Friday, August 01, 2014

Cutting Crew - Broadcast


Jujurnya, aku tak pernah beli kaset/CD band ni. Zaman band ni keluar, aku tak mampu nak beli CD, apalagi nak tanya kedai pasal CD.


Cutting Crew, band pop rock ini mulanya aku kenal bila dengar Casey Casem Top 40 kat radio. Kemudian aku ke kedai kaset, buat beli kaset TDK kosong, bikin list mintak kedai dub masuk 2 lagu Cutting Crew dari album Broadcast ni. Zaman kuno tu kaset kosong adalah penting, untuk buat kompilasi lagu2 yang kita suka dan juga boleh digunakan beberapa kali sehingga ghaib di pinjam. Kemudian keluar pula di radio single " One For the Mockingbird" tapi tidak sehebat kedua single terdahulu.



Masa 1987 tu, aku pernah tengok sekali saja MTV dua lagu ni "I Just Died In Your Arms" dan "I've Been in Love Before". Suara vocalistnya, Nick Van Eede yang serak sedikit, ditambah pula dengan imej style Duran Duran + Limahl menjadikan aku follow sekejap band ni tahun 1987. Antara lain faktor yang buat aku tertarik ialah gitarisnya dengan Charvel dalam MV "I've Been in Love Before".Lepas tu terus tak ambil pusing dan fikir dah pasal band ni. Apalagi cari materialnya Baru-baru ni terdengar balik di radio ada main lagu "I Just Died In Your Arms", dan aku pun mula selidik Youtube balik.