Wednesday, December 19, 2012

Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin


Semalam aku terimbas kat youtube konsert Ozzy yang lama bersama Jake E.Lee. Jadi hari ni, aku selongkar kaset kat dalam kotak. Ini antara kaset aku yang lama dlm simpanan dari tahun 1986, dan dah ikut aku ke dalam beg sekolah rendah, asrama, dorm , rumah bujang dan sampai sekarang masih elok. Kat cover tu kesan kotoran tu adalah kesan sambal tumis ikan bilis nasi lemak bekalan mak aku, tumpah dalam beg sekolah..pastu kantoi bawak kaset ke sekolah.


Album ini sebenarnya antara album hebat Ozzy, album ke 2 kolaborasinya bersama gitaris hebat Jake E. Lee (ex. Ratt/Dio). Album ini pertama kalinya menampilkan Phil Soussan (bassist) dan Randy Castillo (drummer), yang menggantikan Bob daisley dan Jimmy DeGrasso semasa bermulanya proses rakaman. Album ke 4 ini, merupakan album terpopular Ozzy pada zaman glam rock/hair metal pada pertengahan 80'an.  Kebanyakan lagu di dalam album ini merupakan hasil kolaborasi Ozzy, Jake E.Lee dan Bob Daisley dan juga Soussan utk lagu "Shot In The Dark". Selepas tour album ini, Jake E.Lee telah di pecat dan digantikan dengan Zakk Wylde utk album seterusnya.



Keseluruhan album ini memang boleh layan, sedap dan ada nostalgianya tersendiri. Walaupun aku lagi feel dengan album Bark At The Moon (Jake.E.Lee era), album ini ada lagu-lagu yang aku suka seperti Killer Of Giants,Shot In The Dark dan Never Know Why. Honestly, aku lagi suka Jake.E.Lee dari gitarisOzzy sekarang..apa namanya? Emm Gus G, walaupun Gus memang hebat, tapi Jake E.Lee punyai kualiti tersendiri apalagi dengan Charvel Stratnya. A very underatted guitar player!




Vince Neil - Exposed


Kaset "ori" pertama aku beli dengan duit belanja sekolah ialah Motley Crue - Girls Girls Girls. Jadi semenjak itu, suara Vince Neil ni memang melekat kat telinga aku. Walaupun dia keluar Motley Crue pada 1992, aku tetap follow Vince ni punya projek solo. Kuatnya peranan Vince Neil ini dalam lineup Motley Crue, sehinggakan apabila dia dah keluar dari Motley, penjualan album Motley terus jatuh dan record label mereka mahukan Vince kembali sekiranya Motley ingin merilis album terbaru semasa era John Corabi.



Exposed, album pertama Vince secara solo. Pemilihan lineup yang tepat dengan meletakkan Steve Stevens (Billy Idol/Atomic Playboy) sebagai gitaris dan co-songwriter. Pada mulanya projek ini disertai oleh Phil Soussan, bass player Ozzy Osbourne (album Ultimate Sin/Beggars & Thieves), namun beliau hanya sempat menulis beberapa lagu dan kemudian keluar akibat tidak sefahaman dengan Steve Stevens. Exposed secara keseluruhannya tidak dapat menandingi kehebatan Motley Crue tetapi dari perspektif projek solo Vince, ianya merupakan satu konsep yang lebih segar, energetik dan lagu-lagunya ada kelainan dari acuan Motley Crue apalagi jika di bandingkan dengan album Dr.Feelgood. Guitarwork yang hebat telah mengubah album ini menjadi satu album yang agak berat bagi fan tegar Motley. Ada beberapa track yang menarik seperti look In Her Eyes, Sister Of Pain dan You're Invited But Your Friend Can't Come.

Tuesday, December 18, 2012

Alice Cooper - Trash




Album ke 18 dari lagenda rock horror Amerika, Alice Cooper. Jujurnya, aku tak pernah suka lagu-lagu Alice sebelum aku dengar album Trash ini. Sebelum ini lagu-lagunya ada kurang menarik bagi aku, mungkin perlu disulami dengan visual baru aku suka..seperti pergi konsertnya atau video.  
ini Kane Roberts..ganas ganas..

