Tuesday, December 29, 2009

Ada Apa Dengan 2009?

Bila hujung tahun aja, aku agak risau. Bukan apa, belanja tu lebih sikit pasal macam2 sale walaupun aku cuba pejam mata dengan semua tu. Ermm..2009? Apa aku dah capai? Susahla jugak nak jawab ni, subjektif..
Yang paling aku ingat, aku banyak belajar dari 2008-2009. Pasal hati budi manusia, kepentingan keluarga, keamanan negara dan juga tanggungjawab keatas agama.

Apa azam aku 2010? Semenjak 1988 aku dah mula join hal ehwal jamming, musik, kaset dan lagu. So aku rasa tibalah masanya untuk aku menulis lagu, at least satu lagu untuk 2010. So tunggulah apa yg akan jadi..hahah.Yang kedua pula, aku akan mula berkeluarga...hahah aku rasa dah sampai seru!!

Btw,  ruang kerja diupgrade...dan aku dah beli PDP X7 drumset, setelah puas memilih kaler dan nego dgn cina kedai..dlm gambar ni modelnya, encik cipan yg tolong aku pasang drum..heheh tq adik pan.


Wednesday, December 16, 2009

Pokok Kepentingan

Agak kusut kepala hotak aku ni. Isu ini sebenarnya bukan hal aku pun, tapi bakal tempias kena aku nanti akibatnya. Aku kenal satu hamba Allah ini agak lama, dari zaman muda mudi hingga ke era berpangkat harta, murah rezekinya. Orangnya agak suka berseloroh namun isipatinya itu agak lembut hatinya. Sudah bermacam cerita suka lara yang dilaluinya. Cita-citanya itu tinggi menggunung, berbekalkan rezeki yang ada, maka ingin diteruskan citanya itu.

Kawan, kerana adanya nama itu, maka ramailah yang menyapa ramah. Moga-moga kepentingan itu termakbul.Cadangan perbagai diajukan, tetapi yang "satu" itu perlu dihindari lebih dari yang lain. Ianya bakal mengundang durjana akibat tiada syukur lagi angkuh di dalam hati itu. Jangan tanya mana aku tahu, kerana aku sudah melaluinya dan ianya tidak berbaloi. Hanya mampu lupakan mereka, kaum mereka sudah terjun dengan labu-labunya. Aku? Aku tiada punya kepentingan di sini, cuma sekadar menyuluh jalan buat kawan itu pun kalau nak celik..kalau tak, nasib la.

Monday, December 07, 2009

Turun Dari Langit

Takziah kepada keluarga mangsa tragedi KB Mall. Sesungguhnya kejadian itu menyedarkan kita semua tentang kebesaranNya.
Dalam minggu ni aku agak busy. Yelah, nak hujung2 tahun ni kenalah progress siapkan apa2 yang patut. Mana lagi nak pikir upgrading studio facilities, nak plan untuk projek in house 2010 (kolaborasi u know who u are!!) dan juga wedding. Tapi yang aku cerita ini kali ini bukan berkaitan dengan semua di atas.
Pertama, tahun ini Hari Raya Aidiladha aku tak balik kampung lagi, untuk keberapa kali aku tak sure. Maklumlah, jauh dan aku ni anak dagang ditempat orang..heheh. Maka, agak buntu jugaklah pikiran aku mulanya, apa aku nak buat pada hari tu. Tiba-tiba, ada plan yang "Turun Dari Langit" untuk beraya bersama di Port Dickson. Dari pantai sampai ke funfair cina pun kita redah..rayalah katakan. TQ MJ.














Aku ikut saja dan pengalaman ini adalah satu yang terbaik untuk kita semua, makin menghargai satu sama lain. So kalau nak tengok gambar, rajin2lah usha kat facebook...shhhh awas lately "stalker berhati curiga" agak berleluasa. Aku tak paham.

