Sudah banyak bulan aku tak menulis di sini. Maaf sangat, komitmen cari makan. Untuk aku ambil masa setengah jam dengar lagu pun susah. Di rumah pun letak kepala aja ..mesti zzzzzz. Aku makin worn out..
Aku dah penat.
Tapi aku nekad kembali semua dalam bidang "membuat apa yang aku suka" especially muzik. Bulan puasa ni susun strategi cantik cantik. Aku miss birthday present utk diri sendiri yang mana setiap tahun aku kumpul duit dan beli utk diri sendiri. Tahun ni sebelum disember, aku akan beli mini hifi dan bikin ruang untuk aku dengar lagu kat rumah. Bilik yang dulunya aku punya dah kena hijack dengan adik aku yg masuk belajar kat kl ni..
Apa aku enjoy lately?
Aku ada projek bikin/upgrade studio kecik aku walaupun dah lama ada, tapi kenalah bagi nafas baru.
novation 49 sl mkii aku beli semalam...
Projek upgrade gitar lama. Dalam beberapa bulan ni aku kasi jual banyak gitar, sekarang cuma tinggal gitar yg sakit...dan aku akan upgrade satu persatu bermula dengan les paul siam copy. Aku dah beli kluson tuning machine..dan juga tesla vr nitro utk les paul ni.
Lately..aku kembali dengar Blackmore balik..
Tuesday, August 14, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Randy Rhoads merupakan salah satu influence hebat dalam arena muzik heavy metal. Bermula dari Quiet Riot sehingga era Ozzy Osbourne, Randy Rhoads dilihat sebagai bintang muda yang berpotensi besar dalam arena muzik sekitar awal 80′an. Arena muzik telah kehilangan guitar virtuoso dalam satu tragedi kemalangan kapal terbang pada 19 March 1982, dan ketika itu Randy Rhoads baru berusia 25 tahun.
Randy Rhoads sentiasa diingati bagi hasil seninya dalam penulisan lagu dan rakaman bersama Ozzy Osbourne untuk album 1980″Blizzard Of Ozz” dan album 1981 “Diary Of a Madman”. Gitaris muda ini memulakan karier muzik rock dengan menubuhkan Quiet Riot ketika berumur 16 tahun dan band ini menjadi popular di scene club di sekitar Los Angeles. Randy telah menarik minat Ozzy ketika beliu menghadiri sessi ujibakat pada 1979, dan beliau telah diterima sebagai gitaris untuk projek Ozzy Osbourne.
Dengan elemen mengabungkan elemen klasik dengan gaya tersendiri, Rhoads telah menghasilkan beberapa riff yang terkenal dalam genre Heavy Metal. Hasil permainan gitarnya di dalam “Blizzard Of Ozz” merupakan faktor utama dalam kejayaan album itu. Sehingga hari ini, karya gitar solo untuk “Crazy Train” dan “Mr Crowley” merupakan antara koleksi gitar solo terbaik pernah dihasilkan.
Tuesday, April 17, 2012
Cromok 25th Year Anniversary Reunion - Part 2
Selepas berehat selama 15 minit, kira-kira jam 6 petang cromok mengambil tempat di pentas. Kelihatan wajah Sam tersenyum, senyum puas apalagi bangga dengan penantian penuh harapan audiens. Mulai dengan intro Ulek Mayang amat kena untuk menaikkan semangat penonton kembali ke era Cromok. Cromok tampil gah di pentas, Sam, Karl dan Miji dengan wajah ceria dan dibantu oleh guitarist session dari band Nrocinu, Shah.
Cromok menyajikan lagu-lagu dari album klasik mereka terawal dan nyata ini yang di nantikan penonton. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu ialah Journey, Misty, Metalurgical, Memories, Little One, The Siblings, Obsessed dan banyak lagi. Kebanyakan seleksi mereka nyata dari album Image Of Purity, forever In time dan Yours Truly lebih-lebih lagi pada zaman era Karl sebagai gitaris. Cromok menampilkan kelainan dengan memainkan lagu Another You versi akustik. Ternyata ianya amat berkesan bagi “menyejukan” suasana dengan alunan syahdu akustik Karl. Sam amat selesa di pentas dan bijak berinteraksi dengan penonton dan ini merupakan plus point bagi band yang berpengalaman ini.