Aku teringin nak dengar album ini semata-mata kerana Kane Roberts. Masa tu hairmetal memang havoc, URTV pun cover beberapa artikel termasuklah satu artikel tentang gitaris-gitaris hairmetal. Artikel tu sikit saja reviewnya, tapi 2 page gambar hitam putih beberapa gitaris seperti Tom Keifer, Richie Sambora, Steve Clark dll dan semuanya aku tahu muziknya kecuali Kane Roberts ni yang posing dgn gitar bentuk machine gun. Jadi aku ke kedai, beli kaset  Alice Cooper. Tapi rupanya Kane Roberts ni main 1 lagu saja dalam album ni, kebanyakan musician yang main aku tak kenal pada masa tu mcm John McCurry, Hugh McDonald (session bassist Bon Jovi lepas Alec) dll. Nak tengok video tu mana ada sumber.

Album trash ini beli dalam format kaset. Apa yang menarik ialah guitarwork pada intro lagu pertama tu sudah membuatkan aku terus lekat untuk ke track -track yang seterusnya. Album ini beebeza dari album-album sebelumnya kerana ini album comeback Alice selepas zaman suram dan antara album yang paling berjaya di era 80an dalam karier Alice. Kolaborasi dengan Desmond Child dan juga beberapa artis hebat seperti Bon Jovi, Richie Sambora, Joan Jett dll dalam produksi dan penulisan lagu, album ini menjadi hits dan dinominasi utk Grammy 1988.



Bagi aku semua lagu dalam album ni sedap dan boleh main non-stop ulang-ulang. Ini penangan kerja Desmond Child yang biasa kita dengar kerjanya dengan Bon Jovi dan Aerosmith. Fav aku ialah lagu Poison, Bed Of Nails, Hell Is Livin Without You dan Only My Heart Talkin.



Sunday, December 16, 2012

Barang : Danger Danger (Self Titled Album)


Akhirnya sampai poslaju. Album pertama band glam rock/metal 1987 dari US, Danger Danger. Aku dah lama tahu band ini tapi yang membuatkan aku discover balik sekarang ialah kerana Andy Timmons. Ibanez user/fans mesti tahu gitaris hebat ni yang sekian lama jadi ikon gitar ibanez. Belum sempat menikmati secara total, tunggu aku update post ini.

Monday, December 10, 2012

Barang: Mr.Big/Winger/Van Halen & Whitesnake


Biasalah kalau hari ahad tu, aku jalan-jalan di pusat beli belah di PJ yg kadang-kadang ada stuff yang menarik. Sambil-sambil tu jumpa agen-agen collector barang-barang klasik ni. Jadi untuk minggu ni, inilah hasilnya...

Monday, December 03, 2012

Barang : L.Luthier Guitar Bayou

Dah dekat sebulan aku letak deposit utk gitar ni. Aku secara tak sengaja tersangkut kat gitar ni masa jalan2 buang masa tunggu wayang kat Wangsa Walk, terus aku masuk kedai Yamaha kat situ. So, satu salesman tanya, abang cari akustik gitar ke? berapa budget? ermm..aku ni kalau org tanya bab budget tu, terus rasa turn off, bukan apa bagi aku aku kualiti itu subjektif especially bila bersangkutan dengan sound.
So dia bawak masuk bilik kaca, dan aku mula try2 beberapa Yamaha akustik. Soundnya too common, dan tak padan dengan harga. Objektif aku ialah untuk digunakan di studio aku untuk projek satu singer songwriter muda ni dan kualitinya lebih baik dari gitar yang ada sekarang. So dia rekomenkan aku try brand L.Luthier ni, katanya buatan Malaysia. Yang aku try tu harganya dalam RM500, dan bunyinya agak ok dan tak lah cikai sangat berbanding dengan low end Yamaha yang harganya dlm RM800. Jadi aku nak tahu lebih banyak model dan dia pun bagi aku contact owner L.Luthier Guitar ni. Esoknya aku set appointment.


Kat showroom L.Luthier ni, aku pun mula try beberapa gitar, tanpa cerita harga lagi. Pilih punya pilih, tinggal 5 model yang aku rasa soundnya best dan harganya mampu aku beli dalam budget aku yang ciput dengan kualiti yang terbaik. Aku suka body dreadnaught jadi berbanding jumbo, jadi pilihan tinggal 3 sahaja. Maka dengan budget aku tu, aku angkat model Bayou beserta hardcase. Kualitinya baik, soundnya lemak, selesa dan juga ada preamp/buit in tuner. Satu alternatif utk yang inginkan kualiti tetapi tak mampu utk belanja besar ke arah Taylor atau Martin, dan design serta spesifikasi oleh orang Malaysia cuma dikilangkan di China dengan kualiti yang maksimum. ada lagi model2 lain yang kualitinya lebih bagus, cuba try test tengok..

