Thursday, February 27, 2014

Megadeth Live In Jakarta 2014



Reschedule to August 2014. Date TBC.

"MEGADETH" Killing Road-World Tour 2014 Live Concert in JAKARTA-AUGUST 2014 

ALL TICKETS buyers for 5 MARCH Date Show Still VALID for MEGADETH - AUGUST 2014 (Re-Schedule Show)

BUY ON-LINE Tickets via www.tommypratama.com,www.rajakarcis.comwww.ibudibjo.com & Others Official Tickets BOx ON-LINE / Official Counter T.Box Off Line.

Tickets Price :
VIP: IDR 850K, TRIBUNE L/R: IDR 550K, FESTIVAL: IDR 650K

More Info: 021-72784606, 92687001, 7261190.....Dont Miss It!!

Promoter : ORIGINAL PRODUCTION
twitter: @tporiginal777
Joint Facebook: Original Production

Monday, February 17, 2014

Steve Vai Line In Kuala Lumpur 2014


Hero gitar semesta, Steve Vai datang ke KL lagi buat kali ke 2 selepas Rentak Asia.
Sapa yang pergi kenalah kumbah balik koleksi Passion & Warfare dan lain-lain..

Sunday, February 02, 2014

Projek : Studio Recording & Control Room DIY Part 1


Fasa 1 : 2003-2018

Holaaa kawan-kawan. Dulu sekitar 1997, aku ada cita-cita nak ada studio sendiri untuk jamming dan recording. Semenjak di U dulu, aku dah mula kumpul instrument sikit-sikit dan kemudian sekitar 2001 aku dah ada jamming studio di area Ampang. Tetapi bikin studio ni bukan semudah dengan hanya ada instrument saja. Aku pernah hangus duit kerana bereksperimen dengan buat studio guna plywood dan karpet. Kemudian guna sponge, kulit telur dan pelbagai lagi kaedah tapi soundnya tetap bocor, kadang mengganggu sekitar apalagi bila jamming sound yang kuat gila. Jadi aku perlu study betul-betul soundproofing dan juga audio untuk pastikan tak salah langkah lagi dan gunakan apa yang perlu untuk dapatkan output yang terbaik.
2007, aku sudah berhenti operasi studio jamming kerana lot yang aku sewa dulu sudah diambil balik pemiliknya. Nasib baik aku beli lot yang berdekatan dan lebih baik lagi corner lot.   Mulanya aku sudah giveup, jamming studio perlukan kos maintenance yang tinggi dan aku sudah beralih arah ke bidang penerbitan dan rakaman. Aku perlu proper planning studio yang sesuai dengan keperluan produksi sendiri, dan yang penting lowest cost.

Fasa 2 : 2008-2011

Fasa 2 studio dalam pembikinan. Aku mula study-study dari buku untuk buat soundproffing. Aku tak mampu untuk ikut 100% dari panduan buku itu kerana kos dan kesesuaian penggunaan bahan dan ruang. Aku cuma menekankan sound absorbtion untuk rekod drumset, vokal dan untuk tidak bocor bunyinya keluar. Aku buat 2 bilik, 1 bilik untuk live/instument dan 1 bilik hanya utk DAW (control room).

Live room berukuran dalam 9' x 12 ' dan control room pula sempit 5' x 9' sahaja. Bagi live room, rockwool 4' x 8' x 2" tebal digunakan antara konkrit dan ruang udara. Lapisan dalam pula pakai material yang digunakan untuk balut interior kereta (bumbung). Bagi siling pula, aku buat "hanging ceiling" dari material yg tahap penyerapan bunyi dan haba tinggi. Bukan siling biasa. Lantai pula aku ambil 2nd hand wood flooring untuk jimat kos, tapi coraknya tak sekata..maklumla orang nak buang. Pintu aku buat "double door" dengan frame besi yang lebih kuat. Double door ini kualitinya agak lebih dan berat, ruang angin antara 2 pintu ini perlu dan juga pastikan ianya ketat dan kedap udara.

