Thursday, May 23, 2013

Konsert Thunder In The East 2013 - BATAL!!!


Pastinya sesuatu yang cukup mengujakan apabila empat band lagenda rock Asia , Loudness, Search, Rusty Blade dan Slank bergabung di atas satu pentas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun 2013, jam 4 petang.
Konsert  "mega" sempena  judul album kelima Loudness ini bakal menjanjikan kehebatan muzik heavy metal dan rock & roll era 80-an yang masih relevan sehingga kini. Konsert Thunder In The East ini juga adalah kunjungan kedua Loudness ke Kuala Lumpur selepas mengegarkan KL Life Centre sempena World Tour King of Pain pada Julai 2011.

"Selama 30 tahun ditubuhkan dan sejak mula menyanyi bersama Loudness pada usia 21, pengalaman mendengar jeritan Kuala Lumpur membuat saya gembira kerana tidak pernah merasainya. Kami harap dapat kembali ke sini awal tahun depan," kata vokalis yang kini mencecah usia 53 tahun dan amat menghargai sambutan padu dari audien Malaysia. Loudness  juga bakal menampilkan aksi gitaris cilik dari Jepun sebagai saguhati untuk peminat yang  hadir nanti.
Menurut pengarah projek Iman Tang,  TITE 2013  lebih hebat dan 'setlist' yang lebih besar bakal dihidangkan Loudness berbanding konsert mereka di sini dua tahun lalu.  Setiap slot persembahan legenda-lagenda rock ini bakal menampilkan tidak kurang dari 13 buah lagu, khas dari era 80'an khusus untuk para pengemar muzik rock. Tercetusnya idea bagi mengadakan konsert gabungan bersama ini adalah dari pemerhatian beliau dengan konsert Big Four, di mana ke empat- empat band diberi "highlight " dan juga pembahagian masa persembahan yang samarata .

Dalam konsert ini, Search mahu bernostalgia dengan lagu-lagu era 80-an dan hanya akan membawakan lagu-lagu dari album Cinta Buatan Malaysia,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena  dan juga Karisma.
"Kami pernah bertemu di Singapura pada 1991 dan dia masih kenal saya hingga sekarang. Saya terharu kerana Loudness memberi penghormatan untuk bersama mereka di atas pentas dan sudah tentu pengalaman ini sukar dilupakan," kata Amy.

Menambah 'panahan halilintar' dalam konsert Thunder In The East 2013 ialah Slank yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Walaupun dalam kalangan sebahagian peminat di Malaysia nama Slank tidaklah segah band-band Indonesia lain yang lebih 'radio friendly' dan 'ganteng' tetapi di Indonesia, Slank adalah fenomena.
Berbanding tiga band lain, Slank yang dibarisi Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) adalah yang paling 'junior' kerana album sulung mereka Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) diterbitkan pada 1990. Namun, kini dengan 19 album studio serta jualan keseluruhan mencecah jutaan unit, mereka adalah 'living legend' di Indonesia dan layak di letakkan sebaris  bersama Search, Rusty Bladae dan juga Loudness.

Slank pernah mengungguli Anugerah BASF bagi kategori Album Paling Laris dari tahun 1991 hingga 1995 selain memenangi minimum satu anugerah dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) mulai 1997 hingga 2004. Setiap tahun, mereka akan melakukan konsert jelajah di 60 kota seluruh Indonesia. Setiap konsert pula dihadiri minimum 10,000 penonton dan ada yang mencecah sehingga 100,000! Dan, ia adalah konsert berbayar dan bukan percuma.
Menurut Abdee (gitaris) dalam satu temubual pernah berkata, kehadiran Search ke Indonesia satu masa dulu telah memberi banyak ruang kepada muzik rock untuk bertapak kukuh di Indonesia.  “Waktu itu band rock hampir tidak ada di arena muzik mainstream Indonesia. Kalau orang tahu pun cuma Godbless. Selainnya dipenuhi dengan penyanyi solo seperti Inka Christie, Broery Marantika, Hetty Koes Endang atau Tommy J Pisa. Indonesia lebih menerima muzik pop, jazz dan dangdut.
“Search membuka mata produser album di Indonesia. Ketika itu semuanya mahu melahirkan band rock seperti Search, muzik seperti Search dan sebagainya. Slank yang ketika itu sudah pun wujud dengan rock n roll akhirnya tidak mempunyai masalah untuk mendapat kontrak rakaman. Akhirnya album sulung kami, Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) mendapat sambutan yang cukup hebat!
"Kami sebenarnya berterima kasih dengan band rock dari Malaysia terutamanya Search. Kerana merekalah muzik rock di Indonesia akhirnya berkembang hingga ke hari ini,” katanya.