Apa yang special tentang konsert ini? Semangat! Walaupun sudah lebih 15 tahun tidak bersama beraksi tetapi kredit patut di berikan kepada Cromok. Mereka tidak menghampakan kesetiaan Cromers dan juga generasi baru dalam mempersembahkan muzik metal berkualiti. Jentera drum mereka Miji, patut di beri pujian kerana konsistensi dan juga permainan yang baik dalam memandu jentera rythm Cromok dengan dentuman double pedal yang padu. Keterujaan dan juga perasaan bangga di wajah Cromok jelas terbayang seribu kenangan manis mereka dalam perjuangan muzik keras. Ini adalah sesuatu yang hanya dicapai dengan melalui pengalaman. Definetely, undistiputed local metal act so far dan juga konsert terbaik bagi 2012 ini.
Tahniah Clockworks Event dan Uncang Tiga. Amat mengalu alukan projek seterusnya dari Cromok!
Cromok 25th Year Anniversary Reunion - Part 1
Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, aksi reunion/comeback band
tempatan menjadi pilihan utama bagi penggemar muzik, khususnya muzik
keras tempatan. Tahun lepas, kita menyaksikan Search dan Wings
melebarkan sayap dengan konsert besar-besaran dengan kehadiran peminat
yang amat memberangsangkan.
Kemelut industri muzik yang sentiasa berubah rubah dan tidak menjanjikan progres seperti yang diharapkan oleh pemuzik terutamanya muzik berat, sering menjadi elemen negatif terhadap penganjur keputusan penganjur untuk menyajikan pementasan yang berskala besar dan berkualiti bagi pengemar muzik tempatan. Sekaligus, membantutkan perjuangan pengkarya muzik lalu memberi ruang untuk artis luar beraksi di pentas tempatan. Ini hakikat yang masih kita kena telan dan harus bersetuju. Sebagai salah satu daripada series Konsert Rock Legends, Clockwork Events telah menampilkan Cromok Reunion selepas kejayaan konsert Loudness yang lalu.
Mengapa Cromok?
Mengangkat local music act sebagai idola juga lagenda adalah sesuatu yang sepatutnya telah lama disemat didalam minda rakyat kita. Selain Search, Wings, May dan Lefthanded, Cromok merupakan lagenda di kelasnya yang tersendiri. Ini terbukti dengan berjayanya konsert Cromok Reunion: 25th Years Anniversary anjuran Clockwork Events dan Uncang Tiga. Konsert ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri, dan bagi yang menyaksikannya, hanya anda tahu apa maksud yang saya perkatakan!
Dengan tagline “Trashing Kuala Lumpur”, Karl, Miji dan Sam kembali bersama di pentas KL Live pada 8 April 2012. Jam 2.30 petang, ruang parkir KL Live mula dibanjiri dengan “soldadu metal hitam” dari pelbagai peringkat umur. Ada juga yang berbaju kemeja pejabat dan tak kurang juga geng remaja rasanya baru mengenali Cromok menerusi era MP3. Ada yang dari Perlis, Kelantan dan juga sejauh Borneo. “Excitement “jelas kelihatan di wajah mereka, teruja untuk menyaksikan Cromok. Usahawan di Marchandise booth sibuk menjual t-shirt Cromok reunion, dan kualitinya agak baik dengan harga yang patut. T-shirt Cromok ini perlu dibeli, ia akan jadi rare item akan datang!
Jam 4 petang, saya sempat menjenguk sessi soundcek Langsuyr dan juga Nuclear Strikes sebelum penonton dibenarkan masuk. Kelihatan juga beberapa “familiar faces” sedang bertungkus lumus untuk menyediakan system bunyi dan menyediakan pentas, busy-busy. Keadaan agak santai sebelum konsert dimulakan, dan penonton beratur masuk dengan teratur tanpa kecoh-kecoh, Ini attitude yang terbaik dari Metalheads tempatan, syabas!
Opening Act 1 : Nuclear Strikes
Kira-kira jam 4.30 petang, sebelum persembahan dimulakan, MC telah
mengajak penonton untuk menghormati dan menyanyikan lagu Negaraku dan
seterusnya memulakan persembahan dari opening act pertama, Nuclear
Strikes.