Yang kedua, 3 malam lepas, aku sedang tidur lalu dikejutkan dengan call dr Linda Lam. " Asrama Perempuan Titian Kasih kena kosongkan, budak2 tu tak ada tempat tinggal, diorg kena halau sebab owner tu cakap sewa tak dapat, diorg bayar sewa bulan2 tapi kena con dengan agen yang sapu duit anak yatim" katanya. Aduh!! Apa yang boleh kita buat, aku mampu berdoa dan bagi support.tenaga. FYI, rumah ini adalah sepenuhnya ditanggung oleh orang perseorangan. Petualang ini perlu disiasat dan kembalikan hak kepada yang berhak..semoga baik2 sahaja.


Dua hari lepas pulak, aku dapat satu call. Memang aku tak kenal orang yang call tu. He was so excited. " Abe kaset loudness, iron maiden tu ada lagi ko?" dalam dialek Kelantan. Aku heran, mana datangnya hal ini. Rupanya dia telah baca iklan kaset aku nak jual yang aku telah post di internet kalau tak silap aku pada tahun 2000. Rezeki dia juga, kaset2 tu aku masih simpan dengan elok. "Abe ada internet, email?" aku tanya. " "Takdak, saya baca iklan org print" jawabnya. Maka bermulalah aku menulis surat utk dia yang berada di Kuala Krai itu dan akan berlaku transaksi kaset dan wang kemudian nanti. Yang aku rasa bangga tu, semangat tu..semangat rock yang tak pernah luntur walaupun dia itu guru sekolah menengah yg sudah 45 tahun. Gua tabik sama lu!!

Tuesday, November 17, 2009

Rintik Hujan Rahmat

Pantang masuk petang sikit aja hujan, petang aja hujan. Bila malam aja sejuk sangat. Nice untuk tidur. Hujan ini adalah rahmat bagi rumput-rumput dan tumbuhan, udara segar nyaman.
Oh ok, lately agak sibuk sedikit. Ada beberapa projek tengah bermain di fikiran aku. Harap-harap ianya memberi pulangan yang setimpal dalam bentuk kepuasan dan juga kewangan. "Projek besar" aku yang satu ni pun belum kick off lagi, ada saja yang membuatkan kita busy.
Aku pun agak bosan nak cerita pasal aktiviti harian. Aku nak cerita pasal happy family la pulak. Aku baru lepas attend satu majlis birthday, anak kecik manja kebangaan mama dan daddynya. Sederhana tapi meriah. "Keluarga" itu dalam definisi moden kolot aku ini, bukannya dari pertalian darah. Tapi kemesraan dan kasih sayang sesama manusia yang meant to be together. Sifat ini ada dalam hidup seharian mereka. Hidup kerjasama, berkongsi minat dan juga menyelesaikan masalah membuatkan anak2 ini makin dewasa. Ada untuk satu sama lain, dalam senang dan juga susah (try test tengok?). Parent yang understanding dan mahu faham naluri anaknya juga amat aku respect, begitu juga anak terhadap keduanya. Macam dalam kartun Smurf!!Semoga kekal..amin.
Aku rasa macam nak makan black pepper sauce yang sedap...dengan steak!!

Monday, November 02, 2009

Arch Enemy Live in Jakarta



Aku nak mintak maaf sesangat kat semua. 1st, aku dah lama tak tulis apa2..agak membusykan diri lately. 2nd, aku akan lari dari konsep asal blog ni, kerana aku akan sentuh jugak hal2 musik..jangan risau, ianya adalah secara minima. Konsep personal dan journey masih kekal...maybe blog ini cermin " a soft side of me" ..hahah
Pada 27 oktober 2009, aku bertiga ke Jakarta untuk saksikan ekspot metal Sweden Arch Enemy (sila wiki/google) di Senayan Tennis Indoor Stadium.