Inti muzik rocknya berat dan padat, namun sentuhan seni daripada jiwa Melayu kekal melekat! Inilah dapat digambarkan mengenai Rusty Blade, band rock yang bermula di Holland Village, di tengah-tengah kota Singapura pada 1979 selain pernah dilabel sebagai 'Iron Maiden of the East'.
Walaupun Singapura juga adalah tempat kelahiran band rock legenda Melayu, Sweet Charity serta band-band hebat lain seperti The Unwanted, Rockers dan Lovehunters, tetapi Rusty Blade berbeza kerana muzik mereka lebih berat selain persembahan yang cukup energetik!  Jika orang lain selesa dengan Deep Purple, Rolling Stones atau Scorpions, Rusty Blade lebih berpaksikan Black Sabbath, Judas Priest dan Iron Maiden yang lebih berat.
Walaupun berasal dari Singapura, Rusty Blade sebenarnya dianggap sebahagian daripada pergerakan komuniti rockers yang mewarnai muzik rock/heavy metal di Malaysia pada waktu itu, seiring dengan nama-nama besar di Malaysia seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed. Rusty Blade dianggotai Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Md Noor Hendrix (gitar) dan Man Karan (bass). Mereka memiliki empat album iaitu 786 Ikrar Perwira (1986); Rintangan Hidup Dunia (1987); Berat (1988) dan Awas (1989) yang mana kesemuanya memiliki kelebihan sendiri dari segi lagu dan gubahan muziknya.
Apa yang pasti, gabungan empat band legenda dari empat negara berbeza di atas satu pentas ini adalah berita yang amat dinanti-nantikan peminat rock tempatan. Konsert ini bakal mencatat sejarah dengan gandingan lagenda muzik dan juga bakal mengembalikan nostalgia rock di Stadium Merdeka. Apa tunggu lagi, beli tiket dan kembali "study" lagu-lagu nostalgia mereka seperti Pembakar Perasaan, Melastik ke Bintang, Derap Komando dan lain lagi untuk sing along nanti. Jumpa di sana!
Info Tiket:
 RM888 (VIP Platinum)
- Menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas.
- Mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki di Bentley Music Auditorium, Kota
Damansara.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12 tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.

RM398 (VIP Gold)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12
tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.
 
RM258 (VIP Silver)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.

RM138 (Ticket Biasa)
- Hanya ticket biasa berdiri.

- Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping.
- Bagi pembelian awal (early bird) bermula 18 Mei hingga 31 Mei ini, pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket.

- Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

- Maklumat mengenai konsert di www.clockwork.my

Facebook

Twitter@ThunderInEastMY; @clockwork_crew
 Instagram@TITE2013

Wednesday, May 15, 2013

Helloween - Straight Out Of Hell

Wowoww..ketika menulis post ini, saya sedang mendengar buah tangan terbaru Andi Deris dan kuncu2nya. jujurnya saya agak sangsi dengan prestasi Helloween beberapa album sebelum ini. Bermula era tahun 2000 dengan rabbit Dont come Easy (2003), keeper Of Seven Key Legacy (2005), Unarmed: Best Of (2010) dan 7 Sinners (2010), mereka gagal meyakinkan saya untuk membeli CD apatah lagi untuk mendengar lagunya berulang2 seperti dulu. Aku amat kecewa dengan 7 Sinner, apakah mereka ini cuba jadi trendy dengan follow arus muzik metal ala metalcore atau hanya album cuba-cuba. 7 Sinners membuatkan aku sudah tak checkout apa perkembangan Helloween yang dulunya aku follow hari-hari.


