Lepas bertandang ke studio member aku di Taman Desa utk setup DAW dia, aku dgn partner ke TTDI Rasta. Ada kawan baru datang dari Singapura utk beraksi di gig ahad petang. Sambil minum santai, sembang pasal music scene yang ada sekarang. Band retro pop the Pinholes ini besar hajatnya apalagi semangatnya utk bertapak kolaborasi bersama rakan di sini. The Pinholes sedang dalam rangka promosi EP terbarunya Youth Of Gold.
Jadi semalam jam 3 petang melilau jugak aku mencari lokasi AltHQ di Farenheit 88, Bukit Bintang. Lokasi baru ini agak tersorok, apalagi semalam adalah pembukaan pertama kalinya utk audiens. So agak kelam kabut sikit. Lokasi menarik, selesa (aircond sejuk) dan cukup sesuai utk "gig kecil" dengan adanya stage paras 2 kaki, kapasiti muatan kira2 200 orang (aku agak ja) dan juga kafe untuk lepak2. Backline yang sesuai dan cukup untuk kapasiti audien disediakan. Cuma sistem audionya masih boleh di "improve" dengan sedikit audio insulation, baru soundnya lebih clear dan puas utk band dan audien.
Jam 6 petang barulah mula dengan band pertama. Mungkin kelewatan itu akibat venue masih lagi dalam renovasi tapi selesa. The Pinholes muncul di slot kedua dengan attire biru memulakan setlistnya dengan lagu Long Live Rock n Roll, Laobe (Cover The Swallows), Sunshine, Lithium (Nirvana Cover), Preferably and beberapa lagu lagi. Keserasian bersama di pentas adalah kekuatan mereka, dan ditambah lagi dengan elemen " feel the fun" bermuzik membuatkan band ini bukan calang-calang. Sayangnya, The Pinholes terkejar2 kejar kerana jadual bas balik ke Singapura dalam jam 7.30 ptg. The Pinholes perlu di beri perhatian bagi follower muzik pop tempatan. Produksi lagu yang baik, paduan suara harmoni dengan penulisan Famie yang relaks penuh attitude 60's modsnya menjadikan mereka berada dalam kelas tersendiri. Cuba dapatkan EP mereka ini dan dengar, anda akan tersenyum, silap-silap akan terus menari.
Selain selalu sangat layang muzik berat, apa kata layan muzik rock n roll ala 60'an. Mereka ini mengingatkan aku kepada Beach Boys, Cliff Richard The Shadows, The Kinks dan beberapa lagi. Favorite track aku Sunshine dan Preferably. Apalagi dapatkan EP The Pinholes, hadir ke showcase mereka (katanya bulan Mei ini di The Bee) dan follow mereka di https://www.facebook.com/thepinholes
Monday, April 08, 2013
Monday, February 11, 2013
Earthshaker - Midnight Flight
![]() |
| cover kaset yang disalotape, tapi masih terjamin kulaitinya. |
Biasanya kalau sebut saja band heavy metal paling hebat dari Jepun, mesti kita terfikir Loudness. Tetapi ada satu lagi band legend dari negara matahari terbit ini yang perlu di beri tabik hormat, Earthshaker.
Antara koleksi kaset aku yang lama bertahan ialah album Earthshaker-Midnight Flight dari tahun 1985. Album ini dirilis pada tahun 1984 oleh Roadrunner Productions dan ada 8 buah lagu dalam bahasa Jepun.
Earthshaker di anggotai Masafumi Nishida- Vokal, Shinichiro Ishihara -Guitar, Takayuki Kai - Bass dan Yoshihiro Kudo - Drum.
Personally, semua lagu dalam album ini sedap. Mungkin agak klise sekiranya mengetahui Earthsker ini hanya kerana Search men"cover" lagu first track T.O.K.Y.O yang dialih bahasa menjadi Nombor dalam album Cinta Buatan Malaysia. Seharusnya explore kesemua lagu-lagunya yang lagi best dari Tokyo ini.
Lagu-lagu dari album ini banyak mempengaruhi asas permainan muzik dan pembikinan lagu-lagu band tempatan pada era 1985-1987. Lagu best yang selalu aku dengar ialah "Midnight Flight" dan "Zawameru Tokieto" tetapi fav track aku ialah "Radio Magic". guitar work yang bagus dan chorus yang catchy ada pada RadioMagic. Earthshaker masih aktif dan masih bermain di gig-gig sekitar Jepun, cuba checkout Youtube mereka!
Friday, February 08, 2013
Jalan-Jalan : Alor Setar
Memandangkan ada beberapa hal penting untuk diuruskan , minggu lepas aku drive ke Alor Setar. Aku fikir lagi baik aku ke sana sebelum musim cuti CNY, taknak bersesak dalam jem. Walaupun A.S ini bukan tempat asal aku, aku familiar jugak kerana dulu aku biasa merempit kat sana masa zaman belajar dulu. Jadi jalan kat A.S, Jitra ni aku tak sesat la, tapi kalau luar A.S ni aku agak terkial-kial juga nak cari. Biasala kalau balik A.S ni, makan mesti best punya.
