jovi masa tu, dengan muziknya apalagi muzik video Livin on A Prayer yg ada aksi terbang-terbang. Kaset Bon Jovi pertama aku beli ialah Slippery, dan kemudian aku reverse beli Bon Jovi 1st album dan 7800 Farenheit. Since then tak pernah stop support diorg sehingga album Crush, pasal aku rasa muzik Bon Jovi sudah berubah arah kepada target audiens yang lebih berumur dan mellow. Bagi aku Bon Jovi sentiasa muda dan segar!
Jadi apa tunggu lagi, konsert ni aku bakal hadir tapi tiket paling murah aja yg mampu. 
Bakal singalong kecuali lagu-lagu yang baru aku tak fasih. So jumpa sana ya!!
Apa pun layan track pilihan aku dlm album 1st diaorg.



Thursday, January 22, 2015

Selamat Tahun Baru 2015. Selamat Tinggal 2014.

Semoga kamu semua tak marah, aku memang terlambat wish Selamat Tahun Baru 2015. Tak sampai hati nak happy-happy beberapa minggu ni. Dari hal banjir, kapalterbang Airasia, financial, kesihatan dan beberapa isu lain, kita tak rasa bahang tahun baru yang bersemangat utk 2015. Rasa seriau tu agak lebih untuk tempuhinya.
Apa pun aku tetap syukur. 2014 telah mengubah landasan hidup aku ke arah yang lebih tenang dan bermakna. Awal 2014, kami hanya berdua dan kini sudah bertiga. Semakin meriah hidup ini apalagi dengan rasa syukur dengan kurnia cahayamata lelaki.

Banjir luarbiasa di kampung. Alhamdulillah, nasib kami tidaklah seteruk mereka yang ditimpa musibah yang lebih dasyat. Sesungguhnya, apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Sama-sama kita membantu dan saling eratkan silaturahim.

Bagi 2014 juga istimewanya terjalin kembali kerjasama bersama Rasamusic dalam membantu pengurusan perjalanan karier seniman Dato Ramli Sarip. Pada 2014 juga, menyaksikan kejayaan penganjuran Blues Buat teman Tour dan juga Konsert Hayat 45 Tahun Seniman Ramli Sarip Di Istana Budaya dan Esplanade Singapura. Alhamdulillah.





Ada kerjaya baru di akhir 2014. Pada bulan october 2014, bermulanya titik kerjaya baru iaitu promoter konsert atau event organizer setelah membantu dalam penganjuran konsert Superman Is Dead di Cyberjaya. Projek sebegini bakal direalisasikan lagi dalam tahun 2015.




So, just follow aku untuk tahun 2015. Banyak lagi adventure yang bakal jalani dengan cara sederhana..insyallah.


Friday, January 02, 2015

Ibanez TSa30H

Satu offer yang agak baik dalam Jamtank. Terus partner aku booking.
Tujuan beli ni hanya utk gunakan dalam recording. 
Cuma sekarang, nak cari cabinet yang sesuai utk match dengan head ni. Ada yang suggest beli cab Orange, ermmm aku ni agak kurang minat sound orange. Maybe Blackstar atau Vox jugak.



Friday, November 14, 2014

#CJ Mass Social Media - Food Journey Cyberjaya

Isnin lepas, saya cuba jaya daftar untuk #cj mass social media review. Kali ni review keenakan makanan di Shafbury Square Cyberjaya. Restoran MONJO menghidangkan menu menarik ala western. Environment yang cozy lagi menarik untuk bersantai menikmati makanan penuh enak bersama kawan. Di sini perlu kamu checkout. Saya memilih English breakfast set dan Mix Fruit Smoothies.

Ruang santai yang selesa
Highly recomended - American Breakfast

Mix Fruit Smoothies
Kemudian saya mencuba pula menu korea di restoren korea di ground floor. Menunya ialah Chilli Squid dan Brown Rice serta Hot Korean Tea.

Chilli Squid with Brown Rice
Ruang makan yang mengekalkan ciri tradisional desa di Korea

Chilli Squid

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...