Agak penat jugaklah trip aku kali ini, namun ianya very fruitful. Kiranya kali ini nak bercuti tapi , rupanya macam bekerja. Meeting few organizers, media & kawan2 baru bagi aku amat positif hasilnya. Aku amat berbesar hati bila di jemput untuk ke majlis "Glam Rock Night" dan berkenalan dengan komuniti rock music enthusiast di Jakarta, Thank you..you know who you are. Apa lagi ek? Ha makanan..memang tak berhenti makan..kejap2 makan. Shoppng? Aku takda beli apa2 cuma few DVD, yang dua lagi ni banyaklah shopping..ole2 untuk famili dan juga semut2 merah.



Saturday, October 10, 2009

Selongkar Gadjet

Add Image
Hahaa..hari ni agak happy sikit. Kenapa? Pasal aku sudah boleh berjimat. Memang dah lama aku nak ada MP3 player untuk aku sekali sekala dengar2 lagu dan kadang2 untuk guide praktis gitar. Memang dulu dah ada, tapi dah rosak.
Jadi lately, aku selalu jugak usha2 Apple Ipod kat kedai, forum dan lain-lain. Memang gempak dan aku memang nak satu. Aku ni jenis yang tak mahu yang spec yg cikai, nak aja yang high end macam Ipod Touch dan Ipod Classic. Jadi, almaklumlah harganya cecah RM1k.Bukan tak mampu nak beli, cuma sekali sekala memikirkan adakah aku memang perlu benda ni atau tidak.?
Tapi semalam, berkat kesabaran aku telah berjaya menemui gadjet yang dulunya pernah menemani aku untuk buat kerja-kerja korporat. Bila sampai masanya aku telah bagi dia pencen dan disimpan. So, memperkenalkan HP Ipaq 3970 (tahun 2002, 64Mb RAM). ianya touch screen jugakla..and serve the purpose.

Thursday, October 01, 2009

Hari Raya..Hantu Raya

Sempena hari baik bulan baik ni, aku nak ucapkan dengan niat maaf zahir batin kepada yg membaca blog ni. Tak kira kenal personally atau just stalker kat web ni. Tiap kali hari raya, mesti ada filem yg mencari ruang di hati"anak-anak wayang" di bulan syawal ni. Bisnes strategi atau trend itu aku kurang pasti. Yang pasti 2009 ni, hal ehwal Jin dan Hantu jadi sandaran di panggung. Tahun ni juga aku spend lebih masa di rumah parents aku. Maklumlah kesedaran itu bermula di rumah.

Bosan-bosan bukak astro tengok cerita drama emosional derhaka nangis-nangis dan korporat pakai baju hijau pucuk pisang. Bukan apa, aku masih lagi hairan bin ajaib, tiap kali raya aja mesti cerita sedih dan pilu derhaka ditayangkan. Dari akal yang tak "film educated" aku ni bertanya kenapa perlu cerita sedih masa Hari Raya, kenapa tak disajikan cerita ala2 happy-happy seperti perayaan lain..kenapa asyik2 lumba kereta, rempit lagi sampai habis channel TV di lumbanya? Itulah halnya bila ditanya tujuan ianya ditayangkan, jawabnya untuk mendidik..mesej masyarakat..moral. Bagi aku hidup bermasyarakat lebih mengajar, filem adalah saluran untuk berhibur sebab tu aku tengok kartun, komedi dan filem aksi.
Aku bukan complaint cuma menyedarkan diri tentang perlunya perubahan. Cakap pasal perubahan, dalam bulan puasa hari tu aku memang nak laksanakan projek "deko-deko-deko" kat rumah. Siap pegi kedai cat dan ambik katalog lagi. Cuma menunggu "arkitek burger" aku ni aja nak laksana, tapi aku belajar bahawasanya perlu ada aturan keperluan. Yang utama perlu di dahulukan berdasarkan kemampuan (duit). So aku decide hold dulu projek cat ni dan teruskan dengan projek yang lebih utama iaitu cari jalan untuk keringkan baju dan jeans di musim hujan. Ada jugak yang bila tiba hari raya ni, tukar perabot langsir tapi aku apa yang boleh dipakai, jalan aja dan modified sikit2. Bukan ada orang pun nak datang dan aku pun tak ada apa nak offer, tak glamour. Tengok-tengoklah kelliling kalau ada yang lebih memerlukan dari dihulurkan ke perabot, baiklah bersedekah. Kita akan dirahmati.