Sampai saja aku terus ke Nasi Lemak K, kat Jalan Putra. Dekat dengan masjid besar tu.
Esoknya aku diajak ke Simpang Kuala, katanya murtabak dan roti canai paling best (macam alor setar best kept secret kerana tempat ni tak ramai lagi yang tahu). Memang best, rotinya lembut, murtabaknya best especially bawangnya yang fresh dan rasa dagingnya yang kaw..highly recomended, restorennya nama Restoren Sayang. Tengok gambar di bawah!
Petangnya pula aku ada temujanji, dengan kawan baru Heavy Metal dari Alor Setar. Beliau merupakan penyanyi utama band trash Storming Steel dari A.S, juga pemilik distro/studio Trashing Fist Production. Banyak stuff yang rare. Sempat jugak aku sambar CD Tribute To Silent Death & Kreator Phantom Antichrist.
Aku stay beberapa hari dan balik KL sebelum CNY. Dalam perjalanan aku singgah di Prai untuk ziarah member lama. beliau seorang penulis/editor ruangan muzik di akhbar Inggeris tempatan sekitar 70an hingga awal 90an.
Tahun 2013 ini merupakan tahun aku banyak travel (dalam negeri aja), jadi akan banyakla post psl makan, jalan-jalan, gambar lokasi etc tetapi hal muzik pasti diutamakan..TQ
Sampai saja aku terus ke Nasi Lemak K, kat Jalan Putra. Dekat dengan masjid besar tu.
Esoknya aku diajak ke Simpang Kuala, katanya murtabak dan roti canai paling best (macam alor setar best kept secret kerana tempat ni tak ramai lagi yang tahu). Memang best, rotinya lembut, murtabaknya best especially bawangnya yang fresh dan rasa dagingnya yang kaw..highly recomended, restorennya nama Restoren Sayang. Tengok gambar di bawah!
Petangnya pula aku ada temujanji, dengan kawan baru Heavy Metal dari Alor Setar. Beliau merupakan penyanyi utama band trash Storming Steel dari A.S, juga pemilik distro/studio Trashing Fist Production. Banyak stuff yang rare. Sempat jugak aku sambar CD Tribute To Silent Death & Kreator Phantom Antichrist.
Aku stay beberapa hari dan balik KL sebelum CNY. Dalam perjalanan aku singgah di Prai untuk ziarah member lama. beliau seorang penulis/editor ruangan muzik di akhbar Inggeris tempatan sekitar 70an hingga awal 90an.
Tahun 2013 ini merupakan tahun aku banyak travel (dalam negeri aja), jadi akan banyakla post psl makan, jalan-jalan, gambar lokasi etc tetapi hal muzik pasti diutamakan..TQ
Friday, February 01, 2013
Lobotomy & Humiliation @ Athotorgh King From Hell
Hujung minggu itu aku attend gig band trash otai, Athotorgh. lama tak dengar nama diorg ni tiba2 timbul awal 2013 ni. Kehausan metal aku ke Publika..tempat org santai ala-ala high income.
Lineup agak rare dgn menampilkan band lama senyap Herriot. Mungkin tengah readykan material?Kurang bersedia dgn kamera, kerana aku nak gi enjoy aja. So, ini video Lobotomy & Humiliation aja yang ada kerana kamera pinjam kehabisan bateri. Enjoy ya ..metal terbaik anak tempatan!
Lineup agak rare dgn menampilkan band lama senyap Herriot. Mungkin tengah readykan material?Kurang bersedia dgn kamera, kerana aku nak gi enjoy aja. So, ini video Lobotomy & Humiliation aja yang ada kerana kamera pinjam kehabisan bateri. Enjoy ya ..metal terbaik anak tempatan!
Wednesday, December 19, 2012
Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin
Semalam aku terimbas kat youtube konsert Ozzy yang lama bersama Jake E.Lee. Jadi hari ni, aku selongkar kaset kat dalam kotak. Ini antara kaset aku yang lama dlm simpanan dari tahun 1986, dan dah ikut aku ke dalam beg sekolah rendah, asrama, dorm , rumah bujang dan sampai sekarang masih elok. Kat cover tu kesan kotoran tu adalah kesan sambal tumis ikan bilis nasi lemak bekalan mak aku, tumpah dalam beg sekolah..pastu kantoi bawak kaset ke sekolah.
Album ini sebenarnya antara album hebat Ozzy, album ke 2 kolaborasinya bersama gitaris hebat Jake E. Lee (ex. Ratt/Dio). Album ini pertama kalinya menampilkan Phil Soussan (bassist) dan Randy Castillo (drummer), yang menggantikan Bob daisley dan Jimmy DeGrasso semasa bermulanya proses rakaman. Album ke 4 ini, merupakan album terpopular Ozzy pada zaman glam rock/hair metal pada pertengahan 80'an. Kebanyakan lagu di dalam album ini merupakan hasil kolaborasi Ozzy, Jake E.Lee dan Bob Daisley dan juga Soussan utk lagu "Shot In The Dark". Selepas tour album ini, Jake E.Lee telah di pecat dan digantikan dengan Zakk Wylde utk album seterusnya.