Metal Kajang ini memulakan setnya dengan begitu bertenaga. Dengan
permainan double lead gitar, mereka memulakan dengan lagu pertama World
At War dari EP mereka “Megastrom Eye”. Pada awal persembahan, sedikit
kepincangan teknikal berlaku apabila suara penyanyi utama Ladyana
ditengelami dentuman dram dan juga bunyi gitar. Suara Ladyana seakan
bersembunyi dibelakang muzik mereka. Masalah ini semakin berkurangan
apabila mereka tampil dengan lagu cover dari Scorpions, Blackout.
Penonton kembali memberi respons yang baik setelah bermulanya Blackout.
Gandingan mantap dua gitar One Two Kill dan Rex sememangnya serasi dan
menampakkan kombinasi yang cukup persefahaman.

Kredit juga perlu diberikan kepada Ladyana, sebagai vokalis wanita
dalam arena musik metal tempatan adalah sesuatu yang agak “rare”, namun
dengan kesungguhan dan juga aksi yang agresif, beliau mampu menarik
minat penggemar muzik berat. Sebagai vokalis, beliau perlu memperbaiki
sebutan (pronunciation) semasa persembahan dan juga komunikasi. Aura
Doro Pesch juga Lita Ford ada pada Ladyana, cuma perlu lebih banyak
beraksi, pasti namanya akan terus bersinar. Beri sedikit masa lagi,
Nuclear Strikes bakal menjadi antara band berpotensi di arena metal
tempatan sekiranya mereka berusaha. Nuclear Strikes mengakhiri
setlistnya dengan lagu self title dari EP mereka Megastorm Eye.
Opening Act 2: Langsuyr

Kemunculan Azmaniac di pentas mendapat sorakan
gemuruh dari penonton. Sesungguhnya Langsuyr merupakan band yang mereka
nantikan kemunculannya. Band senior Death Metal Ipoh ini sudah agak lama
menyepi, mengumpul tenaga dan juga material. Sejurus Azlanthor
memulakan persembahan, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bunyi gitar
yang agak kurang memuaskan dan juga humming menganggu persembahan
mereka. Solo-solo yang dimainkan tengelam dan suara vokalisnya juga agak
kurang memuaskan. Namun, Langsuyr tetap meneruskan aksi dengan lagu
Malam, Mata Ayer dan beberapa lagu inggeris. Sunut merupakan hits
Langsuyr yang paling ditunggu, namun masih dicemari masalah gangguan
sistem bunyi. Aksi ala-ala Zombie Azlanthor merupakan trademark
Langsuyr, telah menyelamatkan keadaan. Sebagai vokalis death metal,
beliau merupakan satu asset yang berharga bagi Langsuyr dan mampu
membikin penonton teruja dan memberi feedback yang baik. Seperti
kehilangan sesuatu yang istemewa dalam persembahan langsuyr pada malam
itu, mungkin disebabkan masalah bunyi, kurang keserasian atau
kekosongan di bahagian tertentu dalam rhythm section, tidak pasti.
Walaubagaimanapun, material terbaru mereka adalah sesuatu yang dinanti.
Opening Act 3: Metalasia
Profesionalism. Exact word yang boleh di berikan kepada Metalasia.
Metalasia tampil gah dengan lineup tanpa Ritz. King Shah kelihatan
seperti Witch dengan berpakaian jubah bertudung (cloak), memberi satu
impresi yang berbeza dari Metalasia yang selalu kita lihat. Agak janggal
rasanya muzik mereka kali ini, ketiadaan rythm gitar sedikit sebanyak
memberi impak kepada muzik persembahan mereka. Pembukaan dengan lagu
Silantra oleh Muix cukup bertenaga sekaligus membangkitkan semangat
penonton untuk banging bersama. CD Naz muncul sebagai guest Metalasia
bagi lagu Khalifah Alam Maya, sesuatu yang extra oleh Metalasia. Amat
bertenaga!
Metalasia kali ini tidak lagi muncul dengan gimik-gimik api dan juga
pedang satria, namun muziknya tetap bertenaga. Kemunculan Metalasia pada
petang itu merupakan satu “wonderful effort” King Shah untuk
peminatnya, kerana beliau telah kehilangan cahaya matanya beberapa hari
sebelum berlangsungnya konsert tersebut. Beliau menitiskan airmata
apabila MC mengumumkan tentang kematian anaknya, dan kami sebagai rakan
dan juga peminat muzik amat bersimpati dengan keadaan tersebut. Penonton
bertakafur sebentar dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah, sebelum
tamatnya set Metalasia. Set Metalasia telah dipendekkan kerana mengejar
masa, dan seterusnya giliran gergasi trash, Cromok!
