Monday, August 22, 2011

Britny Fox - Girlschool



Entah apa yang peliknya malam ni aku tetiba aja terpanggil untuk dengar lagu Girlschool dari band American glam rockers Britny Fox. Pada tahun 1988, kaset band ni aku beli hanya kerana imej glam rocknya dengan les paul. Setelah dengar lagunya, aku rasa band ini ada something to offer. Vocal frontman "Dizzy" Dean Davidson yang juga rythm gitaris agak menarik. Mungkin kerana aku memang minat gila kat Tom Keifer. Adanya unsur-unsur Cinderella dalam band ini adalah kerana ex-Cinderella, Micheal Kelly Smith sebagai gitaris.


Girlschool merupakan single yang menaikkan nama band ini dan juga disupport dengan video clip yang menarik lebih-lebih lagi pada zaman 80's MTV. Tak lama kemudian, Dean Davidson keluar dari Britny dan form band baru Blackeyed Susan. Ada juga attempt untuk reunion balik dalam 2010, tapi setakat ini belum ada material baru keluar selepas album akhir mereka sekitar awal 90'an yang aku rasa lebih berbaur grunge. Apa-apa pun, band ini adalah salah satu band yang perlu anda tahu jika minat 80's hair metal yang lebih rock n roll.

4 comments:

Dr. Bentara said...

ceh.. aku kat US tak boleh view video clip ni pasal copyright

ammirhafzan said...

hehehe..nanti ko balik boleh la kot. apa menarik US?

berteromber said...

aku Britny Fox ni kurang sikit...dorang more to blues kan...ala2 Cinderella selepas era Night Song..

ammirhafzan said...

britny ada blues sikit. tapi aku prefer cinderella lagi. nanti aku kasi write psl cinderella plak

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...