Keseluruhan album ini memang boleh layan, sedap dan ada nostalgianya tersendiri. Walaupun aku lagi feel dengan album Bark At The Moon (Jake.E.Lee era), album ini ada lagu-lagu yang aku suka seperti Killer Of Giants,Shot In The Dark dan Never Know Why. Honestly, aku lagi suka Jake.E.Lee dari gitarisOzzy sekarang..apa namanya? Emm Gus G, walaupun Gus memang hebat, tapi Jake E.Lee punyai kualiti tersendiri apalagi dengan Charvel Stratnya. A very underatted guitar player!
Vince Neil - Exposed
Kaset "ori" pertama aku beli dengan duit belanja sekolah ialah Motley Crue - Girls Girls Girls. Jadi semenjak itu, suara Vince Neil ni memang melekat kat telinga aku. Walaupun dia keluar Motley Crue pada 1992, aku tetap follow Vince ni punya projek solo. Kuatnya peranan Vince Neil ini dalam lineup Motley Crue, sehinggakan apabila dia dah keluar dari Motley, penjualan album Motley terus jatuh dan record label mereka mahukan Vince kembali sekiranya Motley ingin merilis album terbaru semasa era John Corabi.
Exposed, album pertama Vince secara solo. Pemilihan lineup yang tepat dengan meletakkan Steve Stevens (Billy Idol/Atomic Playboy) sebagai gitaris dan co-songwriter. Pada mulanya projek ini disertai oleh Phil Soussan, bass player Ozzy Osbourne (album Ultimate Sin/Beggars & Thieves), namun beliau hanya sempat menulis beberapa lagu dan kemudian keluar akibat tidak sefahaman dengan Steve Stevens. Exposed secara keseluruhannya tidak dapat menandingi kehebatan Motley Crue tetapi dari perspektif projek solo Vince, ianya merupakan satu konsep yang lebih segar, energetik dan lagu-lagunya ada kelainan dari acuan Motley Crue apalagi jika di bandingkan dengan album Dr.Feelgood. Guitarwork yang hebat telah mengubah album ini menjadi satu album yang agak berat bagi fan tegar Motley. Ada beberapa track yang menarik seperti look In Her Eyes, Sister Of Pain dan You're Invited But Your Friend Can't Come.
Tuesday, December 18, 2012
Alice Cooper - Trash
Album ke
18 dari lagenda rock horror Amerika, Alice Cooper. Jujurnya, aku tak pernah
suka lagu-lagu Alice sebelum aku dengar album Trash ini. Sebelum ini
lagu-lagunya ada kurang menarik bagi aku, mungkin perlu disulami dengan visual
baru aku suka..seperti pergi konsertnya atau video.
| ini Kane Roberts..ganas ganas.. |
Aku teringin nak dengar album ini semata-mata
kerana Kane Roberts. Masa tu hairmetal memang havoc, URTV pun cover beberapa
artikel termasuklah satu artikel tentang gitaris-gitaris hairmetal. Artikel tu
sikit saja reviewnya, tapi 2 page gambar hitam putih beberapa gitaris seperti
Tom Keifer, Richie Sambora, Steve Clark dll dan semuanya aku tahu muziknya
kecuali Kane Roberts ni yang posing dgn gitar bentuk machine gun. Jadi aku ke
kedai, beli kaset Alice Cooper. Tapi
rupanya Kane Roberts ni main 1 lagu saja dalam album ni, kebanyakan musician
yang main aku tak kenal pada masa tu mcm John McCurry, Hugh McDonald (session
bassist Bon Jovi lepas Alec) dll. Nak tengok video tu mana ada sumber.
Album
trash ini beli dalam format kaset. Apa yang menarik ialah guitarwork pada intro
lagu pertama tu sudah membuatkan aku terus lekat untuk ke track -track yang
seterusnya. Album ini beebeza dari album-album sebelumnya kerana ini album
comeback Alice selepas zaman suram dan antara album yang paling berjaya di era
80an dalam karier Alice. Kolaborasi dengan Desmond Child dan juga beberapa
artis hebat seperti Bon Jovi, Richie Sambora, Joan Jett dll dalam produksi dan
penulisan lagu, album ini menjadi hits dan dinominasi utk Grammy 1988.
Bagi aku
semua lagu dalam album ni sedap dan boleh main non-stop ulang-ulang. Ini penangan
kerja Desmond Child yang biasa kita dengar kerjanya dengan Bon Jovi dan
Aerosmith. Fav aku ialah lagu Poison, Bed Of Nails, Hell Is Livin Without You
dan Only My Heart Talkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Assalamualaikum, Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress...
-
30 March 2018 - Ini bukan pertama kali saya menyaksikan Arch Enemy beraksi di pentas. Pertama kali di Tennis Indoor Stadium Jakarta pada ...
-
Hahaha..weekend datang lagi. Hari ni aku ke Teluk Pulai, Kelang. Ada kawan "orang lama" kahwin. Tapi dalam kepala aku ni sejak pa...