Ok! Straight Out of Hell, alamak tajuknya ganas semacam aja, adakah ini penyudahnya jadi macam 7 Sinners? Aku memang total salah, amat salah. Album ini membentuk kembali formula Weikath era Time Of the Oath dan Master Of The Rings. Mesti korang dah mula seronok mendengarnya khabar gumbira ini..ahahaha. Mungkin SOOH ini tidak sebagus album Time OtO atau Master OTR tetapi sudah menampakan mereka telah kembali ke arah itu. Ianya lebih dekat dengan album Gambling With The Devil tetapi lebih melodi.


Helloween adalah "headmaster" dan Weikath adalah "guru" dalam chorus2 cantik yang menaikan semangat utk menyelak balik koleksi album power metal lama-lama. Elemen epik dan juga guitarwork yang cukup-cukup (ngam soi) adalah antara formula yang diulang kembali dalam album ini tetapi dengan perisa yang lebih moden. Aku salah lagi! Lepas album Gambling aku fikir Andi Deris ni sudah pancit dan bakal hilang dengan lagu-lagu yang biasa2 saja apatah lagi dengan banyaknya effect suaranya dalam 7 Sinners. Tetapi dalam album ini, Deris ni mcm baru mula semangatnya, vokal yang power, high pitch dan juga tenaga banyak di hidangkan dalam album ini, dia lambat lagi mau pencen kalu macam ni.


Saya pernah saksikan Helloween beraksi di Spore, masa itu Danni Loed ini baru join band. Drummingnya sudah bagus pada masa tu, kini lebih baik. Aku rasa adanya perisa muda sepertinya membuatkan elemen songwriting dan rhythm groove album ini lebih bertenaga dengan pattern2 drum yang bertenaga lagi kreatif berpadu cantik dengan bass Markus Grobkopf,. Album ini ada keyboard, album lain pun ada jugak tapi sederhana nya pengunaan keyboard juga adalah "success key" bagi power metal acuan Helloween di sini. Kalau nak cerita bab gitar ni, penjang ceritanya kerana ini album guitarwork acuan helloween, melodik, speedy tapi diselit dengan emosi. Double lead Sascha Gerstner dan Micheal Weikath, memang lazat dan menepati lagu dan ada juga line gitar iras-iras era Weikath dan Hensen.


Personally aku suka track Far From The Stars, Waiting for The Thunder, Straight Out Of Hell, Years ( agak kompleks lagu ni), Another Shot Of Life (ini ala2 Scorpions + Manowar) dan Church Breaks Down (old school sikit gitar gulung2 best). Hold me in Your Arm pulak satu taruhan ballad dalam album ini, tidak sebaik Forever And One tetapi memuaskan hati. Album yang boleh dibeli dalam beberapa bulan ini, dan pastunya akan ada kat rak CD aku tak lama lagi. Helloween satu band yang "fun" untuk dinikamt live, kiranya ada peluang tampil di Kuala Lumpur amatlah rugi jika dipersiakan..a must go show!

Monday, April 08, 2013

The Pinholes : Dari Kota Singa With Love

Lepas bertandang ke studio member aku di Taman Desa utk setup DAW dia, aku dgn partner ke TTDI Rasta. Ada kawan baru datang dari Singapura utk beraksi di gig ahad petang. Sambil minum santai, sembang pasal music scene yang ada sekarang. Band retro pop the Pinholes ini besar hajatnya apalagi semangatnya utk bertapak kolaborasi bersama rakan di sini. The Pinholes sedang dalam rangka promosi EP terbarunya Youth Of Gold.




Jadi semalam jam 3 petang melilau jugak aku mencari lokasi AltHQ di Farenheit 88, Bukit Bintang. Lokasi baru ini agak tersorok, apalagi semalam adalah pembukaan pertama kalinya utk audiens. So agak kelam kabut sikit. Lokasi menarik, selesa (aircond sejuk) dan cukup sesuai utk "gig kecil" dengan adanya stage paras 2 kaki, kapasiti muatan kira2 200 orang (aku agak ja) dan juga kafe untuk lepak2. Backline yang sesuai dan cukup untuk kapasiti audien disediakan. Cuma sistem audionya masih boleh di "improve" dengan sedikit audio insulation, baru soundnya lebih clear dan puas utk band dan audien.