Kemelut industri muzik yang sentiasa berubah rubah dan tidak menjanjikan progres seperti yang diharapkan oleh pemuzik terutamanya muzik berat, sering menjadi elemen negatif terhadap penganjur keputusan penganjur untuk menyajikan pementasan yang berskala besar dan berkualiti bagi pengemar muzik tempatan. Sekaligus, membantutkan perjuangan pengkarya muzik lalu memberi ruang untuk artis luar beraksi di pentas tempatan. Ini hakikat yang masih kita kena telan dan harus bersetuju. Sebagai salah satu daripada series Konsert Rock Legends, Clockwork Events telah menampilkan Cromok Reunion selepas kejayaan konsert Loudness yang lalu.
Mengangkat local music act sebagai idola juga lagenda adalah sesuatu yang sepatutnya telah lama disemat didalam minda rakyat kita. Selain Search, Wings, May dan Lefthanded, Cromok merupakan lagenda di kelasnya yang tersendiri. Ini terbukti dengan berjayanya konsert Cromok Reunion: 25th Years Anniversary anjuran Clockwork Events dan Uncang Tiga. Konsert ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri, dan bagi yang menyaksikannya, hanya anda tahu apa maksud yang saya perkatakan!
Dengan tagline “Trashing Kuala Lumpur”, Karl, Miji dan Sam kembali bersama di pentas KL Live pada 8 April 2012. Jam 2.30 petang, ruang parkir KL Live mula dibanjiri dengan “soldadu metal hitam” dari pelbagai peringkat umur. Ada juga yang berbaju kemeja pejabat dan tak kurang juga geng remaja rasanya baru mengenali Cromok menerusi era MP3. Ada yang dari Perlis, Kelantan dan juga sejauh Borneo. “Excitement “jelas kelihatan di wajah mereka, teruja untuk menyaksikan Cromok. Usahawan di Marchandise booth sibuk menjual t-shirt Cromok reunion, dan kualitinya agak baik dengan harga yang patut. T-shirt Cromok ini perlu dibeli, ia akan jadi rare item akan datang!
Jam 4 petang, saya sempat menjenguk sessi soundcek Langsuyr dan juga Nuclear Strikes sebelum penonton dibenarkan masuk. Kelihatan juga beberapa “familiar faces” sedang bertungkus lumus untuk menyediakan system bunyi dan menyediakan pentas, busy-busy. Keadaan agak santai sebelum konsert dimulakan, dan penonton beratur masuk dengan teratur tanpa kecoh-kecoh, Ini attitude yang terbaik dari Metalheads tempatan, syabas!
Opening Act 1 : Nuclear Strikes
Opening Act 2: Langsuyr
Opening Act 3: Metalasia
Friday, April 06, 2012
Arch Enemy – Khaos Legion (Century Media)
Kembalinya ekspot muzik Sweden, Arch Enemy dengan album Khaos Legion ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk di tunggu. Khaos Legion adalah lebih terarah kepada dua album klasik terhebat mereka, Anthems Of Rebellion (2003) dan Doomsday Machine (2005). Yang paling menarik dalam album ini ialah kombinasi jentera rhythm double pedal Daniel Erlandsson (drums) dan Sharlee D’Angelo (bass) begitu melekat, antara yang terbaik bagi album AA setakat ini. Sebaik sahaja kamu mainkan track pertama, Khaos Overture kamu akan melekat terus ke track ke 2 Yesterday Is Gone yang riffingnya memang menyengat.