fasa 1 : control room yg sempit.
fasa 1: live room/cermin kaca ke control room
Control room pula aku tak buat apa-apa. Dinding partision dari material biasa dan lantai wood flooring sahaja. Aku buat "glass panel" 3' x 4' antara 2 bilik ini untuk lihat ke live room. Kaca tebal 4 inch 2 keping dan ruang udara antaranya utk pastikan kedap udara. Meja DAW masa tu aku pakai Ikea Mikail yang murah kerana aku ada plan untuk upgrade kemudian hari kepada racking yang lebih kemas. Bilik ini sempit hinggakan rasa tak selesa bila client datang ramai kena berdiri akibat saiz yang kecil.

Spesifikasi DAW masa tu ialah
- Intel C2Duo, Dual Monitor
- 4GB RAM, 320GB HDD, WinXp
- ESI 1010 Interface, KRK RP5 1st gen
- Behringer 222FX Mixer, M-Audio 49 Midi Controller
- Studio Project B1 Condenser Mic, Taming Sari Mic, Superlux Drum Mic Set, SM57

Antara produksi yang aku ingat pernah dihasilkan dari era studio ini ialah Sharpshooter, Matematik, Skudap Skudip, Laila Lounge dan beberapa lagi. Mulai dari sini, aku dan partner merangkap recording engineer mula planning untuk menerbitkan sendiri muzik di bawah label muzik sendiri secara DIY.

Fasa 3 : 2011 - 2014

control room kasi pecah.


Planning itu amat penting. Ianya boleh mengurangkan kos, dan mengelakkan kita jadi over spend kepada benda yang tak perlu. Kita decide untuk buka dinding yang memisahkan control room dan ruang tamu. Luas yang selesa. Pintu kecil control room juga di buang dan gantikan dengan 3 panel sliding door. Panel sliding door yang berkualiti/tebal sangat mahal harganya. Aku perlu cari jalan untuk mengelakkan bunyi di DAW melantun di cermin kaca sliding door. Solusinya, tirai kain tebal. Tirai ini di perbuat dari material yang tebal dan juga labuh bagi menyerap bunyi semasa rakaman di lakukan. Dua tingkap juga dikenakan tirai tebal bagi tujuan yang sama. Sofa 3+2 set juga mempunyai kusyen tebal bagi menyerap bunyi. 2 rak buku dijadikan diffuser bagi tujuan mixing dll. So far, ini semua berhasil cuma perlu diupgrade sedikit demi sedikit.

bass trap baru siap. meja masih 1 layer.
guitar tracking live room
basstrap punya ukuran
Bass trap aku customised pakai rockwool 2'x 4' dengan frame kayu kemudian dibalut dengan fabrik. Meja pula aku recycle Ikea Galant dan customised buat rack atas meja. Galant lebih stabil dan kukuh berbanding dengan meja sebelumnya. Banyak idea-idea canggih di IkeaHack. Aku mula gunakan snake cable untuk merakam drum dengan menggunakan 8 mic. Carpet guna memainkan peranan bagi memastikan control room seselesa mungkin bagi tujuan pendengaran. Bagi aku sekiranya control room terlalu "air tight" juga tidak memastikan ukuran mix kita tepat lagi terbaik.
customised rack + ikea galant.
DAW juga telah diupgrade secara perlahan2 :
- Intel i7 4 Gen/16MB RAM/2 x 1TB HDD (1 OS & 1 Data)/ Dual Monitor
- KRK RP5 1st gen, Yamaha HS80M
- Focusrite Sapphire 56, Focusrite Octopre MK2.
- Novation 49 Key Controller
- Samson C-Controller, Studio Project VTB-1
- Behringer Headphone Preamp.
- Studio Project B1, Behringer C1, SE Electronic Baby Reflection Filter

disember 2013


















Until now, studio ini masih beroperasi hanya untuk produksi in house dan juga by appointment.
Semoga memberi manfaat dan sama-sama kita berkongsi ilmu. Sedikit perkongsian dari pembelajaran dari kesilapan dan pemerhatian.