Jam 6 petang barulah mula dengan band pertama. Mungkin kelewatan itu akibat venue masih lagi dalam renovasi tapi selesa. The Pinholes muncul di slot kedua dengan attire biru memulakan setlistnya dengan lagu Long Live Rock n Roll, Laobe (Cover The Swallows), Sunshine, Lithium (Nirvana Cover), Preferably and beberapa lagu lagi. Keserasian bersama di pentas adalah kekuatan mereka, dan ditambah lagi dengan elemen " feel the fun" bermuzik membuatkan band ini bukan calang-calang. Sayangnya, The Pinholes terkejar2 kejar kerana jadual bas balik ke Singapura dalam jam 7.30 ptg. The Pinholes perlu di beri perhatian bagi follower muzik pop tempatan. Produksi lagu yang baik, paduan suara harmoni dengan penulisan Famie yang relaks penuh attitude 60's modsnya menjadikan mereka berada dalam kelas tersendiri. Cuba dapatkan EP mereka ini dan dengar, anda akan tersenyum, silap-silap akan terus menari.



Selain selalu sangat layang muzik berat, apa kata layan muzik rock n roll ala 60'an. Mereka ini mengingatkan aku kepada Beach Boys, Cliff Richard The Shadows, The Kinks dan beberapa lagi. Favorite track aku Sunshine dan Preferably. Apalagi dapatkan EP The Pinholes, hadir ke showcase mereka (katanya bulan Mei ini di The Bee) dan follow mereka di https://www.facebook.com/thepinholes





Monday, February 11, 2013

Earthshaker - Midnight Flight

cover kaset yang disalotape, tapi masih terjamin kulaitinya.

Biasanya kalau sebut saja band heavy metal paling hebat dari Jepun, mesti kita terfikir Loudness. Tetapi ada satu lagi band legend dari negara matahari terbit ini yang perlu di beri tabik hormat, Earthshaker.
Antara koleksi kaset aku yang lama bertahan ialah album Earthshaker-Midnight Flight dari tahun 1985. Album ini dirilis pada tahun 1984 oleh Roadrunner Productions dan ada 8 buah lagu dalam bahasa Jepun.
Earthshaker di anggotai Masafumi Nishida- Vokal, Shinichiro Ishihara -Guitar, Takayuki Kai - Bass dan Yoshihiro Kudo - Drum.



Personally, semua lagu dalam album ini sedap. Mungkin agak klise sekiranya mengetahui Earthsker ini hanya kerana Search men"cover" lagu first track T.O.K.Y.O yang dialih bahasa menjadi Nombor dalam album Cinta Buatan Malaysia. Seharusnya explore kesemua lagu-lagunya yang lagi best dari Tokyo ini.



Lagu-lagu dari album ini banyak mempengaruhi asas permainan muzik dan pembikinan lagu-lagu band tempatan pada era 1985-1987. Lagu best yang selalu aku dengar ialah "Midnight Flight" dan "Zawameru Tokieto" tetapi fav track aku ialah "Radio Magic". guitar work yang bagus dan chorus yang catchy ada pada RadioMagic. Earthshaker masih aktif dan masih bermain di gig-gig sekitar Jepun, cuba checkout Youtube mereka!

Friday, February 08, 2013

Jalan-Jalan : Alor Setar

Memandangkan ada beberapa hal penting untuk diuruskan , minggu lepas aku drive ke Alor Setar. Aku fikir lagi baik aku ke sana sebelum musim cuti CNY, taknak bersesak dalam jem.  Walaupun A.S ini bukan tempat asal aku, aku familiar jugak kerana dulu aku biasa merempit kat sana masa zaman belajar dulu. Jadi jalan kat A.S, Jitra ni aku tak sesat la, tapi kalau luar A.S ni aku agak terkial-kial juga nak cari. Biasala kalau balik A.S ni, makan mesti best punya.

