Monday, August 22, 2011

Kix - Don't Close Your Eyes



Antara elemen lagu yang baik, ialah chorus yang mencengkam jiwa dan juga lirik yang lari dari norma biasa. Kix telah mencapai kejayaan melalui Don't Close Your Eyes dengan melodi yang baik dan mesej tentang self esteem, kesunyian dan jauhi perbuatan bunuh diri. Lagu ini kualiti nyanyiannya menghampiri Love Hurts - Nazareth. Ballad ini dimuatkan dalam album Blow My Fuse yang telah menaikkan nama Kix sekitar tahun 1988. Vocal Steve Whiteman yang sedikit bluesy dan juga gandingan gitaris Ronnie "10/10" Younkins dan Brian "Damage" Forsythe telah menaikkan nama Kix setanding dengan Tesla, Poison dan Winger dalam arena hair metal.

Lagu ini sentiasa dalam playlist aku.


Britny Fox - Girlschool



Entah apa yang peliknya malam ni aku tetiba aja terpanggil untuk dengar lagu Girlschool dari band American glam rockers Britny Fox. Pada tahun 1988, kaset band ni aku beli hanya kerana imej glam rocknya dengan les paul. Setelah dengar lagunya, aku rasa band ini ada something to offer. Vocal frontman "Dizzy" Dean Davidson yang juga rythm gitaris agak menarik. Mungkin kerana aku memang minat gila kat Tom Keifer. Adanya unsur-unsur Cinderella dalam band ini adalah kerana ex-Cinderella, Micheal Kelly Smith sebagai gitaris.


Girlschool merupakan single yang menaikkan nama band ini dan juga disupport dengan video clip yang menarik lebih-lebih lagi pada zaman 80's MTV. Tak lama kemudian, Dean Davidson keluar dari Britny dan form band baru Blackeyed Susan. Ada juga attempt untuk reunion balik dalam 2010, tapi setakat ini belum ada material baru keluar selepas album akhir mereka sekitar awal 90'an yang aku rasa lebih berbaur grunge. Apa-apa pun, band ini adalah salah satu band yang perlu anda tahu jika minat 80's hair metal yang lebih rock n roll.

Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa Universal Music


Alhamdulilah, bulan penuh berkat ini ada juga yang berbakti kepada anak yatim piatu. Semalam aku bersama Relay dijemput untuk menhadiri majlis berbuka puasa bersama bloggers dan adik-adik dari rumah Mahdad Tahfiz Baitul Ummah, Danau Kota. Majlis anjuran Universal Music Malaysia ini berlangsung di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru.
Makanannya bagus tetapi yang paling "kick" ialah Pengat Durian. Amat sedap highly recommended! Maka ramailah artis-artis baru dan lama join memeriahkan majlis seperti Ana Rafali, Sixth Sense, Man Keedal, Yazer AF dan lain-lain.
TQ penganjur..



Kugiran di Tepi Pantai memulakan persembahan dengan lagu Awan Nano versi surf. Kombat ko memang hebat!

Rakaman Album Relay



Semenjak bermulanya bulan Julai 2011, setelah lama berehat aku mula manage band berkonsepkan Britpop, Relay. Relay ini dianggotai oleh Aleem, Irfan dan Adeel. Siapa mereka ini? Aleem merupakan bekas gitaris OAG dan juga The Times (bagi album Soda Pop Rok n Roll dan Nada Melankolik Malaya). Beliau juga merupakan penulis lagu hit Elyana "Diriku Tapak Sulaiman". Irfan pula merupakan bekas drummer bagi ACAB, The Times dan session player untuk Bittersweet, Pesawat dan juga Gerhana Ska Cinta. Manakala Adeel pula merupakan gitaris dari Kota Singa.



Relay sedang busy merakam 3 lagu bagi album yang bakat rilis bulan November 2011 ini di Kings Studio. Single pertama Relay "Provokasi" kerap diputarkan di radio tempatan seperti XFM, SuriaFM dll. CD Relay ini akan diedar oleh Universal Music Malaysia dan diterbitkan oleh Relay Records. Antara tajuk-tajuk lagu yang dirakam ialah Oksigen, Opps!, Dejavu. Sepanjang bulan Ramadhan ini setiap malam weekend kami berkampung di studio, bagi menyiapkan yang terbaik. Relay bakal mengadakan promo showcase, jadi kawan-kawan semua perlu standby!

Friday, August 12, 2011

Jani Lane Warrant R.I.P



Warrant? Mungkin ramai yang tak tahu band ini. Warrant antara band yang baik pernah muncul semasa era hujung Hair Metal sekitar 87-90 bersama sama Winger,Firehouse, Mr Big dll. Album seperti Dirty Rotten Filthy Stinking Rich dan Cherry Pie menampilkan hit single seperti Heaven, Sometimes She Cries, I Saw Red dan Cherry Pie. Muzik yang tak terlalu teknikal,komposisi yang baik dan juga guitarwork yang bagus merupakan trademark Warrant ini.



Hari ini, Jani Lane (vocal) telah meninggal dunia. Semoga legasi muziknya terus dihargai.
Lagu Heaven ini merupa lagu pertama aku kenal Warrant, salad ballad yang baik..TQ Jani lane.


Sunday, August 07, 2011

Chidlren Of Bodom ke Singapura


Antara band yang paling mengegarkan arena muzik metal 5 tahun ini, COB bakal beraksi di kota Singa. Apalagi kawan2, mula kumpul duit tabung, kita headbanging sama Alexi Laiho!

Kalau korang nak tahu bertapa hebatnya Alexi dan gengnya, checkout video ni.




Monday, August 01, 2011

Whitesnake Live In Kuala Lumpur

Bak kata rocker kental Abe Wan, "Kawe kalu tok gi tgk Coverdale ni, kawe kerat rambut, malu nak dengar lagu rock lagi!"




PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...