Haaa!!! apa projek terbaru aku? Ni la projek rakyat yang aku perlu laksanakan dalam masa 4 bulan ni. List ni di buat oleh secretary/weeding planner cum diva?..TQ MJ!!






Thursday, August 27, 2009

Sekitar Orbit Pemikiran

Untuk makluman, aku seboleh-bolehnya tak mahu bercerita pasal muzik (dan seangkatan dengannya) dalam blog ini. Konsep ..konsep. So kalau nak baca pasal muzik, silalah ke blog aku yang satu lagi ammirhafzan.wordpress.com, tapi dalam bahasa rojaklah!. Dah masuk bulan Ramadhan dah kita ni yea, pejam celik-pejam celik dah nak Hari Raya. Pada saat aku tulis ni, ada kira2 3 minggu lagi Hari Raya. Apa itu Hari Raya? Haa..ini soalan bodoh, yang memerlukan jawapan yang bijak...

Nak kata letih berpuasa, taklah sangat kerana alah bisa tegal biasa bagi aku. Cuma letih pikiran dengan isu-isu semasa dalam dan luar orbit pikiran aku ni. Kerisauan tentang H1N1, due date kerja, upgrade apa yang patut, menyediakan prasarana yang selesa bagi orang2 keliling aku, nak prepare majlis ehem2, future projek, menangani kebodohan manusia, nak pegi bercuti lagi dan macam-macam lagi..

Sampai satu masa aku ni bosan. Bosan dengan segalanya. Tengok lauk di pasar ramadhan pun dah tawar hati, balik-balik ini aja yang aku makan. Bukan aku kedekut, tapi aku anti pembaziran. Aku perlukan agen motivasi. Bukan kem motivasi! Sifat berlumba-lumba dan kompetitif makin reda kebelakangan ini, mungkin kerana kurang zat atau aku berada dalam zon yang amat santai dengan cuaca yang sejuk. Aku perlu membuat sesuatu yang baru..tunggu ya.

Walaubagaimanapun, apa yang paling penting ialah Syukur. Syukur dengan rezeki, kasih sayang, kesihatan, penghormatan dan apa yang ada sekeliling. Bagi aku jika manusia berfikir pasal konsep syukur ini, tak adalah kes-kes dengki berdengki, tamak haloba, kata belakang2, cepat naik angin, bermuka-muka, sedar diri dan sewaktu dengannya. Mari kita renungkan sama-sama kerana ada yang lebih tak bernasib baik dari kita..

Thursday, August 13, 2009

Jalan-jalan Timur Selatan

Aiseyman..musim ni demam berleluasa. Aku pun tak terkecuali terkena demam selsema 3 minggu lepas. Maka aku pun tak dapatlah pegi Ke Kuantan Indiefest yang katanya happening!. Doktor tu pun happylah kerana dapat me"lump sum"kan duit ubat aku yang 2 kali pegi tukar ubat barulah baik demamnya. 1 Ogos pulak aku ke Kuantan lagi, dengan Evelate tour yang agak suam-suam kuku, maklumlah 1st time bikin rock band show..kurang promosi atau last minute promo aku tak pasti. Malamnya pulak ke Pekan, ada anak-anak bebas malaya buat gig. Layanan tip top, tempat tinggal kali ini agak lain macam sikit. Bukan kerna tak best, tapi kami tinggal di tempat yang dibuat pada tahun 1929..agak bersejarah la!

owhh..Sabtu lepas di Dig It All konsert, agak mengecewakan kerana crowd yg agak ...erm kosong. Sound system yg baik, ambience yg selesa, namun tiket agak diluar jangkauan pengunjung..aku pikir faktor lineup yang amat lemah. La ni dah 2 hari balik dari Elevate di Batu Pahat. Sambutan agak memberansangkan. Pendek kata hujung minggu aku lately ni tido kat bilik hotel ajelah. Konsert di Selatan kali ini agak malap berbanding yang sebelumnya. Apa yang tak kena ek..? Hujung minggu ini, aku ke Ipoh pula, dengan Elevate lagi..
Sampai ke hari ni, hajat aku nak pegi massage belum lagi tercapai. Ntah bila la nak pegi ni..