Sampai saja aku terus ke Nasi Lemak K, kat Jalan Putra. Dekat dengan masjid besar tu.



Esoknya aku diajak ke Simpang Kuala, katanya murtabak dan roti canai paling best (macam alor setar best kept secret kerana tempat ni tak ramai lagi yang tahu). Memang best, rotinya lembut, murtabaknya best especially bawangnya yang fresh dan rasa dagingnya yang kaw..highly recomended, restorennya nama Restoren Sayang. Tengok gambar di bawah!



Petangnya pula aku ada temujanji, dengan kawan baru Heavy Metal dari Alor Setar. Beliau merupakan penyanyi utama band trash Storming Steel dari A.S, juga pemilik distro/studio Trashing Fist Production. Banyak stuff yang rare. Sempat jugak aku sambar CD Tribute To Silent Death & Kreator Phantom Antichrist.


Aku stay beberapa hari dan balik KL sebelum CNY. Dalam perjalanan aku singgah di Prai untuk ziarah member lama. beliau seorang penulis/editor ruangan muzik di akhbar Inggeris tempatan sekitar 70an hingga awal 90an.

Tahun 2013 ini merupakan tahun aku banyak travel (dalam negeri aja), jadi akan banyakla post psl makan, jalan-jalan, gambar lokasi etc tetapi hal muzik pasti diutamakan..TQ

Friday, February 01, 2013

Lobotomy & Humiliation @ Athotorgh King From Hell

Hujung minggu itu aku attend gig band trash otai, Athotorgh. lama tak dengar nama diorg ni tiba2 timbul awal 2013 ni. Kehausan metal aku ke Publika..tempat org santai ala-ala high income.
Lineup agak rare dgn menampilkan band lama senyap Herriot. Mungkin tengah readykan material?Kurang bersedia dgn kamera, kerana aku nak gi enjoy aja. So, ini video Lobotomy & Humiliation aja yang ada kerana kamera pinjam kehabisan bateri. Enjoy ya ..metal terbaik anak tempatan!


Wednesday, December 19, 2012

Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin


Semalam aku terimbas kat youtube konsert Ozzy yang lama bersama Jake E.Lee. Jadi hari ni, aku selongkar kaset kat dalam kotak. Ini antara kaset aku yang lama dlm simpanan dari tahun 1986, dan dah ikut aku ke dalam beg sekolah rendah, asrama, dorm , rumah bujang dan sampai sekarang masih elok. Kat cover tu kesan kotoran tu adalah kesan sambal tumis ikan bilis nasi lemak bekalan mak aku, tumpah dalam beg sekolah..pastu kantoi bawak kaset ke sekolah.


Album ini sebenarnya antara album hebat Ozzy, album ke 2 kolaborasinya bersama gitaris hebat Jake E. Lee (ex. Ratt/Dio). Album ini pertama kalinya menampilkan Phil Soussan (bassist) dan Randy Castillo (drummer), yang menggantikan Bob daisley dan Jimmy DeGrasso semasa bermulanya proses rakaman. Album ke 4 ini, merupakan album terpopular Ozzy pada zaman glam rock/hair metal pada pertengahan 80'an.  Kebanyakan lagu di dalam album ini merupakan hasil kolaborasi Ozzy, Jake E.Lee dan Bob Daisley dan juga Soussan utk lagu "Shot In The Dark". Selepas tour album ini, Jake E.Lee telah di pecat dan digantikan dengan Zakk Wylde utk album seterusnya.



Keseluruhan album ini memang boleh layan, sedap dan ada nostalgianya tersendiri. Walaupun aku lagi feel dengan album Bark At The Moon (Jake.E.Lee era), album ini ada lagu-lagu yang aku suka seperti Killer Of Giants,Shot In The Dark dan Never Know Why. Honestly, aku lagi suka Jake.E.Lee dari gitarisOzzy sekarang..apa namanya? Emm Gus G, walaupun Gus memang hebat, tapi Jake E.Lee punyai kualiti tersendiri apalagi dengan Charvel Stratnya. A very underatted guitar player!




PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...