Friday, August 26, 2011

Slaughter



Tak puashati rasanya kalau aku tak sambung cerita dua band VVI dan Slauhter ni. Macam tak adil pulak. Setelah keluar dari VVI, Mark Slaughter dan Dana Strum form Slaughter dibawah label Chrysalis. Kemudian, drummer Blas Elias dan gitaris Tim Kelly join untuk rekod 1st album Stick It To Ya dalam tahun 1989. Antara hit's pilihan dalam album ini ialah "Fly To The Angel" dan "Spend My Life". Band ini juga ada rilis satu lagu Shout It Out bagi filem lakonan Keanu Reeves "Bill and Ted Bogus Journey".





1993, album ke-2 "Wild Life" rilis dan kemudiannya band ini mula bermasalah. Aku lebih prefer album ini, lagunya agak lebih agresif dan balladnya jugak lebih melodic. Lagu pilihan peribadi dalam CD ini "Reach for The Sky", "Days Gone By" dan "Streets Of The Broken Heart". Kedua-dua CD awal Slaughter ini ada dalam koleksi.
Album ke 3 Fear No Evil menyusul walaupun dalam kebangkitan Grunge. Tim Kelly terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Selepas beberapa session gitaris, Jeff Blando dengan rasminya menjadi gitaris Slaughter. hingga ke hari ini, lineup ini masih aktif touring dan bermain di konsert-konsert sekita US.




3 comments:

Dr. Bentara said...

one of these days I'm gonna check them out again. Mungkin terlepas pandang dulu.

deaf-angel said...

up all night sleep all day

dulu2 aku asyik dengar je lagu ni kat radio.
tapi tak melekat haha

berteromber said...

aku suka lagu2 slow dorang...memang sedap2...

suka video clip Real Love...pasal ada Shannen Doherty...heheh...

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...