Sunday, July 26, 2009

Insan seni ini rapuh nyawanya

Insan seni ini rapuh nyawanya. Selain dari memberi rasa kepada jiwa manusia mereka juga adalah milik alam yang sebenarnya dipinjam sementara, untuk dinikmati yang lain. Mungkin anda tidak perasan apa yang terjadi kepada Bon Scott, John Bonham, Ritchie Valens, Charles Bronson dan terbaru Micheal Jackson. (silalah google kalau nak tau sapa nama2 di atas)



Malam tadi, perginya insan yang bagi aku, mampu mebuka jalan kearah era baru perfileman melayu. Jujurnya, aku tak pandai menilai filem dan aku memang menyampah cerita2 remeh tentang pelumba yang tak tahu punca pendapatnya apa, boss dan dato' yang hanya tanya "apa pemkembangan projek terbaru kita?", bercinta sambil makan tengahari kat atas bangunan dan sewaktu dengannya. Tapi hasil karya yang satu ini aku pasti diam bila menontonnya, there's something yang dia nak cerita. Cuma aku tak suka beberapa pelakon aje, itu personal preferences who cares. Insan itu ialah Yasmin Ahmad. Perginya itu telah memberi tanggungjawab kepada pengkarya filem untuk merealisasikan "ayat politik ni" impian filem melayu dan meletakkan satu standard baru. Bagi aku beliau pergi dalam keadaan yang penuh hormat ketika sedang mencari rezeki yang mana beliau merupakan seorang yang berkerja keras dalam menghasilkan yang terbaik, tiada kompromi lagi kalis kritikan.
Soalannya..who's next? Adakah bakal muncul dari kelompok pembikin filem pendek yang belum tentu karyanya di tayangkan di rumah2 kecil sambil ideanya diciplak lalu dijadikan komoditi, atau anak-anak rumah banglo kereta mewah yang mahu bereksperimentasi dengan kamera sambil menghabiskan wang bapaknya atau tuan tokey produksi yang sudah punya kamera HD termasuk stuntman atau anak anak kecil yang suka membaca..komik sambil mendengar lagu rock?

Ribut Pagi Ahad

Aku cukup menyampah bila aku beli nasi lemak, yang jual tu letak secubit aje ikan bikan bilis. Mungkin kedekut atau jimat yang melampau. Bukan aku tak bayar dan bukannya selalu aku jalan kaki pagi pagi lepas hujan nak beli nasi lemak pagi. Ini bukan protes, tapi sifat peniaga yang tidak peka kepada customer needs yang berpada. Kalau 5 tahun lagi pun, macam itu sajalah bisnesnya kerana sukarnya untuk senyum apatah lagi ikhlas.
Reason aku bagun pagi ni, aku terjaga angin hujan hentam tingkap. Sudah dua hari aku terlentang, demam selsema dan batuk. Apa kerja pun aku tak terbuat, kalau buat pun dalam keadaan separa sedar. Kalau tahun lepas aku demam kosnya rm35.00 kini secara rasminya rm45.00. Tapi ada hikmahnya musibah ini, sebelum aku demam ada makhluk tuhan telah menunggu lalu masuk ke dalam kereta aku secara rela, lalu dia telah adopt aku. Seekor kucing yang sakit, aku bagi namanya Boboy.