Baru boleh main lagu Poison - Every Rose Has It's Torn!

Model : Bayou
Body Shape : Dreadnaught
Top : Solid Sitka Spruce
Body : Solid Mahogany
Pickup System : Fishman PSY-301

Wen : http://www.lluthier.com



Sunday, December 02, 2012

Poison - Swallow This Live!

Macam mana aku nak tulis ni, buntu sekejap. Mungkin lama tak menulis.

Aku mula kenal Poison tahun 1987, semasa glam metal mula naik. Mulanya pinjam kaset  member aja, lepas tu terus kumpul duit beli kat kedai di Plaza Jalan Air Jernih, Teregganu. Punyalah susah nak simpan duit nak beli kaset ni kerana banyak kaset nak beli sedangkan duit sekolah aku masa tu RM2.00 aja. Lepas 3 minggu, duit cukup, aku terus naik basikal BMX Kuwahara sambar kaset Poison 1st album "Looks What The Cat Dragged In".

Poison era Looks What the Cat Dragged In

Poison era Flesh & Blood

Masa ni jugak aku dah mula jamming2 dengan kawan2 dan antara lagu wajib main ialah Talk Dirty To Me (sebab senang cari kord) dan juga I Wont Forget You. Jamming masa tu tak kisah apa gitar ada, bedal aja..janji sound distortion ada kira lepas dah tu. Kadang ada jugak yang hairan apa lagu yang kitaorg main kerana tempat jamming tu banyak band datang main lagu2 macam Search, Lefthanded, Sweet Charity dll.


Swallow This Live! Album live Poison dan dikira ke album ke 4 yang keluar dalam era bermulanya kejatuhan glam metal. Album ini mengandungi lagu-lagu dari 3 album terawal mereka iaitu Looks What The Cat Dragged In, Open Up And Say Ah dan juga Flesh & Blood. ianya dirakam semasa tour Flesh & Blood di Miami, Orlando dan Tampa Florida. Album ini juga ada menyelitkan 4 rakaman studio termasuk single "So tell Me Why". Album ini juga merupakan rilisan terakhir Poison bersama gitaris CC Deville apabila dia di tendang keluar dan digantikan dengan Ritchie Kotzen utk album ke 5 Native Tounge.

Jika follow Poison ini, tentu dapat melihat progres penulisan muzik Bret Micheal dan geng yang menuju ke arah lebih mature, bluesy dan folkish apabila mencecah album ke Flesh & Blood. Mereka mula lari dari imej yang fun, fashionable, hairspray dan warna warni.

Halooo..batuk2

Hari di aku masih demam. Dah 2 hari tapi still makan ubat dari klinik yang setiap kali pegi setiap kali naik harganya. Mahal harga untuk sakit, boleh beli 3 set tali gitar Ernie Ball.
Dah dekat 4 bulan aku senyap. Tak tulis apa-apa. Gitar-gitar semua aku hantar repair sikit2, janji boleh guna balik dan selesa. Tukar part yang murah-murah.
Lepas makan ubat, aku selongkar almari yang lama aku tak jenguk. Tengok apa aku jumpa...kaset-kaset lama aku, ini baru sebahagian. Ada lagi sekotak kat mana aku tak pasti aku simpan..nanti aku cari.


Just to rewind sikit, so far takda benda yang excited untuk diceritakan pasal musim hujan. Semua duduk rumah tengok tv dan kumpul duit. Soulfly hari tu aku pergi tengok dengan member yang dah beli tiket Sepultura. Apa sudah jadi Sepultura? Aku rasa ramai dah tahu pasal hal ni. Onslaught pulak di Singapore, aku tak pergi, jujurnya aku sangat sibuk menyiapkan kerja untuk hujung tahun. Yang ni aku agak melepas kerana Onslaught comeback dengan material yang bagus. Dark Funeral pulak? Aiseyman tepuk dahi ajalah. Next year, aku looking forward untuk Journey!   

Aku sayang sebenarnya blog ni. Insyalah aku akan menulis dan terus tulis.