Track seperti “Under Black Flags We March” dan “No Gods, No Master” merupakan groove rythm yang memanggil kita untuk terus berheadbanging. Apa yang membezakan Arch Enemy dengan band seangkatannya? Kombinasi guitarwork Amott bersaudara. Sebagai shredder, mereka tidak gelojoh untuk meletakkan solo-solo yang laju dan ganas, sebaliknya meletakkan solo-solo yang lebih simple bermelodi klasikal dan disulami riffing yang berat, ini merupakan trademark kelebihan Arch Enemy dari dulu lagi. Ada juga unsur2 The Eagles Hotel California dalam solo “Under Black Flags We March”, tetapi dengan garapan baru yang menarik. Ada unsur-unsur progresif dalam sesetengah lagu, ini bonus point untuk Khaos Legion,
Tidak perlu dipertikaikan lagi kemampuan Angela Gossow. Sekiranya anda belum berpeluang menyaksikannya di pentas, anda perlu berbuat demikian. Aksi dan karismanya sebagai tonggak utama AA sekaligus mampu membawa penonton turut sama bersamanya growling. Tidak ada banyak bezanya nyanyian Angela dalam album ini, dan ini yang perlu dikekalkan. Sebagai seorang vokali muzik extreme, vokal Angela telah menjadi satu trademark kepada AA dan beliau mendahului pesaingnya. Angela telah memberikan pelbagai emosi yang sepatutnya dalam setiap lagu, secara brutal. Miliki album ke 8 AA ini, ianya akan menjadi koleksi yang klasik suatu masa nanti.
Monday, March 12, 2012
Cromok 25th Anniversary Reunion - Press Conference
Sejarah Cromok ini bagi aku ada specialnya. Way back in 1990, masa aku nak ambik SPM dulu, masa ni muzik jiwa aku trash. Apa saja barang keluar, janji trash aku layan. Sacred Reich Surf Nicaragua, Anthrax State Of Euphoria, Suicidal Tendencies..How Will I Love Tomorrow dan Act III Death Angel hari-hari aku main di walkman.
Zaman tu walkman ajalah yang mampu, maklumla tinggal dalam dorm. Tapi satu hari ada member aku anak orang KL sudah kasi aku dengar satu kaset TDK copy dengan kulit fotostat gambar kuda minum air. Cuma ada 6 lagu. "Ini band orang kita, student U kat Australia..cuba ko cari macamana nak jamming lagu dia". Maka kaset tu pun jadi lunyai akibat banyak tangan pinjam terus hilang, sampai ke bilik pengawas pun main lagu ni...hehehe. Apa yang hook pasal kaset Image Of Purity ni..ialah orang kita Malaysia, anak melayu sekolah tinggi tapi main trash metal...Ulik Mayang somemore! Beb, one day these students will follow..
Sedang dalam kekalutan bulan April yang penuh dengan showcase band hebat luar negara, ada satu showcase yang tak sepatutnya kamu lepaskan, sekiranya kamu Metalhead tempatan. Yang lain tu terserah kamu.
Lineup klasik Cromok ini adalah sesuatu yang ditunggu, kali ini sebagai 25 tahun anniversary. Lineup klasik ini juga pernah beraksi di Life Centre pada 1992, tapi pada masa tu takda pendapatan jadi tak dapatlah nak tengok. Karl, Miji dan Din kembali bersama setelah beberapa kali rumours yang Cromok akan bergabung, kali ini for real. Bersiap sedia untuk banging dengan Journey, Misty, Metallugical, Misery dan lain-lain lagi. Clockwork Events dengan bangganya membawakan konsert ini yang bakal berlansung di KL Live. Antara supporting act ialah Kajang metal master Nuclear Strikes, Sil Khannaz dan juga Langsuyr.
Pastikan kamu ada pada 8 April 2012 di KL Live. Tiket boleh didapati di www.ticketpro.com.my
More update, checkout:
http://www.facebook.com/ClockworkCrewMalaysia
Sunday, March 11, 2012
Dream Theater - A Dramatic Tour Of Events In Singapore 2012
Progressive Metal Master, Dream theater datang lagi ke Kota Singa. Aku dah pernah experience live show DT ni, cukup puashati. Kali ini apa yang bakal menarik untuk racun aku pegi lagi ialah Mike Mangini. LAMC Productions sekali membawa DT ke Singapura, kali ini ada guest artis Andy McKee. Details:
Tarikh : 2 May 2012
Lokasi : Kallang Theater
Masa : 7.00pm
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Assalamualaikum, Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress...
-
30 March 2018 - Ini bukan pertama kali saya menyaksikan Arch Enemy beraksi di pentas. Pertama kali di Tennis Indoor Stadium Jakarta pada ...
-
Hahaha..weekend datang lagi. Hari ni aku ke Teluk Pulai, Kelang. Ada kawan "orang lama" kahwin. Tapi dalam kepala aku ni sejak pa...