Tuesday, July 21, 2009

Mendung di luar sana tu

Aku dah balik. Minggu lepas (11-13 jul), aku ada kat pulau yang best. rasa macam nak pegi lagi tu. Dalam kepala ni asyik mencari ruang masa aja nak kesana lagi. Kat sana tak ada bunyi kereta,udara segar dan internet pun tak ada (ada tapi aku tak peduli). Celik mata nampak laut, dengar bunyi ombak aja. 3 hari lepas pulak aku balik ke hometown dengan 2 misi, misi 1: hal personal & tengok orang tua aku dan misi 2: show the times di KB. anak-anak bebas KB amat mesra dan very supportive. Satu kerjasama yang jarang2 dilihat di kota-kota besar.
Agaknya aku ini banyak sangat pikir, sampai terlepas pandang waktu berlepas ke KL semalam. Akibatnya, kapalterbang tinggal aku. Jadi kenalah beli tiket sekali lagi yang mana terbang dengan jayanya duit sebanyak 400. Tapi ada rahmatnya. Dapat jugak aku merasa masakan ibu aku..Pulut durian!

Thursday, July 09, 2009

Apa hadiah hari jadi ke..berapa ek?

Pagi ni aku bangun awal sikit, tapi mandinya agak lewat. Perut lapar pulak ni. Baru aku teringat, tengah bulan ni birthday aku yang ke beberapa puluh tahun (aku bukan jurassic lagi). Ada jugak tahun2 sebelum ni aku beli hadiah untuk diri sendiri. Aku akan beli barang tu senyap2, so orang lain pun tak tahu aku dah beli, tiba2 aja timbul. Budget? Aku kumpul sikit2lah tiap-tiap hari masuk tabung secret aku. Barang2 tu semua di kategorikan sebagai harta peribadi lah kerana ciri2 nya adalah agak personal, hanya aku yang pilih based on kesukaan aku ..ya! semuanya aku.
So, tahun 2009 ni, aku nak beli apa ya? Ada beberapa choice ni...




No 1: Olympus Tough 8000 - kamera ni waterproof to 10m, 12.1mp.



No 2: Ipod Touch 16GB - setiap kali pegi kedai aku tengok benda ni, tapi aku rasa mcm tak fully utillize


No. 3 : Pegi holiday ke Manado Sulawesi..scuba, spa dll.

Oppss..aku dah buat keputusan. Petang tadi jugak aku pegi beli. Ianya option no 1: Olympus Tough 8000. Kenapa? Pasal aku nak pegi scuba diving!!

Wednesday, July 08, 2009

Semangat Baru lah pulok

Haloo semua,

Dah sekian lama aku asyik tulis pasal muzik dan hal sewaktu dengannya. Maka hari ni, ntah apa pulak rasa nak tulis pasal cerita2 mengarut yang aku dah lalui dan yang ada menunggu di depan. Kali ni, aku akan guna bahasa melayu dan tempias kelantan, terengganu, kedah timur dan juga Ingerris (betul ke eja ni?). Akan ada jugak gambar2 yang tak best kerana aku memang tak suka orang tangkap gambar aku, aku lebih suka paksa orang ambik gambar dengan kamera aku (belum beli lagi kameranya, pinjam ajelah).
Actually (hahah), akaun blogspot ni aku dah ada masa dia mula2 launch dulu tapi aku tak pandai pakai, kompleks sangat bagi aku pada masa tu. Tapi hari ni, adalah kutu2 yang selalu hasut aku buat blog, jadi aku belajar senyap senyap..nanti dia kata aku ni nak tiru diorang. So, aku semakin pandai, lebih pandai dari Abdul Wahub di negeri Isketambola.
Tools penulisan? Kajian ilmiah dari macam2 adventure rohani dan jasmani selama tumbesaran aku. Yang bikin lagi syoknya, aku dah melabur beli laptop baru dan sedang berkira2 nak sambar kamera yang boleh ambik gambar dalam air laut (utk kali kedua, dah penah beli tapi dah di-shooping oleh penyagak kt belakang Ampang Puteri! )